"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Terengganu. Papar semua catatan

Selasa, 19 November 2024

"Old Politic" Anutan PMX

 "Old Politic" Anutan PMX

Harini dan semalam aku mengikuti rapat pembentangan bajet 2025 Negeri Terengganu dan perbahasan Adun.

Mengimbau kembali kenangan ketika dipertanggungjawabkan untuk merangka Bajet Negeri Terengganu dari tahun 2018 hingga 2020, bukan mudah untuk merangka bajet memenuhi keperluan negeri dan rakyat, dalam masa sama ditekan oleh Kerajaan Pusat dengan penafian peruntukan royalti yang sepatutnya menjadi hak rakyat.

Ketika bersembang dengan seorang sahabat, kami dapat simpulkan PMX kini mengamalkan "Old Politic" dari UMNO's old playbook. Segala jenis taktik yang pernah digunakan oleh UMNO ketika pemerintahan PAS tahun 1999-2004, kini sedang hebat digunapakai. Bab ni, cikgu belajar dengan anak murid lah kot.

Tapi PMX gagal faham satu perkara, suasana tahun 1999-2004 dengan sekarang jauh berbeza. Dengan kehadiran sosial media, maklumat sampai kepada pengundi secara langsung. 

Kalau PMX rasa dengan sekat royalti Kerajaan Negeri akan beri menambah sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan, memang PMX silap besar. Rakyat makin benc1 dan akan menolak Pakatan Harapan dan UMNO. 

Apapun selamat maju jaya kepada kepimpinan negeri untuk terus mengharungi segala kerenah dan halangan dalam mentadbir negeri, namun tetap cuba memberikan khidmat bakti yang terbaik kepada rakyat. 

Semoga Allah memberkati Negeri Terengganu.

Negeri Terengganu, Maju, Berkat dan Sejahtera.

Salam Hormat,

Ir. Ts. Nurul Islam Mohamed Yusoff



Jumaat, 14 Mei 2021

MB, Exco Terengganu Sumbang Sebulan Gaji Untuk Palestin

 


KUALA TERENGGANU, 14 Mei - Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan Terengganu bersetuju memotong sebulan gaji untuk disalurkan ke Tabung #Aid4Palestine.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, usaha itu turut mendapat sokongan wakil rakyat penyokong kerajaan (backbenchers) apabila mereka menyumbang sebanyak RM3,000 seorang.

"Manakala syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut memberi dana dengan bantuan terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM100,000.

"Ini komitmen serta solidariti kerajaan negeri dalam membantu saudara kita di bumi Palestin yang sememangnya terkesan dengan kekejaman zionis Israel," katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.

Mohd Nor.

Mengulas lanjut, Mohd Nor berkata, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah sedang giat menggerakkan kempen bagi meningkatkan lagi kutipan dana untuk Palestin.

"Ini dilakukan mengikut NGO yang ada di Terengganu ,supaya ia memudahkan seluruh rakyat untuk sama-sama menyumbang.

"Di kesempatan ini juga saya menyeru kepada pihak-pihak seperti syarikat swasta, NGO dan rakyat untuk menyumbang demi kebaikan penduduk Palestin," tambah beliau.

Pada 12 Mei lalu, Kerajaan Malaysia menubuhkan sekretariat #Aid4Palestine bagi menyelaras bantuan kewangan untuk Palestin dan menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, perkembangan terkini yang berlaku di Palestin dengan serangan berterusan oleh regim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin adalah suatu tindakan zalim dan wajib dikecam.

-trdi.my

Sabtu, 6 Mac 2021

Rakyat Darul Iman sengsara kerana kebobrokan kerajaan dulu?

 


Satu tulisan yang ditulis dengan menggunakan nama Hamba Allah dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Facebook bernama Mat Zaki Talib mendakwa masalah air yang berlaku hari ini berpunca dari kebobrokan kerajaan dulu (UMNO).

Tulisan tersebut ditujukan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Terengganu.

Mat Zaki Talib berkongsi tulisan tersebut dalam satu kumpulan Facebook “Friends Of MB Terengganu (Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) hari ini selepas lebih seminggu Kuala Terengganu dan Marang dilanda masalah ketiadaan air yang luar jangka dan menganggu lebih 40000 pengguna.

RAKYAT DARUL IMAN SENGSARA KERANA KEBOBROKAN KERAJAAN DULU.

1. Untuk makluman Ppub Kuala Terengganu atau pergerakkan pemuda UMNO KT keupayaan loji-loji di Kuala Terengganu hanya mampu bertahan sehingga 2012.

2. Sekarang dah 2021, pasti segala sistem dan pekakas di loji semakin tidak boleh digunakan.

3. ‘Service life’ telah capai sepenuhnya pada 9 tahun lepas, sebab itu masalah air makin menjadi-jadi, ketika itu siapa yang memerintah?

4. Kenapa sebelum dan ketika itu tiada penyelesaian segera? Sebaliknya sibuk membina infrastruktur lain yang akhirnya runtuh, dalam masa yang sama gagal menyelenggara keperluan utama rakyat.

5. Alhamdulillah, untuk tempoh sekarang kerajaan negeri sedang menyegerakan pembinaan 3 loji baru.

6. 1 loji dijangka boleh beroperasi dalam masa terdekat, 2 lagi sebelum hari raya Aidilfitri nanti.

7. Apabila ketiga tiga loji baru boleh beroperasi, barulah loji sedia ada di kepong dan losong boleh di upgrade.

8. Apabila semua siap, kualiti air di Terengganu akan lebih terjamin.

9. Dalam tempoh 2-3 tahun kerajaan baru, itulah yang dibuat, yang UMNO pegang berpuluh tahun buat?

10. Nak lebih kepastian sila hubungi orang kuat Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd – SATU, kan dia berasal dari UMNO?

11. Sekian sahaja kaedah tayammum dari saya, salah silap harap dimaafkan.

Hamba Allah,
Penentang kebobrokan UMNO Terengganu.


-terengganufokus.com