"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Malaysia. Papar semua catatan

Ahad, 17 Mei 2026

Pengasas Dong Zong Malaysia dilucutkan kewarganegaraan dan penasihatnya diharamkan masuk ke Tanah Melayu.Kenapa?

Oleh: Mohd Fadli Salleh

 1. Pengasas Dong Zong, Lim Lian Geok dilucutkan kewarganegaraan pada tahun 1961 (pelaksanaan sebenar pada 1964) manakala Penasihat Dong Zong, Dr Yen Yuen Chang yang menetap di Singapura diharamkan masuk ke Tanah Melayu.

2. Mereka berdua dikenakan tindakan tegas kerana lantang menentang Dasar Pendidikan Kebangsaan.

3. Dr Yen merupakan perancang utama disebalik gerakan membantah Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961.

4. Perdana Menteri pada masa itu ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj manakala Menteri Pelajaran pula ialah Datuk Haji Abdul Rahman bin Haji Talib.

5. Kerajaan pada masa itu sangat serius dan tegas hendak menyatukan rakyat Malaysia di bawah sistem pendidikan yang seragam.

6. Namun hasrat kerajaan ditentang hebat oleh Persatuan Dong Jiao Zong yang diasaskan oleh Lim Lian Geok manakala Dr Yen Yuen Chang pula sebagai Penasihat pertubuhan itu.

7. Sehubungan dengan itu, kerajaan melucutkan kewarganegaraan Lim dan mengharamkan Dr Yen masuk ke Tanah Melayu pada 1961. Tindakan tegas itu menunjukkan betapa kerajaan pada masa itu sangat serius dalam agenda perpaduan dan pendidikan.

8. Selepas tindakan tegas itu dilaksanakan, pemimpin serta ahli persatuan Dong Jiao Zong mula 'kendur' dan tidak lagi lantang menentang dasar kerajaan.

9. Semua yang ditulis dari point 1-8 merupakan ringkasan fakta sejarah tanpa tokok tambah atau provokasi.

10. Sehingga hari ini, Dong Zong sangat banyak membantah pelbagai dasar kerajaan dalam pendidikan khususnya.

11. Antaranya Dong Zong bertanggungjawab membantah tulisan Jawi, bantahan terhadap PPSMI di Sekolah Cina, membantah Sekolah Wawasan yang dah diluluskan kabinet dan jemaah menteri, mendesak kerajaan mengiktiraf UEC sejak tahun 1975 lagi.

12. Alangkah bagusnya jika kerajaan hari ini dan akan datang bertegas dalam semua dasar kerajaan terutamanya dalam pendidikan setegas Tunku Abdul Rahman suatu ketika dahulu.

13. Aku berpandangan sekiranya kerajaan sangat tegas dalam melaksanakan dasar, melucutkan kewarganegaraan bagi mereka yang menentang perpaduan dan dasar pendidikan, rasanya tidak ada yang berani melampau batas dalam urusan negara. Ia telah dibuktikan 60 tahun lepas.

14. Artikel ini tiada kaitan dengan politik atau kaum, ia adalah fakta mengenai sejarah Dasar Pendidikan Kebangsaan yang tersimpan dalam arkib negara buat selamanya. Sesiapa sahaja boleh akses dan mencari maklumat ini di internet.

Begitulah.

#MFS


Selasa, 12 Julai 2022

Waris kesultanan Sulu rampas aset US$2b Petronas

 


Waris kesultanan Sulu yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia - merampas dua anak syarikat gergasi minyak Malaysia Petronas yang diperbadankan di Luxembourg.

Menurut laporan Financial Times yang berpangkalan di London, peguam pihak yang menuntut merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, yang dilaporkan bernilai AS$2 bilion.

Peguam berkata bailif di Luxembourg merampas syarikat induk bagi pihak pelanggan mereka pada Isnin.

Keturunan sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II, menuntut jumlah amat besar sebagai pampasan daripada Malaysia berikutan proses timbang tara.

Proses timbang tara itu dimulakan sebagai tindak balas ke atas Malaysia yang memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada kesultanan Sulu pada 2013.

