"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Tan Sri Muhyiddin Yassin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tan Sri Muhyiddin Yassin. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Februari 2024

Kes Nik Elin: Perbezaan Reaksi Ts Muhyiddin Yassin 🆚 Anwar Ibrahim

 Kes Nik Elin: Perbezaan Reaksi Ts Muhyiddin Yassin 🆚 Anwar Ibrahim 

1. Bayangkan anda perlu membuat pilihan antara dua pemimpin ini, siapa yang lebih layak dan sebenarnya concern serta betul-betul memperjuangkan nasib umat Islam di Malaysia. 

2. Kita nilai berdasarkan reaksi mereka:-

A. Anwar daripada ucapan dan tulisan saya dapati lebih bersifat defensive, dia tuduh PN bersalah sebab kes Nik Elin bermula pada zaman PN, dan dia bela kabinet dia, kerana itu hak Nik Elin dan kuasa mahkamah. Jika anda baca kenyataan Anwar, seolah-olah kerajaan tidak ada kuasa lansung dalam hal ini. 

B. TSMY pula menggesa kerajaan melakukan pindaan yang sesuai supaya pindaan dibuat dalam perlembagaan persekutuan supaya kedudukan undang-undang Islam adalah terjamin . 

C. Anwar menafikan kesan kes ini kepada mahkamah syariah, saya pening sebenarnya dengan ulasan Anwar yang saya dapat dari ucapan beliau sendiri dan yang di-quote oleh Tun Carlos . 

D. Sebaliknya TSMY lebih praktikal, kerana kes Nik Elin yang mencabar undang-undang syariah Kelantan boleh menjadi precedent bagi pendakwaan terhadap enakmen syariah bagi negeri-negeri lain kelak. Dan Nauzubillah mendapat nasib yang sama. 

E. Anwar melepaskan kepada Sultan Selangor manakala TSMY mahu parlimen dan kerajaan mengambil tindakan. 

3. Agak ketara perbezaan response antara dua pemimpin ini. Sudah tentu saya tak suka kaedah Anwar yang keep being defensive, politikkan isu tapi tuduh PN yang politikkan. 

4. Kesilapan Anwar kali ini akan memakan dirinya sendiri. Tq

#doccabukje

Khamis, 29 Julai 2021

Laporan: Umno kekal pendirian tarik sokongan terhadap Muhyiddin

 


Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pendirian parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin kekal walaupun Proklamasi Darurat tidak disambung selepas 1 Ogos ini, kata laporan.

Ahmad Zahid dipetik Utusan Online berkata pendirian tersebut tidak berubah sehingga kini.

Menurutnya lagi, Umno masih belum memutuskan mengenai tindakan kerajaan PN yang didakwa tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung penamatan Proklamasi Darurat.

“Walaupun parti membuat keputusan bahawa menteri dan timbalan menteri daripada Umno akan meletak jawatan jika Proklamasi Darurat diteruskan namun parti belum membuat keputusan selanjutnya ekoran perkembangan terbaru ini.

“Kita belum berbincang terhadap pendirian terbaru kerana keputusan parti adalah keputusan kolektif.

"Sekarang kita belum mengadakan mesyuarat MT yang bakal dilakukan secara dalam talian pada masa terdekat,” katanya.

Jelasnya, mesyuarat MT akan diadakan dalam masa terdekat berikutan sekarang ahli parlimen Umno sedang menyertai Sidang Khas Parlimen.

Zahid pada 25 Julai lalu memaklumkan Umno memutuskan semua menterinya, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu melepaskan jawatan mereka sekiranya ordinan darurat terus berkuatkuasa selepas 1 Ogos.

Semalam, ahli parlimen Bagan Datuk itu mengulas tindakan tiba-tiba kerajaan PN mengumumkan ordinan darurat dibatalkan pada 21 Julai lalu iaitu sebelum Dewan Rakyat bersidang.

