Rabu, 2 Disember 2020

Mamat Yang Pernah Ungkapkan Jika Saya Tuhan, Kini Nak Bantah Slogan "Sawit Anugerah Tuhan"

 


Dalam perbahasan Dewan Rakyat siang tadi, Hanipa Maidin (Sepang-AMANAH) pertikai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menggunakan perkataan 'Tuhan' pada kempen 'Sawit Anugerah Tuhan'.

Katanya, kempen dengan menggunakan istilah 'Tuhan' itu berbahaya kepada negara kerana orang Barat akan melihatnya sebagai kempen patuh syariah.



“Jadi mereka lihat menteri daripada parti Islam ada masalah. Kena tukar menteri ini,” kata Hanipa.

Tidak tahulah orang Barat fobia dengan istilah 'Tuhan' atau 'God' sebab orang Amerika hari-hari pegang duit bertulis "In God We Trust".

Apa yang Sepang risau sangat dengan istilah 'Tuhan', tidak pastilah.

Dulu, pada 29 Mac 2018, dalam Dewan Rakyat, Hanipa pernah menyebut kepada Baling-BN, "Kalau saya tuhan, dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja..."

Manakala itu, ulasan ini lebih tajam dan tepat:

"Saya rasa maksud sebenar parti PAN ialah tukar slogan ‘Sayangi Sawitku’ kepada ‘Sawit Anugerah Tuhan’ berbahaya pada Malaysia sebab Teresa Kok akan marah.

Cakap sahaja parti PAN takut Teresa marah. Kita faham."

CnP Korek Korek0

-mindarakyat

0 ulasan:

Catat Ulasan