"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Sukan Olimpik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan Olimpik. Papar semua catatan

Khamis, 25 Julai 2024

Olimpik Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik

 Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik

ARGENTINA 1 MAGHRIBI 2
Pasukan gergasi Amerika Selatan, Argentina, berhempas-pulas menghadapi tentangan sengit dalam perlawanan penuh drama menentang Maghribi dalam pertemuan pembukaan Kumpulan B Sukan Olimpik Paris 2024, sebentar tadi.
Selepas melayakkan diri buat kali pertama sejak 2012 dalam temasya berprestij itu, skuad Maghribi B23 itu menampilkan permainan bertenaga untuk menguji kekuatan skuad kendalian Javier Mascherano tersebut ketika kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan sehingga minit ke-45.
Memasuki masa tambahan sebelum menuju ke bilik persalinan, penjaring terbanyak Liga Juara-juara Asia (ACL) musim lalu, Soufiane Rahimi, memecahkan kebuntuan apabila mudah menampan masuk bola hantaran daripada Bilal El Khannous untuk memberikan kelebihan buat The Atlas Lions.
Pengadil perlawanan, Glenn Nyberg, mengesan kekasaran yang dilakukan Julio Soler ke atas pemain Maghribi dalam kotak penalti sekali gus mudah disempurnakan sekali lagi oleh Rahimi menewaskan penjaga gol Argentina, Geronimo Rulli, buat kali kedua pada minit ke-51.
Penyerang muda Atletico Madrid, Giuliano Simeone, menunjukkan impak segera dengan menjaringkan gol pada minit ke-68 untuk merapatkan jurang skuad La Albicelestz memberikan tekanan buat Maghribi.
Ketika Maghribi hampir mahu meraikan kemenangan pertama, pemain tengah Boca Juniors, Cristian Medina, menanduk masuk gol penyamaan lantunan daripada palang gawang pada minit ke-106 melenyapkan suasana gamat penyokong jersi merah itu.
Perlawanan terpaksa ditanguhkan selama dua jam kerana rusuhan yang dilakukan peminat tempatan melemparkan mercun dan memasuki padang menyebabkan aksi dramatik tersebut terpaksa ditunda lebih satu jam.
Dalam masa sama, baki pertembungan itu dimainkan tanpa sebarang penyokong kerana diarahkan untuk mengosongkan stadium susulan perbuatan tidak bermoral itu berlaku.
Sekembalinya permainan berlangsung semula, jaringan penyamaan Argentina dibatalkan akibat video bantuan pengadil (VAR) mendapati bahawa pemain berjersi numbor enam Argentina, Bruno Amione, berada dalam kedudukan ofsaid ketika menyerang.
Keputusan penuh menyaksikan Maghribi berjaya mendapatkan tiga mata pertama kempen itu.
-stadiumastro.com

Khamis, 29 Julai 2021

Tokyo2020: Pasangan regu badminton negara mara ke separuh akhir kalahkan regu no.1 dunia

 

Aaron, Wooi Yik ke separuh akhir, tumbangkan 'The Minions'

AARON (kiri) membalas pukulan pihak lawan di suku akhir beregu lelaki Olimpik Tokyo. FOTO Bernama

AARON (kiri) membalas pukulan pihak lawan di suku akhir beregu lelaki Olimpik Tokyo. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Aksi luar biasa beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Sooh Wooi Yik membawa mereka ke separuh akhir temasya Olimpik Tokyo 2020 apabila membenam pasangan nombor satu dunia dari Indonesia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon.

Aaron-Wooi Yik tampak tenang apabila mula menguasai saingan seawal set pertama dengan serangan bertali arus kepada lawan Kevin Sanjaya-Marcus Fernaldi atau The Minions.

Beraksi di Musashino Forest Sport Plaza itu, Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking kesembilan dunia akhirnya membuktikan kewibawaan mereka apabila menewaskan pasangan Indonesia dengan straight set 21-14, 21-17 buat kali pertama dalam lapan pertemuan.

Aaron berkata, tampil sebagai underdog membuatkan mereka lebih tenang berbanding Kevin Sanjaya-Marcus Fernaldi yang diletakkan sebagai pilihan pertama.

"Kami turun memberi yang terbaik. Memang kami tidak pernah kalahkan mereka sebelum ini tapi mungkin juga ini perlawanan pertama mereka dan mereka sangat tertekan kerana adalah prospek utama untuk pingat negara mereka.

"Kami percaya, upset ini akan dapat meningkatkan keyakinan kami untuk perlawanan seterusnya. Tak kisah sapa lawan kami, kami akan tetap berikan yang terbaik untuk menang," katanya.

Sementara itu, Wooi Yik berkata, strategi mereka adalah untuk tidak memberikan bola tinggi kerana itu memberi kelebihan kepada lawan.

"Ini satu perasaan luar biasa dapat menang kali pertama di suku akhir dan nanti akan beraksi di separuh akhir di temasya besar ini. Semangat kami memang ada untuk pergi jauh.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di Malaysia yang berikan sokongan kepada kami. Kami akan terus berjuang," katanya.-myMetro

Tokyo 2020: Chen Long 'psiko' Zii Jia

 Chen Long (kiri) dan Zii Jia berentap di Olimpik Tokyo.

