"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Sugarbook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sugarbook. Papar semua catatan

Jumaat, 2 April 2021

Di Mana Mereka Bersembunyi Agaknya?

 


KUALA LUMPUR – Dalam beratus orang yang dicari, tiga individu kini menjadi tumpuan pihak berkuasa tempatan kerana mempunyai waran tangkap ekoran gagal hadir ke mahkamah dan terlibat dengan kes jenayah komersial terbesar di negara ini.

Mereka ialah usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, pe­ngasas Sugarbook, Chan Eu Boon, 34, dan ketua sindiket pe­ngubahan wang haram terbesar, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33.

Ketiga-tiga mereka ini dicari kerana sehingga kini pihak berkuasa masih belum menemui mereka sama ada kekurangan maklumat mahupun ada tali barut yang memberi maklumat mengenai operasi yang dilakukan.

Muhammad Sajjad atau dikenali sebagai Sajat dicari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor mengeluarkan waran tangkap ekoran kegagalannya hadir pada prosiding sebutan semula kerana berpakaian wanita di khalayak ramai.

Eu Boon pula dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan mendatangkan kegusaran kepada orang awam.

Ini bertentangan dengan kenyataannya sebelum ini yang mengatakan: “Saya bersedia memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mahasiswa di Lembah Klang menggunakan Sugarbook bagi mencari sugar daddy.”

Nicky pula dicari kerana menjadi ketua penjenayah komersial terbesar negara. Kumpulan itu berjaya dilumpuhkan baru-baru ini, namun Nicky berjaya lolos kerana ada tali barut dalam pa­sukan polis yang membocorkan maklumat itu kepadanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, usaha mengesan Nicky masih giat dijalankan walaupun berjaya menangkap anggota sindiket termasuk adiknya di sekitar Lembah Klang.

“Dia dipercayai masih berada dalam negara,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam. Abdul Hamid berkata, Geng Nicky juga bahaya kerana disyaki melantik gengster sebagai pengawal peribadi.

“Saya dimaklumkan sindiket ini buas serta ganas kerana me­lakukan tindakan memukul, mengugut pekerja-pekerjanya yang didapati cuba keluar daripada kegiatan sindiket mereka.

“Hampir kesemua aset yang diperoleh juga dibeli secara tunai untuk mencuci wang haram,” katanya yang menganggarkan aset Nicky bernilai RM1 bilion merangkumi saham, hartanah, mata wang digital dan wang tunai.

Dalam pada itu, Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, usaha memburu Sajat tidak terhenti dan tiada tempoh masa ditetapkan untuk memberkasnya.

“Kita ada pergi ke rumahnya dan tanya ibu bapanya, namun mereka tidak tahu. Kita yakin akan menangkapnya nanti.

“Dia yang menghilangkan diri bukan kami. Dakwaan dia (menerusi video di Instagram) pihak berkuasa tidak mencarinya tidak tepat. Kita ada, dia yang hilang,” katanya.

Tambahnya, MAIS mengambil serius berhubung waran tangkap itu walaupun tidak meletakkan ranking ke atas kes tersebut.

“Saya yakin dia akan sedar dan datang sendiri. Kita bincang untuk kebaikan diri dia dan agama Islam. Islam itu adil dan bukan hendak terus aniaya seseorang, datanglah apa nak takut.

“Jabatan Agama Islam Se­langor dan Polis Diraja Malaysia sentiasa bekerjasama untuk menyelesaikan apa kes sekalipun termasuk berkaitan Muhammad Sajjad,” katanya.

Sajat dikenakan waran tangkap sejak 23 Februari oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas gagal hadir prosi­ding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Nicky lolos sebab pegawai tali barut


Tindakan polis Johor menggerakkan 220 pegawai dan anggotanya untuk menyiasat secara mendalam sindiket Geng Nicky berjaya membongkar penglibatan jahat mereka dalam jenayah komersial terbesar di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pembongkaran bermula apabila polis Johor menyiasat kes penipuan jual beli telefon bimbit secara online di negeri itu sehingga dapat mengenal pasti dalangnya dikenali sebagai Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee menerusi Ops Pelican 3.0.

Katanya, operasi selama sembilan hari bermula 20 Mac lalu di Lembah Klang berjaya melumpuhkan Geng Nicky yang aktif sejak 2014.

