"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Sejarah Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah Melayu. Papar semua catatan

Selasa, 19 Mac 2024

10 FAKTA SALAH TENTANG KESULTANAN MELAYU MELAKA YANG BERLEGAR DI KALANGAN ORANG AWAM OLEH- KISAH SEJARAH MELAYU.

 10 FAKTA SALAH TENTANG KESULTANAN MELAYU MELAKA YANG BERLEGAR DI KALANGAN ORANG AWAM OLEH- KISAH SEJARAH MELAYU.

1)Kesultanan Melayu Melaka hanyalah satu mitos dalam sejarah kerana tiada bukti arkeologi tentang kewujudan kerajaan ini.

Jawapan : Bukti kewujudan Kesultanan Melayu Melaka sangat kuat dan kukuh sama ada dari sumber arkeologi atau filologi (manuskrip). Dari sumber arkeologi antaranya ialah penemuan batu nisan Sultan Mansur Syah, Sultan Ala'uddin Riayat Syah dan Sultan Muhammad Syah. Di samping itu turut ditemui wang syiling sejak dari Sultan Muzaffar Syah. Dari segi manuskrip pula, kewujudan Kesultanan Melayu Melaka dapat dibuktikan dari kewujudan Hukum Kanun Melaka, Sulalatus Salatin dan catatan-catatan pegawai Portugis abad ke-16 (Portuguese Documents on Malacca).

2)Kesultanan Melayu Melaka hanyalah sebuah kerajaan kecil, tidak penting, miskin dan kuno.

Jawapan: Menurut catatan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka adalah sebuah kerajaan yang sangat kaya dan penting. Portugis mencatatkan bahawa pelabuhan Kota Melaka adalah pelabuhan yang terkaya di dunia dan Kesultanan Melayu Melaka berperanan sebagai penyara kerajaan-kerajaan Islam di zamannya.

3)Kesultanan Melayu Melaka tidak memiliki teknologi senjata api di mana ketika tentera Melaka berperang dengan Portugis, mereka hanya menggunakan senjata selain senjata api seperti keris, lembing, tombak dan sumpit.

Jawapan : Menurut catatan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka miliki sekitar 8,000 pucuk senjata api. Malah teknologi pembuatan senjata api oleh Kesultanan Melayu Melaka adalah setanding dengan kualiti pembuatan senjata api oleh orang-orang Jerman.

4)Kota Melaka hanyalah berbentuk seperti sebuah perkampungan Melayu di mana tiada kemudahan infrastruktur seperti kota-kota yang sezaman dengannya.

Jawapan : Portugis mencatatkan bahawa Kota Melaka adalah antara kota yang tersibuk di dunia dengan aktiviti perdagangan. Di samping itu, Kota Melaka juga dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan awam yang baik seperti wujudnya rangkaian jalan darat dan hospital.

5)Istana Melaka hanyalah seperti sebuah rumah tradisional Melayu semata-mata.

Jawapan : Sulalatus Salatin dan catatan Portugis telah menerangkan tentang keagungan Istana Melaka. Sulalatus Salatin menyatakan bahawa Istana Melaka adalah istana yang tercantik dan termewah di Alam Melayu. Manakala Portugis pula mencatatkan bahawa terdapat ruangan bawah tanah yang kalis api di Istana Melaka yang menyimpan harta kekayaan Sultan Melaka.

6)Kesultanan Melayu Melaka adalah sebuah kerajaan yang tidak bersistematik dan caca marba dalam urusan pentadbirannya.

Jawapan : Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka sendiri membuktikan bahawa Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan yang sistematik dan berdaulat.

7)Sultan Melaka semuanya zalim, tidak berperi kemanusiaan dan tidak bertamadun.

Jawapan : Catatan dari Sulalatus Salatin dan catatan Portugis menyatakan bahawa kebanyakan dari Sultan Melaka adalah terdiri dari tokoh yang pintar, adil dan berwibawa.

8)Sultan dan masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka tidak kuat berpegang pada ajaran Islam.

