"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kanser. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kanser. Papar semua catatan

Selasa, 19 April 2022

"Kata doktor jangka hayat saya hanya enam bulan" - Roslan Aziz redha diuji kanser

 "Kata doktor jangka hayat saya hanya enam bulan" - Roslan Aziz redha diuji kanser

Wajah terbaharu Roslan Aziz yang dirakamkan Astro AWANI baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Roslan Aziz hari ini bukan lagi Roslan Aziz yang kita semua kenal semasa era kemasyhuran muzik Melayu sekitar awal 1990-an.
Pada usia 60 tahun, individu yang pernah mencetus revolusi muzik tanah air itu diuji dengan kanser limfoma atau kanser darah.
Dalam tempoh yang sangat singkat, barah itu telah melepasi tahap empat – sesuatu yang tidak pernah terlintas akan berlaku padanya,
Asalnya, pada 1 November 2021, penggubah, jurutera muzik dan penerbit album tersohor negara itu mengadu sakit perut yang agak berat sehingga memaksanya berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.
Melihat keadaannya yang tidak bermaya, Roslan dicadangkan untuk menjalani pemeriksaan menyeluruh termasuk ujian darah dan pemeriksaan pengimejan resonans magnetic (MRI).
Cadangan-cadangan rawatan susulan yang dicadangkan oleh doktor itu sedikit sebanyak membuatkan banyak tanda tanya bermain di kotak fikirannya.
Hiburan | Roslan Aziz reda diuji kanser tahap empat
Dalam masa sama, Roslan sangat positif dan sentiasa mengingatkan dirinya bahawa dia harus menerima apa sahaja kemungkinan dengan tabah dan reda.
“Sudah tentu mula-mula saya amat bersedih apabila doktor mengesahkan saya menghidap kanser tetapi saya sangat bersyukur walau didiagnos kanser, keadaan saya tidaklah begitu teruk.
“Saya sedar bahawa hidup yang akan saya lalui sangat singkat kerana penghujung kanser itu adalah mati,” kata Roslan berkongsi cerita keadaannya kepada Astro AWANI dalam pertemuan di kediamannya di Kampung Datuk Keramat di sini, baru-baru ini.
Kunjungan krew Astro AWANI adalah untuk menziarahinya selepas menerima khabar beliau sedang melalui fasa yang sukar akibat kanser.
Memahami hasrat kami, Roslan membuka pintu rumahnya kepada saya bersama-sama rakan sekerja, Hafidah Samat, Madiha Abdullah serta jurukamera Airul untuk memberi peluang kepada kami mendasari ujian yang sedang dilaluinya.
Sebelum ini juga, ramai kenalan Roslan dalam kalangan penggiat industri turut melawat dan memberi sokongan kepadanya.
Antaranya ialah pelakon, penerbit dan pengarah Puan Sri Tiara Jacquelina, pelakon Ida Nerina, pengurus acara, Dharanee serta rakan-rakan pemuzik yang pernah bekerjasama dengan Roslan.
Kehadiran rakan-rakan dan kenalan kata Roslan, amat-amat dihargai kerana mengingatkan dirinya bahawa beliau masih dihargai dan disayangi.
"Hilang rasa sakit bila kawan-kawan datang ke rumah untuk ziarah saya dan berborak. Saya amat hargai kehadiran mereka," Roslan merakam penghargaan buat mereka yang hadir memberi sokongan moral kepadanya.
Tidak seperti orang yang sedang sakit apa lagi pengidap kanser tahap empat, Roslan sangat ceria, ramah bercerita dan sesekali bercanda.
Secara zahirnya, penggerak label Roslan Aziz Production (RAP) yang pernah menaungi barisan artis Gred A seperti Datuk Sheila Majid dan Datuk Zainal Abidin serta lain-lain pada awal 1990-an itu, tidak nampak sedang ‘berperang’ dengan kanser.
Realitinya, beliau terpaksa menahan sakit dan harus melalui proses rawatan yang benar-benar mencabar termasuk secekak ubat yan perlu dimakan setiap hari selain rawatan kemoterapi yang bukan mudah untuk dilalui.
Beliau juga sudah sering keluar masuk hospital bagi mendapatkan siri rawatan.
Namun, di sebalik kesukaran-kesukaran itu, Roslan mengagumi kebesaran Allah menghadirkan hikmah yang besar.
“Saya bersyukur sebab ada keluarga dan kawan-kawan yang baik, yang betul-betul ambil berat pasal saya
“Kanser juga menyedarkan saya bahawa dalam dunia ini, kita tidak boleh berseorangan… keluarga dan kawan sangat penting.
"Saya sangat bersyukur kerana ada semua itu termasuk ayah yang berusia 83 tahun juga masih ada dan kami tinggal di rumah yang sama… inilah hikmah yang saya tidak sedar ada di depan mata,” rancak Roslan bercerita.
Bahkan, Roslan sepanjang perbualan itu juga bercerita penuh gembira mengenai empat cahaya matanya, Wan Nur Khaleda, Megat Abdul Majid Aziz, Megat Ali Aziz dan Megat Zayn Hamza Aziz.
“Mereka adalah pelengkap kehidupan dan kebahagiaan saya,” katanya.
Tanpa berselindung, Roslan juga terbuka membicarakan soal kematian yang diakui beliau semakin dekat dengan setiap seorang daripada kita.
Apa lagi berita kematian seorang demi seorang penggiat seni yang sampai ke telinga menyebabkan Roslan sudah bersedia untuk dijemput pulang oleh Yang Maha Esa.
“Saya diberitahu oleh doktor hanya ada masa sehingga enam bulan untuk hidup. Kalau dibuat kira-kira Jun ini hayat saya berakhir.
“Sepanjang hidup, apa yang saya kehendaki semuanya sudah saya lalui dan lakukan.
“Saya tahu saya akan mati, jadi saya kena buat persiapan. Tiada apa-apa yang perlu ditangisi lagi, cuma saya akan tidak akan berjumpa dengan isteri saya lagi, begitu juga dengan anak-anak,” kata Roslan sambil merenung wajah isterinya, Sopphilea Hamid yang setia menemaninya sepanjang wawancara itu berlangsung.
Roslan berterima kasih kepada isterinya, Sopphilea yang setia mendampinginya.
Roslan berterima kasih kepada isterinya, Sopphilea yang setia mendampinginya.
Dalam wawancara itu, Roslan tidak lekang-lekang menyatakan rasa terima kasih secara terbuka kepada wanita itu kerana setia mendampinginya di masa dia diuji dengan kesakitan.
Kata Roslan, Sopphilea sudah terlalu banyak berkorban buatnya terutama pada saat-saat sukar seperti ini.
“Saya tidak tahu apa akan jadi pada saya sekiranya Sopphilea tidak ada. Kami bukan sekadar suami isteri, bahkan, kami juga sahabat karib.
"Dia satu-satunya kawan paling rapat dalam hidup saya. Kami tidak pernah berjauhan sejak kami berkahwin 23 lalu. Terima kasih saya pada Sopphilea,” ungkap Roslan.
Sopphile yang tenang mendengar di sisi suaminya itu dilihat tidak mampu menyembunyikan rasa sebak sambil menyeka air mata.
-AstroAwani

