"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Billionaire. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Billionaire. Papar semua catatan

Rabu, 3 Julai 2024

Nilai Kekayaan Bekas CEO Microsoft, Steve Ballmer Kini Mengatasi Bill Gates

 Nilai kekayaan bekas CEO Microsoft, Steve Ballmer kini dilihat telah pun mengatasi pengasas Microsoft sendiri, Bill Gates. 

Melalui angka terbaru yang dikemaskini, Steve Ballmer mempunyai nilai kekayaan mencapai $158 bilion, sementara Bill Gates pula sebanyak $157 bilion.

 Ini juga selari dengan kedudukan Steve Ballmer sebagai pemegang saham individu Microsoft tertinggi.

Terdapat beberapa sebab mengapa pegangan Steve Ballmer mengatasi Bill Gates, termasuk disebabkan beberapa portfolio pelaburan Bill Gates yang tidak membawa kepada keuntungan yang tinggi seperti pegangan saham Microsoft. 

Disamping itu, Bill Gates juga turut menyumbang sejumlah kekayaan untuk tujuan derma.

Bill Gates setakat ini telah menderma lebih $60 bilion dibawah Gates Foundation. 

Steve Ballmer turut tidak ketinggalan dan sedia membentuk Ballmer Group yang memberi dana untuk organisasi dan individu dalam membentuk dan memperluas akses ekonomi di Amerika Syarikat.

Steve Ballmer sebelum ini telah menjadi CEO Microsoft pada tahun 2000 sehingga 2014, dimana dibawah beliau Microsoft telah membeli Nokia, membangunkan Windows Phone, dan turut memberikan fokus lebih kepada para pembangun. 

-amanz.my

Jumaat, 15 Januari 2021

Kisah Anak Seorang Pemandu Teksi Jadi Billionaire Terbaharu Di Malaysia


 Tan Eng Kee, ahli baharu kelab billionaire di Malaysia, yang kehilangan ayahnya pada umur 13 tahun tidak pernah membayangkan bahawa dia akan berada setaraf dengan billionaire yang lain.

Dia yang juga pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Greatech Technology yang berpangkalan di Pulau Pinang menyaksikan sahamnya melonjak 330% pada tahun lalu, mendorong Tan menjadi ahli baharu kelab billionaire dengan nilai bersih lebih dari $1 bilion (RM4.04 bilion), lapor Forbes.

Syarikatnya yang bertanggungjawab menghasilkan peralatan automasi industri untuk pelbagai pengeluar yang berbeza telah disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia 13 Jun 2019.

“Saya tidak pernah mempunyai impian untuk menjadi jutawan. Saya sama sekali tidak mengharapkan ini. Saya mempunyai kehidupan yang sederhana – saya datang ke pejabat; buat kerja dan saya pulang. Tidak ada yang berubah kerana ini,” katanya kepada Forbes.

Tan dibesarkan di Pulau Pinang dari keluarga yang tidak mempunyai apa-apa. Ayahnya seorang pemandu teksi, meninggal dunia ketika Tan berusia 13 tahun. Ini memaksa dia untuk bekerja seawal usia 16 tahun di sebuah kedai roti selepas waktu persekolahan.

Tan kemudian memperoleh sijil dalam bidang kejuruteraan mekanikal pada tahun 1991, dan mula bekerja sebagai perancang pengeluaran untuk syarikat alat ketepatan. Dua tahun kemudian, dia meminjam RM10,000 dari ibunya, dan menubuhkan Greatech (M) Sdn Bhd.

Tidak bergerak sendiri, dia memanggil seorang lagi teman untuk membantunya dalam bidang pemasaran, dan pada tahun 1995, dia berjaya meyakinkan teman sekolahnya Khor Lean Heng untuk turut serta dengannya. Tetapi pada tahun 2001, Tan menutup syarikat tersebut.

Bagaimanapun, dia dan Khor telah menubuhkan Greatech Integration, syarikat yang menghasilkan peralatan separa automatik dan automatik untuk sektor elektronik pengguna. Greatech mula berkembang ke industri semikonduktor pada tahun 2002 dan ke sektor solar pada tahun 2010.

Kini, menurut Forbes, penjualan untuk sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2020 meningkat 17 peratus kepada RM184.78 juta sementara keuntungan bersih melonjak 64 peratus kepada RM59.338 juta. Syarikat itu memperoleh keuntungan besar ketika permintaan untuk kenderaan elektrik dan tenaga surya meningkat.

