"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Pemuda UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemuda UMNO. Papar semua catatan

Isnin, 15 Julai 2024

Umno milik ahli bukan pemimpin, kata Dr Akmal

 freemalaysiatoday.com

Predeep Nambiar
14 Jul 2024, 07:43 PM

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata survival politik parti itu kini bergantung pada akar umbi.
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata dengan menyuarakan pendapat untuk didengar pemimpin tertinggi, akar umbi dalam menyelamatkan parti daripada terus karam.

BUTTERWORTH: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata Umno bukan milik mana-mana pemimpin, sama ahli majlis tertinggi atau ketua bahagian, sebaliknya ia milik semua ahli.

Mengulas mengenai prestasi buruk parti dalam beberapa pilihan raya baru-baru ini, exco Melaka itu berkata survival Umno kini bergantung pada tekanan akar umbi yang mahukan perubahan.

Katanya, dengan menyuarakan apa yang dalam fikiran hingga didengar pemimpin tertinggi, akar umbi boleh menyelamatkan parti daripada terus tenggelam.

Akmal berkata, pada PRU15 Umno hanya menang 26 kerusi parlimen berbanding 109 kira-kira 20 tahun lalu, menunjukkan sudah sampai masanya akar umbi bangkit untuk mengembalikan kegemilangan Umno.

“Jangan jadikan parti ini sebagai perisai untuk mempertahankan individu…

“Hari ini rakyat nak tengok pemimpin yang mesti ada prinsip. Kalau salah katakan salah, kalau betul katakan betul.

Kita ini bukan lembu yang dicucuk hidung. Sebab Umno ini diajar ada prinsip dan yang paling penting, kita ada maruah. Umno ini ada maruah, katanya dalam ucapan perasmian persidangan perwakilan Pemuda Umno Tasek Gelugor.

Akmal menjawab kritikan Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Adam terhadap beliau kerana mengkritik kepimpinan parti dengan berkata mempunyai perbezaan pendapat tidak bermakna beliau menentang parti.

-Wak Labu Farm 

Jumaat, 22 Januari 2021

Kerajaan Perlu Arah Lanjutan Moratorium, Jangan Hanya Serah Pada Budi Bicara Bank

 KUALA LUMPUR, 22 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap agar sepanjang tempoh Darurat dan PKP 2.0, kerajaan akan dapat mengeluarkan arahan jelas supaya pelanjutan tempoh moratorium pinjaman dapat diberikan secara automatik kepada peminjam dengan kriteria tertentu seperti sebelum ini, bukan atas penilaian dan budi bicara sepihak oleh pihak bank.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberikan tujuh rasional ekonomi kenapa hal tersebut perlu dilakukan.

“Pemuda UMNO mengharapkan agar kerajaan dapat memanfaatkan kuasa di bawah Ordinan Darurat untuk membuat pengarahan jelas kepada pihak institusi kewangan bagi tujuan lanjutan moratorium secara outomatik dengan kriteria terentu dan bukannya diserahkan kepada budi-bicara bank semata-mata,” tegasnya dalam kenyataan berkaitan hal ini, hari ini.

Tujuh Rasional Ekonomi utama kenapa ini perlu dilakukan adalah seperti berikut:

1. Berbanding PKP 1.0, rakyat hakikatnya lebih susah kerana ramai hilang pekerjaan, dipotong gaji ataupun dikurangkan elaun, manakala rata-rata perniagaan terjejas teruk malah gulung tikar akibat kelembapan ekonomi lantaran Pandemik COVID-19.

2. Oleh kerana keadaan ekonomi negara dijangkakan akan turut terjejas kerana perlaksanaan PKP 2.0 dan proklamasi Darurat, sektor perniagaan serta industri kecil dan sederhana antara yang paling terkesan dan belumpun sempat pulih setelah PKP pertama, pastinya akan memberi kesan gandaan negatif kepada ekonomi.

3. Walaupun moratorium diberikan sekurang-kurangnya 6 bulan pada PKP 1.0, ternyata sektor perbankan terus mencatatkan keuntungan besar pada tahun lepas. Tidak dinafikan ada sedikit penurunan keuntungan sektor perbankan, tetapi jauh sekali mengalami kerugian.