Isnin, 14 Jun 2021

Selamatkah vaksin Covid-19 untuk pesakit kanser?

 FOTO HIASAN.

FOTO HIASAN.

Kuala Lumpur: Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kini semakin rancak dengan lebih ramai individu tampil mendaftarkan diri untuk menerima suntikan vaksin itu.

Setakat 5 Jun lalu, hampir 13 juta individu sudah berdaftar, berbanding 9.89 juta penduduk pada 6 Mei, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19.

Pada masa ini, fasa dua program sedang dilaksanakan membabitkan pemvaksinan warga emas dan kelompok komorbiditi (golongan yang menghidapi dua atau lebih penyakit) termasuk pesakit kanser.

Bagaimanapun ketidakpastian tentang keselamatan vaksin terhadap pesakit yang sedang menjalani rawatan kanser menyebabkan ramai antara mereka yang enggan mendaftarkan diri bagi menerima suntikan vaksin Covid-19.

Kebimbangan utama mereka ialah vaksin itu mungkin mengganggu rawatan kanser mereka dan meningkatkan risiko mereka mengalami komplikasi kesihatan yang lain.

Perunding pakar radioterapi dan onkologi Mahkota Medical Centre Dr Chong Kwang Jeat bagaimanapun menyangkal perkara itu dan menegaskan bahawa vaksin Covid-19 selamat dan tidak ada bukti menunjukkan vaksin berkenaan tidak selamat untuk penghidap kanser.

