"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label TMJ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TMJ. Papar semua catatan

Rabu, 17 Julai 2024

Isu letak jawatan:Apa dimaksudkan bahaya oleh Pan-gon: Tunku Ismail

 PAN-gon umum peletakan jawatan hari ini.

PAN-gon umum peletakan jawatan .

Kuala Lumpur: Pemangku Sultan Johor yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu mengetahui apakah dimaksudkan bahaya yang diluahkan bekas pengendali negara, Kim Pan-gon.

Pada sidang media khas di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, jurulatih dari Korea Selatan itu seolah merahsiakan perkara sebenar di sebalik keputusan melepaskan jawatan sebagai pengendali skuad Harimau Malaya.

Kata Pan-gon, beliau tidak boleh berkongsi perkara sebenar kerana ia dianggap 'bahaya' dan hanya diketahui oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Lantas ia kemudiannya menarik perhatian Tunku Ismail yang mahukan Pan-gon menerangkan lebih terperinci apa yang dimaksudnya bahaya itu.

"Apa susah. Pergi tanya dia (Kim Pan-gon) beramai ramai apa yang dia maksudkan "dangerous". Penyokong, Ahli politik dan pihak media.

"Tanya dia apa maksud dia "dangerous." Nyatakan dengan lebih spesifik. Takut kena tembak? takut kena culik? Kena sepak? Terus terang!"."@RimauXI Awak dulu pernah datang rumah saya, ada kena belasah? Bawa carta berkenaan konspirasi dalam FAM. Tapi bila saya minta bukti, awak bagitau ini semua teori sahaja. Jadi ini semua lagi satu ciptaan konspirasi teori," tulis Tunku Ismail.

Terdahulu, Pan-gon sah meletakkan jawatan selaku pengendali skuad Harimau Malaya selepas dua tahun empat bulan membimbing pasukan negara.

Sepanjang tempoh melatih pasukan sejak Februari 2022 lalu, Pan-gon berjaya membawa skuad negara ke pentas Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari lalu serta menaikkan ranking negara dari kedudukan 154 ke 130 dunia.

Susulan keputusan Pan-gon itu, bekas pembantunya iaitu Pau Marti Vicente diberi tanggungjawab untuk mengendalikan skuad negara sebagai pemangku jurulatih.

-myMetro 

Jumaat, 25 Februari 2022

Bolasepak:TMJ bersara jika JDT tewas kepada KL City lagi

Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Kuala Lumpur: Perang psikologi perlawanan Piala Sumbangsih antara pendahulu Liga Super 2021, Johor Darul Takzim (JDT) dan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur (KL) City FC malam esok memasuki babak seterusnya apabila pemilik skuad Harimau Selatan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mahu bersara jika pasukannya tewas kepada skuad The City Boys.

Hal ini bermakna, jika langkah JDT sumbang pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor seterusnya tewas kepada KL City FC menyebabkan skuad Harimau Selatan bakal kehilangan 'bos besar' mereka.

 Jikalau kalah esok, saya tinggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terbabit lagi dengan apa-apa aktiviti bola sepak dalam negara," kata Tunku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik JDT itu sekali gus membuktikan mereka seolah-olah begitu yakin mampu menewaskan KL City FC malam esok.

Terdahulu, Tunku Ismail menerusi satu temubual bersama stesen televisyen swasta sebelum ini juga pernah memberi jaminan bahawa peristiwa pahit pasukan itu kalah 0-2 di tangan KL City pada final Piala Malaysia musim lalu tidak akan berulang lagi.

"Masa lawan Kuala Lumpur, kita kalah di (final) Piala Malaysia 2-0 bukan kerana Kuala Lumpur lebih baik daripada kami, saya boleh jamin. Kalau esok itu juga awak suruh lawan Kuala Lumpur, benda itu tidak akan berlaku dan benda itu tidak akan berlaku lagi.

"Tapi kita buat kesilapan individu, mungkin hilang fokus atau sebagainya dan kita kalah. Memang hari itu orang kata tak ada nasib, empat lima peluang di depan gol masa babak pertama tak masuk, kena tiang dan sebagainya.

"Jadi tiada nasib. Tapi saya tahu yang benda itu tidak akan berlaku lagi dan saya boleh jamin. Ia kerana saya yakin dengan pemain yang ada dalam pasukan ini, bukan nak cakap besar," katanya.

-myMetro

Isnin, 7 Jun 2021

Import Selangor,Ifedayo."Dia hisap ganja ke?"- Tunku Ismail

 TUNKU Ismail mengandaikan Ifedayo yang juga pemenang kasut emas musim lalu itu ‘berkhayal’ tanpa melihat kepada fakta semasa. FOTO OWEE AH CHUN

TUNKU Ismail mengandaikan Ifedayo yang juga pemenang kasut emas musim lalu itu ‘berkhayal’ tanpa melihat kepada fakta semasa. FOTO OWEE AH CHUN

Kuala Lumpur: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menolak dakwaan penyerang import Selangor FC, Ifedayo Olusegun yang pernah menyatakan skuad Merah Kuning satu-satunya pasukan paling gemilang di negara ini.

Ujar Tunku Ismail, berdasarkan deretan kejayaan yang dilakar skuad Harimau Selatan terutamanya dalam era bola sepak moden kini, tidak mungkin Red Giants dianggap terbaik.

Malah, beliau mengandaikan Ifedayo yang juga pemenang kasut emas musim lalu itu 'berkhayal' tanpa melihat kepada fakta semasa.

"Lebah tidak membuang masa memberi keterangan kepada lalat iaitu madu lebih lazat daripada najis.

"Mungkin dalam segi sejarah, Selangor lebih besar daripada JDT tetapi berdasarkan kedudukan semasa, JDT adalah pasukan terbesar dalam negara ini.

"Saya bagi contoh, berapa pusat latihan yang Selangor ada? JDT ada empat. Berapa stadium Selangor ada? JDT ada empat.

"Sekarang pernah atau tidak Selangor pada zaman kegemilangannya, menang Liga Super lebih daripada dua kali? JDT hatrik bukan sekali tetapi dua kali. JDT juga pernah menang liga sebanyak dua kali tanpa tewas.

"Rekod 75 perlawanan tanpa kalah di laman sendiri dan hari ini, belum tewas dalam 33 perlawanan di laman lawan. Selangor pernah menang pertandingan antarabangsa? JDT menang Piala AFC," katanya dalam temubual di Instagram malam tadi.

Katanya lagi, JDT adalah pasukan pertama dari Malaysia yang beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL).

"Selangor pernah main di ACL? JDT sudah main tiga kali. Bukan cerita zaman dulu masa belum ACL tetapi kedudukan sekarang pada senario bola sepak moden. Apa yang saya cakapkan ini adalah fakta dan bukan saya bercakap daripada hati.

"Saya rasa saya lebih tahu kelab mana lebih besar dalam negara ini. Bagaimana dengan apa yang JDT sudah kecapi dan dengan pencapaian ini, Selangor adalah pasukan lebih besar daripada JDT?

"Pada pandangan saya, tidak logik. Saya tak tahu apa dia (Ifedayo) hisap, dia hisap ganja ke?" katanya.-myMetro

Sabtu, 5 Jun 2021

TMJ tegur Matt Davies supaya 'diam' di media sosial, mula usaha kejar kemenangan

 TMJ tegur Matt Davies supaya 'diam' di media sosial, mula usaha kejar kemenangan

TMJ meninggalkan komen yang agak pedas sebagai reaksi terhadap kemas kini Instagram pertahanan negara, Matt Davies.
KUALA LUMPUR: Sepotong ayat ditinggalkan pemilik skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di ruangan komen pada gambar dimuat naik pemain pertahanan Harimau Malaya, Matt Davies, di laman Instagram menjadi perhatian ramai, pada Jumaat.
Terdahulu Davies memuat naik sekeping gambarnya dengan kapsyen: "Time to fix our mistakes and bounce back stronger, all focus on the important games ahead' (Masa untuk betulkan kesilapan dan kembali dengan lebih kuat, fokus pada perlawanan akan datang)".
Tunku Mahkota Johor itu kemudian meninggalkan ayat yang agak 'pedas' dan sinis di ruangan komen, yang membawa maksud pemain itu perlu memulakan segalanya dengan terlebih dahulu diam di media sosial dan terus berusaha.
Biarpun ramai yang tersentak, namun majoriti penyokong menyifatkan teguran seumpama itu diperlukan selepas aksi tidak bermaya pasukan negara apabila tewas 0-4 di tangan UAE dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal pagi Jumaat.
BACA: Peminat kecewa Harimau Malaya rapuh diratah UAE
BACA: Tak sangka Harimau Malaya 'rebah' berdepan UAE - Pengurus pasukan
Aksi beberapa pemain terutama pemain naturalisasi dan berdarah kacukan, antara yang menjadi kritikan kerana disifatkan tidak segah yang dijangkakan.
Namun pengendali pasukan negara, Tan Cheng Hoe enggan menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya, menganggap kebanyakan pemain Harimau Malaya tidak memberikan aksi pada tahap terbaik.-AstroAwani

Sabtu, 7 November 2020

Jam G-SHOCK Tengku Zafrul Jadi Buruan Ramai, Harga Terus Naik Mendadak

 


Semalam selesai sudah pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang perama kali dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas pertukaran kerajaan pada Mac lalu.

Berikutan ramai yang terjejas pendapat susulan penularan COVID-19, antara inisiatif Belanjawan 2021 yang menjadi perhatian ramai adalah mengenai pengeluaran simpanan daripada Akaun 1 KWSP.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian sepanjang pembentangan itu adalah jam tangan G-SHOCK yang disarung oleh Tengku Zafrul.

Berdasarkan perkongsian netizen, ketika membentangkan Belanjawan 2021 semalam, Tengku Zafrul menyarung model G-SHOCK GA-900-2ADR.

Difahamkan, jam tangan boleh didapati pada harga RM495 di Lazada. Namun dek kerana ianya dipakai oleh Tengku Zafrul, harga jam tersebut naik mendadak apabila ada yang menjual kembali dengan harga RM1,200. Biar betul??

Namun, jika anda tercari-cari jam tersebut, masih sempat lagi untuk membelinya di sini sebelum ianya disambar oleh reseller diluar sana dan menjualnya pada harga lebih tinggi.

Sumber : https://suaraviral.org