"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Save Palestine. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Save Palestine. Papar semua catatan

Jumaat, 17 April 2026

Sumud Flotilla:Kenyataan yang dikeluarkan oleh Gabungan Nasional Suku, Klan dan Keluarga Palestin

 Kenyataan yang dikeluarkan oleh Gabungan Nasional Suku, Klan dan Keluarga Palestin:

Gabungan Nasional Suku, Klan dan Keluarga Palestin mengalu-alukan Sumud Flotilla, yang kini berlayar dari pelabuhan antarabangsa dalam satu usaha baharu untuk memecahkan sekatan tidak adil yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza, sebagai satu mesej kemanusiaan yang mulia yang membawa makna solidariti dan kebebasan bersama rakyat Palestin.

Inisiatif antarabangsa ini hadir pada saat rakyat kami terus berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai secara sistematik serta dasar kebuluran yang berbahaya, apabila seramai 757 syahid telah gugur sejak pengumuman gencatan senjata pada Oktober lalu, dalam satu pelanggaran terang-terangan terhadap semua undang-undang dan konvensyen antarabangsa.

Kami menegaskan bahawa inisiatif ini menyentuh hati seluruh rakyat Gaza, yang menanti dengan penuh harapan setiap bantuan yang dihulurkan kepada mereka, serta setiap suara bebas yang menyeru hak mereka untuk hidup dengan bermaruah dan menikmati kebebasan.

Kepada semua peserta Sumud Flotilla, kami berkata: Kami menanti kehadiran anda dengan penuh harapan, kami amat menghargai usaha dan pengorbanan anda, dan kami menilai tinggi mesej kemanusiaan yang anda bawa, yang mencerminkan suara hati dunia yang masih hidup.

Kami juga menyeru seluruh insan yang cintakan kebebasan di seluruh dunia, serta institusi kemanusiaan dan hak asasi manusia, agar bersatu dalam menyokong inisiatif ini, dan turut serta secara aktif dalam usaha memecahkan sekatan serta menamatkan penderitaan rakyat kami.

Hidup Palestin yang bebas dan bermaruah,

Dan hidup kehendak rakyat yang merdeka. 

#globalsumudflotilla #sumudnusantara

Source: ZRA Strim 

Rabu, 15 Oktober 2025

Pesta Jenayah di Knesset: Pengakuan, Keaiban, dan Kehinaan Pemimpin Umat

 Pesta Jenayah di Knesset: Pengakuan, Keaiban, dan Kehinaan Pemimpin Umat

Apa yang berlaku di Knesset Israel semalam bukan sebuah majlis rasmi biasa. Ia bukan sekadar ucapan politik atau lawatan diplomatik. Ia betul-betul kelihatan seperti pesta, pesta jenayah yang diraikan di depan dunia.

Trump berdiri megah di tengah dewan, senyum lebar, penuh yakin. Dengan nada bangga dia bercerita bagaimana dia menjadi pembekal utama senjata kepada Israel sepanjang serangan ke atas Gaza. Katanya dengan penuh riak,

“Bibi Netanyahu would call me so many times, can you get me this weapon, that weapon, that weapon? Some of them I never heard of, Bibi, and I made them. But we’d get them here, wouldn’t we? And they are the best. But you used them well.”

Dalam bahasa kita, maksudnya begini:

"Bibi Netanyahu akan telefon saya berkali-kali, minta senjata itu, senjata ini. Ada yang saya pun tak pernah dengar, tapi saya buat juga. Kami bawa semua ke sini. Ia senjata terbaik. Dan kamu gunakan dengan baik.”

Kalimat “you used them well” tu yang paling menyakitkan hati. Dia bangga sebab senjata yang dia hantar digunakan “dengan baik” untuk membunuh beribu-ribu rakyat Palestin yang tak bersenjata. Wanita, kanak-kanak, bayi, semua jadi angka. Semua jadi bahan pujian dalam dewan yang bertepuk tangan.

Trump sendiri mengaku dia tak tahu pun apa jenis senjata yang dia hantar. Tapi sebab Netanyahu minta, dia terus setuju. Tak peduli siapa yang akan mati. Tak peduli siapa yang akan hancur. Janji Netanyahu senang hati, janji Israel menang, janji dia dapat tepukan.