"Bermaksud dalam tempoh beberapa hari lalu aspek perundangan negara dalam kedudukan cacamarba," katanya.

Setakat ini pembatalan berkenaan belum diwartakan di Warta Persekutuan seperti kebiasaannya.

Untuk rekod, tempoh darurat yang bermula pada 11 Jan lalu akan berakhir pada Ahad, 1 Ogos.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan sebelum ini juga berpandangan, pembatalan tersebut dibuat secara tidak berperlembagaan.

Pengumuman Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan pada 26 Julai lalu bahawa ordinan darurat telah dibatalkan mengejutkan Dewan Rakyat.

Takiyuddin juga berkata lantaran itu, "isu pembatalan (peraturan-peraturan ordinan darurat) tidak lagi relevan."

Berikut adalah ordinan-ordinan darurat yang diwartakan tahun ini:

  • Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021
  • Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (pindaan) 2021
  • Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja)(pindaan) 2021
  • Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 [Berhubung berita palsu]
  • Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Pindaan) 2021 [Berhubung kuasa untuk menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui legislatif]
  • Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (pindaan) 2021

Rabu, 14 Julai 2021

Nazri yakin perjanjian CSA Muhyiddin, DAP sudah wujud


SHAH ALAM - Seorang lagi ahli Parlimen UMNO melahirkan keyakinan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah mewujudkan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) dengan DAP sebelum UMNO memutuskan untuk keluar kerajaan, minggu lalu.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, keyakinan itu berdasarkan komitmen Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjanjikan peruntukan bakul makanan bernilai RM300,000 kepada setiap ahli Parlimen termasuk pembangkang baru-baru ini.

Katanya, secara lazim, amalan politik di Malaysia menyaksikan kerajaan memerintah tidak menyalurkan sebarang peruntukan tahunan kepada ahli Parlimen blok pembangkang yang dipercayai bernilai lebih RM3 juta.

"Sama ada wujud perjanjian CSA antara Muhyiddin dan DAP, saya tidak dapat sahkan.

"Lazimnya, sistem politik negara kita mengamalkan kaedah kerajaan tidak menyalurkan sebarang peruntukan tahunan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang.

"Namun dengan komitmen terbaru program bantuan bakul makanan untuk membantu rakyat terkesan krisis Covid-19, saya percaya perjanjian CSA mungkin sudah diwujudkan Muhyiddin bersama DAP sahaja atau keseluruhan pihak pembangkang," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menjangkakan kerajaan PN dipimpin Muhyiddin bakal menerima sokongan tidak dijangka daripada DAP pada saat memerlukan.

Jangkaan Tajuddin itu berasaskan langkah alternatif mungkin diambil kerajaan PN dan DAP sekiranya UMNO berterusan mendesak Muhyiddin untuk meletak jawatan dalam masa terdekat.

Pandangan Tajuddin turut diakui seorang sumber ahli Parlimen UMNO yang mendakwa satu satu perjanjian CSA sedang dirundingkan di antara kerajaan PN dan DAP ketika ini.

Untuk rekod, perjanjian CSA ini merupakan satu usaha bagi mengelakkan parlimen tergantung, dengan parti pembangkang akan bersetuju tidak akan menentang kerajaan minoriti tipis melalui undi percaya, mahupun undi bajet, namun mempunyai hak menentang peraturan atau undang-undang lain.

Perjanjian ini biasa dilakukan oleh negara-negara Komanwel dengan kerajaan Britain selepas pilihan raya umum 2017 turut memeterainya.

Hal itu berlaku selepas Perdana Menteri Britain ketika itu, Theresa May daripada Parti Konservatif yang telah kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen, bersetuju untuk membuat perjanjian CSA dengan Parti Kesatuan Demokraktik.

Mohamed Nazri menambah, perjanjian CSA yang mungkin dipersetujui kerajaan PN bersama DAP, tidak semestinya berbentuk sokongan secara kepartian.

