"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Skim Cepat Kaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Skim Cepat Kaya. Papar semua catatan

Rabu, 3 November 2021

Kontraktor rugi lebih RM300,000 diperdaya skim pelaburan dalam talian

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Aibee Abd Ghani berkata, mangsa yang percaya dengan tawaran dijanjikan membuat pindahan wang secara berperingkat ke dalam tiga akaun berbeza bermula 15 hingga 31 Okt lepas berjumlah RM303,084.

SEREMBAN: Seorang kontraktor di sini mendakwa kerugian RM303,084 selepas diperdaya tawaran skim pelaburan dalam talian tidak wujud yang diperkenalkan oleh rakan media sosial yang dikenalinya dua bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Aibee Abd Ghani berkata, lelaki berusia 54 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang wanita dikenali sebagai “Lilina Lim” menerusi laman Facebook pada 24 Sept lepas, disusuli dengan perbualan melalui WhatsApp.

Menurutnya, mangsa diminta mendaftar satu pautan seperti diarahkan wanita terbabit selain membuat bayaran lebih tinggi untuk mendapatkan taraf orang kenamaan (VIP) sekiranya ingin mendapatkan wang lebih cepat.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang percaya dengan tawaran dijanjikan telah membuat pindahan wang secara berperingkat ke dalam tiga akaun berbeza bermula 15 hingga 31 Okt lepas dengan keseluruhan berjumlah RM303,084.

“Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang keuntungan diterimanya selain wanita terbabit turut mendiamkan diri selepas pembayaran dibuat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Aibee berkata, suspek turut menyamar sebagai pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) dengan menyatakan mangsa melakukan kesalahan di bawah AMLA dan perlu membuat pembayaran lagi sekiranya inginkan semula wangnya.

Beliau berkata, mangsa yang menyedari ditipu membuat laporan di Balai Polis Rahang semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang akauntan di sebuah syarikat swasta di sini mendakwa kerugian lebih RM60,000 akibat diperdaya kenalan di Facebook berhubung kerja sambilan sebagai penyelia di sebuah platform beli-belah dalam talian.

Lelaki berusia 28 tahun itu mendakwa menerima pautan untuk membuat promosi barang dan diminta berhubung dengan pihak khidmat pelanggan untuk mendapatkan kerja tersebut serta memasukkan sejumlah wang sebagai pendaftaran pekerja dan komisen mengikut barang ditempah.

“Mangsa kemudiannya membuat tiga transaksi ke beberapa akaun bank berbeza sejak 29 Okt hingga semalam dengan keseluruhan berjumlah RM67,069. Bagaimanapun sehingga kini mangsa masih tidak menerima sebarang respons untuk urusan kerja tersebut,” katanya.

Mangsa yang menyedari ditipu membuat laporan di balai polis berdekatan dan kes turut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-FMT

Ahad, 20 Jun 2021

30 individu terpedaya skim pelaburan pinjaman patuh syariah

 Sebahagian daripada 30 mangsa yang mendakwa terpedaya dengan skim pelaburan berkonsepkan pinjaman patuh syariah sebuah syarikat membuat laporan di Balai Polis Bayan Lepas, hari ini. NSTP/ Zuhainy Zulkiffli

Sebahagian daripada 30 mangsa yang mendakwa terpedaya dengan skim pelaburan berkonsepkan pinjaman patuh syariah sebuah syarikat membuat laporan di Balai Polis Bayan Lepas, hari ini. NSTP/ Zuhainy Zulkiffli

BAYAN LEPAS: Kira-kira 30 individu `berputih mata' selepas terpedaya dengan janji manis skim pelaburan berkonsepkan pinjaman patuh syariah oleh sebuah syarikat swasta di sini.

Mangsa menyedari ditipu oleh pengurusan syarikat itu selepas pengasasnya gagal dihubungi dan dipercayai menghilangkan diri sejak setahun lalu.

Difahamkan, syarikat yang ditubuhkan pada 2017 bertujuan membantu individu yang mengadapi masalah kewangan, menjana semula pendapatan.

Konsep digunakan ialah dengan mengutip wang pinjaman orang ramai dan menjanjikan keuntungan bermula antara 10 peratus setiap bulan dalam bentuk hibah dan patuh syariah.

Mangsa, Razak Othman, 52, berkata dia menyertai skim berkenaan sejak tiga tahun lalu dengan melaburkan keseluruhan wang simpanan dan pinjaman sebanyak RM100,000.

Katanya, kebanyakan mangsa terpedaya selepas yakin melihat rakan mereka yang lain mendapat keuntungan menerusi pelaburan itu.

Malah, pengasas syarikat berkenaan mendakwa terbabit dengan pelbagai program amal dan membuat perjumpaan di hotel terkemuka menyebabkan mangsa yakin dengan skim berkenaan.

