"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Perodua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perodua. Papar semua catatan

Rabu, 9 April 2025

Kenapa Lebih 100,000 Unit Bezza Terjual Walaupun Macam Sampan? Bodoh Ke Yang Beli?

 Kenapa Lebih 100,000 Unit Bezza Terjual Walaupun Macam Sampan? Bodoh Ke Yang Beli?

Baru baru ni bila aku up post pasal Bezza kereta paling laku tahun 2024 yang menjadikannya the new king kat Malaysia ni, ada orang komen:

"Kereta macam sampan!"

Bagi sesiapa yang taktau, maksud sampan kat sini ialah, Bezza ni masa ambik corner, kereta dia tak stabil dan membuai buai.

Tapi, orang kutuk Bezza ni sampan sekalipun, kenapa kereta ni paling laku kat Malaysia? Lebih 100,000 unit terjual tahun lepas, kau tahu tak?

Faktor utama yang orang takleh nafikan ialah sebab Bezza ni memang murah dan ansuran bulanan dia rendah. Jadi, kurang beban orang nak tanggung dan duit gaji masih ada baki lebih untuk tampung perbelanjaan lain.

Tapi, apa reason lain ramai giler orang beli Bezza walaupun dia macam sampan?

---

1. Minyak Jimat Kaw²

Bezza ni, fuel consumption dia memang menjimatkan. 22km/liter. Kalau sebulan bawa 2,000km, kos minyak sebulan tak sampai RM200 pun.

Zaman harga minyak tengah naik ni, kalau siapa nakkan penjimatan dalam perbelanjaan bulanan, Bezza memang pilihan bijak.

---

2. Kos Servis Murah

Servis murah, spare part murah, insurans pun rendah. Untuk orang yang taknak pening kepala atau bajet tak besar mana, Bezza memang pilihan paling senang nak jaga.

---

3. Ruang Dalam Yang Praktikal

Walaupun body luar nampak kecil dan kurus, tapi ruang dalam Bezza ni luas lah jugak.

Orang dok belakang tak rasa sempit sangat dan bonet  dia bapak luas. 508 liter weh! Aku sendiri pernah masukkan wheelchair dan 4 beg pakaian, muat weh!

---

4. Resale Value Tinggi

Siapa beli Bezza ni dan nak jual balik lepas 3 tahun ke, value dia tetap tinggi. So bila nak jual tu, takde lah rasa ralat sangat kalau harga dia jatuh menjunam teruk.

---

5. Perodua = Reliability 

Perodua ni kita kena akuilah, kereta kereta dia memang susah nak rosak. Maybe sebab dia ada kerjasama dengan brand yang susah rosak gak, Toyota.

Kereta kereta Perodua ni kebanyakan mekanik pandai nak baiki. So kita takde pening kepala nak gi baiki kat bengkel biasa kalau tak sempat masuk pusat servis rasmi Perodua.

---

6. Beli Bezza Bukan Sebab Nak Layan Corner

Kau ingat semua orang buat Tokyo Drift ke dengan Bezza ni? Bezza ni kenderaan yang boleh fulfill objektif kau nak bawa kau dari point A ke point B je.

Takdenya kau nak bawa untuk layan corner kat setiap corner yang kau jumpa. Takkanlah kat mamak Rahman Corner pun kau jadi Dominic Toretto juga? Agak agaklah.

---

Aku bukan nak menafikan 'kesampanan' Bezza ni. Tapi, Bezza ni adalah kereta yang memang dah memenuhi objektif utama orang untuk memiliki kereta.

Boleh bawa family yang agak ramai, boleh bawa banyak barang, jimat minyak, boleh bawa dari satu lokasi ke lokasi lain tanpa kena hujan dan panas dan semua ni boleh diperolehi dengan kos yang murah.

Biarlah Bezza ni sampan sekalipun tapi kalau dah memenuhi objektif kau untuk memiliki kereta, maka ia bukan lagi satu masalah. Gunalah dengan penuh rasa bangga.

Source 

Sabtu, 6 Ogos 2022

Ini ‘Review’ Penuh Pemilik Perodua Alza 2022 Selepas Memandunya Selama 3 Hari

 


Kisah bermula apabila setiap kali balik kampung, isteri tersayang Rindaya Loebis kemas barang macam hendak pindah rumah terus. Semua sedia maklum, Honda Insight mempunyai ruangan bonet yang agak kecil, jadi barang-barang yang banyak itu terpaksa disusun sampai ke ruang penumpang belakang.