Sebaliknya, beliau menegaskan Muhyiddin boleh memeterai perjanjian itu dengan pemimpin-pemimpin DAP atau parti pembangkang lain termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara persendirian.

"Paling penting, perjanjian CSA berkenaan membolehkan kerajaan PN akan terus bertahan meskipun berstatus minoriti kelak.

"Lagipun, parti-parti pembangkang seperti DAP sudah pasti menyedari sekarang bukan masa terbaik untuk mereka bertindak menukar kerajaan kerana tindakan itu akan mengundang kemarahan rakyat pada saat mereka susah dan menderita akibat Covid-19," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan parti itu akan menyokong Muhyiddin dalam usul undi percaya kepimpinan Perdana Menteri sebagaimana didakwa Tajuddin.

Memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT), Guan Eng turut menegaskan DAP dan keseluruhan blok pembangkang sebaliknya akan terus mendesak Muhyiddin meletak jawatan susulan kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen, susulan keputusan UMNO menarik balik sokongannya serta-merta.

"Dakwaan Tajuddin adalah satu 'penipuan'. Saya minta beliau tunjukkan bukti kerjasama CSA dengan Muhyiddin seperti didakwa.

"Penipuan ini tercetus kerana pertelingkahan dalaman UMNO. Khabar angin ini dicetuskan oleh pihak dalam UMNO yang menyokong Muhyiddin," katanya.

-SH Online

Rabu, 30 Jun 2021

Terkini: Muhyiddin dimasukkan ke hospital kerana diarea

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimasukkan ke hospital di ibu negara pagi ini bagi menerima rawatan dan pemantauan selepas mengalami diarea sejak semalam.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan sebentar tadi.

"Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri mengalami diarea sejak semalam.

"Sehubungan itu, beliau didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan," katanya kenyataan itu.

-BH Online

Sabtu, 19 Jun 2021

Muhyiddin Atau Mahiaddin, Apa Ada Pada Nama?

 

Sejak Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan pekeliling menjelaskan format nama Muhyiddin Yassin, sebahagian musuh politiknya mengambil jalan mengutuk dan menghina namanya dengan menggunakan nama “Mahiaddin”, yang merupakan ejaan nama beliau dalam surat beranak.

Ini boleh mengalihkan perhatian daripada isu-isu yang lebih serius, tetapi hakikatnya, ia hanya menunjukkan kejahilan terhadap sebuah realiti kehidupan di Malaysia.

Seperti bahasa bukan Barat lain yang mengalami tranformasi ejaan kepada huruf rumi selepas penjajahan, bahasa Melayu juga terkesan dengan masalah penyelarasan bagi menunjukkan cara sebutan yang sebenar, lebih-lebih lagi perkataan dan nama asing.

Bahasa Arab kekal ditulis dalam huruf dan tulisan Arab, kerana itu dunia Arab tidak ada masalah dengan gelombang perumian sebutannya.

Namun, lain pula dengan bahasa yang meminjam sejumlah besar istilah Arab ke dalam kosa katanya.

Bahkan Bahasa Inggeris juga memiliki kesukaran dalam transliterasi istilah Arab, iaitu masalah yang menjadi semakin jelas ketika hasil karya Arab dan Islam diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris.

Hanya beberapa dekad lalu, terdapat usaha lebih serius di Amerika Syarikat untuk menyelaraskan format huruf rumi dalam menterjemah istilah-istilah Arab, seiring dengan peningkatan populasi Islam di Barat yang menganggap bahasa Inggeris seperti bahasa ibunda kerana ramai yang lahir di negara itu.

Di Malaysia pula, usaha-usaha serupa turut dilaksanakan melalui institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka yang dianggap sebagai autoriti bagi bahasa kebangsaan.

Sejak itu, masalah penyelarasan ejaan termasuk untuk istilah-istilah Arab, yang mempunyai pengaruh besar dalam Bahasa Malaysia, dapat dikurangkan.

