Eskpedisi tersebut dijalankan menggunakan sebuah kapal yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan termasuk alat sonar.
Hasil ekspedisi menyaksikan kumpulan tersebut menemukan bangkai kapal Pella yang karam pada 2011 dan spesies sotong gergasi yang didakwa lebih besar dari manusia.
Ketua Program Sains OceanX, Mattie Rodrigue berkata, kemunculan sotong gergasi itu dikesan ketika kenderaan bawah air kendalian jarak jauh (ROV) melakukan tinjauan di sekitar kawasan bangkai kapal Pella
“Secara tiba-tiba, kami ternampak kelibat sotong gergasi melintasi bangkai kapal tersebut.
“Sotong gergasi itu mungkin dari spesies sotong terbang ungu atau ‘purpleback flying squid‘ yang boleh membesar sehingga dua kaki atau 0.6 meter,” katanya.
Kali terakhir sotong gergasi ditemukan adalah pada Oktober 2016 dengan ukuran 9.14 meter panjang.
Sementara itu, Rodrigue menyatakan, kapal Pella karam ketika dalam pelayaran ke pelabuhan Nuweiba di Mesir.
Kapal yang membawa 1,229 penumpang itu karam selepas terbakar di perairan Aqaba, Jordan, menyaksikan seorang maut.
-Utusan Online
0 ulasan:
Catat Ulasan