Khamis, 22 Ogos 2024

SUKMA XXI 2024: Anak lagenda badminton negara intai emas

 SUKMA: Anak lagenda badminton negara intai emas


Muhd Fazriq Mohd Razif

SIBU: Muhd Fazriq Mohd Razif Sidek mengidamkan kilauan pingat emas pada Kejohanan Badminton Sukan Malaysia (SUKMA XXI) Edisi ke-21 di Sarawak. 

Anak kepada Lagenda badminton negara, Datuk Razif Sidek berkata, beliau berazam mahu memberikan persembahan terbaik memandangkan kejohanan itu adalah penampilan terakhirnya susulan melebihi had umur bagi edisi akan datang.

"Saya sangat teruja untuk SUKMA kali ini kerana saya merasakan SUKMA kali ini sangat besar dan berprestij. 

"Begitu juga dengan harapan saya yang tinggi untuk memenangi pingat, dan pastinya, saya mahu meraih pingat emas. 

"Ini kerana SUKMA kali ini merupakan penyertaan yang terakhir bagi saya dan saya ingin berikan yang terbaik," katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Tertutup di sini hari ini.

Muhd Fazriq yakin dengan persiapan yang dilakukan sebelum ini dan berharap akan memberikan kelebihan kepadanya pada SUKMA kali ini. 

Lagenda badminton Negara,Datuk Razif Sidek,ayah kepada Muhd Fazriq 

"Ayah saya juga ada meletakkan harapan kepada saya tetapi harapan itu bukanlah satu beban bagi saya. Kata-katanya adalah supaya saya bermain dengan 'enjoy' dan memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan," katanya.

Sehubungan itu, pemain beregu lelaki Wilayah Persekutuan itu turut menyeru penyokong untuk datang menyaksikan perlawanan mereka dan berharap dengan ada sokongan itu para pemain dapat bermain dengan baik. 

Oleh TARANI LANTING

0 ulasan:

Catat Ulasan