Bagaimanapun, beberapa kata nama khas Arab yang biasa digunakan umat Islam untuk menamakan anak mereka masih mempunyai masalah keseragaman ejaan rumi.

Bahkan, nama tokoh utama Islam, Nabi Muhammad, turut digunakan dalam pelbagai format dalam dunia Islam: Mehmet dan Muhammet di Turki, Mohamad di Indonesia dan Malaysia, Mohammed di benua kecil India, sebagai contoh.

Jelas sekali lidah bukan Arab menjadi punca kepada perbezaan dan kepelbagaian ejaan tersebut.

Namun, ketika perbezaan seperti itu boleh diterima, ada juga kata nama lain, seperti dalam kes “Mahiaddin”, di mana ejaannya tidak langsung mencerminkan cara sebutan yang betul.

Sesiapa yang memiliki asas bahasa Arab akan mengetahui bahawa ejaan “Mahiaddin” sebenarnya merujuk kepada perkataan “Muhyiddin”, hal ini berlaku adalah kerana kurangnya penyelarasan garis panduan dalam transliterasi ejaan kepada huruf-huruf rumi.

Muhyiddin adalah kombinasi perkataan “Muhyi” (yang menghidupkan) dan “Din” (agama), dan ejaan ini tepat mencerminkan sebutan perkataan itu.

Sebaliknya, “Mahiaddin” tidak memiliki makna.

Maka bukanlah satu hal yang pelik bagi sesiapa yang terbeban dengan kesilapan ejaan seperti itu untuk membetulkannya, lagi-lagi pula bagi seseorang yang perlu melawat seluruh dunia dan namanya dipetik meluas di media.

Inilah konteks yang harus difahami dalam penjelasan mengenai nama Muhyiddin itu.

Adalah satu hal yang remeh, bahkan kebudak-budakan setaraf murid sekolah rendah, apabila seseorang cuba menggunakan modal ini dalam mempersoalkan perdana menteri dalam isu nyawa dan kematian berhubung krisis Covid-19.

Ia bukan isu cuba menyorokkan identiti sesiapa, jauh sekali untuk kerana kononnya mahu guna “nama glamor”.

Mereka yang berkata ia adalah “nama glamor” hanya menunjukkan betapa cetek pengetahuan mereka tentang budaya Melayu Islam kontemporari.
Nama “Muhyiddin” adalah antara nama yang paling kurang “glamor” di kalangan orang Melayu, tidak seperti nama-nama Parsi atau Turki yang digemari ibu bapa muda di negara ini untuk menamakan anak mereka, berbanding nama yang mudah dan sederhana satu masa dulu.

Seseorang itu tidak rugi kalau memanggil orang lain dengan nama yang dia mahukan.

Ia merupakan sekecil-kecil sifat sivil yang boleh kita tonjolkan.

Malangnya, hari ini, ada ahli politik yang menggunakan “Mahiaddin” dalam kenyataan-kenyataan mereka di media sosial.

Dengan tindakan itu, bukan sahaja menunjukkan kejahilan mereka tentang bahasa dan sejarah, bahkan membuktikan mereka berada dalam kategori mereka yang “berminda rendah” kerana hanya pandai membicarakan tentang orang, bukannya idea dan isu.


Abdar Rahman Koya 
CEO dan Editor MalaysiaNow

Selasa, 1 Jun 2021

Moratorium: Kelulusan automatik bagi permohonan peminjam terjejas semua peringkat termasuk B40


