Sewaktu muda remaja dulu, admin pernah selak ekor ayam jantan yg sedang mengawan untuk melihat proses mengawan tu.. Tetapi yg ajaibnya langsung takde sebarang organ dikeluarkan sebagaimana binatang lain..
Jadi persoalan itu telah menghantui admin seberapa lama.. Persoalan yg bermain di fikiran adakah ayam mengawan ni hanya untuk isi masa lapang sahaja?.
Kalau isi masa lapang mengapa ibu ayam kampung boleh menghasilkan keturunan ayam kapan ( ayahnya ).. Kebetulan pada waktu tu admin bela banyak jenis ayam seperti ayam kampung, ayam hutan, ayam kapan, ayam serama dan beberapa jenis lagi yg tak diketuai spesisnya tetapi ayam tu berwarna putih, oren dan kelabu..
Yang anehnya, ayam kampung betina tu akan menetaskan telur ayam kapan atau ayam hutan hingga mak admin sembelih ayam kapan dan hutan tu sebab semua ayam masa tu jadi kecik ikut keturunan ayah mereka..
Persoalan ini benar2 menghantui fikiran ini sehinggalah persoalan tersebut terjawab..
Rupa-rupanya, ayam jantan dan betina ni ada satu benda yang kita panggil cloaca. Semasa mengawan cloaca ayam jantan dan betina ni akan bersentuhan dan pemindahan sperma akan berlaku..
Disebabkan itulah jika tiada ayam jantan, telur ayam betina tak akan menetas .. Ye ayam betina tetap bertelur tanpa ayam jantan.
Sumner: FB
0 ulasan:
Catat Ulasan