"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Diego Maradona. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diego Maradona. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Mei 2022

Jersi Maradona "hand of god" catat rekod dunia dilelong dengan harga USD9.28 juta

 

Jersi dipakai Diego Maradona ketika menjaringkan gol menentang England dalam Piala Dunia 1986. (Gambar AFP)

ANKARA: Jersi dipakai Diego Maradona ketika menjaringkan gol menentang England dalam Piala Dunia 1986 dijual dalam lelongan di Sotheby’s, London pada Rabu dengan harga USD9.28 juta sekali gus mencatatkan rekod dunia, lapor agensi Anadolu.

Rekod sebelum ini dipegang Babe Ruth untuk jersi yang dipakainya dalam perlawanan musim 1928-1930 bersama New York Yankees yang dijual pada harga USD5.64 juta pada 2019.

Gol jaringan Maradona ketika itu menjadi popular dan dikenali “hand of God” membolehkan Argentina menewaskan England untuk merangkul Piala Dunia yang kedua dan terakhir pasukan itu setakat ini.

Ketika itu Maradona berusia 25 tahun selaku kapten Argentina.

Maradona, meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 25 November 2020 dan dianggap antara bintang bola sepak terhebat dunia.-FMT

Rabu, 2 Disember 2020

Ubat punca Maradona meninggal dunia

Peguam,Mara Diguini yang mewakili doktor peribadi Maradona,Dr Leopoldo Luque dikerumuni wartawan pada sidang media .FOTO AFP

Agensi

Buenos Aires: Diego Maradona diberikan koktel dadah termasuk antikemurungan dan antipsikotik yang digunakan untuk merawat penyakit bipolar.

Ia didapati selepas serbuan yang dilakukan polis Argentina di rumah doktor legenda bola sepak itu.

Siasatan dijalankan atas kemungkinan pembunuhan selepas Maradona meninggal dunia, minggu lalu.

Maradona meninggal dunia susulan kegagalan jantung yang turut menyebabkan pengumpulan cecair dalam tisu di paru-parunya.

Pakar kesihatan tidak menolak kemungkinan koktel dadah yang diambil bekas pemain berusia 60 tahun itu memberi tekanan kepada jantungnya.

Pada Ahad lalu, susulan kenyataan yang dikeluarkan anak perempuan Maradona, Dalma dan Giannina membabitkan penjagaan kesihatannya, polis menyerbu rumah dan klinik milik doktor peribadi, Leopoldo Luque.

Dr Luque bagaimanapun belum dikenakan apa-apa tuduhan dan menafikan dia melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang.

-myMetro

Khamis, 26 November 2020

Kata-kata terakhir Diego Maradona sebelum meninggal dunia

 

Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun.

DEIGO Maradona mengadu tidak sihat pada pagi dia mengalami serangan jantung.

"Saya rasa kurang sihat". Itu kata-kata terakhir Maradona sebelum meninggal dunia.

Legenda bola sepak dunia itu pergi semula ke bilik tidurnya selepas sarapan pagi sebelum memberitahu anak saudaranya, Johnny Esposito mengenai keadaan kesihatannya.

Jururawat yang menjaga Maradona selepas dia dibenarkan keluar hospital sebaik saja menjalani pembedahan otak segera menghubungi ambulans kerana panik dengan keadaannya.

Namun ia sudah terlambat, Maradona meninggal dunia sebelum ambulans tiba di kediamannya.

Media Argentina mengesyaki Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ketua pendakwa John Broyad berkata mayat Maradona dibawa ke bilik mayat berdekatan San Andres untuk bedah siasat.

"Diego Armando Maradona meninggal sekitar pukul 12 tengah hari waktu tempatan.

"Polis forensik memulakan tugas mereka pada pukul 4 petang. 

Tiada tanda-tanda unsur jenayah atau keganasan ditemui pada mayat," katanya. - DailyStar