Edinburgh: Seorang pesara Scotland bertuah kerana menjadi moyang kepada enam generasi.
BBC News melaporkan, Mary Marshall, 86, mempunyai 90 cucu, cicit, piut dan oneng-oneng.
Ibu kepada lapan anak dari Edinburgh itu adalah satu-satunya keluarga di United Kingdom yang mempunyai enam generasi.
Ahli keluarga paling tua adalah Mary manakala yang termuda, ialah Nyla Ferguson, bayi yang baru berusia tiga minggu.
Semua ibu adalah daripada keturunan di sebelah keluarga yang sama dan mereka tidak bekerja atau pernah bekerja kecuali ibu kepada Nyla iaitu Toni-Leigh Aitken.
Semua generasi berkenaan melahirkan anak seawal usia 18 tahun atau lebih muda dari usia itu dan tinggal di sekitar Edinburgh.
Mary mempunyai lapan orang anak termasuk yang sulung, Rose.
Rose Thorburn, 68, mempunyai empat anak, termasuk Chyrel Borthwick, 50, yang mempunyai tiga anak.
Chyrel melahirkan Carrie Dow pada tahun 1986 yang kemudiannya melahirkan empat anak.
Carrie, 35, mempunyai empat anak termasuk Toni-Leigh, 17.
Pada 25 Mei 2021, Mary mendapat gelaran moyang dengan kelahiran Nyla Ferguson seberat 3.18 kilogram.
Mary berkata, kerana saiz keluarganya yang besar, dia dimaafkan jika tidak membeli hadiah hari jadi dan hadiah Krismas yang mana memerlukan setengah tahun jika ingin melakukannya.
"Sejujurnya, saya wanita yang beruntung. Gembira dapat memiliki keluarga yang begitu besar. Selalu ada seseorang yang mencari saya di situ. Saya sangat gembira," katanya.
Toni-Leigh yang melahirkan anggota keluarga terbaru bulan lalu, berkata mereka berjenaka akan memecahkan beberapa rekod selepas mengetahui dirinya hamil.
"Kemudian kami mula memberi tumpuan dan ia menunjukkan bahawa orang lain tidak mengaturkan hidup kami," katanya.-myMetro
0 ulasan:
Catat Ulasan