"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Krisis Iran Israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Krisis Iran Israel. Papar semua catatan

Selasa, 24 Jun 2025

Iran Lancar Peluru Berpandu Balistik Ke Pangkalan Udara Al‑Udeid Qatar!

 "Iran Lancar Peluru Berpandu Balistik Ke Pangkalan Udara Al‑Udeid Qatar!" 

Landskap geopolitik kini sedang berubah. Buat pertama kali dalam sejarah konflik Teluk, Iran secara terbuka melancarkan peluru berpandu balistik ke arah Pangkalan Udara al‑Udeid di Qatar sebagai respon langsung terhadap serangan udara Amerika ke loji nuklear mereka.

Media Iran menamakan balasan ini sebagai Operasi Bashayer al‑Fath (Pengumuman Kemenangan), sebagai tindak balas terhadap Operation Midnight Hammer iaitu siri serangan ke atas tapak sensitif Iran seperti Fordow, Natanz dan Esfahan.

Sekitar 6 hingga 14 peluru berpandu dilancarkan. Sistem pertahanan Qatar dan AS dikatakan berjaya memintas semuanya. Manakala Iran maklumkan 1 kena. Namun mesej Teheran jelas: mereka bukan lagi sekadar pemain tempatan, mereka sudah masuk gelanggang kuasa besar.

Lebih menggemparkan, laporan menyebut Iran memberi amaran lebih awal kepada AS dan Qatar, isyarat bahawa serangan ini bukan tindakan terdesak, tetapi strategi diplomatik yang sangat berhati-hati.

Sebagai tindak balas awal, beberapa negara Teluk menutup ruang udara. UAE, Bahrain, dan Kuwait ambil langkah pantas bukan semata-mata kerana takut, tetapi kerana mereka tahu ini bukan lagi konflik kecil.

Ada desas-desus Iran turut sasar Bahrain dan Kuwait. Maklumat ini belum rasmi, tapi AS sendiri tidak menolaknya. Ketegangan sedang melonjak.

Macam biasa Trump kaki update dengan ucapan “Congratulations world, it’s time for peace.” Sebuah kenyataan yang dilihat lebih bersifat psikologi, bukan kenyataan sebenar. Seperti mahu tenangkan pasaran, bukan redakan konflik.

Tindakan itu mungkin juga isyarat bahawa saluran diplomatik yang mungkin melalui Qatar, Oman atau Switzerland sedang berjalan. Tapi semua tahu, ini belum damai. Ini cuma tempoh bertenang yang boleh meletup bila-bila masa.

Apa Sebenarnya Berlaku?

Operation Midnight Hammer bukan serangan biasa. Ia gunakan B‑2 Spirit Stealth Bombers, peluru berpandu Tomahawk, dan kepakaran intel satelit. Tiga loji utama Iran disasarkan serentak sebagai satu perisytiharan bahawa AS sudah keluar dari “perang proksi”.

Kurang 12 jam selepas itu, Iran balas. Lebih 60 misil Shahab‑3 dan Sejjil dilancarkan ke wilayah yang diduduki Israel, termasuk Tololviv dan Haifa. 17 dilaporkan berjaya menembusi Iron Dome. Beberapa sistem komunikasi dan pangkalan terjejas.

Iran juga lancarkan dron Shahed 136 dari tiga lokasi iaitu Iraq, Lebanon dan Yaman. Dron ini dilaporkan melepasi radar dan tepat ke sasaran. Ini bukan hanya kekuatan teknikal, ini juga demonstrasi rangkaian logistik ketenteraan Iran di rantau Arab.

Iran kini main strategi serangan fizikal diselangi psikologi dan persepsi. Musuh bukan hanya dikalahkan dengan letupan, tetapi juga dengan ketakutan, ketidakpastian dan propaganda.

Tapi Iran juga tahu batas. Mereka belum keluarkan semua aset. Masih ada “gelombang kedua” yang dirahsiakan. Strategi strategic second wave. Mereka simpan peluru untuk saat lebih kritikal.

Ada laporan menyebut beberapa sistem pertahanan Iran musnah dalam serangan pertama. Sebab itu, balasan Iran disusun cermat. Mereka balas cukup untuk beri amaran, tapi tak cukup untuk cipta eskalasi tak terkawal.

Apa Impaknya Kepada Dunia?

Ekonomi global sudah rasa gegaran. Harga minyak melonjak. Pasaran saham Asia bergolak. Emas naik mendadak. Semua ini bukan kebetulan tetapi ini kesan domino dari peluru berpandu.

