Kementerian Perlancongan, Kerajaan Perak dan Kerajaan Johor Terlibat Perarakan Kibar Bendera Ch1na?
Ada orang bagitau aku, cuba perhatikan gambar-gambar perarakan di Teluk Intan dan Johor Bharu. Ada logo-logo yang dikatakan terlibat sama dalam penganjuran perarakan.
Aku pun cari dan selongkar semua gambar-gambar dalam facebook mereka yang terlibat.
Terkejut aku.
Okey cuba korang perhatikan gambar pertama banner perarakan di Teluk Intan yang ada gambar YB Nga Kor Ming dan Exco Kerajaan Negeri Perak YB Woo Kah Leong;
Ayat yang tertulis adalah "Promoted by" oleh Pejabat Exco Perak Woo Kah Leong. Kalau kau tak terlibat kenapa naikkan banner macam tu?
Pejabat Exco Perak adalah sebahagian dari Kerajaan Negeri Perak. Semua aktiviti Pejabat Exco mesti mendapat kelulusan Kerajaan Negeri.
Kalau YB Nga Kor Ming nafikan dia berada dilokasi, tapi peranan Pejabat Exco yang mempromosikan program ni nak jawab macam mana?
Okey yang kedua gambar perarakan di Johor Bharu yang dirasmikan oleh Adun DAP Melaka YB Kerk Chee Yee merangkap Timbalan Speaker Dun Melaka.
Kalau korang perhatikan dalam banner tu, jelas kelihatan Jata Negara dan logo Majlis Bandaraya Johor Bharu.
Bila aku semak aku dapati apa yang tertulis dalam banner tu adalah "Dengan Sokongan" oleh Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya serta Majlis Bandaraya Johor Bharu.
Ohhhhh padanlah Menteri MOTAC cepat je respon suruh jangan komen berlebihan. Kononnya akan beri kesan sektor pelancongan.
Okey, sekarang boleh tak Perdana Menteri, Menteri Perlancongan, Menteri Besar Perak, Menteri Besar Johor, YB Nga Kor Ming dan YB Wong Kah Leong, menafikan penglibatan mereka, kementerian atau agensi bawah mereka dalam perarakan tersebut.
Sekiranya gambar Kementerian dan agensi tersebut disalah guna, sila segera buat laporan polis terhadap penganjur perarakan.
Kalau tiada laporan polis dibuat, maka boleh kita anggap memang benar, MOTAC, YB Nga Kor Ming, YB Wong Kah Leong, Pejabat Exco Perak dan Majlis Bandaraya Johor Bharu memang terlibat dengan perarakan tersebut.
Salam Hormat,
0 ulasan:
Catat Ulasan