Lepas tu dia sambung lagi, katanya,

 “Today, skies are calm and guns silent.”

Memanglah senyap, sebab Gaza dah musnah. Berapa ribu dah mati? Bila semua dah terbunuh, bila rumah dah jadi debu, memanglah langit nampak tenang. Itu bukan damai, itu senyap selepas pembunuhan besar-besaran.

Dan di tengah semua itu, Trump masih boleh berdiri megah minta Knesset beri pengampunan kepada Netanyahu yang sedang dibicarakan kerana rasuah. Dewan ketawa, bertepuk tangan, sambil Trump tersenyum puas. Bukan lagi nampak macam parlimen, tapi pentas pesta meraikan jenayah.

Ada wartawan tulis,

“The scene in the Knesset with Trump is like watching the inverse of a war crimes tribunal. The leaders and facilitators of the Gaza genocide are congratulating each other and applauding their crimes.”

Betul. 

Ia memang macam tribunal jenayah perang yang diterbalikkan. Bukannya menghukum penjenayah, tapi meraikan mereka.

Tapi yang paling memualkan bukan apa yang Trump kata. Yang paling menyakitkan hati ialah reaksi pemimpin Islam sendiri. Lelaki yang baru saja mengaku membekalkan senjata untuk membunuh rakyat Palestin disambut dengan senyum, pelukan, dan ciuman. Macam tak ada rasa apa-apa. Macam tak ada jiwa yang tersentuh.

Presiden Pakistan memuji dan menyanjung Trump sampai suasana jadi janggal. Dipujinya beria ia, Trump presiden keamanan katanya, dan dia nak calonkan Trump untuk hadiah nobel sekali lagi. Tak pasti tahun bila yang dia maksudkan. 

Presiden Itali yang duduk di sebelah pun dilaporkan tutup mulut dan ketawa kecil, macam tak percaya apa yang dia tengok. Dunia melihatnya bukan sebagai diplomasi, tapi kebodohan yang menyedihkan.

Presiden Indonesia pula dilihat membontoti Trump ke sana sini, merayu nak jumpa anak Trump. Selepas mendengar sendiri pengakuan Trump di Knesset, itu yang dikejar?

Dan mereka bukan berdua. 

Ada lagi beberapa pemimpin negara Islam lain yang bersorak, yang bertepuk tangan, yang berpelukan dengan si pembunuh sambil senyum seolah-olah tak ada darah pun di tangan lelaki itu. Mereka berdiri dalam majlis-majlis antarabangsa, saling berpeluk mesra dengan pemimpin yang menaja senjata untuk membunuh umat mereka sendiri, tanpa sedikit pun rasa malu.

Dunia tengok. 

Dunia geleng kepala. 

Di Sidang Kemuncak Keamanan di Mesir, di hadapan ribuan jasad Palestin yang masih belum sempat dikebumikan, mereka memilih untuk tunduk. Tubuh-tubuh tahanan yang baru dibebaskan keluar dalam keadaan kurus, pucat, lemah, tapi pemimpin Islam masih mampu tersenyum dan menadah tangan kepada kuasa yang membunuh.

Ya Allah, sungguh memalukan. Pemimpin yang sepatutnya menjadi suara keadilan kini memilih diam. Yang sepatutnya membela umat, kini bersalaman dengan pembinasa umat.

Dunia sedang melihat, dan umat sedang menunggu, bila agaknya akan lahir pemimpin yang umat tunggu tunggu.

Source 

Selasa, 23 September 2025

Apakah efek Global Sumud Flotilla kepada Gaza, Palestine..

 


Ada yang persoal, apa efek flotilla ni? Saya jawab, sejak 2 tahun lepas tak ada apa-apa tindakan yang membawa perubahan.

Hari ini, hasil semua tekanan termasuk dengan himpitan dan hebahan pelayaran GSF, negara-negara yang dulunya berkepit dengan penjajah ini merubah pendirian. Kalian ukurkan sendiri.

Saya kongsikan penulisan Ketua Command Centre Sumud Nusantara kita di Malaysia untuk menyejukkan hati kalian dan titipan buat kami peserta misi,

ALHAMDULILLAH 

ALHAMDULILLAH 

ALHAMDULILLAH 

Hari ini, 

Sejarah ditulis dalam lembaran kebenaran dan permulaan kemenangan!