Masalah bertambah bila anak mula bersekolah pada bulan Mac. Kereta ada satu, isteri guna untuk berkerja, sampai rumah pukul 7 malam. Jadi tidak sesuai untuk bawa anak yang baru berusia 5 tahun naik motosikal, redah hujan dan kesesakan lalu lintas. Jadi saya memerlukan ‘kereta kedua’ untuk selesaikan dua masalah utama ni.

Jadi saya terus telefon abang Mohd Farhan Alias , ceritakan masalah utama, dan parameter untuk penyelesaiannya. Nak cari kereta kedua yang selesa untuk balik kampung, tapi jimat minyak dan harga murah, sebab bajet kecil. Pertengahan April, masa tu desas-desus Alza baharu nak keluar dah mula jadi bualan ramai. Jadi dengan yakin, terus tempah Alza baharu dengan Khai Rizal , walaupun tidak tahu rupanya lagi.

Alhamdulillah akhirnya pada hari Jumaat yang mulia, 29 Julai 2022, kunci Alza 2022 sampai ke tangan. Masa itu barulah pertama kali dapat tengok Alza ini depan mata sendiri. Cun weh.

Sumber Gambar: Facebook Mujahid Alias

Rekaan

Dari segi design luaran, macam susah nak percaya kereta ni keluaran Malaysia. Nak cerita lebih terperinci, tidak pandai. Pandangan depan, kereta ini nampak garang dan futuristik dengan lampu LED yang tersusun kemas. Cuma kereta ini disertakan fog lamp LED putih. Bagi saya kurang mencapai tujuan adanya fog lamp tu, untuk bagi nampak jalan dan orang nampak kita time foggy. Jadi patut warna kuning /oren kan? Keseluruhannya, rekaan luaran Alza baharu ini, cantik dan menarik tertarik, eh. Puas hatilah.

Bila masuk dalam, eh, aku naik MPV ke sedan ni? Rendah, dan tidak rasa macam naik MPV. Sekilas pandang, macam MPV mewah pun ada. Tempat duduk dengan kemasan kulit + fabrik dihiasi dengan tona berwarna coklat (dashboard pun ada tona coklat) membuatkan saya rasa seperti duduk di dalam kereta mewah. Bila tengok sistem infotainmen dan paparan meter, mentua saya tidak percaya ini kereta buatan Malaysia.

Daripada segi keselesaan, jika naik 8 orang, selesa utk perjalanan pendek, tetapi kalau perjalanan jarak jauh, penumpang barisan ketiga akan patah pinggang nanti rasanya. Orang berketinggian sederhana (171cm) macam saya ini bila duduk dekat barisan tersebut, rasa macam duduk atas kerusi kanak-kanak.

Walaupun ada lebihan ruang setengah jengkal antara lutut dengan tempat duduk barisan kedua, tetap rasa kurang selesanya. Jadi untuk perjalanan jauh, maksimum 5 orang dengan tempat turun ketiga diturunkan untuk kargo. Kalau setting macam ini, memang selesa.

Sumber Gambar: Facebook Mujahid Alias

Ergonomik

Secara peribadi, bila memandu lebih satu jam akan rasa lenguh bahu dan belakang. Saya tidak tahu mana silapnya, tapi bagi saya, rekaan tempat duduk pemandu dan setting stereng, kurang ergonomik. Tetapi berbeza pula dengan pandangan anak dan isteri. Mereka kata sangat selesa, siap ‘tidur mati’ lagi.

Pemanduan

Bagi sesiapa yg jenis ‘heavy footed driver‘, kena mula belajar jadi ‘light footed‘. Kalau tidak, susah nak kekalkan fuel economy. Kaki sentuh sahaja pedal, rpm sudah mencanak naik, pick up tiada masalah. Boleh maintain 90km/j dgn rpm lebih kurang 1400 ke 1700rpm.

Saya pandu Honda CRZ dan Insight sejak dari tahun 2012, sudah terbiasa dengan respons brek Honda dan hampir kemalangan bila memandu Toyota Vios milik kawan sebab tidak biasa dengan respons yang agak lambat. Namun dengan Alza baharu, saya rasa tiada masalah, dan feel hampir sama dengan Honda Insight. Saya rasa berterima kasih kepada cakera brek hadapan dan belakang.

