"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Majlis Raja-raja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Raja-raja. Papar semua catatan

Khamis, 28 Mac 2024

'Kerajaan gagal dapat perkenan Majlis Raja-Raja cadangan pinda Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan'

 Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mendakwa kegagalan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 dimuktamadkan di Dewan Rakyat hari ini berpunca akibat kegagalan kerajaan mematuhi kehendak pindaan itu.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata ia disebabkan kerajaan gagal mendapat perkenan Majlis Raja-Raja bagi cadangan pindaan baharu seperti termaktub dalam Perkara 159(5) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ia juga menunjukkan kerajaan tidak serius untuk meminda perkara berkaitan kewarganegaraan, selain mempersoal keputusan pentadbiran tidak menyelesaikan urusan kerajaan seperti dinyatakan dalam aturan urusan mesyuarat.

"Kami dapat menghidu kerajaan gagal mematuhi kehendak pindaan Perlembagaan, terutamanya adakah cadangan ini mendapat perkenan Majlis Raya-Raja. Kami mengatakan demikian berasaskan taklimat Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada pelbagai pihak termasuk ahli Parlimen.

"Taklimat berkenaan menyatakan mereka sudah membentang cadangan ini kepada Majlis Raja-Raja pada 26 Oktober 2023 serta 17 dan 24 Februari lalu, tetapi ketika perkenan diperolehi daripada Majlis Raja-Raja membabitkan lapan pindaan.

"Namun, yang dibentangkan hanya tujuh pindaan sahaja. Kami beranggapan cadangan pindaan terbaru masih belum mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Terdahulu, RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan yang sepatutnya dimuktamadkan hari ini, hanya sempat dibentangkan bagi bacaan kali kedua.

RUU itu dibentangkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu tidak dibahas dan diputuskan berikutan persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan pada jam 5.45 petang.

Sementara itu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, berkata ketiadaan usul daripada kerajaan bagi melanjutkan tempoh persidangan Dewan Rakyat, dianggap disengajakan, bertujuan melindungi kesalahan berkenaan.

"Kami mengatakan ini adalah drama terbaik minggu ini. Rakyat sedang menunggu topik amat penting mengenai pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan.

"Kalau urusan kerajaan disenaraikan dalam aturan urusan mesyuarat perlu diselesaikan walaupun hingga jam 3 pagi. Ketika Parlimen penggal ke-13 dulu kami pernah bersidang sehingga pagi untuk selesaikan urusan kerajaan.

"Kita juga tidak tahu sampai bila RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 ini ditangguhkan, adakah akan dibahaskan pada sidang akan datang atau tahun berikutnya?

"Adakah kerajaan menerima tekanan daripada mana-mana pihak dalam pentadbiran atau pihak lain? Kalau tidak ia tak akan berlaku seperti ini," katanya yang juga Setiausaha Agung PAS. 

-Ibnu Hasyim

Sabtu, 24 Oktober 2020

Agong akan bincang cadangan PM dengan Raja-raja Melayu

 


Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan berbincang dengan Raja-raja Melayu berhubung cadangan yang disampaikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam.

Perkara itu dinyatakan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Fadil, Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran dalam berdepan wabak Covid-19, serta kegelisahan rakyat ekoran perkembangan semasa.

"Oleh hal yang demikian dan susulan daripada sesi menghadap semalam, Al-Sultan Abdullah telah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat supaya bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini ini sementara menunggu keputusan mengenai cadangan-cadangan tersebut," menurut kenyataan itu.

Menurutnya, rakyat turut dinasihati agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan serta menggugat ketenteraman negara.

Semalam, Muhyiddin mengadap Sultan Abdullah di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang dipercayai berkenaan pengisytiharan "darurat".

Ia selepas Kabinet dalam mesyuarat khas yang dipengerusikannya dilaporkan setuju dengan pelaksanaan "darurat" atas dasar menangani penularan Covid-19.

Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan daripada luar dan dalam.

Kenyataan Istana Negara itu bagaimanapun tidak menjelaskan apakah cadangan yang dibawa Muhyiddin.

Dalam pada itu, Ahmad Fadil mengesahkan bahawa Muhyiddin memohon untuk mengadap Sultan Abdullah dan menurutnya ia berlangsung selama satu setengah jam.

"Dalam sesi selama lebih kurang satu setengah jam ini, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menerima sembah taklimat cadangan-cadangan yang telah dicapai oleh mesyuarat khas Jemaah Menteri tersebut untuk pertimbangan dan ampun perkenan Seri Paduka Baginda untuk pelaksanaannya," katanya.

-mindarakyat