"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Restoran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Restoran. Papar semua catatan

Rabu, 13 Januari 2021

Papar gambar pemimpin komunis, pemilik kafe beri kenyataan

Kes disiasat mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana terbitkan propaganda sebuah pertubuhan haram

 

GEORGE TOWN, 29 Jamadilawal 1442H, Rabu – Pemilik kafe yang didapati menggunakan kertas hias dinding (wallpaper) memaparkan wajah pemimpin komunis, Mao Tze Tong pada dua kafenya di Pulau Pinang, memberi kenyataan kepada polis hari ini.

Peguam pemilik kafe itu, Dev Kumaraendran berkata, anak guamnya seorang warga tempatan berusia 40 tahun manakala isterinya, warga China berusia 30-an, hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, untuk memberi keterangan dan membantu siasatan kes tersebut.

“Pasangan suami isteri itu hadir (untuk memberi kenyataan) selepas tamat menjalani kuarantin dan disahkan negatif COVID-19 pagi tadi…mereka tidak berniat untuk mengambarkan unsur-unsur komunisme menggunakan kertas dinding di kafe seperti yang didakwa pelbagai pihak.

“Tidak mungkin (niat untuk menggambarkan unsur komunisme). Tetapi sama ada, ada atau tidak, atau persepsi…itu terserah kepada siasatan pihak polis,” katanya kepada pemberita selepas hadir bersama pasangan suami isteri tersebut di sini, hari ini.

Katanya kafe di Pulau Tikus yang ditampal dengan kertas hias dinding, telah beroperasi sejak empat tahun lepas manakala sebuah lagi kafe di Juru, Bukit Mertajam, dekat sini, beroperasi sejak dua tahun lepas dan ia tidak pernah menjadi pertikaian, sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Ra’ais ketika dihubungi Bernama mengesahkan, pihaknya telah merekodkan keterangan pasangan suami isteri yang juga pemilik dua buah kafe tersebut bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.

“Polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan haram.

Selain itu, kes terbabit juga disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menerbit atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Pada 2 Januari lepas, dua kafe itu menjadi tular di dalam laman sosial WhatsApp dan Facebook serta mendapat kecaman netizen selepas didakwa menggunakan karya lukisan yang mempunyai elemen komunis.

Susulan itu, polis telah menyerbu dan merampas pelbagai gambar serta cawan yang mempamerkan karikatur berunsurkan wajah pemimpin komunis di dua premis tersebut. – Bernama

-ismaweb

Selasa, 5 Januari 2021

Polis serbu restoran di Melaka papar 18 gambar komunis

 

BANDA HILIR 4 Jan. – Sebuah restoran di Jalan Jonker, di sini, diserbu pihak polis selepas didapati memaparkan 18 gambar mirip pemimpin Parti Komunis, Mao Zedong di dinding restoran terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, pihaknya telah menjalankan serbuan hasil maklumat hasil orang awam selain pemantauan pihak polis mendapati gambar pemimpin itu digantung di dinding bahagian dalam premis.

Katanya, dalam operasi yang dijalankan kira-kira jam satu petang semalam, pihaknya telah menahan seorang wanita berusia 51 tahun dipercayai pemilik premis berkenaan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.


“Kita sudah membuka kertas siasatan untuk kes ini dan pemilik premis terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan haram.

Selain itu, kes terbabit juga disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menerbit atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.


Terdahulu, media melaporkan sebuah restoran di Georgetown, Pulau Pinang disiasat selepas didapati menghias dua premisnya masing-masing di Auto City dan Pulau Tikus dengan kertas dinding memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis.

Tindakan itu diambil selepas gambar hiasan dalam restoran itu tular dalam media sosial sehingga menimbulkan pertikaian warganet. – MHI


Kredit: https://cin-ca.blogspot.com

Sabtu, 14 November 2020

Restoran Halal terkenal jual mi kari babi?

 


Shah Alam:
 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Selangor (KPDNHEP) menyerbu sebuah restoran terkenal di sini, yang disyaki menggunakan bahan mentah tidak halal di dalam hidangan mi kari, semalam.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, tindakan itu susulan tular satu rakaman video di media sosial apabila restoran terbabit menyajikan mi kari mengandungi bahan mentah disyaki daging babi.

Beliau berkata, susulan daripada video tular berkenaan, sepasukan anggota penguat kuasa KPDNHEP Selangor menjalankan pemeriksaan lanjut di premis makanan terletak Subang Jaya itu pada 11 pagi semalam.

"Hasil pemeriksaan di bahagian dapur restoran, anggota menemukan bahan mentah digunakan untuk menyediakan menu mi kari kepada pelanggan.

"Ketika ditanya anggota, pengurus restoran menafikan daging terbabit adalah daging babi dan mendakwa itu adalah daging ayam diperap dengan perencah barbeku.

"Bahan mentah utama itu disita bagi tujuan ujian makmal dan keterangan pakar. Menurut pengurus terbabit, bekalan bahan mentah itu dipesan pihak ibu pejabat syarikat restoran itu," katanya dalam satu kenyataan.

Muhamad Zikril Azan berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) yang masih dalam tempoh sah sehingga 30 November ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menyita Sijil Halal Jakim dan dokumen penghantaran bahan mentah oleh pembekal.

"Menurut pengurus premis itu, dia mempunyai tiga pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tukang masak di restoran berkenaan.

"Kes akan disiasat mengikut kesalahan Perintah 3(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 iaitu apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.

"Ia bermaksud, makanan atau barang-barang itu bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang yang dilarang oleh hukum syarak bagi orang Islam untuk memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

"Jika disabitkan kesalahan, ia boleh didenda seperti mengikut Perintah 5 Perintah Perihal Dagangan 2011," katanya.

Beliau menegaskan, pihaknya akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan mana-mana pemegang sijil halal Jakim sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan serta sentiasa menekankan aspek kesucian dan kebersihan bagi menjamin kemaslahatan pengguna Muslim di negara ini.

Menurutnya, pemeriksaan sama turut dijalankan pejabat KPDNHEP Cawangan Sepang, KPDNHEP Cawangan Kajang dan KPDNHEP Cawangan Gombak membabitkan 15 anggota terhadap cawangan restoran berkenaan.

"Orang ramai dialu-alukan supaya menyalurkan maklumat berkaitan dengan isu halal melalui hotline 1-800-886-800 atau 03- 8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC).

"Orang ramai boleh menyalurkan melalui web KPDNHEP atau aplikasi WhatsApp di talian 019-2794317 supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dengan lebih efektif selaras dengan cogan kata kementerian "Pantas, Cekap dan Efektif," katanya.

-mindarakyat