Rabu, 6 Oktober 2021

Kenapa Khabib Nurmagomedov nyaris pukul penyokong Liverpool

KHABIB tonton aksi Liverpool menentang City di Anfield.
KHABIB tonton aksi Liverpool menentang City di Anfield.

London: Ikon UFC Khabib Nurmagomedov mengakui dia bersedia bertumbuk dengan penyokong Liverpool yang mabuk di Anfield kelmarin.

Khabib berada di tempat duduk penonton ketika Reds seri 2-2 dengan Manchester City yang menyaksikan Mohamed Salah meledak gol hebat untuk Liverpool namun disamakan Kevin De Bruyne.

Bekas jaguh Rusia itu mendedahkan detik dia berasa tidak selesa di tempat umum dan salah satunya pada perlawanan Liga Perdana Inggeris Ahad lalu.

Ketika saya ke McDonald, saya rasa tertekan: 'siapa rakam gambar saya?' Saya bercakap mengenainya ketika ceramah di Harrogate, Yorkshire.

"Jika saya keluar bersama rakan, saya kata 'anda perlu perhatikan saya. Hari ini apabila saya ke Anfield, saya tersekat dalam kalangan ribuan penyokong Liverpool yang mabuk.

"Saya tak boleh bergerak. Ia seperti trafik orang ramai, saya rasa tertekan. Ramai di antara mereka seperti, 'ooh, Khabib' tetapi mereka tidak memahami siapa saya.

"Sudah tentu saya rasa sangat tertekan dan saya sedia bertarung ketika itu.''

Khabib bergambar dengan Sir Alex Ferguson dan berbual dengan Paul Pogba di Old Trafford sehari sebelumnya.

"Saya ke stadium untuk menikmati kecantikan perlawanan,'' kata Khabib. "Hari ini sangat bahaya ketika saya bersama penyokong Liverpool tetapi ia menyeronokkan dan saya sedia bertarung.

"Suasana di Anfield sangat menakjubkan tetapi debaran perlawanan lebih hebat. Manchester, Liverpool saya tidak peduli, saya hanya sukakan bola sepak. Menyaksikan perlawanan ini tanpa berkelip mata. Anda boleh sokong mana-mana pasukan yang anda mahu.''

-myMetro

0 ulasan:

Catat Ulasan