Malaysia tidak mengambil bahagian dalam proses timbang tara di Perancis, dengan alasan bahawa pertikaian antara Malaysia dengan pihak yang menuntut bukanlah kontrak komersial dan dengan itu tidak tertakluk kepada timbang tara.

Peguam bagi pihak yang menuntut telah berhujah bahawa memandangkan Malaysia adalah penandatangan Konvensyen Mengenai Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Anugerah Timbang Tara Asing (Konvensyen New York), maka anak guam mereka mempunyai hak untuk merampas aset Malaysia di 167 negara penandatangan sekiranya jumlah yang dituntut tidak dibayar.


Selasa, 21 Jun 2022

KPDNHEP umumkan subsidi minyak masak tulen botol dimansuhkan

 

Putrajaya: Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram (kg) dimansuhkan bermula 1 Julai ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dalam jangka masa yang panjang dan seterusnya menstabilkan harga barangan.

Beliau berkata, bagaimanapun subsidi bagi minyak masak paket satu kilogram masih diteruskan.

"Sebenarnya, program subsidi minyak masak tulen untuk botol ini hanyalah sementara, ketika pelaksanaan pada 2021 itu kita buat dalam tempoh tiga bulan sahaja iaitu Ogos, September dan Oktober.

"Bagaimanapun, ketika itu kerajaan berpendapat kita patut lanjutkan dan disebabkan itu ia dilaksanakan sehingga kini. Kini kerajaan merasakan tibalah masa untuk dimansuhkan supaya boleh memberi fokus bagaimana untuk membantu golongan yang memerlukan.

"Kerajaan boleh memberikan bantuan yang lebih bersasar; bagaimanapun, segala bentuk bantuan ini akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Sesi Dialog bersama pihak industri mengenai isu harga dan bekalan di kementeriannya, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai sesi dialog itu, Alexander berkata, ia dianjurkan bagi memberi penerangan kepada pemain industri dan persatuan pengguna terhadap inflasi yang berlaku di negara ini.

Melalui sesi dialog berkenaan, terdapat pandangan dan cadangan yang diberikan antaranya untuk memperkasakan kesedaran pengguna dan mengubah cara hidup dalam menghadapi kenaikan harga.

Beliau berkata, turut diajukan adalah isu kekurangan pekerja dalam sektor perdagangan pengedaran yang semakin kritikal dan kos operasi.

-myMetro

Ahad, 2 Mei 2021

Covid19:Rakyat tidak marah pelaksanaan PKP, tapi sebab layanan tidak sama rata - Dr Zainal Ariffin

 Rakyat tidak marah pelaksanaan PKP, tapi sebab layanan tidak sama rata - Dr Zainal Ariffin

Rakyat tidak marah dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sebarang sekatan pergerakan tetapi atas sebab layanan tidak sama rata, ujar Datuk Dr Zainal Ariffin Omar. - Bernama
KUALA LUMPUR: Rakyat tidak marah dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sebarang sekatan pergerakan, ujar Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar.
Namun, apa yang mebangkitkan kemarahan rakyat adalah, denda yang tidak masuk akal dan kelonggaran yang hanya diberikan kepada golongan-golongan tertentu.
“Sebenarnya kita lihat, rakyat ini bukan marah sangat kepada pelaksanaan PKP, PKPP, PKPB atau sebagainya
“Tetapi mereka marah kerana pelaksanaan yang tidak mengikut kepada garis panduan, misalnya (kelonggaran) yang dibenarkan untuk kumpulan-kumpulan tertentu.
“Kemudian ada layanan yang tidak masuk akal, denda daripada pihak berkuasa dan sebagainya. Jadi, kemarahan itu jadi berleluasa.
“Jadi pada masa ini, apa sahaja tindakan kerajaan itu dilihat sebagai satu tekanan kepada rakyat dan oleh kerana itu rakyat akan bounce back (melantun) seolah-olah untuk membalas balik,” jelas Dr Zainal ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Beliau dalam pada itu mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu mengikut perasaan dan rakyat kekal bersama dalam meneruskan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
“Jadi, kita kembali mengajak rakyat untuk bersama-sama mematuhi SOP dan kita terpaksa melalui kawalan yang agak ketat semasa perayaan ini.
“Jika tidak, kita akan berakhir macam di India sana kerana mereka buka (membuka semua operasi), dan rakyat pun gembira untuk menjalankan kehidupan yang tidak sepatutnya (diamalkan ketika pandemik).
“Jadi, kita tidak mahu itu berlaku di negara kita, selepas daripada tempoh perayaan nanti,” nasihatnya lagi.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negeri-negeri membabitkan kes COVID-19 tinggi bagi mengekang penyebaran wabak tersebut.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, cadangan itu berikutan kes melebihi angka 3,000 bagi tempoh tiga hari berturut-turut dan tidak menunjukkan penurunan.

