"Old Politic" Anutan PMX
Harini dan semalam aku mengikuti rapat pembentangan bajet 2025 Negeri Terengganu dan perbahasan Adun.
Mengimbau kembali kenangan ketika dipertanggungjawabkan untuk merangka Bajet Negeri Terengganu dari tahun 2018 hingga 2020, bukan mudah untuk merangka bajet memenuhi keperluan negeri dan rakyat, dalam masa sama ditekan oleh Kerajaan Pusat dengan penafian peruntukan royalti yang sepatutnya menjadi hak rakyat.
Ketika bersembang dengan seorang sahabat, kami dapat simpulkan PMX kini mengamalkan "Old Politic" dari UMNO's old playbook. Segala jenis taktik yang pernah digunakan oleh UMNO ketika pemerintahan PAS tahun 1999-2004, kini sedang hebat digunapakai. Bab ni, cikgu belajar dengan anak murid lah kot.
Tapi PMX gagal faham satu perkara, suasana tahun 1999-2004 dengan sekarang jauh berbeza. Dengan kehadiran sosial media, maklumat sampai kepada pengundi secara langsung.
Kalau PMX rasa dengan sekat royalti Kerajaan Negeri akan beri menambah sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan, memang PMX silap besar. Rakyat makin benc1 dan akan menolak Pakatan Harapan dan UMNO.
Apapun selamat maju jaya kepada kepimpinan negeri untuk terus mengharungi segala kerenah dan halangan dalam mentadbir negeri, namun tetap cuba memberikan khidmat bakti yang terbaik kepada rakyat.
Semoga Allah memberkati Negeri Terengganu.
Negeri Terengganu, Maju, Berkat dan Sejahtera.
Salam Hormat,
Ir. Ts. Nurul Islam Mohamed Yusoff
0 ulasan:
Catat Ulasan