"Pada tahun pertama dan kedua, saya menerima pulangan keuntungan pelaburan itu antara RM1,000 hingga RM2,500 setiap bulan.

"Sehinggalah pada Mac tahun lalu, pengasas syarikat itu memaklumkan bahawa bayaran tidak dapat dijelaskan kerana beberapa kekangan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini sudah setahun berlalu menyebabkan kami berasa tertipu," katanya kepada media selepas membuat laporan di Balai Polis Bayan Lepas, di sini, semalam.

Razak berkata, wang pelaburan membabitkan kesemua mangsa dianggarkan berjumlah RM500 juta.

Mangsa turut melakukan carian dan semakan mengenai syarikat itu dan mendapati akaun berbilion ringgit yang didakwa milik pengasasnya adalah palsu.

Sementara itu, pesara syarikat swasta yang mahu dikenali sebagai Mahani, 53, berkata dia menyertai skim berkenaan pada 2019 selepas dua kali menghadiri perjumpaan di sebuah hotel di sini, yang ketika itu disertai seramai 3,000 ahli.

Dia melaburkan sebanyak RM19,200 wang simpanan pencen ilat dan mendapat pulangan keuntungan antara RM800 hingga RM2,300 sebulan selama setahun.

"Saya pernah menghubungi pengasasnya beberapa bulan lalu tetapi talian dimatikan.

"Ada mangsa yang melabur lebih RM2 juta kerana terpedaya dengan skim ini, malah abang saya juga hampir menjual bas miliknya bagi menyertai pelaburan itu," katanya ketika ditemui.

Seorang lagi mangsa, mahu dikenali sebagai Muhammad, 43, dari Bayan Baru, berkata pengasasnya memberi alasan bahawa wang syarikat itu diseleweng oleh kakitangan pengurusannya.

"Jika benar, mengapa dia tidak buat laporan polis malah difahamkan dia masih aktif dan berselindung di sebalik kerja amal di sekitar negeri ini.

"Laporan polis juga sudah dibuat beberapa kali sebelum ini supaya siasatan dapat dijalankan dan berharap mangsa yang lain tampil bagi membuat laporan di balai polis berhampiran," katanya.

-BH Online

Ahad, 6 Disember 2020

Skim Penipuan, Labur-labur Lebur Dalam Talian -PDRM

 


‘Like and share’ boleh dapat duit

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan skim pelaburan baharu dalam talian yang mendakwa dapat menjana pendapatan dengan menggunakan pelbagai platform media sosial.

Antara platform skim pelaburan baharu itu yang sedang disiasat dikenali sebagai ‘Queqiabao’, ‘Test Fight’ dan ‘Like and Share’, ‘Zan Zan Le’ dan ‘Isharefans’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaakob berkata sepanjang Oktober dan November, sebanyak 20 kertas siasatan telah dibuka melibatkan platform-platform pelaburan haram berkenaan dengan nilai kerugian dianggarkan berjumlah RM689,146.

“Kebanyakan mangsa mendapat maklumat daripada iklan di laman sosial Facebook dan mereka diberikan nombor telefon untuk dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp. Seterusnya mereka diberikan satu pautan yang mereka perlu memberikan nombor telefon beserta nombor akaun bank.

Melalui aplikasi yang diberi secara percuma pada awalnya, mangsa dikehendaki melakukan tugasan ’like and share’ di Laman Tik Tok atau YouTube dengan setiap ’like and share’ akan menerima  bayaran RM1.00 dengan 20 kali ‘like and share’ sehari dan keuntungan akan dibayar ke dalam akaun mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
 
Beliau berkata bagi menambah tugasan dan keuntungan lebih tinggi, mangsa ditawarkan pakej dengan nilai bayaran dari RM99 hingga RM9,999.

Kebanyakan mangsa telah mendapat keuntungan pada peringkat awal namun menyedari mereka ditipu apabila jumlah keuntungan yang dijanjikan untuk pengeluaran  tidak dapat dilakukan sementara pautan yang diberikan kepada mangsa juga telah ditutup,  katanya.

Zainuddin berkata, hasil maklumat dan risikan, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas satu premis beralamat di KL Eco City, Khamis lepas tetapi didapati telah tutup sejak 9 November lalu.

Beliau berkata pihaknya juga turut mengesan tujuh akaun bank berasingan melibatkan skim pelaburan terbabit.

Dalam pada itu beliau menasihati orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan pelaburan dalam talian di media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan tanpa perlu berusaha.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dari sumber-sumber rasmi seperti Semak Mule, Senarai Amaran Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum membuat keputusan untuk melabur,” katanya. – BERNAMA