"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label GPS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GPS. Papar semua catatan

Rabu, 7 April 2021

Pemimpin PAS terbuka wujudkan ‘pakatan mega’ 4 gabungan

 


PETALING JAYA:
 Seorang pemimpin PAS terbuka dengan cadangan mewujudkan suatu ‘pakatan mega’ membabitkan empat gabungan besar parti politik bagi menyatukan ummah dan perpaduan.

Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad, sambut baik idea kesepakatan antara Perikatan Nasional, Gabungan Rakyat Sabah, Barisan Nasional, dan Gabungan Parti Sarawak sekiranya ia untuk perpaduan, serta mempunyai prinsip perjuangan sama.

“PAS mendukung sepenuhnya usaha penyatuan ummah. Jadi apa sahaja cadangan yang berorentasikan kepada perpaduan elok kita perhalusi sekiranya ia boleh membawa kepada kebaikan bersama,” katanya kepada FMT.

Kamaruzaman mengulas cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, supaya suatu “Muafakat Nasional 2.0″ ditubuhkan, dengan penyertaan rasmi PN, GRS, BN, dan GPS.

“Bukan sekadar pandangan Annuar tetapi kepada sesiapa sahaja, kita akan mengalukan-alukan pandangan yang baik untuk penyatuan ummah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Razali Idris menyambut baik idea kesepakatan antara parti atau gabungan kerana ia boleh bantu mengelakkan pertembungan pelbagai penjuru semasa pilihan raya.

Razali berkata rakyat juga mahu melihat pemerintahan yang cekap dan tidak berpecah.

Namun, PN juga tawaran baharu yang cukup baik untuk masyarakat majmuk, ujarnya.

“Semua parti yang bersifat tidak melampau boleh dijemput sama dalam komponen PN. PN sudahpun didaftar dan boleh terlibat dengan pilihan raya umum.

“Jadi cadangan Muafakat 2.0 pada pandangan saya tidak perlu tetapi perelokkan PN dengan pelbagai parti dan NGO terlibat,” katanya.

Muafakat Nasional merupakan suatu kerjasama antara Umno dan PAS selepas tumbangnya kerajaan BN pada PRU14.

Menyusuli kekalahan itu, BN kini hanya terdiri daripada Umno, MCA, MIC, Parti Bersatu Rakyat Sabah, dan Parti Makkal Sakti Malaysia.

PN dianggotai PPBM, PAS, Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Progresif Sabah, dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

GPS dibentuk oleh parti-parti Sarawak selepas kekalahan BN pada PRU14, terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Sarawak, Parti Demokratik Progresif, dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak.

Sementara GRS pula melibatkan PN, BN, dan Parti Bersatu Sabah.

Isnin, 5 April 2021

PRN Sarawak: Majlis Tertinggi PN setuju bantu GPS menang -SU Agung PN

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) sebulat suara bersetuju menggerakkan jentera serta akar umbi parti di setiap peringkat, bagi membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, akan datang.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam kenyataan hari ini berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan Presiden Bersatu, merangkap Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

“Dalam mesyuarat tersebut, Majlis Tertinggi menzahirkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg, atas sambutan luar biasa terhadap delegasi Perdana Menteri semasa lawatan rasmi ke Sarawak pada 1 hingga 2 April.

“Keakraban yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemimpin tertinggi parti sepanjang lawatan rasmi tersebut, membuktikan persefahaman politik antara dua parti berada pada tahap yang amat baik, dan kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu juga komited untuk memantapkan lagi kerjasama politik antara PN dan GPS di masa hadapan,” katanya.

Mesyuarat itu turut dihadiri ketua parti komponen PN iaitu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan (Presiden STAR); Senator Datuk Seri Yong Teck Lee (Presiden SAPP) dan Datuk Dr Dominic Lau (Presiden GERAKAN) serta ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lain.

Selain itu, Hamzah berkata Majlis Tertinggi PN mengambil maklum serta menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Permesyuaratan Bersatu-PAS di peringkat pusat, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 seperti yang diumumkan bersama oleh Bersatu dan PAS pada 31 Mac lalu.

Katanya, PN percaya jawatankuasa itu mampu merangka strategi kukuh bagi meraih sokongan dalam kalangan bumiputera, di samping memelihara kepentingan dan hak bukan bumiputera seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. – BERNAMA