USA vs IRAN
MATINYA QASIM SULAIMANI
1. Qasim Sulaimani adalah mejar jeneral tentera pengawal Revolusi Iran merangkap Komander Briged al-Quds di Iraq.
2. Tugasnya utamanya sebagai perancang & pelaksana utama operasi ketenteraan & operasi rahsia di luar Iran bagi kepentingan politik Syiah-Khomeini Iran terutama di Iraq, Syria, Lubnan, Yaman dan negara-negara Teluk.
3. Kemuncaknya campurtangan Qasim dalam mencatur politik Iraq dengan meletakkan rakan rapatnya As'ad al-'Iedani sebagai calon PM Iraq yang baharu sehingga dibantah secara besar-besaran oleh rakyat Iraq dan ditolak Presiden Iraq.
4. Kematiannya tidak merugikan apa-apa yang signifikan kepada dunia Islam, bahkan kewujudannya mencetuskan lebih banyak huru hara di Asia Barat kerana tindakannya meluaskan pengaruh politik rejim Syiah Khomeini Iran, bukannya demi Islam dan umat Islam secara keseluruhan.
5. Suatu ketika dia bertindak bekerjasama dengan US demi kepentingan Iran bagi menjatuhkan Saddam & menguasai politik Iraq. Perangainya dengan US tidaklah jauh bezanya. Seperti kata wartawan terkenal US, Arianna Hufftington:
"Di satu sisi, kita mempersetankan Iran. Di sisi lain, penjajahan kita (US) ke atas Iraq telah memberikan Iran sekutu besar dan semakin penting di Timur Tengah."
6. Tiada apa-apa yang signifikan mengenai kematiannya bagi umat Islam di Malaysia. Kedua-duanya sama ada US yang membunuhnya ataupun Qasim yang terbunuh adalah makhluk yang tidak boleh dipercayai sama sekali. Kita tak perlu bertepuk tangan kepada US, dan tak perlu juga meratapi kematian Qasim.
7. Kesimpulannya, Syiah-Khomeini Iran ingin mempertahankan hegemoni mereka di Asia Barat atas kepentingan sektarian. US pula ingin mempertahankan hegemoni mereka atas kepentingan minyak. Demi kedua-dua kepentingan adakalanya mereka bersama dan adakalanya mereka bertinju. Itu biasa. Yang penting kita jangan tertipu.
8. Pengajarannya, US memang tak peduli sama ada kita Sunni dan Syiah. Tapi dia akan peduli jika dengan wujudnya dua blok ini akan menghancurkan kekuatan Islam sama ada dari dalam atau dari luar.
9. Maka dalam konteks di Malaysia. Apa yang perlu kita pertahankan adalah berpeganglah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. Jangan benarkan Syiah meluaskan pengaruhnya dengan memainkan sentimen seolah-olah mereka itulah pejuang menentang US, penentang Israel.. tetapi dalam masa yang sama penganut Sunni disyiahkan. Kesesatan Syiah disebarkan.
*-Dr. Mohd Aizam bin Mas'od*
Gila! ‘Trend’ lompat depan kereta makin menjadi
29 minit yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan