Perang 20 tahun, yang syahid anggaran sebanyak 200, 000 orang Melayu, tapi kenapa bila cakap pasal Perang Bisik ni ramai terpinga-pinga? Kalau orang Melayu pun tak tahu, jangan harap yang lain pun tahu la.
Perang Bisik atau juga dikenali sebagai Perang Musuh Bisik bukanlah satu kisah yang asing lagi sebenarnya. Dah banyak dah cerita yang kita pernah dengar fasal perang ini. Kenapa nama perang ini sedemikian, ini adalah kerana adanya pengkhianat di kalangan sebahagian orang Melayu pada masa itu yang sanggup memberikan maklumat sama ada kepada British atau Siam ketika itu. Sebarang maklumat penting hanya boleh diberitahu dengan berbisik antara satu sama lain. Jadi sebab itulah namanya dikenali sebagai Perang Bisik.
Perang yang dah jadi 200 tahun lepas ini adalah suatu peristiwa yang sepatutnya diingati oleh orang Melayu kerana ini adalah satu peristiwa besar bagi Tanah Melayu dimana dianggarkan beratus ribu orang Melayu disembelih oleh pihak Siam. Kejadian yang berlaku pada 12 November 1821 adalah perang diantara Kerajaan Kedah dengan Siam (Liggor) telah berlansung selama 22 tahun. Mengikut kepada penulis Perang Kedah-Siam, Raja Ligor yang menyerang Kedah serta angkatan tenteranya terdiri daripada orang Cina. Raja Ligor sendiri adalah dari ahli kumpulan Hai San yang kemudiannya bersabit dengan peristiwa Perang Larut di Taiping.
Tadaaa, terkejut bukan.
Namun, perang ini sebenarnya terjadi akibat daripada membalas dendam terhadap Sultan Siam Ahmad Tajuddin II kerana tidak membantu Siam menentang Burma. Kerajaan Kedah bersama-sama orang Pasai, Acheh, Majapahit, Kedah, Terengganu menentang kemaraan Raja Buddha Rama II Chakri Sukho Thai. Perang ini bukan sahaja perang antara 2 kerajaan Tanah Melayu, namun lebih kepada peperangan kerajaan Islam dan juga bukan Islam. Bukan sahaja berhadapan dengan Siam di daratan, malahan bertembung pula dengan British di lautan. Dua kuasa besar yang berpakat secara sulit hendak melenyapkan kekuasaan Kedah. Akibatnya, Kedah tertewas di tangan Kerajaan kafir Siam dan negeri-negeri di wilayah selatan Thailand yang dulunya milik orang Melayu jatuh ke tangan mereka.
Sikap terlalu bertoleransi dengan musuh, terlalu baik hati menyebabkan orang Melayu dipijak kepala. Bukan setakat dalam perang ini sahaja, namun banyak peristiwa sejarah lain yang telah membuktikan kepada kita bahawa akibat sikap mulia orang Melayu ini memakan diri di kemudian hari. Ingat tarikh keramat ini, kerana ini bukti bangsa Melayu bukanlah lemah seperti digembar-gemburkan.
Tidak bodoh dan malas seperti dimomok-momokkan Inggeris keparat. Kita kena bermatian-matian pertahankan negara bukan kerana mulianya bangsa kita semata tapi agama itu perlu kita pelihara.
'Delete' pemikiran yang orang Melayu ni tiada apa-apa. Sejarah dah membuktikan, orang Melayu ada sejarah peradaban yang lebih hebat lagi dari mat salleh.
Sumber:
1. MERIAM-MERIAM KEDAH DI WAT PHRA MAHATHAT
WORAMAHAWIHAN, NAKHON SI THAMMARAT, Hasanuddin Yusof, Zuliskandar Ramli & Muhammad Shafiq Mohd Ali.
2. Sejarah Perang Kedah-Siam 1787-1842
0 ulasan:
Catat Ulasan