"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Lompat Parti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lompat Parti. Papar semua catatan

Rabu, 10 Julai 2024

6 MP Kekal:'Ini isyarat tak baik pelaksanaan tanggungjawab mereka yang memimpin badan legislatif'

 Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) menyatakan sokongan kepada Anwar.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) menyatakan sokongan kepada Anwar.

KUALA LUMPUR: Keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengekalkan enam bekas Ahli Parlimen BERSATU sebagai wakil rakyat itu ternyata menimbulkan banyak persoalan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by

Tafsiran itu juga dilihat bercanggah terutamanya berkaitan tafsiran Peruntukan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan dengan keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Perkara 49(A) menetapkan seseorang Ahli Dewan Rakyat berhenti menjadi Ahli Parlimen atas dua keadaan. Ia sama ada (a) selepas dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota parti politik, beliau melepaskan keanggotaan sebagai atau tidak lagi menjadi anggota parti politik; atau (b) setelah dipilih ke Dewan Rakyat bukan sebagai anggota sebuah parti politik (iaitu calon Bebas), menyertai parti politik sebagai ahli.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Prof Muhammad Fathi Yusof, berkata peruntukan Perkara 49A itu mengandungi perkataan yang sama, namun tafsiran yang berbeza itu boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat sama ada ia ditafsir berteraskan peruntukan undang-undang atau berdasarkan kecenderungan politik.

"Jadi ini satu isyarat tidak baik dalam konteks perlaksanaan tanggungjawab mereka yang memimpin badan legislatif.

"Dalam konteks lain, sekiranya kekaburan itu berlaku, menjadi peranan mahkamah Persekutuan membuat tafsiran yang muktamad berkaitan dengan maksud peraturan, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri.

"Dengan kata lain, perbezaan tafsiran ini perlu diselesaikan melalui keputusan yang dibuat oleh mahkamah Persekutuan," katanya kepada BH, hari ini.

Terdahulu, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan enam bekas ahli Parlimennya yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kekal sebagai wakil rakyat.

Muhyiddin berkata perkara itu dimaklumkan Johari menerusi surat bertarikh semalam.

Enam ahli Parlimen itu ialah Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, keputusan yang dibuat itu ternyata bercanggah dengan keputusan oleh Speaker DUN Kelantan yang mengesahkan kerusi DUN Nenggiri kosong berkuat kuasa pada 19 Jun.

Berikutan keputusan Johari, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) akan melantik beberapa peguam untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menegakkan Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, Muhammad Fathi menyatakan tindakan BERSATU untuk membawa kes itu ke mahkamah ialah langkah yang tepat supaya parti itu mendapat satu jawapan yang tuntas berkait dengan maksud dan tujuan peruntukan berkenaan.

"Tidak ada masalah untuk BERSATU untuk bawa kes ini ke mahkamah walaupun terdapat pandangan yang mengatakan kuasa Yang Dipertua Dewan Rakyat ini tidak boleh dicabar kerana wujudnya imuniti atau kekebalan di bawah Perlembagaan.

"Tujuan kes ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan tafsiran Peruntukan Perkara 49A supaya wujud pandangan yang seragam dalam kalangan mereka yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya," katanya.

Beliau berkata, ini bukan kali pertama isu bidang kuasa speaker dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan keputusan yang jelas dan tidak bercanggah.

"Jika kita merujuk pada kes mahkamah sebelum ini, tidak ada masalah bagi mahkamah untuk membuat tafsiran termasuk dalam isu berkaitan bidang kuasa speaker.

"Kalau kita dapat lihat, beberapa kes di Sabah yang membabitkan pergelutan politik di sana serta krisis politik di Perak pada tahun 2010.

"Dapat dilihat juga bagaimana kes Nordin Salleh melawan DUN Kelantan berkaitan dengan kesahihan undang-undang lompat parti pada tahun 90an.

"Jelas tidak ada halangan mahkamah untuk membicarakan kes yang berkaitan dengan Perlembagaan walaupun ia menyentuh kuasa Yang Dipertua Dewan," katanya.

-BH Online 

Rabu, 3 Julai 2024

6 penentang Bersatu yakin tiada PRK

 Bagaimanapun Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman berkata mereka kekal sebagai wakil rakyat bebas dan hanya akan menyertai parti baharu selepas tamat penggal PRU15.



Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman minta semua pihak menghentikan spekulasi dan menunggu keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Bersatu yang terlucut keahlian yakin tidak akan berlaku kekosongan kerusi seperti diramal pelbagai pihak.

Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman yang mewakili kumpulan berkenaan mendakwa mereka tidak pernah keluar parti, yang membolehkan berlaku kekosongan kerusi mengikut Akta Anti Lompat Parti.

“Kami masih Ahli Parlimen yang sah dan tidak pernah meninggalkan parti yang kami sertai… kami dipecat dan untuk itu kami yakin kekal menjadi wakil rakyat dan tidak akan berlaku kekosongan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

“Status kami sekarang Ahli Parlimen bebas menyokong kerajaan, saya harap lepas ini tiada lagi spekulasi sebab di sana sini orang meramalkan esok PRK esok PRK… tunggulah speaker umum,” katanya sambil tersenyum.

Turut hadir, lima lagi Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong kerajaan perpaduan iaitu Zahari Kechik (Jeli), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul pada 24 Jun mengesahkan menerima notis daripada Ketua Whip Bersatu Ronald Kiandee dan akan membuat keputusan dalam 21 hari berhubung permohonan mengosongkan enam kerusi wakil rakyat menentang parti itu.

Suhaili berkata pindaan Perlembagaan Bersatu pada Mac lalu juga disifatkan sebagai cubaan pucuk pimpinan Perikatan Nasional(PN) untuk menganiaya mereka melepaskan kerusi berkenaan.

“Pindaan Perlembagaan Bersatu hanya berkuatkuasa pada 1 April sedangkan kami menyatakan sokongan kepada PMX (Anwar Ibrahim) sebelum itu lagi.

“Ia dipinda dengan niat jahat untuk pastikan kemi berenam sebagai kambing hitam atau lebih jelas kami dianiaya pucuk pimpinan Bersatu dan PN hanya kerana kami memilih untuk mengutamakan rakyat daripada terus menyokong pembangkang yang tanpa henti menghentam kerajaan,” katanya.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu terhadap Perkara 10 yang akan melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan kepada pihak bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.

Jika itu terjadi, mereka perlu mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada PRK.

Suhaili menambah mereka kekal sebagai Ahli Parlimen bebas dan hanya akan menyertai parti baharu selepas tamat penggal PRU15, iaitu berbaki tiga setengah tahun.

“Kita cukup arif dengan Akta Anti Lompat Parti bermakna andai kata kami berminat nak sertai mana-mana parti, ia mestilah selepas habis tempoh PRU15.

“Selepas itu baru kita putuskan mana nak pergi,” katanya.-FMT

Selasa, 9 Mac 2021

Murtad tak dibenarkan kenapa lompat parti boleh dalam politik? – Guan Eng

 E77CE841-1E79-4D27-996D-2B1DC5C61CBB

Setiausaha DAP, Lim Guan Eng pada sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan isu wakil rakyat lompat parti akan dibawa ke mahkamah walaupun ia tidak termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan.

Menurutnya, tidak wajar bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempertahankan tindakan wakil rakyat sedemikian sekiranya mereka mendakwa sebagai sebuah pentadbiran yang berpegang pada prinsip-prinsip bersih.

“Sebagai seorang beragama Islam, murtad itu tidak dibenarkan kenapa lompat parti boleh dalam politik? Kami akan tetap rujuk kes lompat parti ini ke mahkamah,” katanya pada sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang hari ini.

Mengulas isu yang sama, Guan Eng juga menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung isu lompat parti jelas melanggar prinsip pemimpin partinya  terdahulu.

“Kenyataan Takiyuddin itu memang tidak patut dan jelas melanggar prinsip politik yang dipertahankan pemimpin Pas seperti Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” ujarnya.

Semalam, media tempatan melaporkan tindakan wakil rakyat sama ada ahli Parlimen mahu pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lompat parti tidak boleh dihalang kerana perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

 Mengambil contoh Pulau Pinang yang melaksanakan undang-undang Akta Anti Lompat Parti, Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata, pelaksanaan kerajaan negeri itu tersekat kerana mereka perlu meminda Perlembagaan.

“Akta Anti Lompat Parti di Pulau Pinang tersekat kerana pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan terlebih dahulu.

“Pengubalan akta berkenaan tertakluk kepada perintah mahkamah yang sebelum ini telah memutuskan sebarang undang-undang berkaitan anti lompat parti bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah,” ujar Takiyuddin. – MalaysiaGazette

Isnin, 1 Mac 2021

Muhyiddin masih tak ada majoriti meski raih sokongan 2 lagi MP - PKR

 


PKR mendakwa bahawa Muhyiddin Yassin masih tidak mempunyai majoriti sokongan ahli parlimen walaupun dua ahli parlimen daripada parti itu beralih sokongan dan menyokong kepimpinan Perikatan Nasional (PN).

