Jumaat, 27 September 2024

PMX perlu saman Bloomberg untuk elak pelabur lari keluar dari Malaysia

 


Oleh:Isham Jalil

Beberapa bulan lalu saya ada buat laporan SPRM, laporan polis, dan laporan kepada Suruhanjaya Sekuriti berkenaan kes pembelian saham Heitech Padu oleh Farhash Salvador iaitu kenalan rapat PMX Anwar Ibrahim. 

Saya juga minta SPRM supaya keluarkan perintah isytihar harta kepada Farhash Salvador. Namun sehingga hari ini saya tidak dengar apa-apa tindakan dibuat ke atas kes ini. Jika ada sila beritahu. Yang saya dengar daripada laporan portal MalaysiaNow dan sumber dari Bloomberg ialah “Anwar arah bos SPRM jangan siasat Farhash isu pembelian saham, kata laporan”. 

Saya sudah sarankan kepada PMX semalam supaya dia saman Bloomberg jika perkara ini fitnah. Sebab ini perkara yang amat serius dan ia melibatkan kredibiliti Perdana Menteri dan negara kita, pelabur akan lari jika PMX terlibat rasuah atau dilihat cakap tidak serupa bikin. Sebab itu PMX perlu saman Bloomberg secepat mungkin. YAB Dato’ Sri Anwar, samanlah Bloomberg demi negara kita dan demi menentang rasuah seperti yang anda selalu kata.

Jika SPRM boleh keluarkan perintah isytihar harta kepada pemimpin-pemimpin pembangkang atau anak-anak mereka untuk siasat kes semasa mereka berkuasa dulu, saya lihat SPRM juga boleh keluarkan perintah yang sama kepada orang-orang yang rapat dengan pemimpin yang sedang berkuasa kini terutama apabila ia mengaitkan dana awam berbillion ringgit, ini lebih penting sebab ia melibatkan pemimpin yang berkuasa sekarang. SPRM perlu dilihat adil.

Saya ingin sarankan supaya agensi-agensi penguatkuasaan ini memberi status perkembangan atau update berkenaan kes ini kepada rakyat kerana ia adalah kes berprofil tinggi yang melibatkan kenalan rapat Perdana Menteri dan bekas pegawai atau setiausaha politiknya dan juga ia berkaitan proses pemberian kontrak menggunakan dana awam yang amat besar iaitu sebanyak RM1 billion. 

Jika tidak ada apa-apa tindakan diambil pun silalah maklumkan rakyat. Atau jika ada orang arah jangan siasat pun beritahu lah rakyat. Rakyat ingin tahu.

Kan PMX sudah berkali-kali kata tatakelola itu penting dan dia ingin basuh dan cuci rasuah. 

P/S: Jika kita ingin basuh dan cuci, kita cuci yang paling dekat dan sebelah kita dulu. Salam

Source 

0 ulasan:

Catat Ulasan