Sistem suspensi Alza 2022 ni bagi saya ianya seimbang, tidak terlalu lembut sampai kereta berayun macam buaian, dan tidak terlalu keras mcm pakai buluh. Sesedap rasa, ambil lap tidak rasa oversteer atau understeer.

Sumber Gambar: Facebook Mujahid Alias

Keselamatan

Banyak ciri-ciri keselamatan dekat mode Alza baharu ini, jika nak cerita satu persatu, lebih baik saya letak link owner manual  sahaja.

Beberapa perkara saya ingin kongsikan, pertama, kombinasi LDW, LDP dan LKC memang terbaik. Saya cuba uji ‘lepaskan tangan’ dekat selekoh sederhana (tindakan ini salah, jangan tiru), memang kereta elok sahaja ikut sendiri selekoh itu, dan sudah pasti bermacam-macam amaran keluar. Selepas hampir 20 saat, keluar amaran suruh pemandu pegang stereng.

Kedua, ACC. Amat membantu. Cuma bagi saya, over anticipate. Kereta hadapan jauh lagi, ACC sudah perlahankan kereta. Walaupun ada kereta dekat lorong bersebelahan pun, dia perlahankan kereta. Bila sudah lepas, dia tingkatkan sampai 3000rpm untuk dapatkan semula kelajuan.

*Tambahan — Selepas baca balik manual, baru saya sedar selama ini saya set jarak ACC 50 meter. Patutlah dari jauh sudah perlahan. Tapi saya tetap berpegang dengan over anticipate, sebab walaupun dekat lorong bersebelahan sesak, kereta pun automatik perlahankan kelajuan juga.

Sumber Gambar: Facebook Mujahid Alias

Penggunaan bahan api

Dengan umur 3 hari, titdak sesuai lagi untuk nilai penggunaan bahan api. Tetapi selepas isi tangki penuh (43 liter/RM88/8 bar), jarak boleh dapat 540 kilometer. Sepanjang 3 hari ni, jumlah perjalanan dalam bandar (Shah Alam, Kota Damansara, Subang Jaya, USJ) sejauh 139 kilometer dan berbaki 406 kilometer.

Kekalkan pemanduan light footed, tetapi menghadap jem setiap hari, dapatlah 12.7km/liter. Itu pun berjam enjin dalam keadaan idle sebab nak setting macam-macam dekat infotainmen. Agak jimat, kalau bandingkan dengan MPV lain. Honda Insight saya pun dapat 14-15km/liter sahaja bila memandu dalam kawasan bandar.

Kesimpulannya

Secara keseluruhan, saya secara peribadi memang berpuas hati dengan Alza 2022. Dengan harga bermula RM75,500, dan segala macam teknologi yang pengguna dapat, kereta ini sangat-sangat berbaloi untuk dimiliki. Memang tidak menyesal ‘tempah secara membuta-tuli’ pada bulan April tempoh hari.

Apa-apa pun, ini adalah pandangan peribadi daripada segi pengalaman 3 hari saya sahaja. Saya bukan jurujual, bukan jurutera, nak tukar tayar pun pening, apatah lagi bab teknikal. Kerja saya tiap-tiap hari hanyalah termenung keluar tingkap tengok awan, sambil cakap seorang-seorang.

-thevocket.com

Ahad, 31 Julai 2022

Wow! Perodua Alza 2022 diiktiraf terima 5 bintang ASEAN NCAP

 Wow Perodua Alza 2022 diiktiraf terima 5 bintang ASEAN NCAP

Wow! Perodua Alza 2022 diiktiraf terima 5 bintang ASEAN NCAP. Selain pelancaran rasmi dibuat pada 20 Julai lalu, ASEAN NCAP turut mengumumkan keputusan penilaian yang dibuat terhadap model serba baharu Perodua Alza 2022.

Model MPV itu telah mencatatkan pencapaian luar biasa dalam penilaian di mana ia memperoleh penarafan ‘5 Bintang ASEAN NCAP’ dengan skor keseluruhan sebanyak 81.64 mata.

Alza baharu merupakan model keempat yang dinilai di bawah protokol 2021-2025 semasa yang terdiri daripada empat kategori penilaian; Perlindungan Penghuni Dewasa (Adult Occupant Protection/AOP) di mana ia mencapai 36.20 mata, Perlindungan Penghuni Kanak-kanak (Children Occupant Protection/COP) dengan 16.88 mata.

