Selasa, 13 April 2021

Tun Faisal ajak Zahid sumpah bersama di surau PWTC, Jumaat ini

 


Bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tun Faisal Ismail Aziz membuat undangan terbuka kepada Presiden Umno Zahid Hamidi untuk bersumpah dengan nama Allah berkaitan isu dakwaan perbualan telefonnnya dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Memuatkan undangan itu di media sosialnya, Tun Faisal mencadangkan acara itu dibuat di Surau Ar-Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur selepas solat Jumaat, 16 April.

“Semoga nama kita berdua dapat dibersihkan dan Umno dapat kembali bersatu dan berada di landasan sebenar perjuangan,” katanya yang digantung keanggotaan dua penggal dalam Umno, dipercayai kerana mengkritik Zahid.

Tun Faisal turut berkongsi teks sumpah cadangannya yang antara lain mengandungi lafaz “wallahi”, “wabillahi” dan “watallahi”.

Dia sebelum ini menafikan mencipta rakaman audio yang didakwa melibatkan Zahid dan Anwar.

Kedua-dua pemimpin itu menafikan ketulenan rakaman suara itu.

-mindarakyat


0 ulasan:

Catat Ulasan