Moratorium: Kelulusan automatik bagi permohonan peminjam terjejas semua peringkat termasuk B40
Tengku Zafrul berkata, berkata golongan yang terjejas termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan membabitkan kumpulan B40, M40 dan T20. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kelulusan secara automatik bagi permohonan moratorium serta pengurangan pembayaran balik ansuran pinjaman sebanyak 50 peratus akan diberi oleh bank kepada golongan yang terjejas dengan pelaksanaan 'total lockdown' atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata golongan yang terjejas termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan membabitkan kumpulan B40, M40 dan T20 selain penerima Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Turut layak memohon adalah usahawan perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi berikutan PKP 3.0.
Beliau berkata, peminjam yang terjejas boleh memilih pakej bantuan sama ada moratorium selama tiga bulan atau pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan dengan menghubungi bank masing-masing.
Tengku Zafrul berkata, peminjam kumpulan M40 dan T20 yang berdepan pengurangan pendapatan juga boleh memohon untuk mengurangkan bayaran ansuran pinjaman mereka.
"Peminjam yang terjejas boleh menghubungi bank mereka untuk memilih apa (bantuan) yang mereka mahukan dan kelulusan akan diberikan secara automatik.
"Saya ingin menekankan bahawa bantuan bukan saja dalam bentuk moratorium saja, institusi perbankan juga telah menyediakan pakej khusus untuk peminjam yang terjejas. Institusi perbankan komited untuk memproses pakej ini dengan cara mudah dan berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya di sini, hari ini, ketika mengulas lanjut mengenai pemberian moratorium dan bantuan bayaran balik pinjaman.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi, mengumumkan semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas kerana kehilangan pekerjaan, selain perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP 3.0 diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh enam bulan.
Ia adalah sebahagian daripada Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) bernilai RM40 bilion.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, moratorium dan bantuan bayaran balik pinjaman kepada peminjam terjejas itu adalah hasil perbincangan membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan pihak bank.-AstroAwani

Isnin, 31 Mei 2021

Menteri, timbalan menteri tak ambil gaji 3 bulan


 Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan semua menteri dan timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun ini.

Dia berkata demikian ketika mengumumkan pakej bantuan Pemerkasa Plus bernilai RM40 billion yang disiarkan di kaca televisyen malam ini.

Saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan menteri dan timbalan menteri dengan tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun 2021.

“Gaji yang tidak diambil ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19,” katanya.

Pada Mac tahun lepas, kira-kira seminggu selepas pelaksanaan PKP1.0, langkah sama turut diambil dengan pemotongan dua bulan gaji perdana menteri, menteri dan timbalan menteri untuk disumbangkan kepada Tabung Covid-19.

Negara kini berada di bawah PKP3.0 yang bermula sejak 12 Mei lalu, kecuali di Sarawak (sejak 29 Mei), yang lebih longgar berbanding PKP1.0.

Bagaimanapun, dengan lonjakan kes yang semakin tinggi, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) di seluruh negara selama 14 hari bermula tengah malam ini hingga 14 Jun - kecuali Sarawak yang tidak melaksanakannya.

Dalam sekatan pergerakan penuh, semua sektor sosial dan ekonomi ditutup kecuali sektor-sektor yang dikategorikan sebagai sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu.

Pemerkasa Plus yang diumumkan Muhyiddin melibatkan nilai bantuan keseluruhan RM40 bilion, termasuk suntikan fiskal RM5 bilion.

Antara bantuan yang diumumkan ialah moratorium pinjaman untuk golongan B40, selain kepada mereka yang kehilangan pekerjaan atau peniaga kecil yang tidak dapat beroperasi dalam tempoh berkenaan.

Penerima Bantuan Prihatin Rakyat juga menikmati bantuan tambahan.-mKini 

Bantuan PKP 3.0 : Bayaran BPR Tambahan RM100-500 Untuk KIR & Bujang

 


Melalui Pakej Bantuan 3.0 yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi, telah diumumkan beberapa bantuan untuk membantu kelangsungan hidup rakyat dalam pelaksanaan PKP Penuh mulai 1 Jun 2021.

Antara yang diumumkan adalah bantuan tambahan BPR 2021 kepada penerima sedia ada.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Bantuan Tambahan BPR 2021 seperti di bawah:

Kadar Tambahan BPR 2021

Kerajaan mengumumkan pakej stimulus PEMERKASA PLUS bernilai RM40 bilion bagi rangsang ekonomi & bantu rakyat hadapi PKP 3.0.