Bagi kategori Bantuan Keselamatan (Safety Assist/SA) pula, model Alza telah mendapat 18.57 mata dan 10.00 mata bagi kategori Keselamatan Penunggang Motosikal (Motorcycle Safety/MS).

Keputusan itu telah mendapat pujian daripada Ketua Pengarah MIROS, Yang Berhormat Dato’ Dr. Khairil Anwar Abu Kassim.

Beliau yang juga Setiausaha Agung ASEAN NCAP berbangga kini jenama tempatan sangat mengambil berat dalam menjaga keselamatan para penggunanya serta pengguna jalan raya lain.

“Dengan pelancaran Alza baharu, Perodua telah menunjukkan semangat dan semangat berterusan mereka untuk keselamatan pengguna jalan raya—bukan sahaja untuk keselamatan pelanggan dan keluarga mereka tetapi juga pengguna jalan raya lain. Oleh itu, saya menggalakkan lebih banyak pengeluar kenderaan untuk menunjukkan minat yang sama juga dengan membangunkan kereta yang mempunyai teknologi keselamatan yang diperlukan sambil kita bekerjasama memenuhi sasaran mengurangkan separuh kematian jalan raya di rantau ini.”

Perodua Alza 2022 dilengkapi dengan kelengkapan standard 6 beg udara, Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Peringatan Tali Ledar (SBR) untuk penumpang hadapan dan belakang. Selain itu, model itu turut dipasang dengan sistem Autonomous Emergency Braking (AEB), teknologi Auto High Beam dan Pedestrian Protection sebagai standard di semua variannya.

Ia juga menawarkan teknologi bantuan keselamatan terkini lain sama ada sebagai kelengkapan standard atau pilihan iaitu Pengesan Titik Buta (BSD) yang dipasang pada kedua-dua belah kenderaan, Lane Departure Warning (LDW), Amaran Perlanggaran Hadapan (FWC) dan Lane Keep Assist (LKA).

-MH Daily

Jumaat, 19 November 2021

Myvi Baharu ditawarkan pada harga bermula RM45,700

 Bahagian sisi Myvi Baharu.

Bahagian sisi Myvi Baharu.

Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) malam tadi melancarkan Myvi Baharu dan berjaya mengumpulkan 4,303 tempahan dalam tempoh sembilan hari dengan penghantaran serta-merta esok.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Myvi Baharu yang menelan belanja RM50 juta untuk dibangunkan itu mempunyai teknologi canggih, ciri keselamatan pintar yang dipertingkatkan, penjimatan bahan api yang lebih baik, penampilan baharu yang 'sporty' serta warna baharu.

"Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada pelanggan kami atas sokongan yang diberikan kepada Perodua dan Myvi Baharu.

"Myvi sudah menarik perhatian rakyat Malaysia dan diterima secara meluas masyarakat. Tawaran baharu ini adalah untuk memastikan pelanggan kami yang dihargai memperolehi nilai yang terbaik," katanya.

Beliau berkata Perodua menjangkakan untuk mendaftar 6,000 unit setiap bulan, yang mana ini membolehkan syarikat kereta kompak itu mengekalkan kecenderungan jualan Myvi pada masa akan datang.

Varian Myvi Baharu termasuk 1.5 liter AV (Advance), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X , 1.3 liter G dan 1.3L G (Basic).

Harga Myvi Baharu dari RM45,700 hingga RM58,800 bagi Semenanjung Malaysia, tanpa

insuran dan tidak termasuk Cukai Jualan.

Pelancaran varian baharu ini adalah dalam tempoh minggu yang sama dengan pelancaran Myvi generasi ketiga iaitu pada 16 November 2017.

Bahagian ruang meletak barang Myvi Baharu.
Bahagian ruang meletak barang Myvi Baharu.

Myvi yang mula diperkenalkan pada Mei 2005 sudah menjual kira-kira 1.3 juta unit setakat ini dan daripada jumlah itu, Myvi generasi ketiga terjual sebanyak 277,329 unit.

Perubahan ketara pada Myvi termasuk penambahbaikan dalam sistem keselamatannya, menampilkan sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA), yang direka dengan mengambilkira keselamatan pemandu dan pejalan kaki.

PSDA termasuk Advance Safety Assist versi 3.0, Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keep Assist (LKS), Blind Spot Monitoring System (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA) (Tersedia dalam semua varian kecuali varian 1.3L G yang terendah)

Ini bermakna semua varian Myvi Baharu kini mempunyai teknologi Autonomi Tahap 2 kecuali satu daripada varian G.