Dalam kenyataan media hari ini, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata bahawa Muhyiddin tidak sepatutnya berusaha untuk mengekalkan kerajaan PN.

"Walaupun dengan pengkhianatan dua ahli parlimen hari ini, Muhyiddin Yassin perlu sedar bahawa majoriti ahli-ahli arlimen sudah tidak lagi bersama beliau.

"Beliau sepatutnya tidak lagi berusaha untuk mengekalkan kerajaan yang lemah ini, tetapi meletakkan jawatan secara terhormat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan," katanya,

Dia berkata demikian selepas petang tadi Muhyiddin mengumumkan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong dan Anggota Parlimen Julau Larry Sng memberikan akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan terhadap kerajaan PN.

Ini sekali gus mengesahkan desas-desus dua anggota parlimen PKR itu meninggalkan parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Dengan sokongan Choong dan Sng, jumlah wakil rakyat pembangkang (PH) di parlimen kini berkurang kepada 89 orang.

Ini tidak termasuk parti Warisan dan Upko mempunyai sembilan wakil rakyat dan Pejuang empat orang tidak menyokong Muhyiddin.

Manakala, dua wakil rakyat dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan dua ahli parlimen Bebas (Mazlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) turut bertindak menolak kerajaan PN.

Bagaimanapun, jumlah sokongan kepada Muhyiddin masih tidak jelas walaupun kerajaan PN berjaya meluluskan Bajet 2021 pada Disember dengan sokongan 111 ahli parlimen.

Ini kerana, tiga anggota Dewan Rakyat Umno masing-masing Ahmad Jazlan Yaakub (Machang), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Nazri Aziz (Padang Rengas) mengumumkan secara rasmi tidak menyokong Muhyiddin.

Difahamkan juga, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) didakwa sebagai 'tidak mesra' terhadap Muhyiddin walaupun masih tidak menyatakan pendiriannya secara rasmi.

Dewan Rakyat kini mempunyai 220 anggota selepas kematian dua ahli parlimen, Liew Vui Keong (Batu Sapi) dan pemimpin Umno Hasbullah Osman (Gerik).

Sementara itu, PKR telah memecat Choong dan Sng serta-merta dalam mesyuarat bulanan majlis pimpinan pusat hari ini.

"Majlis Pimpinan Pusat telah membuat keputusan hari ini untuk memecat Larry Sng, Ketua Cabang Julau, dan Steven Choong, Ketua Cabang Tebrau, sebagai anggota PKR dengan serta-merta.

"PKR juga memohon maaf kepada para pengundi di Julau dan Tebrau di atas sikap dua ahli parlimen yang telah membuat tindakan keluar parti hari ini.

"Majlis Pimpinan Pusat juga telah membincangkan tindakan mahkamah yang telah dan akan diambil terhadap mereka yang telah bertanding di atas tiket PKR tetapi telah mengkhianati mandat rakyat dan keluar parti," kata Saifuddin.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mengecam tindakan dua ahli parlimen PKR sokong Muhyiddin dan juga langkah PKR menerima tiga Adun Amanah dari Johor menyertai parti tersebut.

Sebelum ini, PKR juga telah merekrut dua Adun Amanah dari Selangor.

"Melompat parti adalah sangat tidak diterima bagi mana-mana sistem demokrasi di mana ia mampu tidak stabilkan mana-mana kerajaan, lebih-lebih lagi kerajaan lemah seperti PN.

"Saya telah mengatakan ini berkali-kali dan saya akan mengatakannya sekali lagi. Melompat parti mesti dihentikan dan dilarang.

"Mana-mana kerajaan hari ini yang mencadangkan ini melalui pindaan perlembagaan di parlimen pasti akan mendapat undi saya," katanya.

Berkenaan dengan tindakan Sng dan Choong, Ramkarpal berkata bahawa alasan yang mereka berikan mengenai bantuan dana untuk kawasan mereka sangat melucukan.

"Saya berkata demikian kerana hanya segelintir dalam Pakatan Harapan menjangka menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

"Dengan kata lain, wakil-wakil ini mengharapkan kemungkinan sebenarnya berada di pembangkang setelah PRU ke-14 tanpa dana kerajaan untuk kawasan masing-masing, termasuk saya.

"Tidak pernah timbul isu dana untuk kawasan parlimen itu tetapi lebih kepada tujuan mewujudkan Malaysia yang lebih baik. Malaysia yang bebas dari rasuah, Malaysia yang bebas dari politik perlindungan, Malaysia yang bebas dari kleptokrat, antara lain, ” katanya.