RM2.1 bilion diperuntuk bagi tambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

  • Tambahan RM500 : Isi rumah bawah RM2500
  • Tambahan RM300 : Isi Rumah Bawah RM5000
  • Tambahan RM100 : Bujang

Bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun 2021 ini.

Rabu, 5 Mei 2021

2 Kali Muhyiddin Sailang Arahan Hamzah Kepada Cawangan Khas?

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Harian, kali pertama Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin campur tangan ialah meminta supaya arahan dari Menteri Dalam Negeri supaya Cawangan Khas menjalankan satu operasi yang tiada kena-mengena dengan urusan keselamatan negara diabaikan..

“PDRM bernasib baik kerana Perdana Menteri memahami situasi yang kami hadapi dan mengarahkan supaya Cawangan Khas meneruskan tugas sepertimana biasa dan mengabaikan arahan berkenaan,” Kata Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Apa pun saya nak halang perancangan menguasai Cawangan Khas untuk digunakan bagi kepentingan politik, (sebab) itulah saya dedahkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Abdul Hamid sebelum ini mendakwa Cawangan Khas Bukit Aman pernah diminta menjalankan operasi yang tiada kena-mengena dengan urusan keselamatan negara.

Arahan tersebut menurut Abdul Hamid enggan dilakukan oleh jabatan berkenaan dan akibat daripada itu, ia tidak disenangi oleh ‘orang tertentu’ sehingga menyebabkan ada permintaan supaya pertukaran jawatan dilakukan.

Tegasnya, rasa tidak senang jabatan itu berhubung arahan tersebut telah dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“PDRM bernasib baik kerana Perdana Menteri memahami situasi yang kami hadapi dan mengarahkan supaya Cawangan Khas meneruskan tugas sepertimana biasa dan mengabaikan arahan berkenaan,” ujar beliau.Tekanan dan kekangan tugasan yang dihadapi oleh agensi perisikan PDRM itu tegas beliau berlaku sejak setahun yang lalu.

Kali kedua pula ialah bilamana Pengarah Cawangan Khas ‘dinasihatkan’ segera melepaskan jawatan dengan memberi notis satu bulan atau diberi notis tamat kontrak awal, Muhyiddin telah meminta agar pengarah berkenaan meneruskan tugasnya sehingga kontraknya tamat Jun.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, apa yang sedang dihadapi Cawangan Khas membuktikan kekangan dihadapinya semasa berkhidmat sebagai KPN bukanlah satu kes yang terpencil.

“Ia sebenarnya turut melibatkan jabatan lain dalam pasukan polis seperti yang dihadapi oleh Cawangan Khas, bukan saya seorang,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Abdul Hamid, pada 16 Febuari lalu, Pengarah Cawangan Khas ‘dinasihatkan’ segera melepaskan jawatan dengan memberi notis satu bulan atau diberi notis tamat kontrak awal.

Kata Abdul Hamid, kontrak pengarah berkenaan sepatutnya tamat pada Jun depan.Isu tersebut juga kata Abdul Hamid telah dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri.

“Syukur Perdana Menteri sekali lagi meminta agar pengarah berkenaan meneruskan tugasnya sehingga kontraknya tamat Jun nanti,” ujar beliau.

Sebelum ini, Abdul Hamid mendakwa Hamzah melakukan campur tangan terhadap pelantikan pegawai kanan polis.

Sinar juga melaporkan Tan Sri Abdul Hamid Bador tentang wujudnya usaha untuk menguasai Cawangan Khas Bukit Aman bagi tujuan politik.

“Dulu kononnya nak menegakkan kebenaran. Bila sudah menang (pilihan raya), sudah dapat kuasa, lain pula berlaku.

