Tidak kira lelaki atau wanita, jika diberikan kemewahan sekalipun, ada di antara mereka akan tetap mencari alasan untuk curang.
Buat wanita ini, dia telah memberikan kemewahan kepada suami dengan mengajikan RM10,000 sebulan namun tetap lelaki tersebut memilih untuk curang.
Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, berkongsi mengenai cerita klien tersebut di Facebook.
Menurutnya, wanita yang juga klien itu diceraikan suami selepas disoal mengapa wanita tak dikenali turut serta dalam percutian suaminya.
“Tidak ada sebarang pergaduhan. Malah, si isteri hanya kirimkan mesej melalui aplikasi WhatsApp ketika mengajukan soalan.
“Tiba-tiba, apabila suami naik ke rumah, wanita tersebut terus diceraikan dengan talak satu.
“Wanita tersebut merayu agar dirujuk semula. Namun, kata suami, dia benci dikongkong,” katanya dalam hantaran tersebut.
Menurut Suzana, wanita tersebut bagaimanapun tidak mengongkong suaminya malah dia menggajikan lelaki tersebut untuk pantau keadaan di butik miliknya sekali seminggu.
“Suami wanita tersebut memilih untuk berkahwin dengan janda anak seorang. Malah, janda tersebut juga telah berjumpa dengan klien saya.
“Saya juga tidak sangka suami klien sanggup menjandakan isteri sendiri dengan empat anak yang sepenuhnya dijaga oleh isteri demi seorang janda dengan anak satu berusia empat tahun,” katanya.
Seharusnya sebagai lelaki yang rasa dirinya layak berpoligami, mengapa perlu menceraikan isteri pertama demi wanita yang hadir selepas anda ada segalanya.
-malaysiadateline
0 ulasan:
Catat Ulasan