Sesuatu yang selama ini dikira mustahil akhirnya berlaku dimana pihak bersekutu rejim 'berpaling tadah' dan buat pertama kalinya, mengiktiraf Palestin secara rasmi atas kesedaran kemanusiaan yang solid dan bold.

Hari ini sejarah

menulis United Kingdom, Canada, Australia iktiraf Palestin secara rasmi dan berdaulat. Besok mungkin diikuti oleh Perancis dan negara lainnya

Maka semakin dekat firasat Sheikh Ahmad Yassin menyatakan israel akan terkubur pada 2027. mungkin kita sedang masuk zaman akhir yang bakal kacau dan gila untuk melihat dunia bertarung dengan orang-orang yang angkuh dan sombong ini! 

Sahabatku 

Delegasi Malaysia, kalian adalah denyut nadi peralihan zaman ini. 

Dari doa qunut nazilah yang basah di sejadah, dari solat hajat di surau kecil hingga perhimpunan besar di jalanan, dari seruan boikot yang pernah diejek cerca ,semuanya telah menjadi gelombang besar yang menghentak benteng keangkuhan dunia. Ditambah dengan suara kepimpinan negara dan misi gila Sumud Nusantara dan Flotilla kita, akhirnya Allah izinkan dalam zaman ini kita melihat perubahan gila yang menjadi sejarah besar dunia!

Ingatlah, 

mereka merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Lagi diasak, lagi tekad iman kita

Kejayaan ini bukan milik satu nama atau satu pasukan; ia adalah milik seluruh umat yang tidak berhenti percaya bahawa Gaza akan bebas dan Palestina akan merdeka! Bezanya kalianlah penghidupnya

Kepada semua delegasi di kapal, pasukan di darat, dan pewakaf diri yang disebut mahupun yang tidak disebut, kalian adalah tinta sejarah yang menulis kemenangan penting hari ini. 

Terus mara, 

kerana Palestin belum merdeka sepenuhnya. Namun detik ini membuktikan, segala yang mustahil sedang runtuh satu demi satu.

Kebangkitan itu sedang berlaku dan alhamdulillah kita menjadi salah satu titik yang menghubungkan garis penting sejarah dunia untuk Palestina

Sani Araby


Source 

Selasa, 25 Jun 2024

Sifat Yahudi Israel:Mahu berhubungan baik dengan Malaysia tapi sebaliknya bom khemah sumbangan dari Malaysia

 

Antara kem perlindungan yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia dibom Israel.

1. Kem perlindungan di Gaza sumbangan rakyat Malaysia dibom Israel

JOHOR BAHRU: Serangan berterusan rejim Zionis di Gaza menyaksikan kem perlindungan dibina sumbangan rakyat Malaysia di An Nusairat dibom pada 11 Jun lalu menyebabkan seorang wanita Palestin maut, manakala lima lagi parah.

Friendship Shelter Camp 2 yang diusahakan dan dikendalikan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) serta sumbangan Pasaraya Econsave itu menempatkan 58 khemah diduduki 95 keluarga pelarian perang Gaza.

Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam, berkata kejadian itu mengakibatkan sebahagian besar khemah musnah sementara ada yang koyak, bocor serta rosak.

"Berdasarkan tinjauan dan siasatan Pengurus MyCARE Gaza, Dr Ziad Sahida, bukan sahaja khemah terbakar tetapi juga barang keperluan lain seperti makanan, selimut dan pakaian turut musnah.

"Turut menjadi sasaran bedilan tentera Zionis adalah kemudahan antaranya tangki air, telaga, tandas, parit dan lampu," katanya hari ini. 

Antara kem perlindungan yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia dibom Israel.

Mas Imran berkata, sehingga kini penghuninya masih tinggal di kem perlindungan terbabit walaupun sudah dibom dan banyak kemudahan asas sudah rosak.

Beliau berkata, Econsave menyumbang 30 khemah dengan kos RM120,000 termasuk tilam, bantal dan selimut manakala khemah dan kemudahan selebihnya sumbangan rakyat Malaysia.