Rabu, 17 Mac 2021

Perutusan Khas Perdana Menteri - PEMERKASA

 Perutusan Khas Perdana Menteri

PEMERKASA akan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan 

1. Bantuan Khas Covid-19 RM200 sebulan dipanjangkan kepada petugas penjawat awam yang terlibat dalam program imunisasi di PPV

2.Tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh. Hanya dilaksanakan mengikut lokaliti secara tertumpu. 

3. Pematuhan SOP yang lebih ketat dan telus 

4. Geran Khas 3.0 RM1,000 one off akan dibuka 1 April. 

5. PENJANA Kerjaya - Meliputi pekerjaan sementara dan gig. 

6. Kerajaan setuju beri potongan cukai tambahan sehingga RM50,000 kepada pengilang, syarikat perkhidmatan berkaitan pengilangan sewa premis, asrama pekerja 

7. Geran RM3000 one off untuk agensi pelancongan dan RM 600 untuk pengusaha home stay

8. Motosikal pemasangan tempatan dengan kapasiti enjin 150cc kebawah dapat pengecualian 100 duti eksais bermula 1 April 

9. Program Penjana Kerjaya 2.0 akan ditambah baik dengan perluas skop insentif pengambilan pekerja 

10. Perkhidmatan 5G akan dimulakan hujung tahun ini. 

11. Fi penyenaraian dikecualikan 12 bulan untuk penyenaraian di pasaran Utama, LEAP atau Ace. 

12. Had pengumpulan dana akan dinaikkan kepada RM20 juta dari RM10 juta serta Equity Crowdfunding akan diperluaskan kepada syarikat berhad yang tidak tersenarai 

13. Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima untuk bantuan berikut:

• Bantuan tunai secara one-off RM500 diberikan kepada golongan B40 yang hilang pendapatan; dan

• Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah

Bantuan Khas akan di bayar mulai Jun 2021

14.SSM setuju nilai ambang keberhutangan atau indebtedness threshold dinaikkan kepada RM50,000 dari RM10,000. SSM juga memberi kemudahan pendaftaran perniagaan percuma kepada kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang ingin menceburi bidang keusahawanan 

15.Kerajaan telah meluluskan geran padanan sebanyak RM30 juta untuk menggalakkan pelaburan dalam mekanisasi dan automasi industri sawit 

16.Kerajaan akan menambah baik subsidi ini kepada RM300 khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu.

17.Golongan B40 yang dibenarkan untuk dikuarantin di rumah atas sebab COVID-19 layak untuk menerima manfaat bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari selama 14 hari. 

18. Harga minyak ditetapkan pada paras harga siling. RON95 pada RM2.05 seliter & diesel pada RM2.25 seliter.

19. JKM lantik 2,500 pegawai tambahan di bawah inisiatif MyStep pastikan bantuan sampai kepada yang memerlukan.

20. Kelonggaran untuk individu berstatus bankrap- Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan Kerajaan terutamanya dalam proses membuka akaun secara dalam talian. 

21.  Kerajaan bersetuju meningkatkan had kelayakan gaji maksimum bagi bantuan Elaun

Pekerja Cacat daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan. Sebanyak RM26 juta akan disediakan.

22.Peruntukan sebanyak 10 juta ringgit dalam bentuk dana padanan 70 peratus bagi usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri turut disediakan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO.

