𝗠𝗼𝗸𝗵𝘁𝗮𝗿 𝗗𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶; 𝗟𝗲𝗴𝗲𝗻𝗱𝗮 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
Mokhtar Dahari merupakan wira negara dan ikon bola sepak negara. Walaupun beliau sudah lama meninggalkan kita tetapi lagendanya sebagai bintang bola sepak masih dikagumi.
Jaringan bergayanya ketika menentang England B masih segar dalam ingatan kita.
Gol itu merupakan jaringan penyamaan selepas Malaysia ketinggalan 0-1. Ia dianggap jaringan paling hebat dalam kariernya.
Dari jarak 40 meter, beliau menggelecek bola melepasi 2 pemain England dan melakukan rembatan padu menewaskan penjaga gol terkenal England, Joe Corringan.
Para pemain England sendiri mengakui ia merupakan jaringan yang fantastik bertaraf dunia. Beliau diiktiraf sebaris dengan pemain-pemain divisyen 1 Inggeris pada waktu itu.
Di tanah air beliau digelar Super Mokhtar atau Super Mokh. Super Mokh amat digeruni di rantau Asia Tenggara.
Setiap kali beliau turun dalam perlawanan antarabangsa, pasukan lawan akan merasa gentar. Beliau akan dikawal oleh 2 atau 3 pemain lawan. Tetapi beliau sentiasa mampu menjaringkan gol.
Beliau terpaksa bersara selepas mengalami kecederaan otot muscular dystrophy, yang gagal diubati pada tahun 1989.
Mohktar sering menggunakan jersi no.10. Mewakili Malaysia sebanyak 164 kali, mengikut rekod oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Penyakit itu mula dikesan pada November 1988. Ianya telah menyebabkan fizikal beliau lemah dan tidak berdaya. Gerak gerinya yang sebelum ini lincah mula terganggu.
Apabila berjalan, beliau merasa terhuyung-hayang. Berat badannya menurun secara mendadak, dari 75 kg kepada 70 kg. Mukanya menjadi cengkung dan pucat.
Pada mulanya Mokhtar merahsiakan penyakit yang dialaminya. Tetapi apabila beliau mengambil cuti panjang dari kelab Kewong Yik Bank, yang beliau wakili pada awal tahun 1989, penyakit Mokhtar akhirnya dihidu oleh media.
Pada April 1989, negara dikejutkan dengan pengakuan darinya dan pengesahan doktor bahawa beliau menghidapi sejenis penyakit otot.
Beliau mencuba rawatan dari dalam dan luar negara termasuk England. Beliau juga mencuba rawatan tradisional. Tetapi usaha mencari jawapan kepada penyakit tersebut gagal.
Mokhtar menerima hakikat dan mengucapkan selamat tinggal kepada dunia bola sepak. Minat Mokhtar kepada bola sepak bermula sejak dari kanak-kanak.
Pada usia 9 tahun, anak pemandu lori yang bernama Dahari Abengini, sudah lincah bermain bola di padang sekolah bersama rakan-rakannya di Kampung Pandan.
Pada usia 10 tahun, Mokhtar dipilih mewakili sekolahnya - Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan. Beliau berjaya membantu pasukan sekolahnya menjadi juara di peringkat sekolah rendah.
Sewaktu belajar di Victoria Institution, Mokhtar mewakili sekolahnya untuk kejohanan MSSM bawah 13 dan 15 tahun. Pada 1968 beliau menjaringan gol kemenangan di final menewaskan Sekolah La Salle, Sentul.
Individu yang bertanggungjawab mendedahkan Mokhtar bermain di peringkat lebih tinggi adalah Radhi Saidin. Mokhtar bermain dalam bahagian 2 liga bolsepak Selangor pada 1970.
Setahun selepas itu, beliau dipilih untuk mewakili Selangor dalam pertandingan Piala Burnley, yang kemudiannya dikenali Piala Razak. Kini ia dipanggil Piala Presiden.
Selepas tamat sekolah beliau ditawarkan berkerja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri selangor (PKNS). Ia disebabkan mahu menyerapnya kedalam pasukan bola sepak kelab tersebut.
Beberapa kelab lain juga menunjukkan minat terhadap bintang yang sedang meningkat naik pada ketika itu.
Pada 1972, Mokhtar menyertai Selangor. Pada tahun tersebut juga Mokhtar mula tersenarai dalam skuad kebangsaan.
Kejohanan Jakarta Raya merupakan penampilan pertama beliau bersama skuad negara. Mohktar terus menjaringkan gol dalam debut pertamanya ketika menentang Filipina. Beliau terus mendapat perhatian.