Menurutnya, pihaknya juga ralat apabila mendapat tahu infrastruktur asas dalam kawasan khemah antaranya surau, tandas, lampu serta saluran pembuangan dan kumbahan dengan kos RM250,000 ditanggung pihaknya turut musnah.

"Apa yang menyedihkan terdapat ramai keluarga yang masih tinggal dan meneruskan kehidupan di kem perlindungan ini yang baru dibuka pada 27 Mei lalu.

"Mereka tiada tempat untuk dituju selepas rumah mereka musnah dibom Israel.

"Keperluan mendesak masih diperlukan seperti makanan, minuman dan penempatan sementara bagi mereka meneruskan kehidupan. Keadaan bertambah teruk dengan serangan tanpa henti rejim zionis dan penutupan sempadan Rafah.

"Makanan dan minuman sangat terhad dan semua harga barang semakin meningkat," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulur bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad. (BH)

2. Israel mahu jalin hubungan dengan Malaysia, Indonesia, Brunei. 

Gambar fail menunjukkan penduduk Yahudi mengibarkan bendera Israel ketika perarakan ‘Flag March’ minggu lalu. - Foto AFP

TEL AVIV: Israel bersedia menjalin hubungan dengan tiga negara Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia dan Brunei, lapor akhbar The Jerusalem Post.

Duta Israel ke Singapura, Sagi Karni, dalam temu bual dengan akhbar berkenaan, berkata peluang itu akan membolehkan regim Yahudi memperbetulkan banyak salah faham berhubung konflik Israel-Palestin.

Tiga negara dengan majoriti penduduk beragama Islam di Asia Tenggara itu mengecam serangan 11 hari Israel ke atas Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 250 warga Palestin bulan lalu.

Malaysia, Indonesia dan Brunei turut menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) campur tangan bagi menghentikan serangan tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin.

(Lanjutnya lihat 'Israel mahu jalin hubungan dengan Malaysia, Indonesia, Brunei.'- AGENSI)

p/s:Inilah sifat munafik dan kepura-puraan bangsa yahudi...konon mahu berbaik tapi terus menikam dari belakang..laknat lah penyokong tegar kepada bangsa yahudi laknatullah Israel ni

Credit:Ibnu Hasyim

Selasa, 5 Mac 2024

BOIKOT KFC:DI LUAH MATI MAK, DITELAN MATI BAPAK

 DI LUAH MATI MAK, DITELAN MATI BAPAK

Macam mana ni. Yang ni susah betul bagi saya, berbelah bahagi 

1. Rakyat Malaysia secara umum bersetuju untuk memberi tekanan ekonomi kepada jenama jenama antarabangsa yang memberi sokongan kepada negara penganas

2. Usaha mudah, jangan beli… dan mereka jenama luar negara ni sekarang sangat tertekan… Kedai burger, kedai kopi, kedai ayam.. kedai ice cream pun kena

3. Tapi secara  khusus saya agak concern dgn satu brand ni

4. Why?  Sebab saya follow rapat mereka 

5. Lebih kurang sekitar tahun2005-2008… Saya rajin baca surat khabar

6. Dan ada satu drama korporat yang sangat asyik saya baca

7. Kisah JCorp nak take over KFC Malaysia

8. Memula kisah take over…

9. Mmg bergasak sakan

10. Lepas dapat take over, gaduh lak internal

11. Mmg ganas masa tu… Pergaduhan level korporat

12. Hari hari headline kat bahagian bisnes

13. Saya baru mula berniaga di Mall masa tu

14. Dan habit saya, pagi pagi saya beli surat khabar The Star, buka bahagian bisnes sambil saya sarapan kat KFC Aeon Cheras Selatan

15. Dan saya mmg peminat bisnes KFC… masa ni saya sangat terinspired, saya bercita cita satu hari nanti saya nak beli KFC dari JCorp … berangan free kan

16. Ok tu mcm citer background la kenapa saya suka sangat pasal topik KFC ni

17. So lepas take over apa semua , JCorp terus kembangkan KFC Malaysia dan India… Yes mereka memiliki hak francais di dua negara. Power kan