“Saya kecewa apabila ada orang nak salah gunakan kuasa dan bimbang sekiranya saya ada, saya akan lawan. “Saya bimbang perkara ini akan mengetepikan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu. Ini saya tidak boleh terima,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan tegas berhubung perkara berkenaan.

“Saya minta SPRM bertegas dan berani. Jangan takut dan jangan pilih bulu. Sebelum ini, sewaktu saya (sebagai) Ketua Polis Negara, saya sudah kata, ini ialah ancaman kepada keselamatan negara.

“Perbuatan Menteri Dalam Negeri itu merupakan perbuatan yang merosakkan integriti Cawangan Khas dan polis keseluruhannya,” kata beliau.

-Anak Sungai Derhaka

Khamis, 29 April 2021

TINJAUAN:Mampukah Muhyiddin Bertahan?



TENTUNYA, tinjauan Merdeka Center yang menyatakan 67% rakyat di Semenanjung menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri memberi lonjakan moral kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN). Pemimpin PN, baik di nasional dan akar umbi mungkin tersenyum melihat angka-angka tinjauan ini menunjukkan kestabilan Muhyiddin mentadbir negara.

Disebalik berita positif buat Muhyiddin dan PN, 46% rakyat dalam tinjauan ini menyatakan Malaysia menuju arah yang salah. Indikator yang menyebabkan rakyat berfikir sedemikian adalah kerana ketidakstabilan politik (27.3%), keadaan ekonomi merudum (15.5%), dan pentadbiran lemah (7.9%).

Manakala 41% menyatakan negara berada di arah yang betul kerana pentadbiran kerajaan yang baik (21.3%) dan faktor keberkesanan kerajaan memberi bantuan kebajikan kepada rakyat (10.4%).

Secara umumnya, kepuasan rakyat terhadap pentadbiran Muhyiddin yang agak bercampur baur atau tidak jelas. Perkara ini berlaku apabila ramai yang melihat negara menuju ke arah yang salah tetapi masih memberi sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Jadi, apakah penjelasan yang boleh dibuat untuk memahami trend ini?

JURANG PERSEPSI EKONOMI DAN POLITIK LUAS

Dalam tinjauan ini, masalah ekonomi merupakan kebimbangan utama rakyat merentasi etnik dan latar belakang sejak setahun yang lalu. Seramai 68% responden mengakui ekonomi mereka kian terjejas dan hanya tujuh peratus berpendapat ekonomi masih tidak berubah. Jika ditambah kedua-dua peratusan ini, hampir 75% rakyat melihat keadaan ekonomi negara masih merudum.

Sebanyak 63% responden Melayu menyatakan ekonomi negara kian merudum sejak setahun yang lalu, iaitu lebih rendah berbanding responden Cina (76%) dan India (75%). Tekanan ekonomi ini lebih dirasai oleh responden di bandar, iaitu seramai 70% berbanding luar bandar yang mencatatkan 63% sahaja.

Ironinya, walaupun lebih 50% orang Melayu dalam tinjauan ini menyatakan ekonomi merudum, mereka masih memberi sokongan kepada kerajaan Muhyiddin (sebanyak 84%). Adakah ini bermaksud meskipun ekonomi masih teruk, orang Melayu masih menyokong Muhyiddin yang dilihat tidak responsif dalam menguruskan situasi negara pasca pandemik?

Situasi ini menunjukkan jurang persepsi yang melebar dalam isu ekonomi dan politik dalam kalangan rakyat, khususnya orang Melayu. Ada beberapa perkara yang boleh menjelaskan situasi di atas. Pertama, kebergantungan rakyat kepada bantuan kerajaan ketika krisis merupakan salah satu faktor sokongan kepada kerajaan makin kuat. Bagi mereka, hanya kerajaan yang dapat membantu mereka dalam keadaan getir ini.