“Sebanyak 70 serbuan dilakukan bagi mengesan dan menangkap anggota Geng Nicky yang berpusat di sebuah pusat beli-belah di Puchong, Selangor. Seramai 118 individu telah diperiksa.

“Dalam operasi itu, kita menahan 48 individu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Imigresen (12) dan narkotik (8),” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Menurut Abdul Hamid, selain tangkapan, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 17 beserta satu kelopak berisi sembilan butir peluru.

Tambahnya, pihaknya turut merampas sejumlah matawang RM773,145 serta 16 kenderaan mewah bernilai RM6.67 juta.

“Sebanyak 41 akaun mengandungi RM4 juta serta 35 kenderaan bernilai RM8,863,759 melibatkan 21 individu dan 16 entiti Yayasan Winner Emperor Sedunia dan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia telah dibekukan di bawah Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001,” katanya.

Ujar Abdul Hamid, operasi itu dilancarkan susulan maklumat yang diperoleh polis Johor pada Januari lalu selepas Ops Pelican 2.0 melibatkan Macau Scam yang menggunakan akaun tumpangan dan transaksi wang milik Winner Dynasty Group.

“Kita juga mendapati seramai 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa dan beberapa orang kenamaan mempunyai hubungan dengan sindiket tersebut. Meraka akan ditangkap kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Ayob Khan mendedahkan, operasi me­nyerbu sindiket itu telah dibocorkan oleh seorang pegawai seminggu awal menyebabkan suspek utama berjaya lolos.

“Akibat daripada kebocoran itu, dia berjaya memindahkan sejumlah besar wang keluar daripada premis-premis mereka. Kita yakin dia masih berada dalam negara ini walaupun berjaya lari ketika serbuan itu,” katanya.

Sumber: K!

kredit:Anak Sungai Derhaka

Jumaat, 19 Februari 2021

Siapa di sebalik Sugarbook?

 


SUGARBOOK
 merupakan sebuah perniagaan yang dipelopori oleh golongan kapitalis Cina dan hal ini terbukti apabila pengasasnya sendiri telah mendedahkan bahawa Sugarbook merancang mencari dana untuk meluaskan jaringan dan keuntungan.

Tambahan, Darren Chan juga menyatakan di dalam sebuah temu bual bahawa sememangnya sedang bekerja rapat dengan pelabur dari Hong Kong bagi menyusun strategi keuntungan masa depan.

Latar belakang pelabur terdiri daripada Mindworks Ventures, salah satu firma modal teroka terbesar di Hong Kong manakala lembaga penasihat merupakan bekas Pengarah Eksekutif Goldman Sachs dan Pengarah Nomura Investment Bank. Sugarbook secara aktif mencari dana untuk berkembang ke seluruh Asia ke kota-kota seperti Hong Kong, Bangkok, Tokyo dan China.

‘Sugar daddy’ terdiri dalam kalangan ahli politik

Di Malaysia, data yang dikeluarkan daripada global marketing and analytics firm, App Annie, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah membelanjakan sejumlah yang tinggi iaitu RM 24 juta untuk aplikasi janji temu secara dalam talian pada tahun 2019.

Selain itu, penyelidikan daripada laman YouGov melaporkan pada  tahun 2017, menunjukkan bahawa tiga daripada 10 rakyat Malaysia aktif menggunakan aplikasi temu janji dalam talian. Golongan majoriti Sugar Daddy ini  merupakan golongan ahli perniagaan, peguam dan pegawai bank termasuklah ahli politik. Hal ini dapat dilihat menerusi kenyataan daripada Darren Chan iaitu:

“We’ve received requests from prominent people such as businessmen, lawyers, bankers and politicians for this. Having a Diamond membership elevates their status on Sugarbook as Sugar Babies can instantly see it on their profiles, and the price point isn’t a problem as they should be able to afford it if they’re Sugar Daddies,”

Media lain turut melaporkan antara golongan yang melanggan aplikasi ini juga adalah  daripada mereka yang berkerjaya seperti doktor, jurutera dan pelabur. Sugarbook memiliki lebih dari 400,000 anggota aktif yang terdiri dari 220,000 sugar babies, 180,000 sugar daddies, dan 6,000 sugar mummies di Malaysia.