18. Arwah Tan Sri Ali Hashim , mmg sangat hebat mengatur strategi utk KFC dan JCorp

19. In a way, KFC Malaysia ni memang company Melayu, Company Muslim dan Company Malaysia dari segi ownership

20. Nak lagi best…. JCopr lantik pembekal tempatan untuk ternak ayam dan pembekalan bahan mentah lain. Ramai peniaga bumiputera berjaya membina bisnes mampan dgn ekosistem KFC Malaysia

21. Tapi…

22. Semua orang tahu, Jenama KFC dimiliki oleh Yum ! Brand. Satu syarikat gergasi dari barat, juga pemilik jenama Pizza Hut dan Taco Bell

23. So nak tak nak, JCorp kena bayar royalti francais pada Yum Brand

24. Berapa banyak saya tak sure.. Tapi saya rasa biasanya … paling tak pun 5%

25. Meaning kan… Kalau kita makan KFC dan bayar 20 ringgit… RM 1 akan diberi pada syarikat Yum ! Brand

26. Ok je, takder masalah pun , kecuali

27. Yum ! Brand adalah salah satu syarikat pelabur yang melabur di negara penganas yang terkenal tu

28. Sebab tu negara penganas tu kaya, dan boleh beli senjata yang diguna kan untuk jajah negara orang… dan bunuh kanak kanak tak bersalah. 

29. Siap baru ni diaorang ada belanja askar penganas makan pizza… mmg geng baik la kan

30. Sebab tu ramai rakyat Malaysia tak nak bagi 5% tu kat Yum 

31. Tapi kesan nya?

32. JCorp terduduk

33. Syarikat Bumiputera dan Malaysia yang supply pada KFC dah berpeluh… 

34. Bukan citer singgit dua… ni drop sales puluhan juta ni

35. Sampai KFC Malaysia start tampal banner mcm ni kat luar kedai

36. Jujur saya peminat ayam KFC, tiap tiap bulan mesti makan KFC tapi tahun 2023 ni langsung saya tak pergi

37. Kalau setahun saya belanja average RM 1440 (RM 40 x 3 kali sebulan x 12 bulan).. itu jumlah dia hilang tahun lepas dari saya sorang

38. Kalau ada sejuta rakyat Malaysia mcm saya…. Fuhh boleh depression weh tokey kfc dan ladang

39. Di luah mati, di telan mati bapak

40. Tapi saya masih kekal dgn decision saya unless, KFC buat benda benda mcm ni (contoh)

41. KFC Malaysia membuat statement rasmi yang menghentam, membantah dgn sekeras kerasnya perbuatan regim penganas menjajah negara orang… Buat iklan besar besaran

42. KFC Malaysia dgn secara terbuka menghentam syarikat yang menyokong negara penjajah, tapi mengakui terpaksa gak bayar royalti sebab dah termaktub dalam perjanjian… Bukan nafi

43. KFC Malaysia menghantar delegasi, duit, ubat dan makanan dgn logo KFC Malaysia kenegara mangsa

44. Support rakyat negara mangsa yang duduk kat Malaysia, bagi makan.. bagi elaun, bagi kerja, bagi la apa apa yang sesuai

45. Pandai pandai la buat CSR

46. Takpun , tutup je KFC.. beli je Chicken Royale dari saya… rebrand semua KFC jadi CR… amik la saya jual mur mur 🤣🤣🤣

47. Hehehe (menghidu peluang ni)

48. Anyhow… ini satu dilemma besar utk saya personally

49. Saya harap KFC Malaysia… syarikat kegemaran saya, dari segi brand dan produk ni tak mati, 

50. Saya harap supplier dia juga tak mati…ada antara mereka kenalan saya 

51. Tapi, saya tak boleh langsung nak membeli kat KFC Malaysia atas sebab sebab yang jelas… Walau saya dah craving makan kepci

52. So saya harap KFC Malaysia buat something drastic segera… Bukan setakat keluar menu baru, itu utk level restoran CR saya boleh la 🤣🤣

53. Saya menulis tentang dunia F&B dan perkongsian pandangan saya. Banyak artikel cenggini lagi di FB saya ni

P/s KFC mmg makanan kegemaran saya sejak sekolah rendah.. dulu makan setahun sekali sebab tak mampu… bila dewasa mmg kerap makan… oh ya bab sarapan kat kfc hari hari tu… masa tu mmg ada hajat dgn awek manager kfc sana 🤣🤣 tapi hajat tak sampai lak 😂😂

Credit: Tok Naz Daim

4 Mar 2024, 7.55pm

Sumber:FB Laparpo

Sabtu, 2 Mac 2024

Rakyat Gaza terkorban tunggu bantuan, Malaysia kutuk serangan Israel

 

Kerajaan Malaysia mengutuk serangan Israel yang mengorbankan lebih 100 Palestin dan menyebabkan 700 lain cedera.  (Gambar AP)

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin yang sedang menunggu bantuan di Gaza, mengakibatkan kehilangan lebih 100 nyawa dan menyebabkan kira-kira 700 yang lain cedera pada Khamis.