Khamis, 11 Februari 2021

Sah! Tiada lagi syarat buat pengeluaran KWSP melalui i-Sinar

 Sah! Tiada lagi syarat buat pengeluaran i-Sinar

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemansuhan syarat pengeluaran i-Sinar dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan mengesahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemansuhan itu dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam.
"Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19.
"Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.
"Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi," katanya dalam kenyataan.
Berikut perincian pengeluaran:
A) Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
B) Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Sehubungan itu Zafrul berkata, KWSP memerlukan sedikit masa untuk mempersiapkan struktur pengeluaran baharu ini.
Terdahulu, Astro AWANI yang memetik sumber melaporkan, kerajaan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan.-AstroAwani

Khamis, 14 Januari 2021

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

 


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dicadangkan supaya mengadakan satu petisyen kepada Yang Dipertuan Agong untuk meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan kerana beliau tidak mempunyai sokongan majoriti lagi.
Seorang peguam, Zulhazmi Sharif (gambar) dalam cadangannya berkata, semua maklum bahawa keadaan sekarang yang tidak menyokong Kerajaan adalah 111 berbanding 109 yang tidak diketahui masih menyokong atau sebaliknya.

Justeru kerajaan sedia ada, katanya, khususnya Perdana Menteri sudah tidak mempunyai sokongan majoriti di bawah Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam situasi ini, Perdana Menteri hanya ada dua (2) pilihan iaitu samada meletak jawatan atau mohon perkenan pembubaran Parlimen, katanya.

“Oleh kerana darurat sedang berjalan dan diumumkan bahawa tiada apa-apa pilihanraya boleh dijalankan maka hanya satu (1) pilihan bagi Perdana Menteri iaitu meletakkan jawatan.

“Mengetahui kebebalan Perdana Menteri yang tidak tahu malu dan masih mahu kekal menjawat jawatannya maka suatu petisyen kepada ke bawah Duli Tuanku memohon perkenan Tuanku memanggil Perdana Menteri dan menasihatkan beliau meletak jawatan wajar dipertimbangkan,” kata beliau.

Bagi beliau, Baginda ke bawah Duli Tuanku perlu dimaklumkan secara rasmi kedudukan sokongan kepada Perdana Menteri sekarang supaya Tuanku boleh bertindak melantik seorang Perdana Menteri baru bagi menerajui Jemaah Menteri atau sebuah Kerajaan Baru Sementara dalam keadaan darurat.

“Ini sewajarnya dilakukan terlebih dahulu berbanding penubuhan Jawatankuasa Bebas Khas Covid19 untuk menasihati Tuanku kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memohon nama untuk keanggotaan Jawatankuasa juga sudah tidak layak dalam kerajaan.

“Tindakan memberi nama dan bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa sebelum seorang Perdana Menteri baru dilantik adalah tidak wajar dan bercanggah dengan Perlembagaan malah boleh dilihat sebagai mengiktiraf kerajaan sedia ada,” kata beliau.

Pihak Pembangkang khususnya Ketua Pembangkang, katanya, perlu sedar dan mengambil tindakan aktif dalam hal ini atas prinsip mempertahankan Perlembagaan yang dicanang selama ini.

“Jangan hanya kerana tidak tahu 111 menyokong siapa maka dibiarkan suatu pihak minoriti mentadbir negara.

“Ke Bawah Duli Tuanku perlu mendapat gambaran dan keadaan sebenar secara rasmi bukan hanya bergantung sidang media atau kenyataan media,” kata beliau.

Jawatankuasa Bebas Khas ini, katanya, boleh dimuktamadkan setelah isu keabsahan Perdana Menteri dan kerajaannya diselesaikan.

Semalam median melaporkan, bahawa Ketua Pembangkang telah dihubungi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri memohon nama wakil pembangkang sebagai ahli bagi Jawatankuasa Khas Covid19 yang dicadangkan oleh Kerajaan bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong berkaitan keperluan proklamasi darurat ditamatkan lebih awal berbanding tarikh asal 1 Ogos 2021.

Tanpa menyentuh budibicara YDPA untuk memperkenan proklamasi darurat, sewajarnya juga pihak pembangkang khususnya Ketua Pembangkang memohon perkenan ke bawah Duli Tuanku terkait keabsahan Kerajaan Tuanku sekarang.-MD

-Wak Labu Farm

Selasa, 8 Disember 2020

KPM teruskan subjek tulisan jawi yang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan

 KERAJAAN dilaporkan telah memutuskan untuk meneruskan pembelajaran subjek tulisan jawi di sekolah vernakular yang diperkenalkan sejak tahun lalu oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Menerusi ketetapan itu subjek pembelajaran tulisan jawi akan tetap diteruskan di Sekolah jenis Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan mulai tahun 2021.