4. Rasional ekonomi terpenting ketika krisis adalah untuk memastikan rakyat boleh terus berbelanja agar kitaran wang terus rancak bagi memastikan permintaan dalam ekonomi berkembang, sekaligus mengelakkan pengucupan ekonomi. Justeru, penangguhan bayaran pinjaman untuk tempoh masa tertentu boleh mengurangkan ketirisan keluar aliran kewangan daripada kitaran ekonomi hingga merencatkan pertumbuhan ekonomi negara dan menyukarkan proses pemulihan ekonomi itu sendiri.

5. Statistik berkenaan pendapatan sektor perbankan di Malaysia, kos serta keuntungan sebelum cukai bagi sektor ini sehingga enam bulan pertama tahun 2020 dapat dilihat di rajah 2.13 dalam laporan Bank Negara yang boleh diakses di link ini https://www.bnm.gov.my/fsr-2020 .

6. Perlanjutan tempoh Moratorium secara automatik tidak akan membawa masalah kepada pihak bank. Ini kerana dalam laporan Bank Negara terbaru berkenaan Kestabilan Kewangan di bawah tajuk Financial Institution Soundness and Resilience yang boleh diakses di laman ini https://www.bnm.gov.my/fsr-2020 , jelas menyatakan bahawa sektor perbankan di Malaysia berada dalam kedudukan modal yang ampuh dengan ‘Aggregate Capital Buffers’ berjumlah Rm121.6 billion. Ini bermakna, sektor perbankan pada kedudukan yang kukuh untuk menyerap sebarang tekanan dan kerugian jangka pendek.

7. Dengan kekukuhan sektor kewangan yang punya ketahanan modal yang kuat (well capitalised), kewajaran perintah Moritorium secara automatik lebih utama bagi mengurangkan tekanan ekonomi dalam sektor ekonomi benar atau real econony (bukan kewangan) terutama yang melibatkan perbelanjaan kepenggunaan. – UMNO Online

Khamis, 31 Disember 2020

Siasat dakwaan kaitan bekas gabenor Bank Negara dengan Kes 1MDB – Pemuda Umno

 


PEMUDA UMNO DESAK POLIS DAN SPRM SIASAT KAITAN BEKAS GABENOR BANK NEGARA DENGAN KES 1MDB

1. Pergerakan Pemuda UMNO hari ini telah mengadakan satu laporan polis berkenaan isu penting mengenai penglibatan seorang Gabenor Bank Negara yang disyaki terlibat dengan kes 1MDB.

2. Terdapat keraguan yang membimbangkan berkenaan pendedahan mengenai penglibatan 3 orang lagi individu bernama, Dato’ Dr Tawfiq Ayman – Alif Ayman Aziz bin Tawfiq Ayman – Abdul Aziz bin Tawfiq Ayman. Ketiga-tiga individu adalah dilaporkan sebagai suami dan anak-anak kepada Tan Sri Zeti Aziz, bekas Gabenor Bank Negara.

3. Sebuah syarikat Iron Rhapsody juga didakwa dimiliki oleh suami dan anak Tan Sri Zeti Aziz dan syarikat ini menerima wang berjumlah USD 16,219,409.23 daripada entiti yang mempunyai pendaftaran di bawah nama Jho Low. Juga disebut dalam laporan itu, Tan Sri Zeti dan Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah telah berjumpa dengan Jho Low beberapa kali dan mereka mempunyai makluman mengenai bayaran yang telah diterima oleh suami dan anak-anak Tan Sri Zeti.

4. Pemuda UMNO khuatir kerana sehingga hari ini, tidak pernah ada sebarang kaitan atau siasatan terperinci dan tindakan undang-undang yang telah dikenakan terhadap individu-individu penting di Bank Negara Malaysia berkenaan salahguna dana 1MDB. Terdapat beberapa persoalan yang perlu dirungkaikan dalam senario terkini dalam skandal 1MDB ini, antaranya:

a) Adakah benar transaksi-transaksi yang melibatkan ahli keluarga Tan Sri Zeti Aziz, Gabenor Bank Negara pada ketika itu berkait dengan 1MDB atau Jho Low? Apakah kaitan di antara Jho Low dan Dato’ Dr Tawfiq Ayman?

b) Mengapakah Tan Sri Zeti Aziz yang merupakan antara individu yang bertanggungjawab melibatkan transaksi besar dalam dan luar negara kini berdiam diri mengenai dakwaan ini.