Berdasarkan laporan, seramai 12,705 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di Lembah Klang berdaftar dengan aplikasi ‘Sugarbook’ untuk mencari ‘sugar daddy’. Malaysia dengan 42,500 ‘sugar daddy’ berada di kedudukan ketiga dalam kalangan negara Asia selepas India iaitu seramai 338,00 ‘sugar daddy’ dan Indonesia dengan 60,250 orang.

Pelajar universiti yang terlibat pula terdiri daripada pelbagai universiti dan latar belakang bidang pengajian. Peningkatan bilangan pengguna aplikasi ini yang juga turut meningkat di negara-negara lain menimbulkan persoalan adakah ia adalah sebuah agenda jahat golongan elit di sebalik sugarbook untuk meruntuhkan status quo institusi kekeluargan di negara ini?

Tiada akta yang boleh mendakwa aktiviti ‘sugaring’?

Kelompongan undang-undang dapat dilihat menerusi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menyatakan bahawa perkhidmatan atau aplikasi atas talian sendiri bukanlah menjadi suatu kesalahan. Disebabkan itu tidak pelik apabila Darren Chan berani mengatakan bahawa sugar baby ini bukanlah pekerja seks yang menyalahi undang-undang. Jika kita melihat dalam konteks Kanun Keseksaan, seksyen 372 hanya melarang aktiviti pelacuran tanpa menekankan isu perkhidmatan pasangan yang menawarkan hubungan seks antara pasangan.

Walaubagaimanapun, kesalahan membenarkan kandungan yang tidak sesuai boleh didakwa di atas akta ini. Berdasarkan fakta ini, masyarakat boleh mendakwa kandungan yang ada di dalam laman sesawang SugarBook ini sebagai suatu kandungan yang tidak sesuai, namun tidak boleh mendakwa pengasas laman web ini melakukan sebuah kesalahan di atas nama laman web tersebut.

Walaupun tiada undang-undang yang dapat mensabitkan laman web Sugar baby ini sebagai sebuah kesalahan, tetapi undang-undang yang sedia ada patut dikemas kini sebagai langkah pencegahan supaya perkara ini dapat dibendung sebelum bertambah buruk. Antara cadangan dalam memperkukuh undang-undang dalam membendung gejala ini adalah :

1.  Melihat semula kelompongan seksyen 372B Kanun Keseksaan dengan meletakkan sebuah hukuman terhadap lelaki yang menawarkan ganjaran terhadap khidmat pelacuran.

2.  Selain itu, pindaan seksyen 375(f) yang telah dibangkitkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada 2006 perlu disemak semula dengan menambah baik cadangan yang ada dengan meluaskan skop definisi ‘aggravated rape’ iaitu jenis rogol yang melampau supaya isu ini dapat ditimbang semula melalui neraca ‘aggravated rape’.

3. Undang-undang juga perlu diperketat atas dasar keselamatan siber untuk kanak-kanak di bawah umur di mana kemungkinan untuk mereka mendaftar laman web ini dengan menggunakan akaun palsu dan mengundang kepada bahaya yang lebih besar.

Mengapa mahasiswa terlibat dengan ‘sugaring’?

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti sugar baby. Faktor pertama ialah faktor dalaman iaitu kemahuan diri untuk memiliki gaya hidup yang mewah.

Hal ini terbukti apabila sugar daddy yang ada adalah daripada golongan-golongan elit berpendapatan RM150,000 secara purata yang mendambakan keperluan batin. Sugar baby pula merupakan golongan pelajar secara majoriti yang hakikatnya tidak mampu menampung kehidupan dengan kapasiti kemewahan.

Namun, dengan menyertai aktiviti sugar baby ini, ada dari kalangan mereka yang mampu menyewa kondominium mewah serta memperagakan barangan yang mahal. Ironinya, sugar baby ini tidak tertumpu hanya kepada pelajar yang kurang berkemampuan.

Menurut Darren Chan, ada dalam kalangan pelajar yang memang dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan mampu memandu kenderaan jenama mewah. Cuma mereka cenderung untuk mencari pendapatan sendiri bagi memastikan kelangsungan kemewahan mereka.

