"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Pengkaji Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengkaji Sejarah. Papar semua catatan

Rabu, 19 November 2025

Sejarah Kedah, Rakyat Kedah Harus Ambil Tahu!

 Sejarah Kedah, Rakyat Kedah Harus Ambil Tahu!

Pada tahun 1821 (12 November 1821), Kota Kuala Kedah yang meriah dengan majlis kenduri menikah putera Dato Laksamana Kedah dengan Dato Bendahara Paduka Sri Maharaja, dikejutkan dengan kehadiran gerombolan orang Siam yang diketuai anak Raja Ligor bernama Phya Buri Sakhmuton.

Mulanya rombongan dari Ligor itu memberitahu Dato Bendahara, kehadiran mereka sekadar untuk mendapat bekalan beras setelah mereka kekurangan makanan disebabkan perang yang berlarutan dengan Burma. Lalu Dato Bendahara mengerahkan sekalian rakyat Kedah segera mengumpul beras untuk diberikan kepada Siam. Dalam mereka berbincang, Phya Buri Sakhmuton memberi isyarat kepada orang orangnya untuk menyerang sekalian orang Kedah yang berada di dalam dan luar kota.

Tercetuslah serangan yang dahsyat dalam keadaan orang Kedah tidak bersedia. Hampir kesemua dibunuh. Kuala Kedah bermandi darah. Mayat bergelimpangan di serata ceruk dan hanya sedikit yang sempat bersembunyi menyelamatkan diri. Rupa rupanya angkatan Phya Buri sudah cukup bersedia. Mereka hampir 7,000 orang kesemuanya menyerang dari laut dan darat di sepanjang laluan ke Kuala Kedah. Selain sekitar kota, serangan paling hebat mereka lancarkan adalah di kawasan tebingan Sungai Anak Bukit, di Alor Madi dan Suka Menanti hari ini.

Kekejaman mereka tidak terlawan oleh orang Kedah yang sama sekali tidak menyangka akan diserang oleh angkatan Ligor yang pengecut itu. Betapa kejamnya tentera Siam, orang kampung dibakar hidup hidup di dalam perdu pokok mati, kemudian diratah isi mereka oleh tentera Siam. Wanita hamil dibelah perutnya, direntap keluar anak di dalam untuk dijadikan bahan judi, lelaki atau perempuan.

Begitulah betapa tidak berperikemanusiaan tentera Ligor terhadap rakyat Kedah.

Sejak itu, saki baki orang Kedah yang lari menyelamatkan diri ke Perai, cuba bangkit untuk mendapatkan kembali negeri pusaka nenek moyang ini. Pada 1831, angkatan Tunku Kudin dengan kekuatan 5,000 pahlawan Kedah berjaya menduduki semula Kota Kuala Kedah. Namun setelah terkepung selama lima bulan, kehabisan makanan dan ramai yang syahid, mereka tertewas juga.

Pada 1838, muncul pula Tunku Muhammad Saad untuk menuntut bela. Dengan ribuan tentera dari Rembau, Acheh, Kelantan, Terengganu, Hulu Pahang dan Sulu, mereka berjaya. Kota Kuala Kedah ditawan semula setelah mereka melalui banyak siri pertempuran hebat di darat dan di laut. Tunku Muhammad Saad dengan panglima barisan hadapan beliau diketuai Tok Moh Ris dari Kubur Panjang, Tunku Muhammad Akib, Panglima Muhammad Taib, Dato Wan Muhammad Ali, Syeikh Abdul Samad Al Falimbani berjaya mara hingga ke Singgora.

Mereka bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tentera Siam, malahan juga British yang telah belot, mengepung mereka di laut, menyekat bekalan makanan, senjata dan ubat ubatan. Tidak cukup dengan itu, orang Melayu Kedah sendiri yang bacul, ramai memihak kepada Siam. Antara pembelot Melayu yang tersohor ialah Panglima Yu dan Panglima Barim, yang tewas dalam pertempuran dengan pahlawan Kedah di Pulau Songsong. Dalam serangan untuk mendapatkan kembali Kota Kuala Kedah, orang Siam yang berkawal di situ tidak lebih 70 orang. Hampir 300 orang lagi adalah orang Melayu yang belot.

Semasa di Singgora, Tunku Muhammad Saad melaung kepada perwira perwira Kedah: "Hari ni, kita akan mengamuk sampai ke Bangkok!" Namun takdir Allah, mereka terhalang oleh ribut monsun. Dan ketika itulah, British yang belot atas kepentingan perang dengan Burma yang bermula pada 1824, menghantar bantuan kepada Siam. Siam yang baru mendapat kekuatan semula, telah menyerang balas angkatan Kedah hingga menyebabkan mereka terpaksa berundur. Jika orang Palestin mengenang peristiwa Naqbah, orang Kedah patut mengenang tarikh ini sebagai Hari Perjuangan, mengambil ibrah atas semangat kepahlawanan datuk nenek kita dahulu, yang begitu berani dan tabah menentang penjajahan.