Menurut Wisma Putra, kerajaan Malaysia kesal terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang tidak berdaya yang sedang mendapatkan bantuan penting untuk menyelamatkan nyawa, di Nabulsi di Semenanjung Gaza Utara.

“Tindakan Israel menyasarkan rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak dikecam sekeras-kerasnya oleh Malaysia.

“Tindakan sedemikian bukan sahaja menyalahi undang-undang antarabangsa malah secara terang-terangan melanggar langkah sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 26 Jan dan Konvensyen Genosid 1948,” menurut kenyataan itu.

Malaysia sekali lagi menggesa supaya gencatan senjata kekal disegerakan bagi menghentikan pembunuhan rakyat Palestin yang tidak bersalah dan memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada yang memerlukan di Gaza tanpa sekatan.

Masyarakat antarabangsa perlu menggesa Israel untuk menghentikan kekejaman dan akur terhadap undang-undang antarabangsa.

“Memandangkan situasi yang semakin meruncing, Malaysia berharap masyarakat antarabangsa memenuhi tanggungjawab kemanusiaan, etika, dan undang-undang untuk mengelakkan kehilangan nyawa yang lebih banyak,” menurut kenyataan itu.

Malaysia tetap berpegang teguh dengan pendirian bahawa rakyat Palestin berhak mendapat negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan kepada sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Serangan terbaru Israel itu sekali lagi mencetuskan kemarahan dan kecaman hebat dunia, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), pada Jumaat.-FMT

Ahad, 12 November 2023

Sheikh Nizar Rayyan al-Asqalani:Mujahid di bumi Palestin pencinta Hadis Sahih Al-Bukhari

 Medan ribat tanah suci dan Sahih al-Bukhari.

Lelaki ini merupakan Sheikh Nizar Rayyan al-Asqalani. Beliau ini bukan sahaja seorang mujahid di bumi Palestin, bahkan alim muhaddith yang juga merupakan pemimpin Haمaس. Ketika hayatnya, di samping sibuk dengan urusan Jاhaد, beliau juga sibuk berkhidmat kepada ilmu hadis, terutamanya kitab Sahih al-Bukhari. Di antara kitab yang ditulis beliau mengenainya ialah:

1. al-Imām al-Yūnīnī wa juhūdu fī dhabti sahih al-Imām al-Bukhāri.

2. as-Sahihān, asānīduhuma wa nusakhuhuma wa makhtūtōhuma wa toba'ātuhuma.

3. al-Hadīs an-Nabawi as-Syarīf. Beliau mensyarahkan 9 hadis kitab al-Fitan dan kitab al-I'tisam bil-kitab was-Sunnah daripada Sahih al-Bukhari.

4. al-Imām al-Bukhāri wa kitābuhu as-sahīh. Kajian empirikal berkenaan syarat-syarat dan manahij. Kitab ini tidak sempat diselesaikan.

5. as-Syurūh al-Hadithiyyah mundhu 'ahd an-Nabi saw ilā nihayah al-qarn ar-rābi'. Hampir kebanyakan kandungannya ditulis oleh beliau.

Sheikh Nizar Rayyan ketikamana mendekam di penjara Ziهniس, kitab Sahih al-Bukhari akan selalu bersama beliau. Beliau menghiburkan hati dan menghilangkan kesedihan melalui kitab tersebut. Bahkan, beliau telah menghidupkan pembacaan kitab Sahih al-Bukhari di tempat yang amat nadir sekali pembacaannya diadakan, iaitu tempat-tempat para mujahid bersiap siaga di medan perbatasan dan medan hadapan pertempuran.