Malah, pesakit lebih selamat sekiranya mengambil vaksin itu bagi melindungi diri daripada jangkitan Covid-19. Ini kerana beberapa kajian yang dijalankan pakar perubatan di negara-negara seperti China, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Itali baru-baru ini merumuskan "kesan buruk terhadap pesakit kanser yang dijangkiti Covid-19 berbanding mereka yang tidak menghidapi penyakit."

"Berdasarkan rumusan itu, penghidap kanser lebih berisiko mengalami jangkitan Covid-19 yang teruk dan memerlukan rawatan di unit rawatan rapi," kata Dr Chong dalam temu bual dengan Bernama, dan menambah bahawa risiko kematian bagi penghidap kanser yang dijangkiti Covid-19 ialah 15 hingga 30 peratus.

Beliau berkata keadaan itu dikesan khususnya dalam kalangan penghidap kanser berkaitan darah yang terimunokompromi (keadaan sistem imun defektif yang mengakibatkan timbulnya gejala penyakit), atau barah paru-paru atau penghidap kanser aktif atau tahap akhir yang sedang menjalani rawatan, serta mereka yang tergolong sebagai komorbiditi seperti penghidap diabetes, hipertensi, penyakit jantung, masalah buah pinggang dan obesiti.

Bagi menangani isu pesakit kanser keberatan divaksinasi, Dr Chong berkata amat penting orang ramai dididik tentang faedah besar vaksin serta kepentingannya menerusi medium media arus perdana dan media sosial.

Ada keperluan mendesak untuk memupuk keyakinan dan kesedaran orang awam menerusi advokasi oleh tokoh terkenal dan pakar penjagaan kesihatan serta mengekang penularan maklumat mengelirukan mengenai vaksin, terutamanya yang disebarkan melalui media sosial.

"Orang ramai perlu tahu risiko ketiadaan vaksinasi ke atas kelompok besar yang berpotensi mencetuskan 'tsunami' kes Covid-19 yang akan memudaratkan sistem penjagaan kesihatan kita.

"Kita juga perlu menekankan bahawa apabila seseorang itu menerima vaksin, dia bukan sahaja melindungi dirinya tetapi juga orang di sekelilingnya serta masyarakat amnya. Tidak ada siapa yang selamat sehinggalah semua orang selamat," tambah Dr Chong.

Dr Chong juga berkata data yang mengaitkan risiko Covid-19 yang lebih tinggi terhadap pemandiri kanser (mereka yang sembuh daripada kanser) juga bercampur.

"Hal ini disokong oleh kajian di Britain baru-baru ini yang menunjukkan kemoterapi dalam tempoh 12 bulan terkini dikaitkan dengan jangkitan yang teruk serta kematian akibat virus itu, khususnya bagi mereka yang menerima rawatan yang menjejaskan sistem imun mereka.

"Bagaimanapun, kajian lain daripada AS, Kanada, Sepanyol dan UK tidak menunjukkan impak besar ke atas kemoterapi yang terkini," jelasnya.

Mengenai keperluan pesakit kanser meneruskan rawatan semasa penularan pandemik Covid-19 berikutan risiko lebih tinggi untuk mereka dijangkiti penyakit itu, Dr Chong berkata setiap kes adalah berbeza, justeru pesakit perlu membincangkan perkara tersebut dengan pakar onkologi yang merawat mereka untuk meneliti sama ada rawatan berkenaan boleh diubah suai.

"Prinsip panduan ialah meneruskan rawatan kanser sambil mengurangkan risiko penghidap dijangkiti Covid-19 kerana pengabaian mana-mana satu aspek ini boleh menyebabkan kesan yang lebih serius," katanya.

Katanya, doktor boleh mengubah suai rawatan kanser seperti menggantikan rawatan imunosupresif seperti kemoterapi dengan rawatan hormon bagi sesetengah kes barah payu dara atau mengurangkan kekerapan dan/atau durasi kemoterapi, serta menggunakan kemoterapi oral berbanding suntikan intravena atau infusi yang memerlukan lebih banyak kunjungan hospital.

"Bagi sesetengah pesakit, doktor boleh memendekkan durasi radioterapi dan mengurangkan kekerapan rawatan susulan bagi kes yang tidak mendesak," katanya, menambah untuk yang tidak dapat hadir di hospital, mereka boleh memilih konsultasi dalam talian dan ubat-ubatan dihantar ke rumah.-myMetro