Chen Long (kiri) dan Zii Jia berentap di Olimpik Tokyo.

Kuala Lumpur: Pujian melambung atau hanyalah serangan psikologi.

Belum lagi perlawanan membabitkan perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menentang pemain China, Chen Long bermula sudah ada perang 'psikologi' antara mereka.

Hal ini apabila Chen Long memberikan pujian 'melambung' kepada Zii Jia yang berjaya mempamerkan aksi konsisten dalam dua perlawanan peringkat Kumpulan M sekali gus dilihat mampu mencipta kejayaan dalam acara perseorangan di Olimpik Tokyo.

Namun, Zii Jia yang mahu bermain lebih 'enjoy' dalam setiap perlawanan termasuk bertemu Chen Long esok tidak mahu memikirkan perkara terbabit dan mahu kekal fokus mencipta kejayaan pada perlawanan seterusnya.

"Saya rasa mungkin Chen Long bukan mahu 'psiko' saya dan saya pun sudah tengok dia main dari kecil tapi kita tak tahu esok lawan macam mana.

"Saya tiap kali main mahu main akan pandang ke depan lagi pun sudah setahun kami tidak bermain sama," katanya.

Terdahulu, Zii Jia menepati ramalan melangkah ke pusingan seterusnya selepas mengatasi lawannya dalam saingan akhir Kumpulan M, sebentar tadi.

Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2021 berjaya menewaskan pemain Perancis, Brice Leverdez yang berada di ranking ke-36 dunia menerusi straight set 21-17,21-5.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Zii Jia berjaya menempah tiket ke pusingan seterusnya esok dengan bertemu Chen Long.

Rekod pertemuan antara kedua-dua pemain seimbang, selepas terikat 2-2, namun Zii Jia dilihat mempunyai sedikit kelebihan apabila menewaskan Chen Long 21-12, 21-18 pada peringkat suku akhir kejohanan badminton Seluruh England 2020, yang juga adalah pertembungan terakhir mereka.-myMetro

Rabu, 28 Julai 2021

Tokyo 2020: Selepas wang tunai, Hidilyn dapat rumah, kondominum, penerbangan percuma dan petrol seumur hidup

KEJAYAAN menghadiahkan pingat emas pertama Filipina dalam Sukan Olimpik membolehkan Hidilyn Diaz habuan lumayan.

 TOKYO: Hidup Hidilyn Diaz berubah 360 darjah sejak memenangi pingat emas Sukan Olimpik pertama buat Filipina dalam tempoh 97 tahun.

Selepas diberi ganjaran wang tunai 33 juta peso (RM2.77 juta), bintang angkat berat itu turut dijanjikan sebuah kondominium di Eastwood, sebuah rumah serta tanah di Luzon.

Hidilyn, 30, juga bakal menikmati bekalan petrol seumur hidup serta penerbangan percuma.

Philippine Airlines menawarkan Hidilyn 80,000 perbatuan percuma setiap tahun, manakala AirAsia menawarkan atlet kelahiran Zamboanga itu penerbangan percuma seumur hidup.

“Kami mahu ASEAN percaya mereka mampu melakukannya.

”Walaupun berdepan pelbagai cabaran, Hidilyn mengingatkan kita betapa berat bebanan yang dipikul dengan kekuatan dalaman serta ketabahan dapat membantu kita mengatasinya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

TONY Fernandes bersama Hidilyn Diaz.

Semalam, Megaworld mengumumkan sebuah unit kondominum bernilai 14 juta peso (RM1.18 juta) menanti Hidilyn.

Sebuah lagi syarikat perumahan Filipina, PHirst Park Homes membenarkan atlet itu memilih sendiri rumah yang diinginkan menerusi projek yang baru dibangunkan di Tanza dan General Trias City (Cavite), Bandar Lipa serta Nasugbu di Batangas, Bandar San Pablo dan Bandar Calamba di Laguna, Pandi (Bulacan) dan Magalang (Pampanga).

Hidilyn yang turut mencuri tumpuan peminat Malaysia kerana menjalani latihan di Jasin, Melaka dalam persiapan menghadapi Olimpik mencetus fenomena selepas meraih pingat emas angkat berat 55 kilogram kelmarin. – AGENSI

Selasa, 27 Julai 2021

Tempat iklan 'atlet paling seksi' di dunia. Olimpik Tokyo bukan sekadar sukan..

 


Kuala Lumpur: Olimpik Tokyo 2020, bukan sekaadar sukan, tetapi juga menjadi tempat iklan gelaran 'atlet paling seksi' di dunia. Demikian dinyatakan oleh Weblog Ibnu Hasyim di sini, hari ini.

Satu dunia sedia maklum bahawa Sukan Olimpik Tokyo 2020 kini sedang berlangsung di Jepun.  Penyertaan daripada atlet seluruh negara menyemarakkan lagi kemeriahan Sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini. Menurut weblog itu lagi.