Jawapan: Catatan dari Sulalatus Salatin dan Portugis membuktikan bahawa kebanyakan Sultan Melaka adalah dari kalangan mereka yang kuat berpegang dengan ajaran Islam dan berwibawa. Di samping itu, Hukum Kanun Melaka turut membuktikan betapa kuatnya pegangan Sultan dan masyarakat Melaka pada ajaran Islam.

9)Kesultanan Melayu Melaka tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan di luar Alam Melayu.

Jawapan : Terdapat banyak bukti yang kukuh tentang hubungan diplomatik yang dijalinkan oleh Sultan Melaka dengan kerajaan-kerajaan asing. Antaranya ialah catatan rasmi kerajaan Dinasti Ming di China dan surat-surat Sultan dan Laksamana Melaka yang tersimpan di Okinawa, Jepun.

10)Portugis menakluki Melaka secara kebetulan dan dapat menakluki Melaka dengan mudah.

Jawapan : Portugis memang telah merancang dari awal untuk menakluki Melaka kerana mereka menyedari tentang sumber kekayaan perdagangan kerajaan-kerajaan Ialam pada ketika itu. Di samping itu, Portugis tidak mudah menakluki Kota Melaka.

Mereka hampir tewas dan hampir berputus asa untuk menakluki Kota Melaka sebagaimana yang dicatatkan oleh pegawa-pegawai Portugis.

Kredit : Seller Buku Alam Melayu & Islam - ALAMI

<YP>

Sumber

Rabu, 13 Mac 2024

Warkah Terakhir Almarhum Raja Haji Fisabilillah

 

Raja Haji Fisabilillah ibni Daeng Chelak adalah seorang pahlawan agung Melayu-Bugis yang hidup ketika tahun 1727-1784. Baginda juga adalah Yang Dipertuan Muda (Putera Raja) Kesultanan Johor pada tahun 1777-1784. Baginda syahid di Teluk Ketapang, Teluk Mas, Melaka. Peristiwa berlaku tanggal 19 Rejab 1198 Hijrah bersamaan 17 Jun 1784. Raja Haji terkorban ketika pertempuran dengan Jacob Peter Van Braam bersama lebih kurang 500 orang pejuang lain.

Sebelum Almarhum baginda syahid dalam perjuangan terakhirnya, baginda sempat meninggalkan warkah terakhir buat anak cucunya serta orang Melayu. Di dalam nukilannya, Almarhum baginda sangat kesal terhadap sekumpulan orang Melayu yang sanggup menjadi tali barut kepada Belanda, mengkhianati agama dan bangsa demi ketamakan kuasa dan harta. Gelaran munafik dan wajah Melayu hati Belanda diberikan pada mereka ini.

Antara kejadian dilakukan pengkhianat ini adalah ketika Raja Haji serta pejuang setia lain sedang solat berjemaah. Ketika sujud, para pengkhianat ini bangkit sementara Imam dan jemaah lain masih dalam sujud yang panjang. Dengan bacul, mereka menikam pisau di belakang yang lain hingga ada yang syahid.

Namun, baginda juga yakin dengan pertolongan Allah SWT yang masih ada banyak lagi orang Melayu yang setia dan sanggup berjuang demi mempertahankan agama dan tanah air. 

Baginda juga berpesan yang kelak akan ada jatuh fitnah pada orang Melayu akibat perbuatan khianat sebahagian dari mereka ini. Ada juga dari antara mereka akan menyambung lidah Belanda, menuduh baginda sebagai seorang yang tamakkan kuasa dan harta. Tapi apa yang baginda mahukan adalah bangsanya umat Melayu hidup bermaruah dan punya kehormatan diri.

Akan tiba nanti di suatu zaman orang-orang Melayu akan bersatu dan sanggup mati di jalan Allah. Umat Melayu takkan hilang di dunia dan raja yang adil serta pemerintah yang mukminin mukminat akan memerintah. Ulama dan cendekiawan akan menjadi penasihat serta ahli sufi bebas dari tuduhan ajaran sesat. Zaman makmur akan tiba buat kita bila hak-hak Allah dipenuhi serta hak-hak rakyat dilaksanakan. 