Walaupun berlakunya wabak, semua lapan kilang syarikatnya sudah beroperasi. “Perniagaan kami semakin kuat,” kata Tan, yang bersiap untuk pertumbuhan lebih lanjut.

Pada bulan Disember, Greatech memperluas kapasitinya dengan membuka kilang pemasangan baru di Batu Kawan dan kini sedang berusaha untuk membeli lebih banyak tanah di kawasan industri yang berdekatan.

Greatech juga telah membuka pejabat pertamanya di AS – kemudahan ujian di Michigan – pada suku ketiga 2020 untuk pelanggan kenderaan elektriknya. Beberapa pejabat seperti ini akan turut dibuka pada suku ketiga tahun ini di Illinois dan Arizona. Tan juga merancang untuk membina pejabat di Jerman pada suku ketiga 2021 dan berkembang ke Eropah dan India.

-thevocket.com

Isnin, 14 Disember 2020

Lovemoney Anggar Kekayaan Mahathir Pada Nilai USD45 Bilion!

SEBUAH laman web yang berdaftar dengan sebuah syarikat berpengkalan di England dan Wales baru ini mengeluarkan senarai puluhan pemimpin terkaya sepanjang zaman.

Ia mengambil kira pemimpin yang masyhur dalam sejarah seperti Maharaja Perancis Napoleon Bonarparte, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) seperti George Washington dan Donald Trump.

Pemimpin paling kaya sepanjang zaman ditafsir laman berkenaan ialah Presiden Rusia, Vladimir Putin dan bekas pemimpin Libya, Allahyarham Muammar Gaddafi, masing-masing dengan kekayaan dikatakan USD200 bilion.

Tunggu sebentar, dalam puluhan pemimpin di bawah rencana bertajuk The Richest World Leaders Of All Time atau pemimpin dunia terkaya sepanjang zaman, Lovemoney turut menyenaraikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Syarikat berkenaan menanggarkan kekayaan Tun adalah pada USD45 bilion.

Kalau diandaikan kadar tukaran semasa ialah USD1 sama dengan RM4, maka jumlah kekayaan Tun dianggarkan RM180 bilion!

Itu hanya kekayaan beliau dan belum mengambil kira jumlah wang dan harta yang dimiliki anak-anak beliau.

Lovemoney mendakwa kekayaan Mahathir adalah melalui proksi beliau, Tun Daim Zainuddin.

Tun Mahathir dan Daim dikatakan memiliki kepentingan dalam 50 buah bank di seluruh dunia.

Laman tersebut bagaimanapun tidak menyebut jumlah kekayaan para kroni rapat Tun kerana hanya menumpukan kepada kemewahan para pemimpin sepanjang zaman. – Mynewshub.TV

Rencana dan senarai penuh pemimpin terkaya sepanjang zaman boleh dibaca melalui pautan berikut:

https://www.lovemoney.com/galleries/amp/83195/the-richest-world-leaders-of-all-time?__twitter_impression=true

Selasa, 17 November 2020

Persamaan Antara Warren Buffet, Jack Ma Dan Elon Musk

 Ketiga-tiga nama tokoh ini memang tidak asing lagi dalam dunia pelaburan dan juga perniagaan. Jika diteliti dengan betul, kita dapat lihat beberapa persamaan antara ketiga-tiga tokoh ini.

Baca lebih lanjut perkongsian daripada Tuan Zayed Zulkifli.

Persamaan ketiga-tiga tokoh ini adalah :

  1. Mereka mencari pelabur yang percaya dalam visi dan misi perniagaan mereka.
  2. Mereka tidak mahu pedagang jangka pendek yang beli dan jual dalam masa singkat
  3. Mereka tidak takut terhadap pelabur yang tidak percaya dengan visi dan misi mereka dan menyuruh mereka jangan membeli saham mereka
  4. Fokus pada perniagaan, bukan pada harga saham yang turun naik
  5. Saham yang bergerak aktif adalah pencuri semangat keusahawanan

 Itulah sebabnya polisi Warren Buffett tidak melakukan split exercise utk Class A Berkshire Hathaway stock kerana beliau percaya tindakan tersebut akan menarik pembeli saham yang bersifat “short term”

Jack Ma selalu sebut, Pelanggan adalah no. 1, pekerja no.2 dan pemegang saham no. 3. Kalau Pelanggan gembira, pekerja gembira, maka secara automatik pemegang saham akan gembira. Kalau pemegang saham gembira, belum tentu pelanggan gembira atau pekerja gembira.

