"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Penafian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penafian. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Ogos 2024

Olimpik Paris 2024:RTM nafi tak siar perlawanan Zii Jia

 Ketua Pengarah Penyiaran Suhaimi Sulaiman berkata perlawanan itu disiarkan secara langsung di saluran Okey pada 8.50 hingga 9.30 malam Khamis.


Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta penjelasan RTM selepas terdapat dakwaan stesen televisyen itu tidak menyiarkan perlawanan membabitkan Lee Zii Jia. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: 
RTM menafikan tidak menyiarkan secara langsung aksi pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.

Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman, berkata perlawanan Zii Jia menentang pemain ke-62 dunia dari Sepanyol Pablo Abian disiarkan secara langsung di saluran Okey pada Khamis, 8.50 malam hingga 9.30 malam.

“Terdapat perlawanan atlet Israel menentang pemain Nepal melalui saluran Olimpik 4 RTMKlik yang tidak sengaja disiarkan kurang daripada lima minit.

Bagaimanapun, RTM telah mengambil tindakan segera menukar siaran ke acara lain iaitu acara bola baling,

 katanya dalam kenyataan.


Suhaimi Sulaiman.

Suhaimi berkata, RTM menyiarkan secara langsung Sukan Olimpik melalui dua saluran utama iaitu
TV Okey dan saluran Sukan dan enam saluran khas di RTMKlik.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta RTM memberikan penjelasan selepas terdapat dakwaan stesen televisyen itu tidak menyiarkan perlawanan membabitkan pemain profesional badminton perseorangan lelaki negara.-FMT

Ahad, 6 Jun 2021

Isu langgar SOP:'MB pi jengok kereta, bukan pi nak beli' - SU Politik

 


Dakwaan mengatakan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Noor melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan memandu uji kereta di sebuah pusat pameran kereta di Juru, Pulau Pinang, disangkal oleh setiausaha politiknya.

Afnan Hamimi Taib Azamuddin menjelaskan, Sanusi dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan singgah di Juru untuk membeli bekalan makanan susulan kawasan rehat dan rawat (R&R) ditutup.

Jelasnya, kebetulan kedai tempat membeli makanan di Juru itu berdekatan dengan pusat pameran kereta dan ia tidak beroperasi.

"Ada seorang jurujual duk susun kereta Ford Ranger di luar show room. Menteri besar pi jengok kereta itu. Bukan pi nak beli. Saja nak pi tengok. Minat. Kalau pi hendap-hendap satgi orang tengok pelik pulak.

"Walaupun show room tutup, salesman tu bersopan, layan orang yang mai sambil-sambil duk alih kereta-kereta tu. Dia tahu waktu ini tak boleh berniaga. SOP PKP. Orang berniaga, macam tu la," katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam tadi.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nini Siron mendakwa Sanusi berada di pusat jualan kereta dan memandu uji sebuah kenderaan di situ.

Dia juga mendakwa berlaku pelanggaran SOP termasuk menaiki kenderaan dengan tiga penumpang sekali gus melebihi had dibenarkan dalam tempoh sekatan pergerakan penuh (total lockdown) yang sedang berkuat kuasa.

Bagaimanapun hantaran itu kemudiannya dipadam selepas menjadi tular sekali gus mewujudkan pelbagai reaksi netizen.

Sebagai rekod pusat jualan kenderaan termasuk aktiviti pandu uji tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh pelaksanaan total lockdown ini.

Mengulas lanjut, Afnan Hamimi berkata, Sanusi dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama seorang pemandu dan polis pengiring, manakala pergerakan rentas daerah atau negeri oleh wakil rakyat dibenarkan.

Menurutnya, selepas siap beli makanan, Sanusi meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

"Ford Ranger itu duk ada kat Juru tu. Tak ikut pi sekali. Tiada test drive berlaku.

"Kereta Vellfire yang menteri besar naik itu memang Sada (Syarikat Air Darul Aman) punya. Menteri besar adalah pengerusi Sada. Tiada masalah untuk guna kereta itu bagi urusan rasmi.

"Tulisan perkataan 'Menteri Besar Kedah' pada kereta itu untuk memudahkan pengecaman pihak polis ketika melalui sekatan jalan raya," katanya. 

