"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Jenayah Siber. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah Siber. Papar semua catatan

Jumaat, 12 April 2024

Peniaga sayur warga emas rugi hampir RM1 juta angkara 'phone scam'

 GAMBAR hiasan

GAMBAR hiasan

Kuantan: Seorang peniaga sayur di Cameron Highlands kerugian RM958,088 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau phone scam yang menyamar sebagai pegawai bank di Dubai, tahun lalu.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa lelaki berusia 69 tahun itu mendakwa menerima panggilan melalui aplikasi Facebook daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai bank pada 30 Mac tahun lalu.

Beliau berkata, suspek didakwa memberi tawaran kepada mangsa untuk mengaku sebagai saudara kepada individu yang mendeposit sebanyak US$26,700,000 yang meninggal dunia dan mangsa dijanjikan sebanyak 50 peratus daripada tuntutan itu sekiranya bersetuju dengan tawaran tersebut.

"Kemudian suspek menyambungkan talian kepada seorang peguam yang menguruskan segala transaksi berhubung bayaran yang dikenakan kepada mangsa seperti cukai, levi, bayaran anti pengubahan wang haram dan sebagainya.

"Susulan itu, mangsa akhirnya melakukan 70 kali transaksi ke dalam 26 akaun bank berbeza mulai 9 Mei 2023 hingga 11 Mac lalu namun tidak mendapat sebarang bayaran yang dijanjikan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa membuat laporan polis semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati sumber kewangan mangsa adalah daripada duit simpanan sendiri.

Justeru Yahaya menasihatkan orang ramai segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi berkaitan apabila menerima panggilan meragukan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

-myMetro 

Sabtu, 26 Disember 2020

Cemas dituduh gubah wang haram, pesara guru rugi RM2j ditipu Macau Scam

 

Ainee Abd Ghani

SEREMBAN: Cemas apabila dikatakan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram, pesara guru berusia 66 tahun terpaksa menangung kerugian hampir RM2 juta ditipu Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd Ghani berkata, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Lukut, Port Dickson semalam setelah sedar tertipu dan melakukan kira-kira 103 transaksi ke lapan buah akaun milik pelbagai individu.

Malah, menurutnya, mangsa turut menyerahkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Rakyat yang merupakan akaun bersama anaknya kepada ahli sindiket Macau Scam berkenaan iaitu seorang lelaki yang datang ke rumah mangsa menaiki sebuah kereta yang diparkir jauh dari rumahnya.

“Mangsa itu kerugian kira-kira RM 1.8 juta, ahli sindiket turut membuat 45 kali pengeluaran secara tunai menggunakan kad ATM yang diserahkan itu dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM80,000.

“Mangsa mula menerima panggilan telefon pada 28 Oktober lalu daripada seorang lelaki tidak dikenali dengan nombor telefon 017-2605149 memperkenalkan diri sebagai Sarjan Albert Lai daripada IPK Pahang dan dimaklumkan terlibat dengan penipuan dan pengubahan wang haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aibee berkata, pada 31 Oktober lalu, mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya Inspektor Yong dari Bukit Aman yang meminta butiran maklumat akaun simpanan yang dimiliki mangsa.

Menurutnya, individu tersebut juga mengarahkan mangsa mengeluarkan kesemua wang di deposit tetap ke dalam akaun simpanannya dengan tujuan untuk siasatan pihak polis.

“Mangsa juga diminta merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan ahli keluarga untuk menjamin keselamatan anak-anak. Mangsa yang percaya dengan penipuan berkenaan telah mengikut semua arahan yang diberikan termasuk menyerahkan sekeping kad ATM akaun bersama dengan anaknya,” katanya.

Aibee berkata, dalam tempoh berurusan bermula 6 November hingga 26 November, mangsa telah membuat 103 transaksi ke dalam lapan akaun milik pelbagai akaun.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut sebanyak 38 transaksi berjumlah  RM793,949.63 ke dalam akaun Muhammad Ariff Palili satu transaksi berjumlah RM30,000 atas nama Mohd. Syahid Saen, 25 transaksi berjumlah RM560,766.41 ke atas nama Oh Chiew Mei dan satu transaksi berjumlah RM25,000 ke atas nama Muhamad Hanif.

“Diikuti satu transaksi berjumlah RM24,998.89 ke atas nama Bong, 28 transaksi berjumlah RM210,000 ke atas nama Chew Ah Yap, satu transaksi berjumlah RM50,000 ke atas nama Mohd. Hafiz dan lapan transaksi berjumlah  RM49,999.90 atas nama Siti Faizatul Husna Azman,” katanya.

Tambahnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -UTUSAN ONLINE

Rabu, 28 Oktober 2020

Lompat pagar SPRM: Alvin Goh cerita mengapa dia larikan diri

 


KUALA LUMPUR:
 Alvin Goh, suspek sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang melarikan diri dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, menafikan sebarang penglibatan dalam kegiatan jenayah seperti yang disyaki terhadapnya.

Penafian itu dibuat Alvin, atau Goh Leong Yeong, menerusi satu video berdurasi 8 minit 39 saat yang dipercayai dimuat naik rakannya sebelum ia ditularkan di media sosial.
 

Video itu muncul selepas penahanan Alvin oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah apartmen di Pahang, pada Selasa.

Terdapat beberapa perkara yang dijelaskan Alvin dalam video berkenaan, termasuk mengapa dia melarikan diri melalui pintu belakang bangunan SPRM.

“Saya tidak pernah diberi gelaran Datuk Seri, namun saya mempunyai syarikat telekomunikasi dan peralatan teknologi di sebuah pusat beli-belah Bukit Bintang.

