Jumaat, 4 Disember 2020

3 ketua parti PH menghadap Sultan Perak esok

 

Nga Kor Ming mewakili DAP, Farhash Wafa Salvador dari PKR dan Asmuni Awi, Amanah dijadualkan menghadap Sultan Perak esok berhubung kemelut menteri besar negeri itu.

IPOH: Tiga ketua parti daripada Pakatan Harapan (PH) dijadualkan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, esok.

Sumber memberitahu, ketua parti itu adalah Nga Kor Ming mewakili DAP, Farhash Wafa Salvador dari PKR dan Asmuni Awi, Amanah.

Mereka diperkenankan menghadap Sultan Nazrin bermula 11 pagi.

Petang tadi, Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu diperkenan menghadap Sultan Perak bagi menyembah maklum situasi terkini kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak berikutan keputusan usul undi percaya terhadap beliau pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Turut sama menghadap hari ini Penasihat Undang-Undang Perak, Azmir Shah Zainal Abidin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Speaker DUN Perak, Mohamad Zahir Abdul Khalid.

0 ulasan:

Catat Ulasan