-mKini

Selasa, 8 Disember 2020

Dulu khianat AMANAH kini khianat PPBM, Hasnul tunggu keputusan Bersatu

 


Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, berkata dia sedang menanti parti barunya - Bersatu - memutuskan apa tindakan yang akan diambil ke atasnya selepas dia didakwa mengundi menolak undi percaya ke atas Ahmad Faizal Azumu.

Media sebelum ini melaporkan Bersatu sedang membuat pertimbangan bagi mengambil tindakan ke atas Hasnul Zulkarnain termasuk memecatnya.

Untuk rekod Hasnul Zulkarnain merupakan bekas ketua Pemuda Amanah yang meninggalkan partinya untuk menjadi Adun bebas menjelang kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Perak.

Dia kemudian menyertai Bersatu. Ahmad Faizal pula merupakan timbalan presiden parti berkenaan yang berdepan undi percaya dibawa Adun Umno di DUN Perak pada 4 Dis lalu.X

Ahmad Faizal terpaksa berundur dari jawatan menteri besar Perak selepas hanya mendapat keyakinan 10 daripada 59 Adun Perak, berbanding 48 undi yang menolaknya. Seorang Adun berkecuali atau membuat undi rosak.

Selain itu Hasnul Zulkarnain juga dikaitkan dengan perakuan bersumpah (SD) Adun Perak yang menyokong pengerusi Umno negeri itu Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar baru.

The Malaysian Insight melaporkan Biro Politik Bersatu pada Jumaat lalu membincangkan kedudukan Hasnul Zulkarnain ekoran perkembangan di DUN Perak.

“Kami mengenal pasti Hasnul sebagai wakil rakyat yang tidak menyokong MB (menteri besar) semasa usul percaya.

"Beberapa pihak dalam parti berpendapat beliau wajar dipecat kerana sudah beralih sokongan,” lapor portal itu yang memetik sumber kanan Bersatu.

Dihubungi Malaysiakini hari ini Hasnul Zulkarnain berkata dia baru saja mendapat tahu mengenai hal berkenaan namun enggan memberikan sebarang ulasan.

"Saya pun baru dapat berita (mengenai pendirian Bersatu).

"Tak apalah, tunggu keputusan Bersatu. Saya pun tak nak komen," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan semua 25 Adun Umno dan seorang dari Bersatu menyatakan sokongan mereka kepada Saarani melalui SD agar Adun Kota Tampan itu dilantik menjadi menteri besar baru Perak.

Untuk menguasai sokongan di DUN Perak, seseorang calon perlu mendapat sekurang-kurangnya 30 undi daripada wakil rakyat yang ada.

Majlis Tertinggi Umno malam tadi memutuskan untuk mempertahankan kerajaan PN di Perak yang membabitkan PAS dan Bersatu.

-mindarakyat

Selasa, 8 September 2020

BILA LAGI BERSATU NAK PECAT OSMAN SAPIAN? ADAKAH MUHYIDDIN TAKUT?

Bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian hadir dalam satu majlis anjuran Pejuang malam tadi, tiga hari selepas Lembaga Disiplin Bersatu berkata Adun Kempas itu masih menjadi anggota parti tersebut.

Abu Bakar Yahya, Setiausaha Politik Tun Mahathir Mohamad malam tadi memuat naik gambar dan video kehadiran Osman dalam majlis meraikan jentera Pejuang daripada Johor yang berkempen dalam PRK Slim baru-baru ini.

Gambar-gambar itu memaparkan Osman berucap, bergambar dan makan malam bersama pendukung Pejuang dan turut melaungkan “Hidup Pejuang!”.

Dalam pada itu, ketika bercakap kepada sebuah portal berita sama ada beliau sudah meninggalkan Bersatu dan menyertai Pejuang, Osman hanya menjawab: “Belum lagi”.

Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Megat Najmuddin Megat Khas enggan mengulas perkara itu dan berkata, pihaknya hanya dapat bertindak jika terdapat aduan rasmi dibuat dan bukti dikemukakan.

Pendirian Osman amat penting bagi menentukan kestabilan kerajaan Johor yang Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai kelebihan dua kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu 29-27.

Jika Osman dipecat daripada Bersatu dan kemudian mengalihkan sokongannya kepada pembangkang, kedudukanDUN Johor akan jadi tergantung atau dalam kedudukan 28-28.


PN sebelum ini mengambil alih kerajaan negeri dengan memiliki 29 kerusi berbanding 27 di pihak Pakatan Harapan (PH).