"Namun, tidak pernah terlibat dengan sindiket Macau Scam atau perjudian dalam talian," katanya.

Tambahnya, dia telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM semasa siasatan berlangsung.

"Namun, ketika dibebaskan pada 11 Oktober lepas, saya mendapat tahu polis juga akan menahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.

“Saya tahu apabila dituduh di bawah akta itu, ia satu perkara yang serius.

"Selepas 10 hari direman di SPRM, saya letih dan tidak dapat berfikir dengan baik. Selepas saya dilepaskan, saya keluar melalui pintu belakang bangunan SPRM, dan beberapa hari selepas itu baru saya tahu melalui media yang saya diburu,” jelas Alvin.

Katanya, apabila video itu ditonton, dia telah pun menyerahkan diri kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

-mindarakyat

Ps: Macam2 akal utk lepaskan diri ye

Selasa, 6 Oktober 2020

Scammer Macau Scam akhirnya kantoi selepas pamer kemewahan di media sosial

Jika anda pernah mendapat call yang kononnya dari pihak berkuasa, memberitahu bahawa anda disaman ribu-ribu, puluh ribu atau ratus ribu. Itulah dia Macau Scam.

Sindiket ini diberi nama Macau Scam kerana modus operandi ini pernah popular di negara tersebut dan kini dilakukan di Malaysia.

Kebanyakan yang ditipu adalah orang kampung, orang pencen, warga emas, ibu bapa kita, tidak terlepas juga mereka yang berpendidikan.

Kumpulan ini pula tidak malu dan tidak takut menunjukkan kemewahan di media sosial.

Walaupun wajah mereka seperti orang Melayu Muslim namun ia tidak menghalang mereka dari menunjukkan kehidupan gaya ala kafir barat dengan berparti, berpakaian seolah mahu terkeluar payu dara mereka, dilengkapi dengan pelbagai jenis dadah dan arak untuk dinikmati ketika berseronok.

Menurut seorang netizen yang menggunakan nama iesya_toh, scammer ini dilindungi oleh beberapa orang pegawai polis yang menjadikan mereka semakin berani dengan kegiatan menipu wang orang ramai.

Menurut iesya_toh lagi, scammer ini juga cuba 'menghalalkan' wang mereka dengan melabur di dalam perniagaan yang majoritinya adalah dikendalikan oleh artis-artis Malaysia.

Kebanyakan artis-artis tersebut tahu dari mana datang hasil kekayaan scammer ini namun sebahagiannya menutup sebelah mata, kata iesya_toh lagi. Sejauh mana kebenarannya tidak diketahui.

Mangsa atau rakan kongsi scammer terbaru seperti yang dilaporkan oleh media adalah Shuib Sepahtu yang telah dipanggil oleh SPRM untuk disoal siasat.

iesya_toh mendedahkan scammer ini telah membuka sebanyak lima outlet perniagaan yang dimiliki oleh Shuib Sepahtu.

Tetapi kini lima orang scammer Macau Scam telah berjaya diberkas dan didakwa di mahkamah.

Diharap pihak berkuasa dapat menangkap dan menghukum saki baki scammer yang masih bebas jika ada.

Selepas ini kita mungkin akan merindui call dari scammer-scammer ini minta duit dari kita. – Cinca


Rabu, 30 September 2020

Love Scam:Kerani lebur RM65,700 ditipu jejaka dari London

Kepala Batas: Terpengaruh dengan kata-kata manis jejaka berasal dari London menyebabkan seorang kerani bank kerugian RM65,700 bagi mendapatkan parcel yang kononnya mengandungi wang tunai dan barangan berharga. 

 Mangsa, ibu tunggal berusia 46 tahun berkenalan dengan lelaki itu pada 18 Ogos lalu melalui Facebook. 

 Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, selepas lebih sebulan berkenalan lelaki terbabit memaklumkan mahu menghantar bungkusan yang mengandungi wang tunai dan pelbagai barangan berharga. 

 "Selepas itu, mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar wakil syarikat penghantaran memintanya membuat bayaran bagi melepaskan bungkusan itu. 

 "Mangsa yang tidak mengesyaki taktik penipuan itu terus membuat pembayaran dari 24 (Khamis lalu) hingga 29 September (semalam) ke dalam akaun bank yang diberikan.

 "Malangnya selepas membuat bayaran berperingkat selama enam hari berjumlah RM65,700 menggunakan wang simpanannya, dia diminta membuat lagi bayaran tambahan sebelum menyedari dia sudah ditipu," katanya, hari ini. 

 Katanya, mangsa membuat laporan polis semalam bagi meminta polis menyiasat kes berkenaan.

 Noorzainy berkata, polis mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah jatuh cinta atau termakan kata-kata manis daripada individu yang baru dikenali melalui laman sosial seperti Facebook, Instagram, Telegram dan Wechat. 

 "Kes seperti ini bukan kali pertama dilaporkan bahkan sudah berkali-kali terjadi namun masih lagi terdapat mangsa yang ditipu walaupun sudah diingatkan," katanya. 

 Dalam perkembangan lain, seorang pesara berusia 54 tahun dan suri rumah berusia 28 tahun masing-masing kerugian RM4,000 dan RM3,000 kerana terjerat dengan sindiket pelaburan atas talian serta Macau Scam. 

 Noorzainy berkata mereka berdua juga datang membuat laporan polis semalam selepas menyedari diri mereka ditipu sindiket penipuan alam maya berkenaan. 

 Ketiga-tiga kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -myMetro