Ahad, 20 Oktober 2024

Kerajaan rancang untuk kenakan dua harga berlainan bagi RON95 di stesen petrol bila subsidi pukal dimansuhkan tahun depan.-Menteri Ekonomi


Oleh:Lim Sian See 

 Menteri kata kerajaan rancang untuk kenakan dua harga berlainan bagi RON95 di stesen petrol bila subsidi pukal dimansuh tahun depan.

Dia kata akan ada harga yang tidak bersubsidi untuk golongan T15 manakala baki 85% Rakyat masih akan membayar harga bersubsidi.

Kerajaan akan kenal pasti siapa dalam golongan T15 kelak.

Sekiranya mahu letak dua harga bagi RON95 maka kena ada satu mekanisme atau cara di stesen petrol untuk kenal pasti siapa T15 dan siapa lagi baki 85% - sama ada melalui MyKad atau cara atay sistem pengenalan lain.

Pada pendapat saya, ini adalah idea kurang bijak yang akan merumitkan stesen petrol dan pengguna ketika isi minyak serta menambah kos kepada proses menjual petrol.

Kenapa pula 85% Rakyat dan stesen petrol dirumitkan hanya sebab mahu kenakan 15%?

Sekiranya kerajaan sudah kenal pasti siapa dalam golongan T15, kenapa pula kerajaan tidak kenakan sahaja levi petrol ke atas golongan ini ketika mereka memperbaharui road tax?

Selain mengenal pasti golongan T15, kerajaan juga boleh kenakan levi petrol ke atas kenderaan petrol baharu yang bernilai RM300k ke atas.

Katakan setiap kendaraan golongan T15 akan isi minyak 50 liter seminggu atau sekitar 2,500 litter setahun manakala kos subsidi ialah RM1 satu liter, kerajaan boleh pula kenakan levi petrol RM2,500 setahun ke atas lesen kenderaan golongan T15.

Sekiranya mereka benar-benar dari golongan T15 atau mampu membeli kereta melebihi RM300k, saya rasa ianya bukan masalah untuk mereka membayar RM2,500 setahun bagi setiap kenderaan milik mereka.

Dengan cara ini, kita hanya perlu ada satu harga petrol bersubsidi di stesen minyak dan kerajaan masih akan mengutip wang sebagai kos subsidi bagi golongan T15.

Satu lagi kaedah ialah kaedah yang sedang digunakan untuk Budi Madani bagi harga diesel di mana harga diesel diapungkan tetapi 85% Rakyat Malaysia yang layak akan menerima bayaran bulanan.

Source 

0 ulasan:

Catat Ulasan