Osman sebelum ini juga hadir dalam kempen Pejuang dalam PRK Slim tetapi menjelaskan kunjungan itu hanya untuk menjenguk kawan-kawan.

Beliau malah didapati berkempen untuk calon Pejuang dalam PRK Slim itu.

Laporan awal ketika itu memetik Megat Najmuddin sebagai berkata keahlian Osman telah gugur dengan sendirinya berikutan kehadirannya dalam program Pejuang yang merupakan blok pembangkang dalam negara ini.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, perkara itu seolah-olah ditarik balik dengan Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin mengatakan, siasatan akan dijalankan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil terhadap Osman.

Soalnya, sudahkah siasatan dijalankan terhadap Osman?

Kenapa lambat sangat?

Mengapa memecat pemimpin Bersatu yang lain begitu cepat dan pantas, bahkan tanpa siasatan dan tanpa dipanggil membela diri?

Kenapa pula siasatan lanjut mahu dijalankan terhadap Osman?

Bukankah kehadirannya dalam majlis Pejuang, malah berkempen dalam PRK Slim sudah terang lagi nyata?
Sementara itu, kehadiran Osman buat kali kedua dalam program Pejuang malam semalam jelas merupakan cabaran buat Bersatu agar berani mengambil tindakan atau memecatnya.

Beranikah Muhyiddin Yassin mengambil tindakan memecat Osman atau Muhyiddin lebih takut kerajaan negeri Johor tumbang akibat daripadanya?

Dalam pada itu, maklumat dari Johor menyebut, jika Osman dipecat, ada tiga hingga lima Adun Bersatu akan turut mengikut jejak langkahnya.

Apakah dalam hal ini, bekas Menteri Besar Johor itu bebas berbuat apa saja, termasuk terus hadir lagi dalam program-program Pejuang selepas ini? (Shahbudindotcom 07/09/2020)

Khamis, 13 Ogos 2020

Pulau Pinang akan kemuka usul keluarkan Adun lompat parti

Chow Kon Yeow menunjukkan salinan Artikel 14 (A) Perlembagaan Pulau Pinang ketika sidang media di Komtar hari ini. 

 GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan mengemukakan usul pada Oktober untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selepasmereka melompat ke parti lain.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, negeri itu mempunyai hak untukmengisytiharkan kerusi Adun berkenaan kosong tanpa usul, namun memilih pendekatan lebih “demokratik”.

 Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan yang mencabar Pulau Pinang mengambil tindakan terhadap Adun di negeri itu melompat parti.

Takiyuddin berkata demikian pada Isnin sebagai respon terhadap gesaan pihak pembangkang untuk mewujudkan undang-undang Anti Lompat Parti.

“Oleh kerana Takiyuddin menggesa Pulau Pinang mengambil tindakan tegas bagi menghalang lompat parti, itu adalah cabaran yang perlu kita ambil dengan senang hati,” kata Chow dalam sidang media di Komtar hari ini.

Mengikut Perlembagaan Pulau Pinang, jika Adun berhenti menjadi ahli parti politik atas tiket yang dimenanginya pada pilihan raya, dia akan segera mengosongkan kerusi itu dan pilihan raya akan diadakan segera memilih Adun baru.

Berikutan penyusunan semula politik di peringkat Persekutuan, Adun Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (PPBM) dan Zolkifly Md Lazim (PPBM), Dr Afif Bahardin (bekas PKR, kini PPBM) dan Zulkifli Ibrahim (bekas PKR, kini PPBM) beralih kepada Perikatan Nasional (PN) Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada DAP dan PKR, memiliki 33 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pembangkang mempunyai 4 ahli PPBM, 2 ahli Umno dan seorang ahli PAS. Chow berkata, walaupun ada undang-undang yang menganggap pemecatan Adun Pulau Pinang sebagai tidak berperlembagaan, sudah tiba masanya mahkamah menelitinya semula.

“Hakikatnya, Adun ini tidak mengosongkan kerusi mereka; mereka telah melakukan 1 tindakan yang tidak berperlembagaan,” katanya

Katanya, tindakan mereka sama seperti mengkhianati kepercayaan orang ramai, yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PH di peringkat Persekutuan.

 “Anda bebas memilih parti yang anda suka, tetapi jangan ambil kerusi anda bersama. Itu adalah pengkhianatan terhadap kepercayaan pengundi.

Anda tidak ada kebebasan untuk memilih parti baru selepas anda dilantik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Chow berkata projek asrama bagi pekerja asing di Juru, yang diberikan oleh Penang Development Corporation, dibatalkan selepas mendapat bantahan orang ramai.-FMT