5. Pemuda UMNO mendesak agar pihak PDRM dan seterusnya SPRM dapat memberikan satu tumpuan khusus untuk menyiasat berkenaan segala dakwaan, tuduhan dan fakta-fakta yang telah dikeluarkan oleh sebuah laman portal berita sebelum ini.

6. Pemuda UMNO mahu pendedahan yang melibatkan soal integriti di kalangan penjawat jawatan tertinggi di institusi kewangan tertinggi di Malaysia diberikan keadilan sewajarnya. Rakyat Malaysia pastinya mahukan kebenaran terungkil dalam usaha kita bagi membersihkan semula nama negara tercinta ini di mata dunia.

Dato Shahrul Nasrun Bin Kamaruddin
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
30 Disember 2020

https://www.facebook.com/1516217508645548/posts/2846151342318818/?d=n

-ttkm.com.my

Selasa, 29 Disember 2020

PH Cukup Takut UMNO Kekal Kerjasama Dengan PN


Oleh: DATUK SHAHRUL NASRUN KAMARUDDIN

Orang UMNO pasti tidak berminat membaca sehingga penutup artikel ini kerana mereka beranggapan saya cuba mengajak Melayu untuk menyertai parti BERSATU.

Tidak mengapa.

Biarkan rakan-rakan UMNO yang tidak mahu menerima hakikat bahawa UMNO tidak akan menerajui kepimpinan negara buat seketika paling kurang satu penggal lagi.

Tindakan segelintir pemimpin dan ahli UMNO yang memperkecilkan peranan parti BERSATU hanya kerana parti itu memenangi 13 kerusi dalam pilihanraya lalu satu kesilapan besar.

SHAHRUL NASRUN KAMARUDDIN

Ini kerana tiga parti iaitu UMNO, BERSATU dan PAS saling memerlukan demi kelangsungan orang Melayu untuk kekal memegang kuasa pemerintahan.

Muafakat Nasional menggabungkan UMNO dengan PAS merupakan satu titik penyatuan orang Melayu di negara kita.

Tetapi Muafakat Nasional hanya sekadar satu piagam yang dimeterai membabitkan UMNO dan PAS. Berbeza dengan Perikatan Nasional kerana ia sebuah parti politik yang didaftarkan dengan ROS.

Justeru pemimpin UMNO perlu tahu bahawa sekiranya UMNO tak meneruskan kerjasama dengan BERSATU. UMNO akan kehilangan PAS kerana PAS ahli Perikatan Nasional bersama BERSATU.

Persoalannya, mampukah UMNO BN bangkit bersendirian tanpa PAS dan BERSATU?

Ya, UMNO BN mampu bangkit semula hanya sekiranya peratusan undi kaum Cina kembali kepada BN melebihi 20% sokongan.

Sekiranya UMNO BN belum berjaya perolehi sokongan kaum Cina lebih 20 peratus, maaf cakap sukar bagi UMNO BN untuk kembali berkuasa secara sendirian.

Jumlah kerusi UMNO BN adalah lebih banyak berbanding kerusi BERSATU?
BERITA YANG BERKAITAN

Ya, BERSATU asalnya hanya memiliki 13 kerusi sahaja. Namun, faktor jumlah kerusi BERSATU lebih kecil berbanding UMNO tidak lagi boleh digunapakai kerana kini BERSATU menguasai kerajaan.

Apabila UMNO BN kekal bekerjasama dengan BERSATU maka kekuatan yang dimiliki BERSATU iaitu jentera kerajaan akan digunakan untuk membantu kemenangan UMNO BN.

Dan sekiranya UMNO BN memilih untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU pasti aset yang dimiliki oleh BERSATU digerakkan untuk lawan UMNO BN.

Selain itu, jika UMNO BN berpendirian untuk menghentikan sebarang kerjasama dengan parti BERSATU maka UMNO BN kehilangan PAS kerana parti PAS merupakan ahli Perikatan Nasional.