Selepas itu beliau tidak menoleh ke belakang lagi. Jersi no.10 negara menjadi milik tetapnya bermula pada 1974.
Era Mokhtar sebagai bintang negara sudah tiba. Beliau sendiri mengakui bahawa kemuncak prestasinya sekitar tahun 1972 hingga 1976.
Selama lebih 10 tahun mewakili negara, Mokhtar telah beraksi dalam pelbagai pertandingan di dalam dan luar negara.
Sepanjang tempoh itu, kehandalan Mokhtar sebagai penjaring telah membantu Malaysia menewaskan gergasi Asia seperti Korea Selatan dan Jepun.
Apa yang menarik, 𝗠𝗼𝗸𝗵𝘁𝗮𝗿 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗵𝗮𝗻𝗱𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗗𝗶𝗲𝗴𝗼 𝗠𝗮𝗿𝗮𝗱𝗼𝗻𝗮, 𝗝𝘂𝗻𝗶𝗼𝗿 𝗘𝗱𝗲𝗿𝘀, 𝗖𝗮𝗿𝗹𝗼 𝗔𝗹𝗯𝗲𝗿𝘁𝗼, 𝗝𝗼𝗵𝗻 𝗡𝗲𝗲𝘀𝗸𝗲𝗻𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘃𝗶𝗻 𝗞𝗲𝗲𝗴𝗮𝗻. 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗙𝗿𝗮𝗻𝗸 𝗕𝗲𝗰𝗸𝗲𝗻𝗯𝗮𝘂𝗲𝗿.
Ketika namanya sedang harum dan kehadiran beliau dikaitkan dengan 𝗲𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗴𝗲𝗺𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗸 𝗻𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗸𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗶𝘁𝘂, Mokhtar membuat pengumuman mengejut pada Oktober 1982.
“Cukuplah bermain selama 120 bulan dan 153 kali mewakili Malaysia”
Mokhtar Dahari mengumumkan persaraan. Beliau mungkin berundur dari bola sepak nasional tetapi masih mewakili selangor pada peringkat domestik.
Tetapi itulah bukanlah pengumuman persaraan pertama yang dilakukannya. Persaraan pertama berlaku pada November 1979. Beliau keluar dari persaraan selepas 11 bulan.
Persaraan pertama berlaku kerana media melihat beliau sebagai penumpang di atas padang.Ia berikutan keputusan buruk negara pada ketika itu. Malaysia tumbang 0-7 dalam kejohanan Sukan Asia.
Beliau terkesan dengan kritikan itu lalu memutuskan untuk berundur. Tetapi akhirnya beliau berjaya dipujuk untuk beraksi semula bersama Malaysia bagi menghadapi Sukan Sea di Manila 1981.
Bagaimanapun pada 1982, beliau mengalami kecederaan menyebabkannya tidak berpeluang untuk menyertai 2 pertandingan utama – Piala Presiden Park di Soeul dan Pestabola Merdeka 1982.
Walaupun kecederaan tidak serius, Mokhtar masih berharap untuk dipanggil bermain pada kejohanan Piala Merlion di Singapura.
Tetapi FAM tidak berbuat demikian. Nama beliau tercicir. Hati kecilnya berbisik mungkin sudah tiba masanya untuk berundur.
“Apa ada pada nama jika FAM sudah tidak berselera lagi” tulisannya dalam majalah dunia sukan.
Tidak dapat dinafikan kegemilangan bola sepak negara sepanjang 1 dekad (1972-1982) bergerak seiring dengan karier Mokhtar Dahari.
𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹𝗮𝗻, 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗼𝗸𝗵𝘁𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗮𝗿𝗲𝗻𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗸 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮, 𝗽𝗿𝗲𝘀𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘀𝗼𝘁 𝘀𝗲𝗱𝗶𝗸𝗶𝘁 𝗱𝗲𝗺𝗶 𝘀𝗲𝗱𝗶𝗸𝗶𝘁. Sehingga kini prestasi negara masih lesu, masih belum dipulihkan sepenuhnya.
Pada waktu yang sama, di kalangan pemain-pemain pasca era Mokhtar, tidak seorang pun berjaya muncul sehebat beliau.
Lantaran itu, kehandalan Mokhtar terus diperkatakan dan prestasinya dianggap sebagai penanda aras yang belum dicapai oleh mana-mana pemain.
Beliau dijadikan idola dan para pemain ingin mencontohi beliau. Tapi belum ada yang berjaya.
Dalam senario itu, Mokhtar Dahari akan terus hidup sebagai legenda bola sepak nasional untuk tempoh yang agak lama.
0 ulasan:
Catat Ulasan