"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Logo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Logo. Papar semua catatan

Khamis, 17 Disember 2020

Logo Baru Kedah Darul Aman FC Cetus Kontroversi, Finalis Top 3 Tak Menang, Tetapi Yang Bukan Finalis, Menang.

SOSMED | Hari ini halaman Facebook FA Kedah dikecam netizens yang mempertikaikan pemenang logo baharu bagi Kedah Darul Aman FC. (KDA FC selepas ini). 

Ini berikutan pemenang logo KDA FC bukanlah antara 3 nama senarai pendek yang masuk ke peringkat akhir.

Tiga rekabentuk logo yang dimasukkan dalam pemilihan akhir ialah seperti berikut;

Manakala logo yang memenangi pertandingan tersebut ialah seperti dibawah;


Harus diingat, rata-rata netizens tidak mempersoalkan tentang samada logo tersebut layak memenangi pertandingan itu mahupun tidak sebaliknya mereka merasa hairan kenapa senarai akhir yang diumumkan tidak menang sebaliknya logo yang tidak berada dalam senarai akhir itu pula yang memenangi pertandingan.

Sebagai rekod, pemenang logo KDA FC ialah Ku Basri Ku Halim, yang diumumkan siang tadi oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor di Wisma Darul Aman. Pemenang juga akan menerima hadiah wang tunai tajaan Ustaz Mohammad  Yaakub Yusra sebanyak RM5,000.

Berdasarkan semakan, pada 17 November 2020, di halaman FA Kedah sendiri memaklumkan terdapat tiga logo yang berjaya memasuki pusingan terakhir. Pemilihan itu dibuat berdasarkan 20 logo yang disenaraipendek dari 316 logo. Dianggar lebih dari 900 logo yang diterima oleh KDA FC dalam pertandingan penjenamaan semula logo pasukan bola sepak itu.

Namun pada hari ini, 16 Disember, logo yang tak berada di sesi finalis pula memenangi pertandingan tersebut dan hal ini mencetuskan konflik di sosial media.

Ada yang beranggapan pertandingan itu dicemari unsur korupsi dan kronisme serta favoristisme. Bagaimanapun tiada bukti yang menyokong dakwaan mereka setakat ini.

Terdapat juga netizens yang mendakwa pihak pengurusan berkuasa sepenuhnya menentukan pemenang dan logo boleh ditukar bila-bila masa mengikut kesesuaian.

Jika ianya benar, adalah lebih baik jika 3 peserta akhir yang mana logo mereka yang terpilih itu dimaklumkan terlebih dahulu bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan.

Isu ini juga telah menjadi bahan troll oleh netizens di sosial media. - 16 Disember 2020.

-soZCyili