 Stephen Welt, ahli akademik daripada Universiti Harvad melihat “Covid-19 bakal mencipta masyarakat yang mempunyai kebebasan terhad pasca-pandemik (‘less free’ post pandemic society). Kawalan kerajaan hari ini akan mewujudkan sebuah masyarakat yang terpaksa bergantung kepada pemerintah, dan ia akan berlanjutan dalam tempoh yang panjang.


Penjelasan ini mungkin memberi gambaran umum bahawa kebergantungan kepada bantuan kerajaan menjadi faktor yang menyebabkan rakyat, khususnya orang Melayu, menyokong Muhyiddin. Adakah situasi ini bermaksud semakin ramai rakyat tersepit dalam ekonomi, semakin bertambah sokongan terhadap parti kerajaan?

Namun, sokongan terhadap Muhyiddin akan diuji apabila Perdana Menteri mengumumkan kerajaan tidak lagi cukup wang untuk menampung bantuan rakyat. Sebanyak RM600 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021 dan pakej rangsangan ekonomi telah dibelanjakan bagi menangani krisis setahun yang lalu.

Ironinya, meskipun perbelanjaan kerajaan cukup besar, rakyat masih tidak merasai impak sebenar bantuan kerajaan dalam mengembalikan kegembiraan hidup mereka. Gaji graduan semakin rendah dan kadar pengangguran masih tidak berubah. Jadi, di mana sebenarnya wang kerajaan dihabiskan memandangkan ekonomi negara masih belum pulih dengan baik?

Kedua, saya berpendapat rakyat, khususnya orang Melayu, masih melihat isu ekonomi dan politik secara berasingan. Tanggapan yang melihat masalah ekonomi dan politik saling tidak berkait masih lagi kuat dalam kalangan rakyat.


Sedangkan secara teorinya, keadaan politik yang baik dan kerajaan efektif akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara. Manakala, pentadbiran negara yang boros dan curang dalam menjalankan tadbir urus akan menjejaskan kedudukan ekonomi rakyat dan negara. Ironinya, tinjauan Merdeka Center menunjukkan sebaliknya. Mereka masih menyokong pentadbiran Muhyiddin walaupun ekonomi sekeliling masih parah.

MAMPUKAH MUHYIDDIN BERTAHAN?

Walaupun tinjauan Merdeka Center menunjukkan sokongan Muhyiddin masih stabil, persoalannya, sejauh manakah Muhyiddin dan kerajaan PN mampu mempertahankan sokongan yang ditunjukkan rakyat melalui tinjauan Merdeka Center untuk tempoh seterusnya?


Rakyat masih kurang senang terhadap pentadbiran PN. Mereka merasakan pentadbiran Muhyiddin masih gagal menangani wabak Covid-19 sehingga terdapat dakwaan bahawa Malaysia akan menghadapi ‘gelombang keempat’ pandemik jika kes harian tidak surut. Konflik dalaman kerajaan PN dengan Umno hanya menambah kekecewaan rakyat yang kian tersepit akibat krisis ekonomi. Apakah ini petunjuk yang baik untuk Muhyiddin bertahan hingga tamat penggal pentadbirannya?

Muhyiddin dan kerajaan PN perlu sedar bahawa indikator sebenar yang mengukur prestasi parti politik adalah pilihan raya. Jadi, tinjauan ini bukanlah kemenangan mutlak yang mengatakan rakyat memberi sokongan penuh PN. Boleh jadi pada pilihan raya akan datang ia menjadi sebaliknya.

Harapan besar buat rakyat adalah untuk kembali menikmati kehidupan lebih baik. Begitu mustahak bagi setiap pemimpin sedar bahawa ketidakstabilan politik hari ini sebenarnya merugikan rakyat terbanyak. 

Tidak ada jalan pintas melainkan pemimpin negara kembali ke pangkuan rakyat dan membantu mereka membina semula kehidupan yang terjejas teruk akibat pandemik. 

Tetapi, adakah pemikiran ini sudah menjadi keutamaan pemimpin negara atau melihat tinjauan ini untuk menuju pilihan raya?