Rabu, 7 April 2021

Fitnah KSU: Sabahkini2 berdepan tindakan


Tangkap layar artikel berbaur fitnah yang disiarkan di blog Sabahkini2.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blog Sabahkini2 susulan fitnah yang dilemparkan terhadap Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Isham Ishak.

Kenyataan berunsur fitnah itu merujuk kepada artikel dimuat naik Sabahkini2 bertajuk, ‘Dulu di MOTAC disiasat SPRM kini di MOT KSU buat Runding Terus KTMB’ untuk kroni?’ yang diterbitkan blog tersebut baru-baru ini.

MOT menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat daripada peguam untuk tindakan lanjut seterusnya termasuk mengheret mana-mana pihak yang sengaja menyebar fitnah ke muka pengadilan.

Menurutnya, laporan polis juga telah dibuat terhadap blog Sabahkini2 untuk tindakan susulan.

“Kami ingin menjelaskan bahawa pihak yang meluluskan perolehan secara rundingan terus bagi projek KTMB itu adalah Kementerian Kewangan dan bukannya kementerian pelaksana.

“Malah, perolehan secara rundingan terus ini juga adalah mengikut pekeliling dan garis panduan ditetapkan iaitu PK7.15 – Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus,” katanya.

Katanya, iklan tender bagi Perolehan 10 Set Electric Train Set (ETS) Baharu telah dipamer pada 23 Januari 2020.

Namun, selepas tutup tempoh tender, hanya tiga petender yang mengemukakan cadangan dan Laporan Penilaian Tender telah dibentangkan kepada Lembaga Perolehan pada 23 Jun 2020.

Bagaimanapun, katanya, kesemua petender tidak mencapai markah lulus bagi penilaian kewangan dan teknikal kerana tidak mencapai kriteria-kriteria yang ditetapkan di dalam dokumen tender. K! ONLINE

Related Posts:

  • Pencarian Bloglist Blog Sharhanah Sepanjang 2024 Jom support blog sahabat blogging kita semua..Sempoi dimentoi.Nak join mudah ja sahabat..klik link dibawahPencarian Bloglist Blog Sharhanah Sepanjang 2024Tu ja admin nak habaq kat hampa semua untuk posting kali ni.K bye… Read More
  • Mulakan yang baru teringat yang lamaPosting pertama dari Paklong setelah terpaksa buka emel baru.Emel yang sebelum ini telah disekat penggunaannya oleh Pak Cik Google Dan seterusnya hilangkan segala Yang berkaitan dengan emel tersebut termasuk beberapa blog, ak… Read More
  • Fitnah KSU: Sabahkini2 berdepan tindakanTangkap layar artikel berbaur fitnah yang disiarkan di blog Sabahkini2.PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blog Sabahkini2 susulan fitnah yang dilemparkan terhadap Ketua S… Read More
  • Menolak Belanjawan - chedet.cc 1. Apabila cuma 13 ahli Parlimen bukan Kerajaan bangun untuk tolak belanjawan 2021, undi belah bahagi tidak dapat dilakukan kerana ia memerlukan 15 ahli.2. Apabila ini berlaku, ia bermakna bahawa Kerajaan yang dipilih r… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan