SOLAT TARAWIH
Bahagian Pertama
ARTI TARAWIH
Arti tarawih dari segi bahasa ialah :
وَالتَّرَاوِيحُ: جَمْعُ تَرْوِيحَةٍ، أَيْ تَرْوِيحَةٌ لِلنَّفْسِ، أَيِ اسْتِرَاحَةٌ، مِنَ الرَّاحَةِ وَهِيَ زَوَال الْمَشَقَّةِ وَالتَّعَبِ، وَالتَّرْوِيحَةُ فِي الأْصْل اسْمٌ لِلْجِلْسَةِ مُطْلَقَةً، وَسُمِّيَتِ الْجِلْسَةُ الَّتِي بَعْدَ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي لَيَالِي رَمَضَانَ بِالتَّرْوِيحَةِ لِلاِسْتِرَاحَةِ، ثُمَّ سُمِّيَتْ كُل أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ تَرْوِيحَةً مَجَازًا، وَسُمِّيَتْ هَذِهِ الصَّلاَةُ بِالتَّرَاوِيحِ؛ لأِنَّهُمْ كَانُوا يُطِيلُونَ الْقِيَامَ فِيهَا وَيَجْلِسُونَ بَعْدَ كُل أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ لِلاِسْتِرَاحَةِ
Artinya : “Dan perkataan tarawih ialah kata jamak dari perkataan ( تَرْوِيحَةٌ ) tarwihah artinya merehatkan diri yakni menuntut kerehatan dari perkataan ( الرَّاحَةِ ) Ar-Rahah yaitu hilang kesukaran dan keletihan. Dan perkataan التَّرْوِيحَةُ At-Tarwihah pada asal nama bagi duduk semata-mata. Dan dinamakan duduk yang selepas empat rakaat pada malam-malam Ramadhan dengan Tarwihah kerana menuntut berehat-rehat. Kemudian dinamakan setiap empat rakaat akan Tarwihah secara majaz. Dan dinamakan solat ini dengan solat tarawih kerana mereka memanjangkan berdiri padanya dan mereka duduk kemudian dari tiap empat rakaat kerana merehatkan diri.” (Dari kitab Misbah Al-Munir/Fathul Qadir)
Dan adapun arti solat tarawih pula pada syarak ialah solat sunat yang dikerjakan pada bulan Ramadhan selepas isyak dan dilakukan sebanyak dua-dua rakaat.
HUKUM SOLAT TARAWIH
Solat tarawih hukumnya adalah disunatkan dengan ijmak sekelian ulamak dan sekelian orang Islam.
Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata :
قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُرَغِّبُ فِي قِيَامِ رَمَضَانَ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَأْمُرَهُمْ بِعَزِيمَةٍ وَيَقُولُ " مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ "
Artinya : “Adalah Rasulullah saw menggemarkan pada mendirikan solat sunat pada bulan Ramadhan dari ketiadaan menyuruh mereka itu dengan suruh yang wajib. Dan Rasulullah saw bersabda : Siapa yang mendirikan Ramadhan dalam keadaan iman dan mengharapkan pahala dari Allah nescaya akan diampunkan baginya apa yang telah lalu daripada dosanya.” (Hadith riwayat At-Tirmizi)
Dan telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a. :
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى فِي الْمَسْجِدِ، فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ الثَّالِثَةِ فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ، فَلَمَّا أَصْبَحَ قَال: قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ، فَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلاَّ أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ، وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ
Artinya : “Bahawasanya Nabi saw telah keluar solat di masjid maka manusia telah solat bersama mengikutnya kemudian solat lagi pada malam seterusnya dan manusia menjadi semakin ramai kemudian mereka semua berhimpun pada malam ketiga tetapi baginda tidak keluar solat bersama mereka. Maka bila waktu paginya bersabda olih Nabi : Aku telah lihat apa yang kamu kerjakan maka tiadalah yang menghalang aku dari keluar kepada kamu melainkan aku bimbang bahawa diwajibkan solat itu atas kamu. Dan kejadian yang demikian itu berlaku pada bulan Ramadhan.” (Hadith riwayat Bukhari)
Dan pada satu riwayat yang lain Nabis aw bersabda :
خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ فَتَعْجِزُوا عَنْهَا
Artinya : “Aku bimbang bahawa nanti diwajibkan solat ini ke atas kamu sekelian maka jadi lemah olih kamu hendak menunaikannya.”
Maka tetaplah hukum mengerjakan solat tarawih itu hanyalah sunat bukan wajib.
IQAMAH PADA SOLAT TARAWIH
Tidak ada iqamah ketika hendak mendirikan solat sunat tarawih tetapi hendaklah diseru dengan ucapan : الصَّلاَةُ جَامِعَةٌ ketika hendak memulakan solat.
Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyyah :
- ذَهَبَ الْفُقَهَاءُ إِلَى أَنَّهُ لاَ أَذَانَ وَلاَ إِقَامَةَ لِغَيْرِ الصَّلَوَاتِ الْمَفْرُوضَةِ، لِمَا ثَبَتَ أَنَّ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَذَّنَ لِلصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ وَالْجُمُعَةِ دُونَ مَا سِوَاهَا مِنَ الْوِتْرِ، وَالْعِيدَيْنِ، وَالْكُسُوفِ، وَالْخُسُوفِ، وَالاِسْتِسْقَاءِ، وَصَلاَةِ الْجِنَازَةِ، وَالسُّنَنِ وَالنَّوَافِل.
وَقَال الشَّافِعِيَّةُ: يُنَادَى لِجَمَاعَةِ غَيْرِ الصَّلَوَاتِ الْمَفْرُوضَةِ: الصَّلاَةُ جَامِعَةٌ، وَنَقَل النَّوَوِيُّ عَنِ الشَّافِعِيِّ قَوْلَهُ: لاَ أَذَانَ وَلاَ إِقَامَةَ لِغَيْرِ الْمَكْتُوبَةِ، فَأَمَّا الأْعْيَادُ وَالْكُسُوفُ وَقِيَامُ شَهْرِ رَمَضَانَ فَأُحِبُّ أَنْ يُقَال: الصَّلاَةَ جَامِعَةً
Artinya : “Telah berjalan olih para fuqahak kepada bahawa tidak ada azan dan iqamah bagi selain dari solat fardu lima waktu kerana telah sabit bahawa Rasulullah saw telah menyuruh azan bagi sekelian solat fardu yang lima dan solat jumaat tiada menyuruh bagi selainnya daripada solat witir dan dua hari raya dan gerhana matahari dan bulan dan solat minta hujan dan solat janazah dan segala solat-solat sunat dan nawafil.
Dan telah berkata olih ulamak-ulamak mazhab Syafie : Diseru bagi berjemaah selain dari solat fardu yang lima dengan ucapan : الصَّلاَةُ جَامِعَةٌ. Dan Imam Nawawi telah menaqalkan dari Imam Syafie akan perkataanya : Tiada azan dan tiada iqamah bagi selain solat wajib lima waktu. Maka adapun solat sunat dua hari raya dan solat gerhana dan solat sunat bulan Ramadhan maka aku suka bahawa diucapkan : الصَّلاَةَ جَامِعَةً .”
NIAT SOLAT TARAWIH
Wajiblah seorang yang hendak menunaikan solat sunat tarawih itu berniat dengan menentukannya akan solat tarawih atau qiam Ramadhan didalam masa berniat.
Jika dia hanya berniat solat sunat sahaja maka tidak sah niatnya.
Contoh niat solat sunat tarawih :
“Aku sembahyang akan sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala .”
Dan jika makmum hendaklah berniat :
“Aku sembahyang akan sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala .”
Tersebut pada Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji :
هذا ولا بد من النية من تعيين: ركعتين من التراويح، أو من قيام رمضان، ولا تصح بنية النفل المطلق
Artinya : “Ini tidak bolih tidak dari berniat dari menentukan dua rakaat dari tarawih atau dari qiam Ramadhan. Dan tidak sah berniat sunat sahaja semata-mata.”
Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :
وينوي في كل ركعتين، فيقول سراً ندباً، أصلي ركعتين من التراويح المسنونة، أو من قيام رمضان، لحديث «إنما الأعمال بالنيات»،
Artinya : “Dan (wajib) berniat pada setiap dua rakaat dan sunat berkata dengan perlahan : Aku solat dua rakaat daripada tarawih yang disunatkan atau daripada qiam Ramadhan. Kerana berdalilkan hadith : Hanyasanya segala amal itu dengan berniat.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)
BILANGAN RAKAAT TARAWIH
Jumhur ulamak berjalan kepada bahawasanya bilangan rakaat tarawih ialah dua puluh rakaat lain dari tiga rakaat witir.
Berkata pengarang kitab Badai’ As-Soni’ :
فَذَهَبَ جُمْهُورُ الْفُقَهَاءِ - مِنَ الْحَنَفِيَّةِ، وَالشَّافِعِيَّةِ، وَالْحَنَابِلَةِ، وَبَعْضِ الْمَالِكِيَّةِ - إِلَى أَنَّ التَّرَاوِيحَ عِشْرُونَ رَكْعَةً، لِمَا رَوَاهُ مَالِكٌ عَنْ يَزِيدَ بْنِ رُومَانَ وَالْبَيْهَقِيُّ عَنِ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ مِنْ قِيَامِ النَّاسِ فِي زَمَانِ عُمَرَ - رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ - بِعِشْرِينَ رَكْعَةً، وَجَمَعَ عُمَرُ النَّاسَ عَلَى هَذَا الْعَدَدِ مِنَ الرَّكَعَاتِ جَمْعًا مُسْتَمِرًّا، قَال الْكَاسَانِيُّ: جَمَعَ عُمَرُ أَصْحَابَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ - رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ - فَصَلَّى بِهِمْ عِشْرِينَ رَكْعَةً، وَلَمْ يُنْكِرْ عَلَيْهِ أَحَدٌ فَيَكُونُ إِجْمَاعًا مِنْهُمْ عَلَى ذَلِكَ : بدائع الصنائع
Artinya : “Maka telah berjalan olih jumhur fuqahak dari mazhab Hanafi dan Syafie dan Hanbali dan sebahagian ulamak mazhab Maliki kepada bahawa solat tarawih itu ialah dua puluh rakaat kerana barang yang telah meriwayatkannya olih Imam Malik dari Yazid bin Ruman dan Al-Baihaqi daripada As’Saib bin Yazid yaitu orang-orang pada zaman Umar r.a. mendirikannya dengan dua pulu rakaat. Dan telah mengumpulkan olih Umar r.a. atas bilangan rakaat-rakaat ini atas perhimpunan yang tetap. Berkata Imam Al-Kasaie : Umar r.a. telah mengumpulkan sekelian sahabat Rasulullah saw pada bulan Ramadhan atas Ubai bin Ka’ab r.a. sebagi imam lalu Ubai solat bersama mereka sebanyak dua puluh rakaat dan tidak ada seorang pun dari sahabat r.a. yang ingkarkannya maka jadilah ia sebagai ijmak dari para sahabat atas yang demikian itu.”
Telah meriwayatkan olih Abu Bakar Abdul ‘Aziz r.a. pada kitabnya As-Syafi daripada Ibnu Abbas r.a. :
أن عمر لما جمع الناس على أبي بن كعب كان يصلي لهم عشرين ركعة. وعن علي «أنه أمر رجلاً يصلي بهم في رمضان عشرين ركعة» وهذا كالإجماع.
وثبت أن أبي بن كعب كان يقوم بالناس عشرين ركعة في قيام رمضان، ويوتر بثلاث.