Faktor lain juga iaitu desakan hidup golongan B40 dan M40 yang mana mereka memerlukan kos dana hidup untuk menyara kehidupan seharian termasuklah yuran pengajian dan tempat tinggal. Jika disoroti data sugar baby di Malaysia.

Terdapat 12,705 pelajar institusi pengajian tinggi yang terlibat dan jumlah ini meningkat kepada 40 peratus ketika pandemik Covid 19 dan aktiviti ini tertumpu di universiti dan kolej di kawasan ibu negara iaitu kawasan Selangor dan Kuala Lumpur yang mana secara umumnya dapat diketahui bahawa kos sara hidup di kawasan itu lebih tinggi berbanding kawasan lain.

Sumber kajian juga ada menggariskan hutang pinjaman tertunggak pelajar tahunan ialah sebanyak RM 39 Billion. Walaubagaimanapun, faktor desakan ini sememangnya membimbangkan kita apabila mereka yang terlibat memilih jalan yang terang-terangan bercanggah dengan agama bagi membiayai kos sara hidup yang tinggi.

‘Sugaring’ menormalisasi hubungan tanpa ikatan perkahwinan

Kesan sugarbook ini termasuklah menormalisasikan hubungan tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Sejak tahun 2019 sehingga Januari 2020, sebanyak 25,567 pendaftaran anak tidak sah taraf di Jabatan Pendaftaran Negara di bawah kategori perkahwinan tidak mencukupi 6 bulan.

Bilangan ini juga bertambah seiring dengan pertambahan tahun. Apabila melihat kepada senario sugar baby ini, ia sebenarnya akan mengundang pertambahan bilangan anak tidak sah taraf di Malaysia kerana melakukan hubungan di luar perkahwinan dan akan  bertambah kritikal jika tidak dibendung oleh Kerajaan Malaysia kerana perkara ini akan menjadi normalisasi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tidak terhad kepada mahasiswa sahaja, gejala sosial sugarbaby ini juga melibatkan janda, suri rumah, ibu tunggal dan balu melalui platform Internet seperti Sugarbook.com, SugarDaddy.com, Whats Your Price dan sebagainya. Kenyataan oleh Darren Chan yang mengatakan Sugarbook adalah satu usaha untuk memperkasakan wanita adalah satu penghinaan kepada wanita dan sama sekali bukanlah satu bentuk pemerkasaan wanita.

Hal ini amat membimbangkan kerana ia akan mengundang pergolakan institusi kekeluargaan atas dasar hilangnya nilai kepercayaan dan kesetiaan bagi pasangan yang sudah berkahwin. Apabila sudah gugur nilai kesetiaan dalam kekeluargaan kerana kecurangan pasangan dan pihak ketiga, maka institusi keluarga itu akan menjadi porak peranda dan membawa kepada kesan buruk terhadap moral anak-anak.

Tambahan, hal ini amat membimbangkan jika seorang wanita itu terdesak dan sanggup menjual diri dengan menjadi Sugar Baby untuk keluar daripada kemelut kehidupan. Lebih menakutkan, jika pelajar universiti mengambil jalan pintas untuk mendapatkan wang atau menikmati kemewahan dengan mengambil bahagian dalam aplikasi ini.

Walaupun terdapat pihak yang menyatakan bahawa golongan pelajar universiti yang terjebak dengan pelacuran ini akibat desakan kesempitan wang dan bebanan hutang, ironinya terdapat laporan menyatakan bahawa terdapat golongan yang terjebak dalam permasalahan ini semata-mata ingin merasai gaya hidup mewah.

Justeru, bagi menyelesaikan krisis ini, kami menggesa:

Pihak kerajaan melakukan siasatan terhadap golongan elit yang terlibat di belakang aplikasi Sugarbook, jaringan antarabangsa yang terlibat dan pelabur-pelabur yang  melabur dalam Sugarbook. Hal ini penting setelah melihat pola penggunaan aplikasi sugaring ini bukan sahaja meningkat naik di Malaysia tetapi juga di IPT negara lain seperti Kanada dan Singapura. Bahkan sebenarnya statistik yang dikeluarkan baru-baru ini menampakkan bahawa golongan ini cuba memburukkan lagi imej institusi pengajian tinggi tanah air.