Kejatuhan umat Melayu dulu kerana kerakusan raja dan pemerintah yang tamak keduniaan. Rakyat jelata pula terikut, melakukan perkara tak berfaedah. Musuh nyata si penjajah tapi dibuat kawan pula dek termakan kata-kata manis. Apabila kita mula alpa dan lalai dengan melakukan perkara larangan Allah, tunggulah bala yang akan diturunkan pada umat Melayu.

Dalam akhir warkahnya itu, Raja Haji sempat menulis,“Sekiranya perjuangannya itu benar, semoga Allah mengekalkan tulisannya itu dan membutakan mata orang Belanda daripada menjumpai warkah ini, supaya warkahnya itu sampai kepada seluruh Umat Melayu pada generasi mendatang”.

Sumber: Demi Malaiu

Sabtu, 2 Mac 2024

PANGLIMA PERANG MALIK

 PANGLIMA PERANG MALIK

Panglima Perang Malik merupakan salah seorang panglima dari beberapa orang panglima Kesultanan Selangor di bawah pemerintahan Sri Sultan Ibrahim Shah ibn Sri Sultan Salehuddin Shah ibn Yang Dipertuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak ibn Opu Daeng Rilaga.

Beliau dilahirkan pada tahun 1759 di Kuala Selangor dan dikatakan berasal dari Kampung Tanjung Pisang Sesikat. Sejak kecil, Panglima Perang Malik telah dididik dengan ilmu agama oleh kedua orang tuanya. Meningkat remaja, beliau berlatih silat dengan seorang guru persilatan di Kampung Permatang untuk tujuan perlindungan dan mendapat jodoh pun dengan orang Kampung Permatang.

Panglima Perang Malik berkhidmat sebagai panglima perang Kesultanan Selangor sekitar tahun 1780 dan beliau telah menceburi medan pertempuran dalam beberapa siri serangan ke atas tentera Belanda di Melaka dan Kuala Selangor pada tahun 1784. Kemudian pada tahun 1785, beliau bersama Sri Sultan Ibrahim Shah, Panglima Perang Besar Saiyyid Jaafar bin Saiyyid Sharid Hassan, Panglima Tok Sekam dan panglima-panglima Selangor yang lainnya telah menyerang tentera Belanda di atas Bukit Selangor.

Turut serta dalam serangan itu ialah 2,000 orang tentera bantuan Pahang dibawah pimpinan Bendahara Tun Abd Majid, 1,500 orang tentera Rembau dibawah pimpinan Raja Ali  dan tentera bantuan dari Kesang dibawah pimpinan Tok Laji. Menurut catatan, Sri Sultan Ibrahim Shah dapat menawan kembali Bukit Selangor dalam satu hari sahaja.

Pada tahun 1805, Panglima Perang Malik dan beberapa orang panglima handalan telah terlibat secara langsung menyerang Perak bersama Sri Sultan Ibrahim Shah. Dalam serangan itu, Selangor dapat mengusai sebahagian dari negeri Perak.

Pada tahun 1806, Raja Ahmad ibn Raja Haji Fisabilillah ibn Yang Dipertuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak telah datang ke Kuala Selangor dan menetap beberapa tahun di sana. Sekitar tahun 1807, Raja Ahmad telah jatuh cinta dengan anak perempuan Panglima Perang Malik yang bernama Cik Hamidah dan berlakulah penikahan di antara mereka berdua. Pada hari pernikahan itu, ramai kaum kerabat antara kedua mempelai itu hadir.

Pada tahun 1808, Raja Ahmad telah mendapat seorang putera dan diberi nama Raja Ali Haji. Tentang kelahiran Raja Ali Haji, ada yang mengatakan bahawa beliau dilahirkan di Kuala Selangor dan ada pula mengatakan bahawa Raja Ali Haji dilahirkan di Lingga, Pulau Penyengat Riau. 

Panglima Perang Malik dikatakan telah meninggal dunia sekitar tahun 1830-an ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah ibn Sri Sultan Ibrahim Shah.

#MAMR