Yesbiol ialah arkitek utama propaganda moden cipta musuh, ulang fitnah, dan cipta justifikasi untuk serangan. Amerika pula jadi alat yang menurut, atas nama demokrasi dan keselamatan. Sebenarnya bukan soal ancaman fizikal. Ini soal siapa kontrol sistem.

Akar masalah ini ialah petrodollar. Iran mahu keluar dari sistem perdagangan minyak yang dikawal dolar. AS pula anggap ini ancaman langsung kepada ekonomi mereka.

Jika Iran berjaya bina pakatan dengan China dan Rusia untuk berdagang tanpa dolar, ekonomi Amerika akan tergugat. Maka, serangan ke Iran bukan semata-mata keselamatan tapi ia juga soal survival ekonomi.

Buat masa ini, China dan Rusia masih memerhati. Tapi jika salah satu mula campur tangan ketenteraan, dunia bakal melangkah ke skala Perang Dunia Ketiga.

Malaysia Di Mana?

Kita tak boleh terus rasa selamat kerana jauh dari peta serangan. Bila harga minyak naik, pasaran jatuh, logistik tersekat maka kita semua terkesan. Ini bukan perang Amerika. Ini perang global dalam bentuk baru.

Musuh kini tak hanya guna senjata. Mereka guna berita, persepsi, dan psikologi. Kalau rakyat kita masih bergantung pada naratif luar, kita akan jadi mangsa lebih awal dari yang dijangka.

Maka kita mesti perkuat tiga perkara: ekonomi berdikari, pendidikan berwawasan, dan kesedaran geopolitik. Kalau tidak, kita mungkin runtuh sebelum satu peluru pun dilepaskan ke arah kita.

Source 

Rabu, 18 Jun 2025

Jet Hesrohullaalala Langgar Ruang Udara Turki: F-16 Dikerah, Situasi Panas!

 "Jet Hesrohullaalala Langgar Ruang Udara Turki: F-16 Dikerah, Situasi Panas!" 

Beberapa jam selepas serangan ke atas Iran, jet pejuang Isr**l dilaporkan sengaja menceroboh ruang udara Turkiye. Tapi mereka tak sempat lama.

Radar Turki kesan pergerakan luar biasa di timur. F‑16 segera naik ke udara. Juruterbang beri amaran tegas melalui radio: keluar sekarang, atau kami bertindak.

Jet Isr**l terus keluar tanpa balas. Tapi kesan kejadian tu tak kecil. Sebab langit Turki bukan langit kosong.

Menurut Türkiye Today, jet itu hanya “singgah sekejap”. Tapi ‘sekejap’ pun cukup untuk Turki anggap ini pelanggaran. Dan dalam geopolitik, pelanggaran ruang udara adalah provokasi kelas pertama.

TASS, media Rusia, sahkan pesawat tu sebahagian daripada operasi besar Isr**l ke atas Iran. Misi mereka mungkin potong laluan, atau lebih tepat: uji reaksi Turki.

Sumber risikan Timur Tengah kata ini bukan kali pertama. Sudah beberapa kali jet asing yang mana bukan sekadar Isr**l cuba uji langit Turki dengan ‘pergerakan eksotik’ di sempadan.

Tapi yang bezakan kali ni, ialah siapa yang buat dan bila ia berlaku. Isr**l sedang diserang balik. Bila jet mereka terbang lintas langit Turkiye, itu bukan kebetulan.

Selepas insiden, Turki terus umum akan tingkatkan kawalan. Rondaan udara diganda. Sistem radar dipertingkat. Langit kini dijaga 24 jam.

Kalau dulu banyak perkara ‘diselesaikan di belakang tabir’, insiden kali ni jadi tajuk utama. Sebab mesej dia satu: Turki tak akan tunduk.

Presiden Erdoğan dalam sidang media kata: “Turki tak akan biar ruang udara kita dipermainkan.” Dia bukan sekadar beri amaran. Dia bagi isyarat.

Erdoğan juga kecam Isr**l dalam beberapa sidang antarabangsa. Katanya, serangan mereka ke atas Iran adalah provokasi terang-terangan. Dan masyarakat dunia tak boleh terus diam.

Beliau turut hubungi Presiden Iran dan Presiden Rusia. Cuba buka ruang diplomatik. Erdoğan kata Istanbul boleh jadi platform rundingan nuklear dunia.