Misal kata, BN bertembung dengan PN dan PH, sokongan PAS kepada BN atau PN?

Jawabnya, PAS pasti menyokong PN kerana mereka adalah ahli dalam PN. Cuba fikirkan sejenak dengan sokongan dan jentera PAS ditambah kekuatan BERSATU yang menguasai kerajaan.

Adakah peluang UMNO kembali memenangi 55 kerusi seperti mana PRU14 yang lalu?

Jawapannya, peluang untuk UMNO kekal di 55 kerusi amat tipis sebaliknya UMNO bakal kehilangan lebih banyak kerusi.

Oleh itu, memutuskan kerjasama dengan PN iaitu BERSATU bakal mengukuhkan kedudukan parti BERSATU dalam kalangan orang Melayu.

Saya percaya, BERSATU tidak ke mana selepas era Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana dalam BERSATU tiada pemimpin yang mampu untuk mengukuhkan parti BERSATU.

Saya merasakan tidak mustahil BERSATU akan terbubar sendirinya dan ke semua menyertai UMNO sepertimana parti Semangat 46.

Kesimpulan, UMNO, BERSATU dan PAS saling memerlukan satu sama lain kerana melalui penyatuan dan kerjasama ini sahaja peluang Melayu majoriti memimpin kerajaan dengan jumlah 147 kerusi sangat tinggi.

Inilah adalah perkara yang amat ditakuti oleh PH-DAP tetapi tidak ramai pemimpin dan ahli UMNO BN menyedari hakikat ini.

P/S: “Keep your friends close, keep your enemy closer”.

***Penulis ialah Exco Pergerakan Pemuda UMNO.

Jumaat, 25 Disember 2020

6 CADANGAN TANGANI ISU KARTEL DAGING

Bagi menangani kelemahan kawal selia halal secara bersepadu

 1. Pendedahan eksklusif media massa perdana mengenai wujudnya kartel yang menjalankan aktiviti haram selama 40 tahun membabitkan penyeludupan daging murah dari negara-negara yang persijilan halalnya tidak diiktiraf JAKIM mahupun Jabatan Agama Islam Negeri sememangnya mencetus kegusaran umat Islam di negara ini.

2. Kebimbangan dan keraguan orang ramai terhadap “status halal” dan kebersihan daging import halal yang berada di pasaran dengan pelbagai berita-berita sensasi termasuklah campur aduk antara daging halal dan haram mesti ditangani segera oleh pihak kerajaan.

3. Bagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, isu seperti ini bukan kali pertama malah berulang kali timbul hingga menyerlahkan kekangan dan kelemahan ketara dalam isu penguatkuasaan dan kawal selia industri halal di negara ini.

4. Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa kuasa pensijilan halal dan penguatkuasaan halal terletak di bawah bidang kuasa agensi-agensi yang berbeza.

5. Kuasa pensijilan halal ketika ini terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa JAKIM dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, sedangkan penguatkuasaan pula di bawah pelbagai agensi termasuklah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP), Kementerian Kesihatan, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.

6. Dalam isu mengawal selia urusan import bekalan daging ke Malaysia pula bukan hanya terletak di bawah kuasa mutlak JAKIM, malah pelbagai agensi lain yang membabitkan beberapa peringkat termasuklah Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (DVS), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Polis Pelabuhan.

7. Bagi menangani isu ini secara bersepadu, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mencadangkan 6 TINDAKAN SEGERA untuk dilakukan oleh kerajaan:

(i) Mengisytihar dan mendedahkan nama-nama syarikat yang sedang disiasat dan disyaki terbabit dengan penipuan sijil dan percampuran daging halal haram.

(ii) Mengambil tindakan semerta menarik semula bekalan daging yang telah memasuki pasaran dalam tempoh 2 minggu ini oleh syarikat-syarikat terbabit melibatkan semua peruncit dan pengedar bagi mengelakkan ianya dijual kepada rakyat dan pengusaha makanan.

(iii) Menubuhkan satu PASUKAN KHAS melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan dalam industri halal bagi mengenalpasti dalang sindiket kartel yang bertanggungjawab dan tindakan tegas diambil tanpa kompromi.