Zainal berkata, ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia, syarikat kereta menawarkan

teknologi Autonomi Tahap 2 kepada model di bawah tanda harga RM60,000.

Katanya, semua varian di bawah Myvi Baharu akan menampilkan transmisi baharu iaitu Dwi-mod CVT (Continuous Variable Transmission), menggantikan transmisi empat kelajuan.

"Dwi-mod CVT ini akan meningkatkan lagi kecekapan transmisi, ringan dan bersaiz kompak, memberikan lebih kuasa pecutan dan lancar pada kelajuan rendah serta menjadikan kenderaan lebih senyap selain meningkatkan kecekapan bahan api.

"Dengan penambahbaikan ini, Myvi Baharu mampu mencatatkan peningkatan sebanyak 5 peratus atau tambahan 1 kilometer (km) bagi setiap liter bahan api serta 20 peratus pecutan yang ditambahbaik.

"Peningkatan kecekapan bahan api Myvi Baharu adalah komitmen kami ke arah mengurangkan impak kepada alam sekitar dan usaha kami ke arah matlamat untuk menjadi sebuah organisasi karbon neutral," katanya.

Bahagian papan pemuka Myvi Baharu.
Bahagian papan pemuka Myvi Baharu.

Beliau berkata, Myvi Baharu juga menampilkan warna baharu iaitu Cranberry Red, yang hanyatersedia untuk varian AV. Warna lain termasuk Ivory White, Glittering Silver, Lava Red (tidak tersedia untuk AV), Granite Grey dan Electric Blue.

Sementara itu, Perodua juga turut memperkenalkan satu lagi perkhidmatan langganan kenderaan merangkumi semua nilai tambah yang dipanggil Perodua EZ MOBi yang mana perkhidmatan ini akan membantu syarikat-syarikat menguruskan fleet kenderaan mereka dari perolehan, servis dan penggantian fleet.

"Pada dasarnya, EZ MOBi ini mewakili sumbangan nilai Perodua terhadap keperluan mobiliti pelanggannya yang semakin meningkat.

"Pakej keseluruhan termasuk pendaftaran kenderaan, pembaharuan insuran, kos servis, kos penggantian alat ganti, kereta ihsan, pelupusan kenderaan dan penggantian di bawah satu pelan langganan," katanya.

Beliau berkata, Perodua EZ MOBi menyediakan kemudahan berbentuk hujung ke hujung (end-to-end) kepada pelanggan kerana pelbagai pakej tersedia untuk memenuhi keperluan mobiliti setiap daripada pelanggan.

Satu daripada keunikan Perodua EZ MOBi, katanya, ialah pelan langganannya memfaktorkan

semua kos untuk milikan dan pengendalian kenderaan kecuali penggunaan bahan api.

Buat masa ini, perkhidmatan baharu ini tersedia di Lembah Klang dan hanya untuk entiti perniagaan dan agensi kerajaan.


Senarai harga penuh Myvi Baharu

Myvi Baharu Harga

1.3G Basic RM45,700

1.3G PSDA RM47,700

1.5 X RM49,900

1.5 H RM53,900

1.5 AV RM58,800

-myMetro

Khamis, 4 Mac 2021

Perodua Ativa Dilancarkan Secara Rasmi, Harga Bermula RM61,500

 


Setelah beberapa bulan kita melihat gambar spyshot dan membaca teori teknikal dan khabar angin mengenai SUV terbaru Perodua, akhirnya Perodua D55L atau nama rasminya Perodua Ativa telah dilancarkan.

Perasmian Perodua Ativa telah dibuat oleh Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin secara premiere digital di peroduadigitalpremiere.com dan juga Facebook Page rasmi Perodua pada pukul 8 malam semalam.

The New Perodua Ativa #ActivateEveryDestination

The new Perodua Ativa has arrived to #ActivateEveryDestination​Styled to captivate, designed for convenience and engineered with advanced safety to make every destination a journey to remember: http://bit.ly/New_Perodua_Ativa#PeroduaAtiva

Posted by Perodua on Wednesday, March 3, 2021

Harga kompetetif dengan tawaran 3 varian

vocket-perodua-ativa-dilancarkan-7

SUMBER GAMBAR: PAULTAN

vocket-perodua-ativa-dilancarkan-8

SUMBER GAMBAR: PAULTAN

Perodua Ativa merupakan model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build yang ditawarkan dengan harga rasmi antara RM61,500 hingga RM72,000. Ia mengejutkan orang ramai kerana harga tersebut lebih rendah daripada yang telah diumumkan sebelum ini.