Sementara itu Bernama melaporkan polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad berkata siasatan dilakukan menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Polis akan memanggil semua yang terlibat termasuk menteri besar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.-mKini

Ahad, 15 November 2020

Isu Panas:AIha Alfa TampiI Memberitahu Sesuatu yg Mengejutkan

 

Kecoh di media sosial mengenai penahanan lima rakan sejenayah termasuk seorang usahawan kosmetik pada Selalu lalu.

Ini selepas disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan d4dah methamphetamine rentas negara.

Menurut laporan Harian Metro, pasangan adik-beradik berusia 25 tahun dan 31 tahun yang menaiki sebuah kereta Ford Mustang.

Mereka ditangkap di sekitar Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, Serdang, Selangor.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu, polis berjaya merampas 120 bungkusan teh cina.

Ia mengandungi bahan disyaki dadah methamphetamine dengan anggaran berat 126.85 kilogram.

Dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM5 juta.

“Polis turut merampas sebuah kenderaan Ford Mustang dianggarkan bernilai RM500,000 yang didaftarkan di atas nama isteri kepada suspek kedua,”

Kata Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed.

Difahamkan, usahawan kosmetik di Kelantan itu menggunakan gelaran Datuk Seri.

Manakala adiknya adalah anggota tentera berpangkat biasa yang bertugas di ibu kota.

Bagaimanapun, semakan nama Datuk Seri pada kad perniagaan mendapati tiada dalam sistem yang berkemungkinan menggunakan gelaran palsu.

“Kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan urin negatif,” ujarnya.

Selain itu, tiga lagi suspek membabitkan dua warga tempatan dan seorang warga Indonesia berumur lingkungan 32 hingga 43 tahun.

Mereka turut ditahan dipercayai menjadi orang tengah sindiket berkenaan.

Tambah beliau, ketiga-tiga suspek positif dadah methamphetamine malah dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes dadah dan jenayah.

Polis turut merampas tiga kenderaan Nissan Almera, kereta MPV Toyota Innova dan kereta Honda HRV.

Serta wang tunai berjumlah RM3,000 yang mana keseluruhan sitaan bernilai RM158,000.

Semua tangkapan ditahan reman selama tujuh hari mulai 11 November hingga 17 November dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tinjuan di laman Facebook mendapati rata-rata warganet mula membuat pelbagai spekulasi.

Dimana cuba meneka siapa gerangan usahawan kosmetik tersebut dengan menggunakan ‘hint-hint’ diberikan.

Siapakah orangnya?

   

Jenuh fikir yang mana satu!

    

Macam2 ‘hint’ nak kena fikir

   

Rata rata netizenn berteka teki mencari siapakah gerangan usahawan tersebut dan secara tiba tiba nama Alha Alfa dikaitkan oleh netizenn.

Menerusi halaman facebook Alha Alfa beliau kongsikan beberapa tangkap layar dan beritahu bukan beliau orang yang dimaksudkan.

Dikatakan Terbabit Sindeket Haram, Alha Alfa Tampil Memberitahu Sesuatu yg Mengejutkan

Agak2 lah korg jgn lah nak main melvlu2 nak srang2 nak maln dm2 nak komen bukan2 kat ig sy..

Agak2 lah sy jual ddah..hahha main tngkap muat je..sy tgh huha2 ni tgh keje lagi..

Sorry guys nak sembvr tu, kaji dlu..xkn la sy sorg je pakai mustang kat malaysia ni..

Agak2 nak guna pakai gamba keta sy suka hati macamni.. ya allah..sedihhh.

Dikatakan Terbabit Sindeket Haram, Alha Alfa Tampil Memberitahu Sesuatu yg Mengejutkan

Komen Dari Orang Ramai

Org yg buat fltnah nie mmg bvsuk ati kt dato sbb skrng nie dato dh melonjak naik ke atas.

Kami yg mnjual product dato tau dato cmno……

Ini sume ujlan dr Allah…Jom kita same2 doa moga dato diberi kekuatan….

Jom kita submit doa di hari hujan nie moga ape mereka yg buat dato tue jatvh trsungkoq hendaknya.

Dikatakan Terbabit Sindeket Haram, Alha Alfa Tampil Memberitahu Sesuatu yg Mengejutkan

Cerita palsv cepat je tersebar… Pelikk la manusia ni…

Dato Alha Alfa ada je melepak dkt umh..siap baru makeup mawar lagi tuk abph.. Ayoooo uolss ni.

Sumber: Harian Metro (Ruwaida Md Zain) , Facebook


Credit:budaksitu.pw