Ingat, pelangganlah yang menyumbang jualan dan membeli barangan syarikat. Dan pekerjalah yang menjual barangan syarikat. Seterusnya memberi keuntungan kepada syarikat. Sudah tentu bila syarikat untung, maka pelabur akan mendapat laba dari keuntungan tersebut.

Cuba lihat petikan ucapan mereka di bawah

 

Jack Ma

When I raise money for IPO in New York Stock Exchange. we raised 20 billion dollar. i told the investor we have been believing customer no. 1, employee no.2 and shareholder no.3. And people said, this is against over american investor philosophy. I remember one of the investor said , “Hey jack, if I know shareholder is no. 3, I would not have bought your stock.” “Sir, please sell it.”
Because i believe so much money in the world, too much money in the world. We only need the money who believe in our vision and mission. Because i believe, if customer are happy, employee are happy, the shareholder will be happy.
if the shareholder are happy, may not be necessarily your customer will be happy or your employee will be happy.
Warren Buffett
Warren Buffett mentioned in berkshire hathaway Annual report:
Through our policies and communications—our “advertisements”—we try to attract investors who will understand our operations, attitudes and expectations. We want those who think of themselves as business owners and invest in companies with the intention of staying a long time. And, we want those who keep their eyes focused on business results, not market prices.
Were we to split the stock or take other actions focusing on stock price rather than business value, we would attract an entering class of buyers inferior to the exiting class of sellers. We will try to avoid policies that attract buyers with a short term focus on our stock price and try to follow policies that attract informed long-term investors focusing on business values. Just as you purchased your Berkshire shares in a market populated by rational informed investors, you deserve a chance to sell—should you ever want to—in the same kind of market. We will work to keep it in existence.
One of the ironies of the stock market is the emphasis on activity. Brokers, using terms such as “marketability” and “liquidity,” sing the praises of companies with high share turnover. But investors should understand that what is good for the croupier is not good for the customer. A hyperactive stock market is the pickpocket of enterprise.

 

Elon Musk

Elon Musk Ketika ditanya oleh stock market analyst yang sangat pessimistic terhadap saham Tesla yang jatuh :
“I couldn’t care less, Please sell our stock and don’t buy it.”
“I mean, I think that if people are concerned about volatility, they should definitely not buy our stock. I’m not here to convince you to buy our stock. Do not buy it if volatility is scary. There you go.”
“The 2 questioners I ignored in the Q1 call are sell-side analysts who represent a short seller thesis, not investors.”

 -theoutlook.asia

Khamis, 27 Ogos 2020

Robert Kuok ke-105 terkaya di dunia


NEW JERSEY: Terdapat 241 hartawan yang tersenarai dalam Forbes 2020 pada Mac, meningkat daripada 215 individu tahun lalu.

Secara keseluruhannya, kekayaan bersih mereka bernilai AS$1.4 trilion (RM5.84 trilion) iaitu 16 peratus daripada jumlah kekayaan bersih bagi semua 2,095 jutawan dalam senarai tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) laman web peruncitan Amazon, Jeff Bezos terus kekal menjadi individu paling kaya dunia berdasarkan kepada senarai Indeks Bilionair Bloomberg pada 21 Ogos lalu.

Kekayaan Jeff, 56, yang juga pemilik syarikat aeroangkasa dan perkhidmatan pesawat ang­kasa lepas, Blue Origin, dianggarkan berjumlah AS$194 bilion (RM809.08 bilion) melepasi anggaran kekayaan tertingginya pada tahun lalu sebanyak AS$167.7 bilion (RM699.39 bilion).

Pemilik Microsoft, Bill Gates, 64, di kedudukan kedua de­ngan kekayaan dianggarkan AS$122 bilion (RM508.80 bi­lion), diikuti pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg, 36, yang dianggarkan memiliki kekayaan berjumlah AS$102 bilion (RM425.39 bilion).

Hartawan dari Malaysiaa, Tan Sri Robert Kuok, 96, menduduki tempat ke-105 dengan kekayaan sebanyak AS$15.5 bilion (RM64.64 bilion).

Robert yang kini tinggal di Hong Kong mempunyai empayar perniagaan dalam harta­nah, komoditi dan perhotelan. – AGENSI