Rabu, 7 Februari 2024

BOLASEPAK:PANDANGLAH KE TIMUR, JEPUN SPESIFIKNYA

 PANDANGLAH KE TIMUR, JEPUN SPESIFIKNYA

Oleh: Hafiz Mansor 

Aku ada terbaca satu penulisan yang dikongsi berkenaan kejayaan pasukan bola sepak Jepun. Tulisan ni panjang sikit. 

Katanya depa juga mengambil naturalisasi sepertimana yang dilakukan oleh MFL dan sekutunya, FAM dan naturalisasi menjadi faktor kekuatan pasukan kebangsaan Jepun.

Secara peribadi part naturalisasi dalam penulisan tersebut sedikit misleading.

Sukan bola sepak Jepun tidak bangkit dengan menaturalisasi pemain luar tetapi sebenaqnya pada kekuatan pool talents yang depa bangunkan melalui revolusi J-League pada 1992. 

Sini key point utama yang kita kena tau. Bukan naturalisasi. 

Cuma adakah Jepun tidak pernah menaturalisasi pemain? Jawapannya pernah. 

Aku buat carian jumpa dengan nama Yonashiro yang dinaturalisasi dalam skuad kebangsaan Jepun pada 1985. Ini paling awal kot rasanya. 

Nama lain macam Yoshimura (Brazil, 1970), Augusto Lopes (Brazil, 1997), Alex (Brazil, 2002). Semua yang dinaturalisasi berasal daripada Brazil dan ada beberapa negara lain lagi. 

Pemain naturalisasi ramai tetapi bukan semua untuk skuad kebangsaan dan sebenaqnya tak ramai pun. 

Jepun tidak naturalisasi pemain luaq setiap tahun macam Malaysia. Jadi, kat mana yang kata sama macam kita? 

Kita setiap tahun naturalisasi pemain baru sampai tahap jadi membazir sebab selepas setahun dah tidak berfungsi. Local talent pula semakin terpinggir. 

Kita kena faham satu benda; revolusi liga di Jepun (J-League) pada 1992 adalah tentang merakyatkan sukan ini di peringkat komuniti serta paling utama adalah pembangunan bakat. 

Sebab tu nama pasukan diubah. Matsushita Electric Industrial Co. Ltd jadi Gamba Osaka, Mitsubishi Heavy Industries jadi Urawa Red Diamonds, Sumitomo Metal Industries jadi Kashima Antlers. 

Cabaran Jepun masa tu adalah bola sepak bukanlah sukan nombor satu negara. Orang lebih berminat bercakap pasai baseball, sumo dan judo berbanding bola sepak. 

Kalau rakyat tak suka bola, macam mana hang nak cungkil bakat. Berbeza dengan Malaysia sekarang. Bola ni ada saja kat pelbagai peringkat. Budak PASTI pun main bola haha

Jadi, depa bangunkan J-League - revised strategy daripada liga semi pro - supaya orang Jepun ambil tahu dan minat dengan bola sepak. Participate dengan game. Key result area depa adalah jumlah penonton hadir ke stadium. 

Beberapa tahun lepas tu Jepun berhadapan dengan bumper dalam krisis ekonomi. Kemudian depa bangkit sekali lagi dengan Visi Seratus Tahun iaitu menjadi juara Piala Dunia 2092 dan memiliki 100 pasukan bola sepak profesional. 

J-League yang jadi tunjang utama kepada pasukan bola sepak kebangsaan Jepun. Depa bina jambatan untuk pemain berbakat develop sampai boleh bersaing di Eropah.

Kita kena ambil pengajaran yang betui daripada J-League. Bina sistem yang betul untuk bangunkan bakat daripada akar umbi dan eksport pemain beraksi di luaq khususnya Jerman sebab DNA bola sepak.  

Kalau tengok laman web soccerway.com, ada lebih 30-40 pemain kelahiran Jepun beraksi di Liga Eropah dan negara lain khususnya Bundesliga. 

Adakah ia akan bagi kesan kepada kelab domestik? Ya dan tidak.

Bila ramai player depa main di luaq secara tidak langsung teknikal dan taktikal pemain itu akan improve. Kualiti permainan jadi meningkat. Tidak kurang juga yang main di peringkat liga domestik. 

Kesan negatif ramai star keluaq menyebabkan depa terpaksa cari talent baru untuk attract fans. Tapi depa tidak ketandusan bakat baru saban tahun.

Aku cakap ni untuk team Kedah sama yang kelihatan semakin ketandusan bakat muda untuk diserap ke pasukan utama. Satgi depa kata aku kata kat team depa pulak haha

Kalau sapa yang paham penulisan aku, aku bukannya tolak terus dengan naturalisasi mahupun pemain import. 

Kena paham betui-betui especially segelintir fans tanah hujung yang suka baca sekerat paham sekerat pahtu tala ikut suka.

Kita terbuka nak belajaq dengan sapa pun. Jepun sendiri awai dulu 'jemput' coach luaq macam Arsene Wenger even player luaq yang top-top bermain di J-League.

Target depa untuk transfer knowledge selain tarik minat local fans dengan J-League. Sebaliknya kita amik player import, asal cukup syarat terus nak amik main kebangsaan. 

Point aku kita ambil jalan pertengahan dan bina legasi kita sendiri. Bina sistem dan identiti kita. Itu yang mustahak. 

Kita kena bina liga yang boleh jadi pool talent kepada players tempatan menyerlah. Kena fikir tambah pasukan yang kompetitif, bukan pikiaq nasik pasukan tertentu tinggai kerak kat pasukan lain.

J-League sekarang dah achieve 60 pasukan untuk ketiga-tiga division daripada belasan team ja awal-awal. Bakat tempatan bersepah hari ini. 

Kita boleh tiru macam Jepun tapi mesti melihat kepada bagaimana depa bina liga awal dulu, bukan yang dah establish macam la. 

MFL ubah peraturan hampir setiap musim. Apa blueprint sebenaqnya ni? Orang makin hilang minat dengan liga domestik.

Kalau kita nak ukuq pasukan Urawa Reds yang ada 7 import susah la. Depa local yang develop dah ramai dalam dan luaq negara Jepun. Kita? 

Pemain local Malaysia nak main di mana kalau import dah seramai tu? Liga bawahan? Peraturan liga berubah setiap tahun sejak feeder club yang dibuat untuk kenyangkan pasukan tertentu. 

Ada orang argue - bersaing la dengan pemain import untuk maju. 

Tak semudah itu. Kita kena pikiaq macam mana nak tingkatkan kualiti pemain tempatan dengan minit permainan, teknikal dan taktikal awareness. 

Aku selalu juga kritik coach Kedah kekalkan Ifedayo atas padang walaupun tidak lagi efektif as No.9. 

Last-last pool talent kita semakin kecik. Liga komuniti nampam meriah tapi takat situ ja la. Bakat tak berkembang ke peringkat lebih tinggi. Sebab di atas hanya nampak muka mat saleh nak isi skuad kebangsaan.

Kita tambah import - naturalisasi - main kebangsaan. Sampai 100 tahun pun tak berkembang. 

Dah sampai masa kita pandang ke Timur. Nilai pada sisi yang menjadi asas kebangkitan depa dan adun ikut acuan kita. 

Ni pandangan peribadi aku. Last sekali kita kena tanya, macam mana liga domestik akan jadi pemangkin kepada bola sepak Malaysia?

Sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan