"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Selangor. Papar semua catatan

Rabu, 31 Januari 2024

Rumah kampung di Selangor dikenakan cukai pintu bermula 2024

 Satu lagi berita sedih buat rakyat Selangor.

Rumah kampung di Selangor dikenakan cukai pintu bermula 2024.

Tiada lagi pengecualian cukai taksiran atau cukai pintu secara automatik di kampung baru, kampung Melayu dan kampung nelayan mulai tahun ini.

Pemilik rumah di kampung-kampung ini perlu buat permohonan dan hanya yang layak akan dapat pengecualian.

Adakah ini tanda Selangor maju?

Sedangkan Kerajaan Selangor sebelum ini ketika di bawah pentadbiran Dato’ Seri Azmin Ali pada tahun 2016 telah mengecualikan kampung-kampung ini daripada cukai pintu. Tanpa syarat dan tanpa permohonan.

Pelbagai program Kerajaan Negeri seperti CERIA, SEROJA, SAFWA, FOKUS, Lapor Dan Dapat serta Pengecualian Cukai Pintu Untuk Rumah Kos Rendah Bagi Tahun 2016 telah dilaksanakan dan disediakan untuk penduduk Selangor.

Malangnya selepas 8 tahun, pentadbiran Kerajaan Selangor semasa memilih untuk menyukarkan proses bagi program yang memberi faedah secara langsung kepada penduduk ini.

Selepas PH Selangor menjadi kerajaan, bantuan yang kononnya usaha kerajaan negeri untuk membantu mengurangkan beban kewangan rakyat telah diletakkan syarat yang pelbagai.

Semakin lama kebajikan rakyat semakin tidak diambil peduli.

Jika Kerajaan Selangor boleh mengecualikan kampung-kampung ini daripada cukai taksiran dari 2016 hingga 2023 secara automatik. Kenapa sekarang tidak lagi?

Sekian

Zurk Ahmad

Ketua Penerangan PAS Selangor

30 Disember 2024

#AdilPrihatinBerkebajikan

Ahad, 4 Julai 2021

Covid19: PKPD untuk siapa sebenarnya? – Che Ta

 

ROZITA merupakan salah seorang selebriti yang bersuara mengenai pelaksanaan PKPD di Selangor dan Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Pelaksa­naan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur bermula hari ini mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai seolah-olah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak sebulan lalu gagal.

Tidak terkecuali, selebriti versatil, Rozita Che Wan, 48, yang turut mengulas mengenai perkara sama selepas sekian lama berdiam diri.

Ujar pelakon yang dikenali sebagai Che Ta itu, dia benar-benar bingung dan kecewa dengan keputusan kerajaan yang seolah-olah baru hendak bertindak sedangkan rata-rata rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“PKPD ni untuk siapa sebenarnya? Untuk orang yang patuh SOP duduk di rumah atau kilang yang masih beroperasi (sepanjang PKP)?” soalnya menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagramnya.

Persoalan dilontarkan ibu kepada tiga cahaya mata itu merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang mengakui 80 peratus kluster kilang sebagai punca pe­ningkatan kes di Selangor.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen menyokong ke­nyataan yang dikeluarkan isteri pelakon Zain Saidin itu.

“Kami sokong Che Ta. Padahal kerajaan boleh sahaja tutup kilang buat sementara waktu. Ekonomi yang diutamakan bukan nyawa dan nasib rakyat.

“Sepatutnya dari awal lagi mereka (kerajaan) dah tutup kilang. Orang dah benak duduk terperap dalam rumah, kena kurung berbulan-bulan,” tulis seorang pengikutnya.

Selain Che Ta, beberapa selebriti lain turut tidak bersetuju dengan keputusan yang dianggap ‘kurang bijak’ itu termasuk Nad Zainal, Sharifah Shahirah, Ashraf Muslim, Datuk Fizz Fairuz, Sheila Rusly dan Azhan Rani.

Kelmarin, kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan PKPD di Kuala Lumpur dan Selangor bagi tempoh dua ming­gu bermula sehingga 16 Julai ini.

Ia berikutan dua negeri tersebut merupakan penyumbang terbesar pertambahan kes harian dan menunjukkan trend jangkitan yang tinggi.

Pelaksanaan PKPD itu bagaimanapun disifatkan melencong daripada realiti memandangkan pe­nyumbang kes Covid-19 dikatakan berpunca daripada kilang yang masih beroperasi.-K! ONLINE

Jumaat, 6 November 2020

427 hektar tanah kerajaan diceroboh di Selangor, kata menteri besar

 

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, kerajaan Selangor menjalankan usaha pemutihan sejak 2008 dan memberi ruang pemilikan tanah kosong di negeri itu pada harga pasaran semasa.

SHAH ALAM: 427 hektar tanah kerajaan Selangor diceroboh pihak tidak bertanggungjawab setakat ini, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 40 hektar tanah diceroboh di daerah Petaling, Klang (86 hektar), Gombak (32 hektar), Hulu Langat (33 hektar), Sepang (29 hektar), Kuala Langat (142 hektar), Kuala Selangor (40 hektar), Hulu Selangor (20 hektar) dan Sabak Bernam (1 hektar).

“Kesemua kegiatan pencerobohan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab itu telah dikeluarkan notis mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 untuk tindakan selanjutnya,” katanya semasa menjawab pertanyaan Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (PH-Meru), mengenai keluasan tanah kerajaan negeri yang diceroboh dan jenis aktiviti yang dilakukan di atas tanah berkenaan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Amirudin berkata, majoriti aktiviti pencerobohan di atas tanah kerajaan negeri itu adalah berkaitan pertanian, namun lama-kelamaan ia melibatkan struktur binaan seperti stor dan perumahan, malah terdapat juga kegiatan pembuangan sampah haram.

Bagi pembinaan rumah tanpa kebenaran di tanah yang diceroboh, beliau berkata kerajaan Selangor telah melakukan usaha pemutihan sejak 2008 dan memberi ruang pemilikan tanah-tanah kosong lain di negeri itu dengan harga pasaran semasa.

Sementara itu, exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian berkata, projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2, termasuk pembinaan kolam perkhidmatan dan sistem agihan dijadualkan siap sepenuhnya pada 31 Dis, 2023 dengan kos keseluruhan berjumlah RM2.38 bilion.

“(Sebahagian) LRA Langat 2 telah mula beroperasi pada 21 Dis, 2019 dengan kapasiti 565 juta liter sehari (JLH) melalui ‘Stream B’.

“Air bersih berkenaan dibekalkan ke wilayah Hulu Langat, Petaling dan Kuala Lumpur dengan purata pengeluaran semasa sebanyak 430 JLH.

“Manakala ‘Stream A’ yang juga berkapasiti 565 JLH telah selesai pentauliahan dan diserahkan kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd pada 30 Okt lepas.

“Namun, disebabkan jaringan paip agihan air bersih belum siap, kapasiti sepenuhnya LRA ini masih belum dapat digunakan,” katanya.

Hee berkata, 12 tindakan penguatkuasaan berkaitan isu pencemaran air di LRA Semenyih dilakukan oleh Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor sejak 2017 hingga kini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Zakaria Hanafi (BN-Semenyih) mengenai tarikh operasi LRA Langat 2 dan kos projek berkenaan, selain jumlah tindakan yang diambil dalam isu pencemaran air melibatkan LRA Semenyih.-FMT