Kuala Lumpur: Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A manakala 3 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan B.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, sekolah di negeri Kumpulan A adalah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B pula adalah Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
"Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan B.
"Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim mulai hari ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
-myMetro
0 ulasan:
Catat Ulasan