Hinggakan beliau menulis sebuah risalah berjudul; ذكر من عقد مجالس الإملاء والتحديث في الثغور من المحدثين (Lampiran berkenaan para muhaddith yang mengadakan majlis penulisan dan periwayatan hadith di medan hadapan perbatasan). 

Pernah sekali beliau ditanya mengenai malam yang paling indah beliau lalui sewaktu di medan hadapan, beliau menjawab:

Malam tersebut merupakan malam yang aku berjaga-jaga di perbatasan bersama sang ketua, Dr Abdul Aziz ar-Rantisi dan Dr Ibrahim al-Maqadimah - kami mengira mereka sebagai para syuhada dan kami tidak mensucikan sesiapapun di hadapan Allah -. Aku membawa bersama Sahih al-Bukhari pada malam itu, dan aku bacakan kepada mereka kitab al-Jاhaد.

Begitu juga beliau telah mengadakan majlis periwayatan Sahih al-Bukhari yang amat jarang sekali dilakukan sepanjang sejarah sunnah nabawiah, iaitu beliau mengadakan majlis imlā’ sahih al-Bukhari bersama-sama 4 orang isteri beliau.

Allah kemudiannya telah mentakdirkan pengakhiran hidup mujahid dan muhaddith ini di jalan-Nya apabila rumah yang beliau diami di pinggir Gaza telah dibom oleh roket Ziهniس pada hari Khamis bulan Muharram tahun 1430 hijrah (2009). Namun beliau tidak keseorangan, akan tetapi perjalanan ke negeri abadi turut ditemani bersama kesemua isteri beliau yang telah setia bersama beliau sepanjang liku-liku perjalanan ilmu dan Jاhaد, serta beberapa orang anak beliau.

Semoga Allah rahmati mereka, dan menempatkan mereka di syurga.

Sumber: Ināratul Masābih li-Qāri al-Jami' as-Sahīh oleh Sheikh Muhammad Wāel al-Hanbali hafizahullah.

Credit: Facebook 

Sabtu, 4 November 2023

Israel hancurkan Gaza: Angelina Jolie kecam pemimpin dunia

 

Angelina Jolie kini bangkit melaungkan solidariti buat rakyat Palestin, khususnya di Gaza yang sedang dihancurkan oleh tentera Zionis Israel. (FOTO: Reuters)

Israel hancurkan Gaza: Angelina Jolie kecam pemimpin dunia

LOS ANGELES, California: Pelakon tersohor Hollywood, Angelina Jolie mengecam pemimpin-pemimpin dunia kerana keengganan mereka bersatu menuntut gencatan senjata kedua-dua Israel dan Hamas yang terbabit dalam konflik di Gaza ketika ini.

“Dengan enggan menuntut gencatan senjata kemanusiaan dan menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada menuntutnya (genjatan senjata) kepada kedua-dua pihak (Israel dan Hamas), pemimpin-pemimpin dunia terlibat dalam jenayah ini!” tegas Jolie dalam hantaran Instagramnya, @angelinajolie yang dimuatnaik pada hari ini, Khamis (2 Nov).

“Sementara dunia memerhati dan dengan sokongan aktif banyak kerajaan, jutaan orang awam Palestin – kanak-kanak, wanita, keluarga mereka sedang dihukum secara kolektif dan tidak berperikemanusiaan (oleh Israel), sementara mereka menghadapi masalah kekurangan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

“40 peratus daripada mereka yang terbunuh adalah kanak-kanak yang tidak bersalah. Seluruh keluarga mereka dibunuh,” tambah Jolie, 48, yang memuatnaik foto kemusnahan teruk di Kem Pelarian Jabalia yang dibom tentera Zionis Israel dua hari berturut-turut mengorbankan ratusan nyawa.

Paparan yang dimuatnaik dalam Instagram Angelina Jolie menunjukkan kemusnahan teruk di Kem Pelarian Jabalia, Gaza angkara dibom tentera Zionis Israel. (FOTO: Tangkapan skrin Instagram @angelinajolie)

“Ini adalah pengeboman yang disengajakan terhadap penduduk yang terperangkap yang tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.

“Gaza telah menjadi penjara terbuka selama hampir dua dekad dan pantas menjadi kubur besar,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/11/2023