Seorang pegawai tentera laut British, Kapten Sherard Osborn dalam bukunya The Blockade of Kedah 1838 menulis perbandingan pengalaman beliau berperang di India dan Kedah. Katanya: "Di sepanjang Pantai Coromandel, penduduk pribumi menjilat tangan yang menzalimi mereka seperti anjing. Di Kedah, orang Melayu melawan habis-habisan pihak yang menindas mereka. British sepatutnya menjadi bangsa yang pertama menghormati dan mengiktiraf semangat perjuangan orang Melayu Kedah."

Nah! Ramai tertanya tanya, mengapa sejak kemaren kami sebilangan anak anak Kedah menggunakan gambar profil Harimau Melompat. Ini adalah bendera Negeri Kedah pada era Sultan Ahmad Tajuddin, ketika Kedah diserang oleh Siam pada 1821.

Marilah kita menghayati kisah perjuangan datuk nenek kita untuk diadaptasi dalam kehidupan kita hari ini.

Jangan biarkan jiwa kita mati tanpa pengetahuan dan semangat ... kerana ia adalah seumpama mati sebelum mati.

Marilah kita mengenang betapa sukarnya mereka mempertahankan tanah air ini, dan isilah nikmat kebebasan ini dengan semangat untuk kita wariskan tanah pusaka ini kepada anak cucu dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Hapuskan orang seperti Panglima Yu dan Panglima Barim yang ada di sekeliling kita. Mereka ada pembelot agama, bangsa dan negara.

ALLAHUAKBAR

Kredit : kedah kini

Source 

Rabu, 13 Mac 2024

Tahukah anda?:Pelayar Melayu Juara Samudera Sebelum Greek Dan Roman.

 


Orang Melayu dah dominasi lautan samudera dunia  sejak abad pertama masihi. Ini di akui sendiri oleh sarjana barat. Orang melayu sudah kemudi ke sana sini sebelum orang Rome dan orang Greek tahu erti pelayaran.

Dalam buku  ‘Premoden Trade In World History oleh Rischard L. Smith, seorang sarjana sejarah dunia, telah mengatakan bahawa “Di lautan, laluannya didominasi, sekurang-kurangnya pada alaf pertama sebelum Masihi, oleh Orang Melayu….. Terma ‘Melayu’ merujuk  bukan khusus kepada penduduk Semenanjung Melayu. tetapi juga selalu digunakan dalam skala yang lebih besar, lebih umum. Ia merujuk, kepada pelayar laut yang bertutur dalam bahasa Astronesia yang tinggal di Sumatera, Borneo dan Kepulauan lain termasuklah Semenanjung Melayu.

Pelayar Melayu adalah pelayar jarak jauh yang terawal berdagang di wilayah negara moden Malaysia & Indonesia. Aktiviti berdagang mereka berdagang dari Laut China Selatan sehingga Timur Laut India. Mereka adalah pelaut yang mahir dengan teknologi nautikal mereka sendiri yang mungkin mereka telah menciptanya sendiri lama sebelum pedagang Greek & Roman yang baru mula berdagang di laut. Orang Melayu memulakan rangkaian komersial  daripada Filipina, New Guinea, sehungga Pantai Timur Afrika.” 

Namun, apa yang menarik, sarjana ini menggunakan terma ‘Melayu’ bagi merujuk kepada pelayar daripada kawasan Nusantara atau Kepulauan Melayu ini berbanding terma-terma yang lain. Kita juga sedar bahawa Kerajaan Kedah Tua menghasilkan barang besi dengan skala yang besar, seperti yang dizahirkan dengan bukti-bukti di Kedah. Tidak mustahil pelayar melayu membawa dagangan ke seantero dunia seawal abad ke-1 masihi.

Kalau dah sejak abad pertama pun Melayu tu dah pandai belayar, setakat nak buat kapal sebesar Mendam Berahi tu apa la sangat. 

Jadi, perkara macam ni bukan hairan sangat. Kalau mat salleh cakap baru orang percayakan.

Sumber:Demi Malaiu

Ahad, 25 Februari 2024

Benarkah Ferdinand Magellan manusia pertama keliling dunia?

 Memang benar ferdinand magellan manusia pertama keliling dunia? 

Tidak sama sekali! Orang pertama yang mengelilingi dunia adalah Panglima Awang Hitam. Nama macam Melayu kan? Dah memang Melayu pun! Nama inggerisnya pula adalah Enrique of Malacca atau Henry The Black. 

Tak percaya? Begini ceritanya. 

Lima ratus tahun yang lalu, Ferdinand Magellan mengetuai armada Sepanyol untuk mencari laluan baru ke Maluku, yang terkenal dengan rempah ratus yang sangat diingini di Eropah.

Pada abad ke 15, semasa Portugis menguasai Melaka, Awang Hitam telah dijadikan hamba kepada Magellan, kerana kebolehannya boleh menguasai pelbagai bahasa dan kebolehannya belayar di laut. 

