"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label GRS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GRS. Papar semua catatan

Rabu, 7 April 2021

Pemimpin PAS terbuka wujudkan ‘pakatan mega’ 4 gabungan

 


PETALING JAYA:
 Seorang pemimpin PAS terbuka dengan cadangan mewujudkan suatu ‘pakatan mega’ membabitkan empat gabungan besar parti politik bagi menyatukan ummah dan perpaduan.

Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad, sambut baik idea kesepakatan antara Perikatan Nasional, Gabungan Rakyat Sabah, Barisan Nasional, dan Gabungan Parti Sarawak sekiranya ia untuk perpaduan, serta mempunyai prinsip perjuangan sama.

“PAS mendukung sepenuhnya usaha penyatuan ummah. Jadi apa sahaja cadangan yang berorentasikan kepada perpaduan elok kita perhalusi sekiranya ia boleh membawa kepada kebaikan bersama,” katanya kepada FMT.

Kamaruzaman mengulas cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, supaya suatu “Muafakat Nasional 2.0″ ditubuhkan, dengan penyertaan rasmi PN, GRS, BN, dan GPS.

“Bukan sekadar pandangan Annuar tetapi kepada sesiapa sahaja, kita akan mengalukan-alukan pandangan yang baik untuk penyatuan ummah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Razali Idris menyambut baik idea kesepakatan antara parti atau gabungan kerana ia boleh bantu mengelakkan pertembungan pelbagai penjuru semasa pilihan raya.

Razali berkata rakyat juga mahu melihat pemerintahan yang cekap dan tidak berpecah.

Namun, PN juga tawaran baharu yang cukup baik untuk masyarakat majmuk, ujarnya.

“Semua parti yang bersifat tidak melampau boleh dijemput sama dalam komponen PN. PN sudahpun didaftar dan boleh terlibat dengan pilihan raya umum.

“Jadi cadangan Muafakat 2.0 pada pandangan saya tidak perlu tetapi perelokkan PN dengan pelbagai parti dan NGO terlibat,” katanya.

Muafakat Nasional merupakan suatu kerjasama antara Umno dan PAS selepas tumbangnya kerajaan BN pada PRU14.

Menyusuli kekalahan itu, BN kini hanya terdiri daripada Umno, MCA, MIC, Parti Bersatu Rakyat Sabah, dan Parti Makkal Sakti Malaysia.

PN dianggotai PPBM, PAS, Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Progresif Sabah, dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

GPS dibentuk oleh parti-parti Sarawak selepas kekalahan BN pada PRU14, terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Sarawak, Parti Demokratik Progresif, dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak.

Sementara GRS pula melibatkan PN, BN, dan Parti Bersatu Sabah.

Khamis, 1 Oktober 2020

GRS ibarat bom jangka, kata penganalisis

Penganalisis politik meramalkan masa yang sukar untuk kerajaan GRS.

KOTA KINABALU: Penganalisis politik meramalkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan sukar mengekalkan kesatuannya selepas kemenangan pada pilihan raya Sabah minggu lalu.

Mereka melihat potensi pergaduhan dalaman, persaingan sesama sendiri, dan personaliti yang kuat dalam gabungan yang longgar itu seperti pemicu yang akan memecahkan GRS.

Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak menarik perhatian kepada perkembangan pada Selasa lepas, antara Ketua Barisan Nasional Sabah, Bung Moktar Radin, dan Ketua Menteri Hajiji Noor.

“Nampaknya ini permulaan yang sukar bagi GRS…ini bukanlah langkah pertama yang bagus untuk sebuah kerajaan baharu,” katanya kepada FMT.

Arnold Puyok.

“Kalau mereka boleh bertahan selama kira-kira 6 bulan lagi, kita boleh anggap itu sebagai suatu kejayaan. Mari kita tengok apakah mereka boleh atasi perbezaan antara mereka dalam 6 bulan pertama ini.”

Hanya beberapa jam selepas mengangkat sumpah, Hajiji mengumumkan penukaran portfolio Bung (perumahan dan kerajaan tempatan) dengan portfolio Timbalan Ketua PPBM Sabah, Masidi Manjun (kerja raya).

Ditanya apakah ada perbincangan awal mengenai pembahagian jawatan Kabinet Sabah antara parti komponen, Hajiji mengesahkan tetapi pertukaran itu dibuat ekoran perkembangan terbaharu.

Sumber memaklumkan Bung tidak berpuas hati dengan jawatan yang diberikan kepada BN, yang membantu GRS menawan 38 kerusi pada PRN.

Mereka mendakwa Bung segera meninggalkan Istana Negeri selepas ketua menteri dan 3 timbalannya, termasuk beliau, mengangkat sumpah jawatan.

Bridget Welsh.