Tulisan Jawi Muslimin Yahaya

Timbalan Menteri Pendidikan, Muslimin Yahaya berkata keputusan untuk memperkenalkan tulisan jawi itu dibuat oleh kerajaan pada 14 Ogos tahun lalu. 

Keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperkenalkan pembelajaran tulisan jawi itu telah mendapat bantahan segelintir pihak.

Ia turun menjadi salah satu isu panas yang menjejaskan imej kerajaan Pakatan Harapan seterusnya membawa kepada kejatuhan gabungan berkenaan sebelum lahirnya Perikatan Nasional (PN).

"Kami Kementerian Pendidikan Malaysia, kami mengikut keputusan jemaah menteri bertarikh pada 14 Ogos 2019, yang memutuskan supaya pengenalan tulisan Jawi tetap diteruskan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah jenis Kebangsaan,"
"Inilah keputusan yang dibuat jemaah menteri dan pada dasarnya kita mengikut sahaja apa arahan diputuskan oleh jemaah menteri," kata Muslimin di Dewan Rakyat semalam.

Ahli Parlimen Sungai Besar itu berkata demikian menjawab soalan tambahan Sabri Aziz (PN-Jerai) yang meminta kerajaan menjelaskan sama ada rancangan memperkenalkan tulisan jawi di sekolah rendah, termasuk sekolah vernakular akan diteruskan.

Menurut Muslim, pembelajaran tulisan jawi itu bukan seperti yang digambarkan secara negatif oleh pihak tertentu sebaliknya hanya membabitkan aspek seni, warisan dan sejarah yang perlu dihargai.

"Kita bukan mengajar pelajar-pelajar kita menulis dan membaca atau mengajar 30 huruf dalam alif, ba, ta, sebaliknya ia sekadar proses pengecaman. Kita tidak mengajar tentang alif bata termasuk mencantumkan antara vokal dan konsonan dalam tulisan jawi,"
"Contohnya dalam duit kita ada tulisan jawi di belakangnya. Ada tulisan Bank Negara Malaysia dan Ringgit Malaysia dalam tulisan jawi."

"Jadi, dalam pengenalan tulisan jawi bagi Tahap 2 Tahun 4 bermula tahun ini hanyalah proses pengecaman yang perlu mereka pelajari," katanya.


Sumber — https://www.milosuam.net/

Sabtu, 24 Oktober 2020

Muhyiddin Guna Darurat Untuk PN Kekal Berkuasa – Tun Mahathir

 Muhyiddin Guna Darurat Untuk PN Kekal Berkuasa – Tun Mahathir

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggunakan cadangan darurat untuk kekal berkuasa.

Ini kerana menurut beliau, pengisytiharan darurat tidak dapat menghentikan penularan wabak koronavirus (Covid-19) kepada yang lebih baik berbanding sekarang.

Sinar Harian melaporkan sebaliknya ujar Mahathir, darurat hanya memberi kuasa tambahan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas apa yang dilakukan setakat ini gagal mengurangkan masalah politik, ekonomi dan sosial.

“Apa yang boleh dilakukan oleh darurat untuk menghentikan wabak penyakit (Covid-19) daripada yang boleh kita lakukan sekarang? Tidak ada.

“Tetapi darurat akan memberi kuasa tambahan kepada Perdana Menteri. Dia (Muhyiddin) mempunyai Kabinet besar yang tidak menyumbang apa-apa untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

“Sebilangan besar perkara yang dilakukan adalah mengenai keadaan politik,” katanya dalam satu hantaran di blognya hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, wabak Covid-19 dijadikan alasan oleh kerajaan untuk membenarkan persidangan Parlimen ditangguh, dipendekkan dan mengelak perbahasan.

Menurutnya, kerajaan PN bukan dipilih oleh rakyat tetapi berkuasa dengan cara yang tidak demokratik dan sekarang hanya fokus untuk kekal berkuasa.

“Berdepan dengan kemungkinan digulingkan, Perdana Menteri mahukan kuasa di bawah keadaan darurat.