(iv) Menilai kembali kapasiti kakitangan persijilan halal yang jelas tidak selari dengan bebanan dan keluasan cakupan tugas pengawasan sijil Halal dalam Malaysia dan di luar negara.

(Nota: Maklumat Pemuda UMNO terima terdapat kakitangan halal di peringkat negeri yang masih bertaraf kontrak walaupun telah bekerja selama 8 tahun ke atas).

(v) Melakukan penambahan segera kakitangan pengawal seliaan halal di JAKIM dan di Jabatan Agama Islam Negeri-negeri yang mampu menampung keperluan mendesak bukan sahaja aspek persijilan halal Malaysia bahkan pemantauan dan penguatkuasaan.

(vi) Memperkasakan kembali Majlis Halal Malaysia yang diperkenalkan di zaman Kerajaan Barisan Nasional bagi membangunkan industri halal secara komprehensif dan bersepadu yang membabitkan sekurang-kurangnya 300 institusi baik agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, negeri-negeri hinggalah kepada swasta yang secara langsung terbabit dalam aspek kawal selia, pensijilan, penguatkuasaan dan pembangunan industri halal negara.

8. Bagi Pemuda UMNO keenam-enam cadangan di atas wajar diambil tindakan segera oleh Kerajaan Perikatan Nasional bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan bukan sahaja rakyat Malaysia bahkan logo Halal Malaysia yang diiktiraf seantero dunia tidak terjejas dan mampu dipertahankan.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

25 Disember 2020

-editormalaysia

Isnin, 7 Disember 2020

Isu Kuil:Pemuda PAS persoal tindakan EXCO Pemuda Umno..

 

Motif Pemuda Umno campuri isu kuil dipersoal

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS mempersoalkan tindakan tergopoh-gapah EXCO Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang membidas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam isu perobohan kuil di negeri itu.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait kesal tindakan Azri yang lebih dikenali sebagai Papa Gomo itu dan mempersoalkan sama ada mahu mencari pertelingkahan, perbalahan atau pergaduhan.

Tegas beliau, sebagai anak muda, tidak harus bertindak tanpa berpandukan prinsip di mana isu yang berlaku itu adalah perkara yang berkaitan dengan undang-undang dan juga Pemuda mesti menjadi ejen perpaduan, penyatuan dan mendamaikan.

Terangnya, isu tersebut tidak lagi menjadi rahsia di mana notis dari Majlis Bandaraya Alor Setar sudah diberi sejak Disember 2019 disusuli notis kedua pada Julai 2020, namun tidak diambil tindakan atau diendahkan oleh pihak kuil.

Di mana bacanya dari notis tersebut, pihak berkenaan dikehendaki mengubah dan mengalih serta merobohkan binaan berkenaan dengan kadar segera dalam masa tujuh hari yang menunjukkan bahawa isu tersebut bukan baharu atau tanpa budi bicara.

Isu tersebut juga kemuka Faisal, turut melibatkan perobohan gelanggang silat disebelah kuil itu, namun ia tidak diperjuangkan pula oleh Azri dan pihak-pihak yang mempertahankan kuil tersebut, malah pihak pertubuhan silat juga tidak membantah.

“Kalau kita lihat sama lebih kurang dia punya kaedahnya iaitu anda telah pun didapati mendirikan binaan menyebabkan bersalahan dengan Seksyen 46 (1)(a) Akta Jalan Parit dan juga Bangunan (Akta 133)

“Akta 133, tidak hanya dikuatkuasakan kepada kuil Hindu, tokong atau rumah ibadah, ianya juga berkuatkuasa ke atas semua struktur binaan dan hadangan yang tidak diluluskan, apa-apa sahaja,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan motif Pemuda Umno membawa naratif isu tersebut yang dilihat cuba mengapi-apikan sentimen atau provokasi berbanding usaha untuk menyelesaikan isu itu secara sewajarnya.

Menjawab mengenai perkataan ‘mabuk’ disebut Muhammad Sanusi di mana didakwa menghina kaum India, Faisal menyatakan bahawa ianya hanyalah sebutan kiasan dan merujuk kepada pihak tertentu yang mabuk populariti. – HARAKAHDAILY 6/12/2020