Bridget Welsh dari University of Nottingham (Malaysia) mengingatkan GRS sebuah gabungan baharu dan oleh itu parti-parti komponennya harus belajar bekerjasama.

“Ada personaliti yang kuat, serta gaya dan jangkaan yang berbeza. Majoriti cukup tapi tak kukuh kerana GRS akan goyah jika satu pihak meninggalkannya.

“Ketidakstabilan dalam politik persekutuan akan membayangi Sabah dan itu cabaran utamanya – iaitu pertalian antara ketaktentuan politik di peringkat persekutuan dan negeri,” katanya kepada FMT.

Penganalisis sosio-politik, Awang Azman Awang Pawi, dari Universiti Malaya percaya perkembangan pada Selasa itu hanya sebahagian kecil daripadanya.

Awang Azman Pawi.

Beliau percaya perselisihan akan berpanjangan dan akan ternampak pada perebutan jawatan di peringkat negeri hingga ke akar umbi.

“Ini akan berlaku dalam pembahagian jawatan di pihak berkuasa tempatan dan daerah, malah apabila melibatkan pembahagian projek daripada yang besar-besar sehinggalah sekecil-kecil kerja seperti potong rumput dan baik pulih longkang.

“GRS akan lagi goyah dan rapuh apabila sampai masanya untuk membahagian kerusi Parlimen, memandangkan kita menuju pilihan raya umum,” katanya.

Daripada 38 kerusi yang dimenangi oleh GRS, 17 diperoleh PN, 14 oleh BN dan 7 oleh PBS.

Warisan Plus menang 29 kerusi sementara sekutunya PKR menang 2 dan Upko 1. Tiga kerusi lain milik calon Bebas.-FMT

Isnin, 28 September 2020

PRN Sabah:GRS pilih Hajiji Ketua Menteri Sabah Yang Baru

 SIDANG media Gabungan Rakyat Sabah selepas membuat keputusan sebulat suara menamakan Datuk Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah. NSTP/AZRUL AFFANDI SOBRY

SIDANG media Gabungan Rakyat Sabah selepas membuat keputusan sebulat suara menamakan Datuk Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah. NSTP/AZRUL AFFANDI SOBRY

KOTA KINABALU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor menerima sokongan sebulat suara untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu, esok.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Sabah, pada sidang media selepas perjumpaan tertutup Gabungan Rakyat Sabah (GRS), di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, pencalonannya sebagai Ketua Menteri disokong semua wakil rakyat PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bekerjasama di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Kami setuju sebulat suara mereka menamakan saya sebagai Ketua Menteri," katanya ketika ditanya siapa dinamakan sebagai Ketua Menteri.

Sidang media itu turut dihadiri Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Bung Moktar Radin; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim.

SIDANG media Gabungan Rakyat Sabah selepas membuat keputusan sebulat suara menamakan Datuk Hajiji Mohd Noor (kanan) sebagai Ketua Menteri Sabah. NSTP/AZRUL AFFANDI SOBRY
SIDANG media Gabungan Rakyat Sabah selepas membuat keputusan sebulat suara menamakan Datuk Hajiji Mohd Noor (kanan) sebagai Ketua Menteri Sabah. NSTP/AZRUL AFFANDI SOBRY

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, GRS yang membabitkan PN, BN dan PBS berjaya memenangi 38 kerusi berbanding Warisan Plus mendapat 32 kerusi manakala Bebas (3).

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, berkata beliau bersama semua ADUN daripada GRS akan ke Istana Negeri untuk upacara angkat sumpah Ketua Menteri, esok.

Ditanya mengenai jawatan Timbalan Ketua Menteri, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan selepas beliau mengangkat sumpah Ketua Menteri, esok.

Terdahulu, beliau berkata BN, PN dan PBS bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu selepas memenangi PRN, Sabtu lalu.

"Saya mahu memaklumkan bahawa GRS yang terdiri daripada BN, PN dan PBS telah bersetuju bersama untuk kita membentuk kerajaan baharu.

"Saya difahamkan besok kita akan angkat sumpah. Jadi ini adalah mandat rakyat yang diberi kepada kami yang akan kita tunaikan sebagai tanggungjawab kepada rakyat agar Sabah terus bergerak ke hadapan.

"Kita akan meneruskan usaha untuk membela rakyat dan melakukan yang terbaik seperti digariskan dalam akujanji atau manifesto kita," katanya.

Katanya, beliau turut berterima kasih kepada rakyat Sabah yang mengundi selain mengingatkan wakil rakyat yang terpilih supaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Sementara itu, Bung Moktar berkata beliau yakin Sabah mampu dipulihkan di bawah kepemimpinan GRS.

"Kami yakin Sabah akan pulih. Kita akan mulakan langkah kita untuk memastikan rakyat dibela, tidak lagi main politik. Kita mahu tumpukan usaha membangunkan negeri," katanya.

-BH Online