“Satu-satunya keuntungan yang memihak kepada Perdana Menteri kerana Parlimen akan lumpuh. Dia akan mendakwa bahawa itu adalah kehendak istana,” ujarnya.

Tambah beliau, negara lain yang berdepan dengan wabak Covid-19 tidak mengisytiharkan darurat untuk seluruh negara tetapi hanya di kawasan terjejas.

Katanya, tiada rusuhan atau keganasan dan perlanggaran undang-undang serta perintah di negara ini yang membolehkan pengisytiharan darurat.

“Sekarang Covid-19 dijadikan alasan untuk mengisytiharkan darurat. Kuasa kerajaan hari ini memadai untuk menangani wabak tersebut. Kita bukannya berdepan dengan bantahan rakyat (kepada perintah kawalan pergerakan) seperti apa yang kita lihat di AS dan Eropah.

“Rakyat kita secara umumnya sentiasa mematuhi semua larangan,” katanya.

-peraktoday.com.my

Ahad, 18 Oktober 2020

Cuepacs mohon kerajaan naikkan gaji, bonus penjawat awam

 


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan kenaikan kadar gaji dan pemberian bonus secara bulanan kepada penjawat awam dalam pembentangan Belanjawan 2021, bulan depan.

Presidennya Adnan Mat berkata permohonan tersebut berdasarkan situasi semasa negara dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Jika kita lihat pada ketika ini harga barangan dan perkhidmatan asas yang lain seperti makanan, minuman, kesihatan, pengangkutan, pendidikan dan komunikasi telah menunjukkan sedikit peningkatan.

"Ini bermakna gaji juga perlu ditingkatkan selaras dengan peningkatan kos keperluan asas ini khususnya untuk seluruh penjawat awam dan mereka yang berada di luar sana," katanya ketika dihubungi Bernama TV, di sini, hari ini. Katanya, CUEPACS juga berharap kerajaan mengumumkan bonus dalam bentuk gaji bulanan kepada penjawat awam dan bukannya bantuan khas kewangan sepertimana pada tahun-tahun sebelumnya sekali gus dapat membantu merancakkan ekonomi negara.

''Kali terakhir penjawat awam menerima bonus adalah pada tahun 2012 iaitu satu setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 dan selepas itu penjawat awam tidak lagi menerima bonus.

"Sebaliknya bantuan khas kewangan yang diterima tahun-tahun sebelum ini adalah sebanyak RM500 menjelang perayaan dan RM500 menjelang pembukaan sesi persekolahan awal tahun," katanya.

- Bernama

Rabu, 14 Oktober 2020

Bekas Peguam Negara Saman Tun M dan Kerajaan, Tuntut Ganti Rugi RM2.23j. Apa Yang Berlaku?

 

Bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali memfailkan saman terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan berhubung dakwaan menamatkan perkhidmatannya sebagai peguam negara (AG) secara salah.

Plaintif, melalui firma guaman Tetuan Shukor Baljit & Partners, memfailkan writ saman di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar jam 2.31 petang tadi.

Apandi Ali

 Pada 1 Oktober lalu, Apandi dilapor mengeluarkan surat tuntutan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung dakwaan ditamatkan perkhidmatan sebagai peguam negara oleh kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018.

Apandi melalui surat itu mendakwa penamatannya diatur oleh bekas perdana menteri itu.

Plaintif menuntut perisytiharan bahawa pemecatannya sebagai peguam negara, antara lain merupakan kegagalan mematuhi Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, berhubung prosedur pelantikan peguam negara.

Perkara 145 (1) menyatakan bahawa”Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seseorang yang layak bagi menjadi hakim Mahkamah Persekutuan untuk menjadi Peguam Negara untuk Persekutuan”

Apandi juga menuntut ganti rugi khas sebanyak RM2,233,599.36; ganti rugi am, ganti rugi teladan/ punitif, kos; dan apa-apa relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.-mKini

Sumber -JiranCakap

Isnin, 12 Oktober 2020

PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam.



Kerajaan melalui laman Twitter Majlis keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa 12.01 tengah malam 14 Oktober 2020 seperti yang disampaikan oleh Menteri Kanan Keselamatan,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sumber-MKN