“Negara Nauru Kaya Sebab Jual Emas Putih Bernama Taik.”
Nauru, sebuah negara yang terletak di kawasan Micronesia dulu pernah menjadi antara negara terkaya di dunia sebab satu benda. Taik burung. Macam mana taik burung buat negara ni jadi kaya?
Sebabnya mudah saja. Zaman dulu, tanah subur ni susah nak cari. Sebab itulah dulu empayar empayar berperang sebab nak tanah subur contohnya tanah Mesopotamia, Mesir, lembangan China dan sebagainya. Kalau kita tak ada tanah yang subur secara semula jadi, kita boleh guna cara buatan (artificial). Kaedah tersebut ialah dengan masukkan baja.
Baja ni pula ada banyak jenis. Ada baja yang berkualiti, ada baja yang tak berkualiti. Baja yang berkualiti tu contohnya macam baja taik burung di Peru dan juga Nauru yang bernama guano. Tempat tempat lain pun ada je kawasan yang ada banyak taik burung, tapi sebab cuaca hujan, baja tu dah mencair dan zat tu berkurangan. Baja guano seperti Peru dan Nauru ni terkenal sebab zat dia masih pekat dan kaya dengan fosfat.
Jadi bila orang perasan Nauru ni kaya dengan baja guano, maka orang pun mula melombong baja ni. Punya la tinggi permintaan, selepas Nauru mencapai kemerdekaan daripada Perancis pada tahun 1960, Nauru terus jadi antara negara terkaya di dunia. Guano guano mereka didagangkan di seluruh dunia sebagai baja paling berkualiti di dunia. GDP per kapita mereka pada tahun 1980 ialah USD 20,805 (USD 5489 nilai asal sebelum dikira inflasi).
Sebagai perbandingan, GDP per kapita Malaysia pada tahun 2024 ialah sekitar USD 13,000. Kiranya kita yang dulu pun lagi miskin daripada Nauru tahun 1980, sekarang pun masih lagi miskin berbanding Nauru tahun 1980.
Tapi, benda yang sama ni juga yang buat diorang miskin. Selepas teknologi baja sintetik mula tersebar, dan juga deposit baja guano Nauru mula jadi sedikit, maka industri dagangan guano mereka mula terjejas. Tak lama selepas tu terus runtuh ekonomi Nauru akibat terlalu bergantung pada guano sahaja tanpa kembangkan ekonomi yang lain.
Kita panggil ni sebagai 'resource curse', sumpahan yang jadi bila kita terlalu bergantung pada satu benda. Sebab tu negara macam Wakanda sebenarnya tak patut maju pun sebab terlalu bergantung pada vibranium.
Jadi kalau korang tengok kenapa Arab Saudi tengah dok gila gila nak majukan negara diorang, dia disebabkan benda ni lah. Arab Saudi taknak kena sumpahan ‘emas hitam’ semata, sama macam sumpahan ‘emas putih’ Nauru. Kalau tak kembangkan awal awal, nanti boleh jadi bangkrup macam Nauru jugak.
Oleh: Ammar Akmal
…
0 ulasan:
Catat Ulasan