Undang-undang sedia ada perlu diperkasa dan dikemas kini dengan melihat semula kelompongan seksyen 372B Kanun Keseksaan dengan meletakkan sebuah hukuman terhadap lelaki yang menawarkan ganjaran terhadap khidmat pelacuran.

Bagi menjaga kestabilan institusi kekeluargaan di negara ini, kami menyeru pihak berkuasa daripada kerajaan untuk memantau dan mengharamkan aplikasi Sugarbook ini di Malaysia. Begitu juga dengan apa-apa aplikasi yang mempunyai konten pelacuran, berbaur lucah, memaparkan aksi wanita yang tidak sopan kerana ianya satu bentuk pornografi dan pemerdagangan wanita.

Selain itu, unit yang bertanggungjawab di dalam Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) perlu segera melakukan penyelidikan lanjut tentang faktor utama yang  telah menyebabkan terdapat pelajar universiti  terjebak dalam kegiatan tidak bermoral ini dan perlu merangka strategi dalam menangani dan membanteras  permasalahan ini.

Akhir sekali, masyarakat perlu menentang segala jenis maksiat dan kemungkaran yang berlaku  kerana kita tidak akan membiarkan golongan yang mempromosikan gaya hidup bebas dan liberal ini bermaharajalela di negara kita, negara Islam yang tercinta.

Disediakan oleh:

Khidir Institute, Unit Kajian dan Informasi Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina)

Rujukan

(30 Oktober 2018). When romance spells finance. The Malaysian Reserve.

DUNYA, S. A. (11 Februari 2021). Cari ‘sugar Daddy’ melalui ‘Sugarbook’. Sinarharian.

Hakim, A. (13 Februari 2020). Malaysians spent RM24 million on online dating apps in

2019.TRP.

‘Ini Tak adil buat Kami’ – Pengasas Sugarbook. (18 Disember 2019). HM Online.

Malaysia Di tangga ketiga negara paling ramai ‘sugar Daddy’ Di Asia. (9 Februari 2021 ).BeritaHarian.

Malaysia Lubuk ‘Sugar Daddy’, Dilapor Sebagai Negara Ketiga Tertinggi Di Asia. (25

Januari 2021 ). ODISI.

Reporters, F. (10 Februari 2021). Pandemik heret pelajar universiti Ke kancah ‘sugar

baby’.Free Malaysia Today (FMT).

Shepert, E. (11 Januari 2021). Two B.C. universities make list of top ‘sugar baby’

schools in Canada. Vancouver Is Awesome.

‘Sugarbook’ Merendahkan Martabat Wanita, Meruntuhkan Institusi Keluarga Dan

Masyarakat. (19 Disember 2019). Majlis Ulama ISMA.

-mindarakyat.net

Selasa, 16 Februari 2021

Tahniah:SKMM sekat laman web Sugarbook

 


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat akses ke laman cari teman, Sugarbook hari ini selepas menyatakan ia akan menyiasat aplikasi berkenaan.

Laman web perkhidmatan itu didapati tidak dapat diakses melalui beberapa penyedia perkhidmatan internet, manakala penyedia lain memaparkan notis SKMM yang menyatakan: "Laman web ini tidak tersedia di Malaysia kerana melanggar undang-undang negara".

Setakat ini, SKMM belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai sekatan tersebut.

Sugarbook menawarkan perkhidmatan mencari teman antara wanita muda yang digelar sebagai 'sugarbaby' dan lelaki yang lebih tua.

Minggu lalu, Sugarbook menjadi perhatian selepas mendakwa semakin ramai wanita Malaysia terutamanya penuntut 10 universiti yang menawarkan diri sebagai 'sugarbaby' di laman aplikasi itu.

SKMM hari ini berkata ia akan mengambil tindakan terhadap pengguna dan pemilik platform itu sekiranya didapati melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

Suruhanjaya itu turut menyatakan PDRM akan mengambil tindakan lanjut sekiranya terdapat unsur kegiatan pelacuran.

Sugarbook mencetuskan kontroversi pada 2019 selepas papan iklan elektronik mengenai perkhidmatan itu dipaparkan di Kuala Lumpur.

Ini menyebabkan DBKL mengarahkan iklan itu ditarik balik, namun perkhidmatan aplikasi tersebut masih terus dapat diakses.

-mindarakyat