Semasa ekspedisi mereka mengelilingi dunia untuk mendapatkan rempah ratus, mereka telah tiba ke satu kawasan yang kini berada dia Cebu, Filipina. 

Di sana, Magellan telah dibunuh oleh penduduk asal di situ kerana rundingannya tidak berjaya oleh beliau dan menyebabkan penduduk di situ marah. 

Awang Hitam kemudiannya melengkapkan perjalanan sepuluh tahun mengelilingi seluruh dunia. Di sepanjang perjalanannya itu, beliau menyaksikan sendiri serangan awal penjajahan oleh kedua-dua Portugis (di Melaka) dan Sepanyol (di Amerika Selatan dan Filipina) setengah milenium yang lalu seterusnya mejadikan Awang Hitam sebagai manusia pertama mengelilingi dunia. 

Kisah Awang Hitam ini banyak dikaji oleh pengakaji2 di luar sana. Walaupun ada banyak perdebatan tentang siapakah Awang Hitam sebenarnya, namun apa yang oenting, beliau berasal daripada Kepulauan Melayu ini dan fasih berbahasa Melayu.

Ini membuktikan orang di Kepulauan Melayu ini mempunyai kualiti yang sama hebat dengan orang2 di tamadun lain. Jangan la rasa kita ni terlalu kerdil hanya kerana sejarah kita ditulis eh mereka yang menang

Sumber:Demi Malaiu

Rabu, 20 April 2022

Kembalikan nama asal lokasi bersejarah di Langkawi

 Peta menunjukkan nama Pulau Singa Besar, Selat Tyson dan Selat Bass di Langkawi, yang nama asalnya adalah Pulau Lada, Selat Dayang Bunting dan Selat Kuah sebelum ditukar namanya oleh pentadbiran lalu.

Peta menunjukkan nama Pulau Singa Besar, Selat Tyson dan Selat Bass di Langkawi, yang nama asalnya adalah Pulau Lada, Selat Dayang Bunting dan Selat Kuah sebelum ditukar namanya oleh pentadbiran lalu.

Alor Setar: Kerajaan negeri dan pihak berkaitan disaran kembali menggunakan nama beberapa lokasi bersejarah di Langkawi yang ditukar suatu ketika dahulu kepada nama asalnya demi memastikan warisan sejarah kawasan berkenaan terus dipelihara.

Aktivis sejarah, Mohd Herman Roslan berkata, nama tiga lokasi bersejarah yang didapati berlainan daripada rekod lama adalah Pulau Singa Besar yang dahulu dikenali sebagai Pulau Lada, Selat Tyson (Selat Dayang Bunting) dan Selat Bass (Selat Kuah).

Jelasnya, catatan seorang pegawai tentera Portugis bernama Barbosa pada 1516 menunjukkan Pulau Lada dan Pulau Langkawi pernah menjadi pusat penghasilan lada hitam terbesar di alam Melayu sehingga rempah-ratus itu turut dijual ke China.

"Malah Francis Light dalam catatannya pada 1786 merujuk Pulau Lada atau 'The Great Lada' sebagai kawasan didiami orang Melayu yang menjalankan aktiviti maritim, selain ia turut pernah menjadi pusat tentera laut Kedah ketika tempoh Perang Musuh Bisik antara 1821-1842.

"Kali terakhir Pulau Lada dicatatkan adalah pada surat permohonan lesen membalak pihak Inggeris kepada Pejabat Sultan Kedah pada 1940, namun surat sama yang dihantar kepada 'Kedah Forestry' mendapati rekod itu menukar nama Pulau Lada kepada Pulau Singa.

"Sejak itu versi Inggeris terpakai sehingga hari ini, sedangkan berdasarkan fakta sejarah, sepatutnya nama Pulau Lada perlu dikekalkan dan bukannya mengikut nama yang diberikan penjajah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pulau Singa atau kini dikenali sebagai Pulau Singa Besar tidak lagi didiami penduduk, sebaliknya kawasan itu kini menjadi hutan simpan selain dijadikan antara lokasi tarikan pelancong melihat habitat burung helang.

Mengulas lanjut, Mohd Herman yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) berkata, semakan pihaknya turut mendapati nama Selat Tyson dan Selat Bass mula digunakan secara meluas termasuk dalam aktiviti pelayaran selepas 1980.

Nama Selat Dayang Bunting dan Selat Kuah masih terdapat di dalam peta topografi dikeluarkan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 1980, namun selepas itu ia ditukar kepada 'Tyson Straits' dan 'Bass Straits' tanpa diketahui punca ia berlaku.

"Sepatutnya nama lokasi bersejarah ini dikekalkan mengikut nama asal yang digunakan masyarakat terdahulu kerana kawasan ini menyimpan dan mempunyai lipatan sejarah panjang yang wajar dipertahankan," katanya.

Berikutan itu, beliau berharap kerajaan negeri atau jabatan berkaitan dapat melakukan sesuatu bagi mengembalikan nama asal lokasi terbabit kerana tindakan menukar nama hanya menyebabkan sejarah sebenar hilang dan tidak diingati generasi muda.

-myMetro