Erdoğan main dua gelanggang. Di satu sisi, F‑16 dah ready di langit. Di sisi lain, telefon diplomasi sibuk berbunyi. Inilah strategi hybrid: tentera di medan, diplomasi di meja.

Apapun, nak berdiplomasi ni, kena ada kekuatan. Kalau takde kekuatan, boleh je cakap, tapi orang tak pandang la. Seolah-olah "Ko siapa? Ko kuat ke? Apa ko ada? Boleh blah la". Camtu la nak bagi mudah faham. 

Kalau dilihat corak sebelum ni, Turki tak pernah diam bila dicabar. Tahun 2015, mereka tembak jatuh jet Rusia yang masuk ruang udara Syria-Turki. Dunia terkejut, tapi Turki tak goyang.

Kali ni, situasinya lebih sensitif. Sebab lawan bukan Rusia. Tapi sekutu rapat AS. Negara yang ada pengaruh besar dalam NATO dimana pakatan yang Turki sendiri anggotai.

Tapi walau dalam NATO, Turki bukan boneka. Mereka dah lama main peranan autonomi dalam isu serantau. Dan bila langit dicabar, mereka balas ikut cara sendiri.

Dalam konflik Iran-Isr**l, Turki cuba kekal neutral. Tapi insiden ni tarik mereka lebih dekat ke api perang. Sama ada mereka mahu atau tidak.

Pakar geopolitik lihat ini sebagai "ujian tindak balas". Isr**l nak tahu: adakah Turki akan bertindak bila dilanggar? Jawapannya: ya, serta-merta.

Kalau insiden macam ni dibiarkan, ia akan jadi preceden. Lepas ni siapa pun boleh terbang ikut suka. Jadi Turki kena tunjuk taring sekarang dan bukan nanti.

Dan F‑16 yang naik tu bukan saja bawa peluru. Ia bawa mesej kepada dunia: ruang udara ialah sempadan mutlak. Langgar, kau akan dihitung.

Sistem radar Kurecik adalah sebahagian dari sistem NATO yang kini digunakan sepenuhnya. Turki hantar isyarat ke NATO dan AS: kami tahu bila kami dicabar. Dan kami bertindak tanpa tunggu restu.

Apa yang Turki buat sekarang bukan reaktif. Ini respons strategik. Bila kau tahu permainan besar sedang berlangsung, kau tak boleh jadi bidak diam.

Langit Turki kini jadi pentas pertembungan tiga pihak: Isr**l, Iran dan Turki sendiri. Masing-masing uji, baca, dan hitung masa.

Kalau pelanggaran ni berulang, tak mustahil peluru pula menyusul. Dan bila satu jet jatuh, semua pihak akan saling tuding jari.

Turki kini berdiri di tengah ribut, mata terbuka, tangan belum diangkat. Mereka belum pilih gelanggang, tapi jelas sedang membaca semua pergerakan.

Langkah Erdoğan beri dua mesej besar. Pertama, Turki serius tentang kedaulatan. Kedua, mereka bersedia jadi kuasa penimbang dan bukan pengikut.

Kalau rundingan nuklear Iran-AS berjaya dihidupkan di Istanbul, Turki akan naikkan profil sebagai peleraian krisis global.

Tapi kalau provokasi diteruskan, Turki akan terpaksa tukar posisi dari moderator kepada pemain.

Bagi rantau Asia Tenggara, ini semua bukan cerita jauh. Bila langit jauh terbakar, haba dia sampai ke pasaran tempatan. Harga minyak, pelaburan, semuanya terdedah.

Dan bagi Malaysia, ini peringatan. Kawalan udara dan integriti wilayah bukan hal ketenteraan semata. Ia lambang ketegasan negara.

Bila kuasa besar mula uji langit orang, negara kecil kena bijak membaca. Sebab langit yang dicabar hari ni mungkin langit kita esok.

Turki dah beri contoh. Bila ruang udara dilanggar, jangan sembang panjang. Naik jet. Bagi amaran. Dan jaga sempadan.

Sebab dalam perang global hari ni, semua bermula dari langit. Dan bila langit jatuh, dunia akan gelap.

Subhanallah, dunia hari ini makin hilang arah. Ketika Hesrohul dan Amerika bertindak macam binatang terlepas dari kandang, ramai cuma duduk diam dan tengok.

Tiada kawalan, tiada batas. Yang jadi mangsa ialah orang awam, tanah suci, dan suara yang cuba berdamai. Inilah wajah sebenar dunia bila kuasa dan senjata lebih dihormati dari nyawa manusia.

---

Source