Ahad, 28 April 2024

WOW.... PADI TANAM SEKALI, TUAI 8 KALI??

 PADI TANAM SEKALI, TUAI 8 KALI??

1. Saintis seluruh dunia sudah lama menjalankan kajian bagaimana nak hasilkan variati padi jenis 'perennial' iaitu jenis tanaman yang mampu dituai banyak kali untuk sekali tanam. Contoh tanaman perennial yang kita kenal seperti cili, mangga, durian, sawit dll.

2. Padi pun sebenarnya bersifat perennial, jika kita biarkan tunggul padi akan tumbuh semula.

3. Tetapi hasil padi kali kedua dan seterusnya menjadi kurang berbanding hasil tuaian pertama. Sebab itu kita buat proses menanam semula setiap musim untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

4. Namun saintis di China akhirnya berjaya mengatasi masalah ini. Mereka mengkacukkan variati Asia 'Oryza Sativa' dengan padi liar dari Nigeria yang bersifat aktif untuk tumbuh semula. 

5. Hasil kajian selama 5 tahun di Yunnan University telah berjaya mencipta variati PR23. 

6. Mereka mendapati sepanjang 5 tahun padi tersebut ditanam, ia berjaya menghasilkan tuaian yang konsisten selama 8 musim (4 tahun) berturut-turut.

7. Cuma pada tahun ke-5, hasil padi mula menurun. Namun ia tetap membuktikan PR23 berpotensi tinggi untuk ditanam selama 8 musim tanpa perlu ditanam baru setiap musim.

8. Dan hasil padi setiap musim selama 8 kali tuaian tu bukan sikit ya. Purata hasil setiap musim tu adalah 6.8 tan per hektar! 

9. Dengan menanam padi PR23 ni, saintis mendapati kos menanam pada musim pertama sahaja yang tinggi, tetapi untuk musim-musim seterusnya kos menjaga padi berkurang sebanyak 50%.

10. Antara penjimatan kos yang ketara adalah kos penyediaan semula tanah, kos padi benih dan kos upah buruh dan kos racun awalan.

11. Sebanyak 15,333 hektar tanah di China sekarang sudah ditanam dengan variati PR23. 

12. Nampak besar kan plot projek ni? Tapi untuk China, ia masih terlalu kecil kerana keluasan bertanam padi di sana adalah seluas 27 juta hektar!

13. Sistem tanaman perennial ni walaupun bagus tapi memerlukan disiplin jagaan padi yang tinggi.

14. Ini kerana potensi penyakit padi banyak berlaku di tunggul padi yang boleh menjadi perumah kepada bakteria dan virus.

15. Selain itu apabila tunggul tidak dibakar, potensi padi angin, penyakit padi dan serangga perosak juga susah untuk dihapuskan. 

16. Namun yang pastinya variati PR23 ini memberi lebih banyak kebaikan kepada petani dalam bentuk pendapatan bersih dengan kos usaha yang lebih jimat.

17. Mungkin MARDI sudah boleh memulakan langkah untuk menghasilkan variati padi perennial yang berhasil tinggi seperti PR23.

18. Atau Menteri KPKM boleh try kawtim dengan Kerajaan China untuk membawa masuk variati PR23 ni untuk dicuba tanam di sini pula. 

Apa pendapat kalian?

Sumber Fb

0 ulasan:

Catat Ulasan