"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Radzi Jidin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Radzi Jidin. Papar semua catatan

Khamis, 17 Julai 2025

Kenangan:Saya nak lantik awak sebagai Timbalan Menteri...beritahu Tun M kepada Radzi Jidin

 “Saya nak lantik awak sebagai Timbalan Menteri”

Hari keempat sambutan Aidilfitri pada tahun 2018 sentiasa segar dalam ingatan saya. Pada hari tersebut, 4 Syawal 1439H bersamaan 18 Jun 2018, saya adakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di kampung, Ketereh Kelantan. Pada sebelah petang, makin ramai saudara mara dan tetamu yang berkunjung.

Ketika saya dan isteri sedang sibuk melayan tetamu di perkarangan rumah, saya menerima satu panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali “Ni Dr. Radzi Jidin kan?”, soal yang menelefon. Saya jawab , “Ya”. “Saya dari Pejabat Perdana Menteri. Sekejap ya, Perdana Menteri hendak bercakap dengan Dr”. Saya berasa agak gemuruh ketika itu. Maklumlah, itu kali pertama dalam hidup saya mendapat panggilan daripada seorang Perdana Menteri. Saya terus masuk ke rumah untuk meneruskan perbualan di telefon.

“Assalamualaikum, apa habaq?”.  Jelas kedengaran suara Tun di talian. “Saya sihat, Tun. Tun apa khabar?”. Seingat saya itulah kali pertama saya bercakap dengan Tun Dr. Mahathir selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-7 pada 10 Mei 2018.

Selepas bersembang santai seketika, Tun menyatakan, “Macam ni, saya cadang nak lantik awak sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Boleh ka?”. Saya terdiam dan berfikir sejenak. “Sekiranya itu kepercayan yang Tun berikan kepada saya, saya terima sebagai satu amanah", jawab saya dengan tenang.

Sejujurnya, saya tersentuh dengan kepercayaan yang Tun berikan. Maklumlah, saya tidak mengenali Tun secara dekat. Dalam sejarah hidup, kali pertama saya bersalam dengan Tun adalah ketika menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Penaja BERSATU Bahagian Ketereh. Watikah tersebut diterima daripada Tun, selaku Pengerusi BERSATU, pada 14 Februari 2017 di Yayasan Kepimpinan Perdana. 

Kemudian Tun meneruskan perbualan, “Cuma akan ambil masa sikit nak lantik. Bila ada kekosongan di Dewan Negara, awak akan jadi Senator dulu. Lepas tu baru boleh angkat sumpah Timbalan Menteri”. “Ok, Tun, saya faham”, jawab saya.

Selepas meletakkan telefon, saya panggil isteri dan kongsikan berita tersebut. Beliau terkejut. Saya hanya kongsikan dengan isteri dan berpesan agar berita tersebut tidak diceritakan  dengan sesiapa pun. Saya tidak mahu berita ini tersebar sehinggalah mendapat makluman rasmi majlis angkat sumpah sebagai Senator dan seterusnya Timbalan Menteri. 

Kami kemudian keluar semula melayan tetamu yang sedang menjamu selera di rumah terbuka. Ketika itu, ada tetamu yang berseloroh, “Dalam pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri yang Tun umum haritu, seorang pun tak de dari Kelantan. Mungkin Tun nak lantik Dr kot?”. Saya cuma tersenyum, “Pandai-pandai la pulak”, kata saya.

Selepas terima panggilan daripada Tun, saya tidak membuat apa-apa persiapan. Saya beritahu isteri, lepas dapat surat pemakluman angkat sumpah, barulah kita buat persiapan.

Akhirnya, selepas hampir sebulan, baru lah saya mendapat makluman mengenai majlis angkat sumpah sebagai Senator. Saya juga dimaklumkan bahawa majlis angkat sumpah jawatan akan dilaksanakan sejurus selepas itu.

Tempoh yang ada untuk membuat persiapan adalah amat singkat. Saya dan isteri ke Parkson di Alamanda untuk membeli sepasang baju Melayu hitam. Masih saya ingat, pilihan saya, sepasang baju Melayu berharga RM90.

Pada hari ini, tujuh tahun lalu, berbaju Melayu hitam tersebut, bersamping dan bersongkok, saya mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara, Parlimen Malaysia. Saya  kemudian ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia sebagai Timbalan Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Tarikh istimewa, 17 Julai 2018 akan terus terpahat dalam sejarah hidup saya. Terima kasih Tun atas kepercayaan, ruang dan peluang yang diberikan. 

Selepas tinggal, belajar dan menjadi pensyarah selama 20 tahun di bumi Australia, tidak pernah terlintas dalam hati bahawa satu hari saya akan menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran kerajaan. Namun, itulah perjalanan hidup yang telah tertulis buat saya. Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Apa paling penting adalah untuk kita sentiasa berbuat baik dan sentiasa buat yang terbaik. Laksanakan amanah dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas.

#DRJ

Ahad, 8 November 2020

KPM: Semua peperiksaan utama ditunda ke tahun depan

 

Tarikh peperiksaan utama di bawah KPM dipinda susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat hampir di semua negeri.

PETALING JAYA: Semua peperiksaan utama di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ditunda tahun hadapan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Radzi Jidin berkata keputusan itu dibuat selepas semua sekolah di bawah kementerian berkenaan ditutup sehingga akhir persekolahan tahun ini susulan pelaksanaaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di seluruh negara, melainkan Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak.

“Tentunya calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 tertanya-tanya sama ada perkembangan situasi ketika ini memberi kesan kepada mereka.

“Mengambil kira situasi semasa, KPM membuat keputusan untuk meminda tarikh peperiksaan berkaitan.

“Peperiksaan SPM/SVM/STAM akan bermula pada 22 Februari 2021, manakala, peperiksaan STPM pula akan bermula pada 8 Mac 2021.

“Perincian tentang semua peperiksaan awam ini akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang media hari ini.-FMT