Baru-baru ni, seluruh rakyat Malaysia berasa bangga apabila pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya berjaya peroleh keputusan seri dalam perlawanan dengan Korea Selatan pada Piala Asia 2023 di Qatar meskipun prestasi mereka dalam kejohanan tersebut dilihat kurang menyerlah.
1. Layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980
Seperti yang kita sedia maklum, kejayaan Malaysia ke Olimpik pada 1980 merupakan pencapaian terbesar pasukan negara dalam sejarah.
Pada ketika itu, mereka melawan dengan pasukan yang tak kurang hebatnya iaitu Korea Selatan dalam pusingan kelayakan kejohanan tersebut. Apa yang jadi detik bersejarahnya, jaringan saat-saat akhir yang dibuat oleh James Wong telah menjadi asbab Malaysia mengalahkan pasukan Korea 2-1 yang secara tidak langsung melayakkan dorang masuk kejohanan tersebut.
Namun begitu, Malaysia telah ambil pendirian untuk boikot Olimpik itu gara-gara serangan Soviet Union ke atas Afghanistan yang berlaku pada tahun yang sama. Namun, ia masih dianggap pencapaian terbaik Harimau Malaya.
2. Menang banyak dalam Pestabola Merdeka
Kalau korang nak tahu, ‘Pertandingan’ atau ‘Pestabola Merdeka’ merupakan kejohanan antarabangsa yang diadakan setiap tahun bagi meraikan kemerdekaan Malaysia. Yang hebatnya, ia pernah digelar sebagai ‘Piala Asia Mini’ sekitar tahun 1960-an hingga 1980-an kerana menampilkan pasukan bola negara lain untuk bertanding.
Sejak kejohanan tu dibuat, Malaysia meraih rekod membanggakan dengan meraih kejuaraan sebanyak 10 kali manakala naib juara sebanyak 7 kali. Pada masa yang sama, legenda pemain bola sepak Malaysia, Mokhtar Dahari juga menyertai pertandingan ini bersama player terkenal yang lain seperti Abdul Ghani Minhat dan Soh Chin Ann.
3. Kelahiran pemain legenda negara
Sudah tentu, salah satu kebanggaan terbesar negara ialah lahirnya pemain berbakat serta legend dalam dunia bola sepak Malaysia iaitu Mokhtar Dahari.
Boleh dikatakan, sepanjang dia bermain untuk pasukan negara, banyak kejohanan yang disertai sehingga membawa kejayaan seperti Pingat Gangsa Sukan Asia 1974, Juara Pestabola Merdeka empat kali dan Juara Piala Malaysia sepuluh kali.
Sepanjang karier Mokhtar Dahari atau lebih dikenali sebagai Supermokh ni, dia telah peroleh banyak anugerah dan penghormatan seperti Olahragawan Kebangsaan 1976 dan juga Darjah Indera Mahkota Pahang. Sehingga kini, masih tiada yang mampu tandingi kehebatan Mokhtar Dahari ini.
4. Juara Piala Suzuki AFF 2010
Kemenangan Malaysia dalam Piala Suzuki edisi 2010 juga boleh dikira sebagai pencapaian terbaik pasukan negara. Sebabnya, ia merupakan kemenangan pertama Malaysia dalam kejohanan berprestij itu.
Pada perlawanan akhir, Malaysia telah berdepan dengan Indonesia sebanyak dua kali. Walaupun tewas satu game namun, mereka telah menang secara agregat iaitu 4-2 sekaligus berjaya memperoleh gelaran juara tahun itu.
Malah, striker ketika itu, Safee Sali telah berjaya menjaringkan gol terbanyak iaitu sejumlah 5 gol yang melayakkan dia untuk peroleh Anugerah Kasut Emas.
5. Seri dengan Korea Selatan dalam Piala Asia 2023
Sekali lagi negara berasa sangat bangga apabila Malaysia berjaya mencapai keputusan seri dengan pasukan Korea Selatan dalam Piala Asia 2023 baru-baru ni.
Walaupun seri, pencapaian itu dianggap agak membanggakan kerana mereka setanding dengan pasukan Korea yang memang tak kalah kuatnya tau!
Biarpun begitu, kita kenalah berbangga dengan kejayaan ni kerana ia merupakan anak tangga bagi bola sepak Malaysia untuk lebih berjaya ke peringkat lebih tinggi di masa akan datang.
Sumber: Red Bull, Berita Harian
0 ulasan:
Catat Ulasan