Terdapat tiga pilihan varian mengikut kesesuaian untuk diri anda. Model asas (X) dijual pada harga bermula RM61,500, manakala model pertengahan (H) bermula RM66,100 dan varian tertinggi sekali (AV) berharga RM72,200.*

*Harga ini sah sehingga pengecualian cukai jualan kerajaan berakhir pada 30 Jun nanti.

vocket-perodua-ativa-dilancarkan-6

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK PAGE PERODUA

“Harga Perodua Ativa yang berpatutan adalah disebabkan kadar kandungan komponen tempatan sebanyak 95%, kadar permulaan tertinggi bagi mana-mana model Perodua. Malah, enjin dan transmisinya juga dihasilkan di Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Lengkap teknologi dan sistem keselamatan terkini

vocket-perodua-ativa-dilancarkan-5

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK PAGE PERODUA

Kereta SUV baru ini merupakan kenderaan pengecas turbo pertama Perodua dan model pertama yang menggunakan Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT). Ia juga menjadi model pertama Perodua yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2, selain menjadi kenderaan paling mampu milik di Malaysia yang memenuhi standard berkenaan.

Kesemua teknologi ini menyumbang kepada kecekapan penggunaan bahan api sehingga 18.9 km/l, menjadikannya Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) kelima buatan Perodua.

vocket-perodua-ativa-dilancarkan-4

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK PAGE PERODUA

Ketiga-tiga varian ini dilengkapi dengan teknologi Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 3.0. Jarang sekali sesebuah pengeluar kenderaan memberikan sistem terbaru pada semua varian-varian model kenderaan mereka. ASA 3.0 berfungsi pada kelajuan yang lebih tinggi sehingga 120km/j untuk kenderaan dan sehingga 60 km/j untuk pejalan kaki.

Di samping itu, Perodua Ativa kini boleh mengesan kenderaan beroda dua serta berfungsi pada waktu malam. Ketiga-tiga varian ini juga dilengkapi enam beg udara, lampu hadapan LED automatik dengan Auto High Beam dan Lane Departure Warning and Prevention.

Untuk varian H dan AV, kedua-dua varian ini mempunyai Adaptive Driving Beam, paparan multi-info TFT tujuh-inci dan sistem infotainment skrin sesentuh sembilan-inci dengan pengecaman suara. Varian AV secara eksklusif mempunyai  Lane Keep ControlBlind Spot MonitorRear Cross Traffic Alert dan Adaptive Cruise Control.

Sasaran penghantaran bulanan

Sehingga kini Perodua telah menerima kira-kira 5,000 tempahan sejak tempahan dibuka pada 19hb Februari lalu. Perodua menyatakan penghantaran akan bermula hari ini (4hb Mac) dan menyasarkan untuk menghantar purata sebanyak 3,000 unit sebulan.

“Kami menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk mengunjungi mana-mana pusat jualan kami di seluruh negara – di mana garis panduan COVID-19 dipatuhi ketat demi kesihatan dan keselamatan semua – untuk melihat, merasai dan memandu uji Perodua Ativa sebelum pengecualian cukai jualan kerajaan berakhir pada 30 Jun nanti,” tambah beliau lagi.

Perodua New Compact SUV Digital Premiere

Join us and other Malaysians to witness this historic milestone. All will be revealed in the Digital Premiere of our Perodua New Compact SUV at 8pm, 3rd March 2021. Or you can visit www.peroduadigitalpremiere.com for a better experience.#Perodua #PeroduaNewCompactSUV

Posted by Perodua on Wednesday, March 3, 2021

Jika anda terlepas pelancaran Proton Ativa, anda boleh tonton video yang kami kongsikan di atas. Sekiranya anda mahu melihat Perodua Ativa versi yang ‘lebih garang’ dengan bodykit lengkap ‘Gear Up’, anda boleh lihat di sini.

Akhirnya kita dapat juga lihat model pengganti Perodua Kembara dan Perodua Nautica setelah sekian lamanya. Adakah Perodua Ativa ini bakal mendapat sambutan orang ramai sama seperti Perodua Myvi dan juga Proton X50?

-thevocket.com