"Bahkan baru-baru ini, seorang  olahragawati Jerman Alica Schmidt secara tidak langsung menjadi tumpuan utama di Sukan Olimpik Tokyo disebabkan kejelitaannya. Dia diberi gelaran 'atlet paling seksi' oleh sebuah majalah Australia pada tahun 2017. 

"Perkara itu menjadikan jumlah pengikutnya di Instagram meningkat kepada 2 juta ketika ini.  Walaupun dilaporkan baru-baru ini dia benci gelaran itu tetapi hakikatnya tidak begitu. Kerana beritanya  menjadi berita utama di seluruh dunia ketika dia menolak perjanjian menjadi model untuk Playboy.

"Atlet berusia 22 tahun itu akan mengikuti acaranya, 4×400 meter (m) lari berganti-ganti campuran di Stadium Olimpik, Jepun bermula 30 Julai ini."

Kata editornya.


-ibnuhasyim.com

Olimpik 2020: Lagi atlet judo 'tak sudi' lawan peserta Israel

 MOHAMED Abdalrasool (kiri) tidak muncul ketika bertemu Tohar Butbul. FOTO Agensi

MOHAMED Abdalrasool (kiri) tidak muncul ketika bertemu Tohar Butbul. FOTO Agensi

Tokyo: Atlet Sudan, Mohamed Abdalrasool sanggup menarik diri daripada Olimpik Tokyo berbanding berdepan lawan dari Israel, Tohar Butbul sekali gus muncul atlet judo kedua meninggalkan temasya itu kerana tidak mahu bertemu lawan dari Israel.

Peserta berusia 28 tahun itu tidak muncul ketika perlu bertemu Tohar Butbul dalam kelas 73 kilogram (kg) semalam.

Ia hadir selepas Fethi Nourine dari Algeria turut menarik diri minggu lalu kerana dia mungkin akan bertemu Butbul dengan memberi alasan sebagai tanda protes layanan Israel terhadap rakyat Palestin berikutan konflik berpanjangan antara kedua-dua negara berkenaan.

Abdalrasool yang menduduki ranking 469 dunia, tidak memberikan sebab utama menarik diri daripada pertarungan itu di sebalik tampil pada sesi menimbang berat badan sehari sebelum itu.

Fethi Nourine sepatutnya bertemu Abdalrasool pada pusingan pembukaan kelas 73kg dengan pemenang perlawanan itu akan bertemu Butbul.

Bagaimanapun, bintang Algeria berusia 30 tahun itu serta jurulatihnya, Amar Benikhlef mengumumkan untuk menarik diri daripada bertanding berbanding berdepan risiko bertemu lawan mereka dari Israel.

Nourine kemudian memberitahu stesen televisyen Algeria bahawa dia tidak mahu 'mengotorkan tangannya' dan keputusan menarik diri adalah perkara yang tepat untuk dilakukannya.

"Kami bekerja keras untuk layak ke temasya ini tetapi isu Palestin lebih besar berbanding yang lain.

"Saya konsisten terhadap isu Palestin dan jika ia memberi kesan kepada penyertaan saya di Sukan Olimpik, Tuhan akan menggantikannya dengan perkara lebih baik," katanya.

-myMetro

Sabtu, 24 Julai 2021

Atlet China menang emas pertama Olimpik Tokyo

 REAKSI Yang selepas memenangi emas pertama di Olimpik Tokyo. FOTO AFP

REAKSI Yang selepas memenangi emas pertama di Olimpik Tokyo. FOTO AFP

Tokyo: Penembak China, Yang Qian memenangi pingat emas pertama Olimpik Tokyo hari ini menerusi kemenangan dramatik ke atas lawan dari Russia, Anastasiia Galashina dalam acara final 10 meter air rifle wanita.

Yang meraih emas dan mencipta rekod Olimpik dengan catatan 251.8 mata, mengatasi Anastasiia yang meraih 251.1 mata manakala penembak Switzerland, Nina Christen gangsa dengan catatan 230.6 mata.

Anastasiia dilihat hampir pasti memenangi pingat emas tetapi dia sekadar mencatat 8.9 mata pada tembakan terakhir sekali gus menyaksikan Yang memenangi emas.

Acara itu berlangsung pada sebelah pagi selepas upacara pembukaan Olimpik yang tertangguh selama setahun dan mendapat bantahan keras rakyat Jepun.

Sempena pingat emas pertama itu, Yang menerima pingat berkenaan daripada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach.


Yang mengalungkan sendiri pingat emas itu di lehernya selepas mengambilnya di atas dulang yang diberikan Bach sebagai mengikuti protokol Covid-19.

Dengan penyokong tidak dibenarkan menyaksikan acara itu, hanya sebahagian kecil kakitangan China memberi sokongan kepada Yang selepas kemenangan dramatik itu.

Nina meraih gangsa selepas mengatasi penembak Norway, Jeanette Hegg Duestad, yang sebelum itu mengatasinya di pusingan kelayakan.

-myMetro