Artinya : “Sungguhnya Umar r.a. tatkala mengumpulkan manusia di bawah pimpinan Ubai bin Ka’ab r.a. adalah sembahyang ia bersama mereka dua puluh rakaat. Dan diriwayatkan daripada Ali r.a. : Sungguhnya beliau memerintahkan seorang imam sembahyang dengan orang-orang pada bulan Ramadhan dua puluh rakaat. Dan ini adalah seperti ijmak. Dan sabit bahawasanya Ubai bin Ka’ab r.a. adalah dia menjadi imam kepada orang-orang sebanyak dua puluh rakaat pada qiam Ramadhan dan melakukan sembahyang witir sebanyak tiga rakaat.” (Kitab Mausu’atul Fiqhiyyah)
Berkata Imam Ad-Dusuqi :
كَانَ عَلَيْهِ عَمَل الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ : حاشية الدسوقي
Artinya : “Adalah atasnya (dua puluh rakaat itu) menjadi amalan para sahabat dan tabi’ein.” (Kitab Hasyiah Ad-Dusuqi)
Dan berkata Syeikh Ali As-Sanhuri :
هُوَ الَّذِي عَلَيْهِ عَمَل النَّاسِ وَاسْتَمَرَّ إِلَى زَمَانِنَا فِي سَائِرِ الأْمْصَارِ
Artinya : “Ialah (dua puluh rakaat) yang telah mengerjakannya olih orang-orang dan berkekalan sampai zaman kita pada sekelian kota-kota besar.” “(Kitab Syarah Zarqani)
Dan ulamak-ulamak mazhab Maliki menyebut :
الْقِيَامُ فِي رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً أَوْ بِسِتٍّ وَثَلاَثِينَ وَاسِعٌ أَيْ جَائِزٌ، فَقَدْ كَانَ السَّلَفُ مِنَ الصَّحَابَةِ - رِضْوَانُ اللَّهِ عَلَيْهِمْ - يَقُومُونَ فِي رَمَضَانَ فِي زَمَنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ - رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ - فِي الْمَسَاجِدِ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً، ثُمَّ يُوتِرُونَ بِثَلاَثٍ، ثُمَّ صَلُّوا فِي زَمَنِ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ سِتًّا وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً غَيْرَ الشَّفْعِ وَالْوِتْرِ.
Artinya : “Bermula solat sunat pada Ramadhan dengan dua puluh rakaat atau dengan tiga puluh enam rakaat harus ia. Maka sungguhnya para salaf dari kalangan sahabat r.a. mendirikan mereka itu pada bulan Ramadhan di zaman Umar Al-Khattab r.a. pada segala masjid dengan dua puluh rakaat kemudian mengerjakan olih mereka itu akan solat witir tiga rakaat. Kemudian pada zaman Umar bin Abdul Aziz mereka kerjakannya sebanyak tiga puluh enam rakaat selain dari solat witir.” (Kitab Mausu’atul Fiqhiyyah)
Telah menyebut olih Syeikh Zakaria Al-Ansari :
وَقَال الشَّافِعِيَّةُ: وَلأِهْل الْمَدِينَةِ فِعْلُهَا سِتًّا وَثَلاَثِينَ؛ لأِنَّ الْعِشْرِينَ خَمْسُ تَرْوِيحَاتٍ، وَكَانَ أَهْل مَكَّةَ يَطُوفُونَ بَيْنَ كُل تَرْوِيحَتَيْنِ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ، فَحَمَل أَهْل الْمَدِينَةِ بَدَل كُل أُسْبُوعٍ تَرْوِيحَةً لِيُسَاوُوهُمْ
Artinya : “Berkata ulamak mazhab Syafie dan bagi penduduk negeri Madinah mengerjakan tarawih dengan tiga puluh enam rakaat kerana dua pulu rakaat itu ialah lima kali tarawih. Dan adalah penduduk Mekah mereka tawaf pada setiap dua kali tarawih (empat rakaat) tujuh keliling. Maka penduduk negeri Madinah menggantikan tujuh kali keliling itu akan satu tarawih (empat rakaat) supaya menyamai akan penduduk Mekah.” (Kitab Asnal Matalib)
Tersebut pada kitab Kitab Kasyful Qina’ yaitu fiqh mazhab Hanbali :
وَقَال الْحَنَابِلَةُ: لاَ يَنْقُصُ مِنَ الْعِشْرِينَ رَكْعَةً، وَلاَ بَأْسَ بِالزِّيَادَةِ عَلَيْهَا نَصًّا
Artinya : “Dan telah berkata ulamak mazhab Hanbali tiada kurang dari dua pulu rakaat dan tidak mengapa jika lebih atas dua puluh rakaat sebagai nas.”
wallahua’lam
0 ulasan:
Catat Ulasan