POKOK JARUM 7 BILAH
Pokok jarum 7 bilah ni saya pernah baca awal-awal tahun 80-an di dalam mastika.
Seorang perempuan cina mengidap kanser.
Dia amal kan dengan kesep di bawah lidah dan berjoging setiap hari.
Daun ni berlendir bila dikunyah. Tapi penuh khasiat. Dengan izin ALLAH kansernya sembuh dalam tempoh sebulan.
Lepas keluo kat mastika, esok pokok tu habis dikejekan orang. Tak tinggal sikit pun.
Pokok ni senang idup.
Bila kawan-kawan yang tahu khasiatnya berkongsi cete, timbul rasa nak cuba.
Tambah pulak tahu daun yg dah dikeringkan ni kalau dijual di kedai ubat beratus RM, tu yang rebus sendiri.
Antara pengalaman saya, bila badan rasa cam nak demam, saya rebus 7..8 lai dan minum.
Alhamdulillah.
Tak jadi demam.
Bila ada bisul atau bengkak-bengkak di tubuh, saya tumbuk letak sedikit air dan tepekkan ditempat yg bisul.
Alhamdulillah.
Bisul atau bengkak hilang.
Kalau saya rasa tapak kaki mula sakit, bisa bila memijak , saya gunakan daunnya sebagai detox.
Ada kala tumbuh bisul dan bengkak kat ketiak.
Saya tumbuk jek daun ni...masukkan dalam tisu. Kepit kat ketiak. Lega. Ilang terus bengkak dan bisul.
Cam tak caya kan. Sape yang ada bisul atau bengkak...boleh cuba.
Ambik daun banyak-banyak, letak air dan blend. Belendir.
Cari stoking yg lama, tuang dalam stoking dan pakai. Bungkus kaki tadi ngan plastik dan baring.
Sedapnya rasa bila dia mula menyedut toksid. Terasa berdenyut tapak kaki.
Agak-agak 30-1 jam.
Rilex lah.
Lepas tu cuci kaki.
Ringan rasanya.
Biasa saya buat sebelum gi umrah. Saya mutawifah. Perlu cergas dan banyak berjalan. Saya buat ni sebelum gi umrah. Alhamdulillah.
Tu yang selalu kena marah ngan jamaah sebab jalan laju.😂😂😂. Jamaah jauh tertinggal kat belakang.
Ilang sakit-sakit kat tapak kaki. Tak yah budget mahal-mahal.
Jamaah selalu tanya, saya makan pil vitamin apa ya.
🤭🤭🤭 malu saya nak gi tau.
Saya jenis tak teliti makan ubat. Jadi saya jarang membeli dan makan ubat hospital. Sebab beli pun saya tak makan.
Agak-agak tak sihat, saya rebus je daun ni atau buat ulam. Dan solat duha jangan tinggal. Tu je ubat saya.
Kalau lutut saya sakit..Saya blend daun dan balut ngan tuala good morning kat lutut.
Alhamdulilah. Ok.
Menantu bersalin dan buasir. Ngis tak leh duduk. Sakit.
Saya tumbukkan daun ni, masukkan dalam tisu dan suruh dia letak di tempat yang bengkak.
Cam pembohong. Esok dah ilang bengkak dan boleh jalan dan duduk cam biasa.🤭 ( sorry pecahkan rahsia) 😂
Saya kanser tiroid. Sekarang saya cuba blend 2..3 lai ngan epal hijau.
Alhamdulillah.
Bengkak tiroid di leher semakin menghilang.
Saya tumbuk daun tu, letak di kain tudung yang tak pakai..lilit kat leher.
Bengkak semakin susut.
Doktor pernah nak oprate. Dah bagi tarikh. Saya cuba ubat ngan bahan alami saja. Saya cuma amalkan daun 7 bilah dan kunyit hitam sahaja.
Alhamdulillah. Semua dengan izin ALLAH. Saya rasa sembuh 80% dari dulu. Walaupun masih ada sedikit lagi kesannya. Tapi tu pun dah syukur sangat.
Pernah pergi ke hosp pakar untuk check semula. Alhamdulillah. Bengkak tu makin mengecil dan ada yang dah menghilang.
Tapi saya tak tahu lah. Sesuai tak kat orang lain.
Mungkin sesuai untuk saya, tak sesuai kat orang lain.
Kalau saya sakit kepala, saya blend daunnya dan bungkus di kepala ngan tuala good morning.
Rilex kejap dalam 30 minit.
Peegh lega. Lepas tu cucilah rambut bersih-bersih.
Memang lega. Nak-nak kalau kolestrol tinggi, ada bisul-bisul kecil kat kepala. Ini je saya buat.
Pernah bengkak buah dada. Sakit. Menangis-nangis. Tak leh sentuh. Sampai timbul urat-urat ijau. Gi klinik doktor kata urat tegang. Nanti baik sendiri.
Balik saya blend daun ni dan tuang dalam tuala good morning. Tekap di dada.
Alhamdulilah.
Ilang bengkak dan sakit
😪😪😪
Adakala tumbuh mata ikan kat mulut. Saya ramas 1..2 helai daun ni dan kemam di mulut .
Alhamdulillah.
Cepat ilang mata ikan atau sakit tekak.
Bagus kalau ada luka-luka di mulut. Kemam jek daun ni..
Kalau datang malas nak blender daun nya...saya kemam/ kesep jek kat mulut. Lega rasa mulut dan kerongkong.
Saya tak tau lah sesuai tak kat orang lain. Tapi ni lah yang saya buat tuk ubat diri sendiri.
Semua tu ngan izin ALLAH.
Kita usaha je. Tak salah mencuba.
Pokok ni berduri. Durinya panjang dan tajam. Hati-hati.
Ada yang bunga kuning dan oren.
Jangan salah pokok. Ada juga pokok bunga yang seakan pokok jarum 7 bilah ni.
Nak jelas boleh google di fb. Tengok pokoknya macamana.
Orang cina selalu rebus yang kering wat minum teh.
yang ni saya blend dan masukkan dalam stoking.
Masuk kan kaki dalam stoking dan bungkus ngan plastik.
Jadi detox yg baik.
Kadang-kadang saya rebus 7..8 helai sampai didih. Masukkan dalam jug...buat minum anak beranak cam minum teh O.
Kalau rasa nak demam, saya jarang makan panadol. Kecuali dah terdesak sangat. Saya minum jek rebusan air jarum 7 bilah ni.
Kebah demam.
Lagi sedap kalau ambil 4..5 helai daunnya + sebiji apple hijau + sedikit asam boi...1/2 gelas air..blend.
Minum. Rasa jus apple asam boi. 😋
Bagus tuk kanser dan macam-macam penyakit.
Kalau rajin buat, akan nampak perubahan dalam kesihatan.
Nak tahu khasiat dia, google lah.
Lain tempat lain namanya.
Saya kongsikan apa yg saya dah cuba.
untuk orang lain, saya tak tau lah serasi ke tidak.
Sumber: Whatsapps
0 ulasan:
Catat Ulasan